#17-Kenangan Najib Bersama Rina Alexandra
Daun pisang yang berada di tangan Najib terkoyak dan terserpih kepada 26 setengah bahagian. Hal ini terjadi kerana Najib tersentak apabila baru tersedar bahawa Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa masuk ke dapur. Ya, sekarang ini Najib sangat takut akan anak majikannya itu. Di hatinya berdoa agar Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa tidak membunuhnya di dapur yang luas itu, semasa yang lain sedang enak tidur selepas mendapat layanan high class dari Mak Nab. Korang fikir apa tu? Mak Nab cuma nyanyikan lullaby jelah. Mak Nab ni agak berbakatlah dalam bidang nyanyian. Kalau dengar dia nyanyi nanti kejap aje lena. Tak payah nak ambil ubat tidur. Maklumlah, orang kaya kan selalunya susah tidur dan kena ambil ubat tidur. Itu yang Puan Dahlia tak pecat Mak Nab walaupun masak semua haram tak sedap.
"Pu..Puan..Mu..Muda..R..Raj..Raja.. Raja Arr.." Najib menelan liur sebelum membetulkan rahangnya dan menyambung. "Puan Muda Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa..tak tidur lagi?" Entah mengapa soalan itu yang ditanya. Dia menyesal. Sepatutnya dia merayu untuk tidak dibunuh.
"A'ah..saya lapar ni. Makanan dinner tadi ada lagi tak?" Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa bersuara selembut yang dia boleh pergi. Dia tidak mahu Najib bertambah takut dengannya.
Najib menarik nafas lega. Najib bersuara dengan penuh tertib, "Makanan dinner tadi dah habis. Tapi kalau Puan Muda Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa nak, saya boleh masakkan something."
"Hmm..disebabkan dah tengah malam, saya nak masakan yang simple je la. Awak masakkan saya Zharkoye..boleh? Tetiba rindu makanan tu. Kecik-kecik dulu saya pernah tinggal kat Rusia. Hihihi.." Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa memberikan senyuman yang manis semanis-manisnya kepada Najib. Najib rasa sesak nafas seminit dua. Indahnya ciptaan Allah.
Apa kejadahnya Zharkoye tu? Penulis dah letak gambar makanan sedap kat atas tu haa.. Kau nak tau lebih kau google la. Apa? Malas? Kau ni pun, asik nak minta suap aje. Zharkoye ni makanan tradisi yang berasal dari Rusia. Stew daging yang dimasak bersama kentang, bawang, carrot, saderi, rempah-rempah dan lain-lain. Kena masak agak lama atau boleh guna periuk tekanan untuk lembutkan daging. Lagi lembut daging lagi sedap dan berperisalah Zharkoye tu. Sepuluh minit sebelum siap masak kena letak sour cream. Bunyi macam sedap aje kan? Kalau nak resepi kau kena rajinkan jugak diri kau untuk google. Karang penuh bab ni dengan resepi pulak. Macam kau tengok sebelum ni lah, yang bab Najib masak Nasi Mandy ala Arabian Najib tu. Kan ke panjang jugak resepinya. Tapi tu tak apa lah, kan Najib berangan dia masuk TV dalam rancangan Ketuk-ketuk Kepala Engkau masa tu.
Perkataan 'Zharkoye' itu membuatkan ingatan Najib terbang ke tiga tahun yang lepas. Waktu itu Najib masih bercouple dengan seorang gadis berketurunan Rusia, ibunya warga Rusia manakala ayahnya orang Kodiang. Rina Alexandra Binti Mat Don, namanya seindah wajah dan gayanya yang lemah-lembut. Najib mengenalinya sewaktu baru menjejakkan kaki ke Akademi Seni Lim Kick Wing. Kejadian perlanggaran sewaktu kelam-kabut mendaftar (seperti yang dapat dilihat dalam kebanyakan drama Melayu) menimbulkan suatu rasa apabila mereka saling merenung wajah satu sama lain selama 26 minit setengah saat. Kertas-kertas dokumen yang berterbangan hanya terbiar sebelum semuanya dikutip oleh kawan baik Najib, siapa lagi kalau bukan Leonardo Samad.
Kalau mereka keluar dating, Rina Alexandra sering memasakkan dan membawa masakan-masakan Rusia yang diajar ibunya. Yang paling disukai Najib adalah Zharkoye buatan Rina Alexandra. Terlampaulah sedap sampai licin bekas makanan itu dijilat Najib. Katanya senang nanti nak basuh.
Namun malang bagi Najib dan Rina Alexandra. Hubungan mereka hanya bertahan selama lima bulan apabila suatu hari Najib menerima berita yang merobekkan hati dan jiwanya. Rina Alexandra lemas dalam salah satu tasik yang agak tersorok dari pandangan orang ramai, di Akademi Seni Lim Kick Wing. Hasil siasatan mendapati Rina Alexandra terjatuh ke dalam tasik itu akibat ditolak oleh rakan baiknya sendiri akibat jealous dengan hubungannya bersama Najib. Ya, Najib memang menjadi pujaan ramai di Akademi Seni Lim Kick Wing. Keadaan menjadi semakin menyayat hati pihak polis serta warga Akademi Seni Lim Kick Wing apabila Najib yang datang ke tempat kejadian memanggil-manggil nama Rina Alexandra berkali-kali hingga dia sendiri pengsan di sebelah mayat Rina Alexandra. Najib dimasukkan ke hospital akibat daripada itu.
"Najib..boleh tak? Kalau tak boleh takpe, saya tak nak susahkan awak sebenarnya." Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa bersuara apabila dilihatnya Najib hanya berdiri kaku tanpa menjawab apa-apa.
"Ehh, maafkan saya Puan Muda Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa. Boleh, boleh..tak ada masalah.."
Najib meluncur dengan penuh bergaya ke arah peti sejuk yang berpintu tujuh itu untuk mengambil bahan-bahan mentah. Macam mana dia boleh meluncur? Dia pakai kasut roda. Kan ke senang buat kerja dapur kalau pakai kasut roda. Pantas pun pantas.
Di belakang tiang, ada sepasang mata yang asyik memerhatikan mereka berdua. Muzik suspens kedengaran bermain secara agak perlahan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top