#18-Sendu
"Saya minta maaf sangat-sangat Puan Shahrina. Bukan niat saya untuk sengaja melambat-lambatkan untuk memberitahu hal kehilangan Najib. Yelah, saya ingat dia acah-acah je. Selalu paling jauh pun ke studio dia je kalau merajuk. Ini dah dua minggu lebih still tak balik juga..hmm..." Puan Saiya Sukhaporn buat muka sedih.
"Berat sungguh dugaan ini. Saya cuma risaukan anak saya si Rosmah tu. Saya takut rambut dia jadi kembang lagi oleh sebab dia terlampau stress..tak cantiklah begitu..hmm..." Puan Shahrina Latif Borgiba mempamerkan riak risau.
Rosmah Germaine yang hanya pasang telinga saja dari tadi melangkah ke ruang tamu tempat duduknya Puan Saiya Sukhaporn dan ibunya. Puan Shahrina Latif Borgiba sangkakan anaknya sudah keluar rumah mencari rezeki di syarikat perusahaan anaknya itu yang memerlukan 13 minit perjalanan dengan menaiki jet peribadi. Air mata Rosmah Germaine tidak tertahan lagi. Burung-burung kedengaran berkicau riang di luar. Namun semakin perlahan dan lama-kelamaan tidak kedengaran lagi kicauan itu, bagaikan faham akan kesedihan Rosmah. Takde lah, tipu je. Hal itu berlaku apabila Rosmah Germaine menembak mati kebanyakan burung yang berkicau menggunakan hot glue gun. Rosmah berpendapat burung-burung itu tidak concern akan dirinya yang sedang dirundung malang. Tau nak berkicau saja. Kini suasana berubah sayu. Hari itu Rosmah Germaine bercadang mengambil cuti bergaji double. Dengan gaji double itu bolehlah dia menabung.
Rosmah meletakkan dulang berisi secawan sirap bandung limau asam jawa panas (Puan Saiya Sukhaporn tak suka minuman berais dan tadi dia tak tahu nak decide mana satu nak minum. Sama ada sirap, sirap bandung, limau atau air asam jawa jadi Rosmah campurkan saja kesemuanya) yang dibancuhnya khas untuk Puan Saiya Sukhaporn ke atas meja sebelum kembali semula ke biliknya bersama linangan air mata. Muzik latar lagu sedih Hindustan kedengaran bermain dengan suasana sendu. Rosmah duduk di bucu katil. Inilah yang orang panggil menangis bucu katil. Pandangannya beralih kepada phone yang terletak di kaki katil. Dia tertendang phone itu jatuh ke bawah time dia tidur semalam. Kalau dia sedang hangat bercinta dengan Najib, mesti nasib phonenya akan lebih baik. Akan dijaga dan diletak di sebelah bantal sebelum tidur.
"Hello Golden." Rosmah Germaine menelefon pembantu peribadinya di office.
"Hello. Yes, Miss Rosmah Germaine. Wait..are you crying?" Riak risau jelas kedengaran pada suara Golden yang berbadan tegap ala-ala The Rock.
"Don't worry, I'm fine. I won't come to the office today but I need to ask you something. Can you help me?"
"Anything, Miss. Just tell me."
"I need you to accompany me anywhere I go starting tomorrow. I wanna find the guy whom I supposed to marry."
Golden menari ballet sebaik saja talian diputuskan.
"I need you to accompany me anywhere I go starting tomorrow."
Ayat itu terngiang-ngiang di telinganya. Menemani Miss Rosmah Germaine yang disukainya sejak kali pertama dia bekerja di situ. Ohh..bahagianya! Miss Rosmah Germaine, mengapakah dirimu diciptakan begitu sempurna? Golden mula membayangkan adegan-adegan dia menaiki kereta dengan Miss Rosmah Germaine, berbalas senyuman, main tenung-tenung sambil angkat-angkat kening, berlarian di tepi pantai ditemani sunset dan juga adegan-adegan yang sedikit nakal. Sedikit saja tak lebih. Namun semua itu terhenti apabila dia teringat ayat...
"I wanna find the guy whom I supposed to marry."
Siapakah lelaki yang sepatutnya kahwin dengan Miss Rosmah Germaine? Golden mengangkat kening sebelah kiri sambil memandang tepat ke arah kamera.
.........................................................
"Puan Muda Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa.." Najib memandang tepat anak mata Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa.
"Najib..saya benarkan awak panggil saya Arriyana.." Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa tertunduk malu.
"Okey Arriyana. Arriyana, awak relaks ye. Saya masukkan."
Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa mengangguk.
"Uhh..ketat sangat ni! Saya rasa tak bolehlah."
"Alaa..Najib cubalah lagi." Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa bersuara lembut seakan-akan merayu.
"Okey, saya cuba lagi. Pelan-pelan."
"Aaahhhh..." Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa terjerit sedikit.
"Shhhh..jangan bising."
"Dah melecet sikit..sakit." Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa rasa nak nangis.
"Kita stop eh?"
Dua kali mencuba, masuk juga high heels warna hitam itu di kaki Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa. Namun dikeluarkan semula. Alah, janganlah kecewa sangat. Penulis rasa korang pernah dengar kot situasi yang seakan-akan macam ni. Hehe...
Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa mengajak Najib menemaninya shopping lepas jogging sakan pagi tadi. Sempat jugalah Najib menjeling ke body Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa yang nampak sedap itu sambil-sambil mereka jogging. Najib berhenti setiap 15 minit jogging oleh sebab mahu mengetuk lututnya. Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa hanya layankan saja.
Berbalik pada situasi tadi, Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa teruja melampau apabila ternampak sepasang high heels hitam yang bertatahkan berlian, terpamer di hadapan cermin. Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa meminta saiz lapan tetapi saiz lapan tidak ada untuk high heels yang satu itu, hanya ada saiz tujuh yang paling besar. Najib dah melarang apabila melihat Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa bergelut sampai terguling ke tepi kedai hanya sebab nak try high heels. Namun Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa tetap berdegil. Lepas itu disuruhnya pula Najib sarungkan high heels tersebut ke kakinya.
Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa dan Najib keluar dari kedai itu. Najib memujuk Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa yang sedang berwajah sebek. Kakinya telah melecet sama seperti hatinya yang melecet luka apabila tidak dapat apa yang dia mahukan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top