#16-Rasa Bersalah Di Hati Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa

Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa tidak turun ke bawah selepas selesai solat maghrib. Panjang betul doanya tadi termasuklah...


 
"Ya Allah, lembutkanlah hati Najib untuk memaafkan diriku. Aku sememangnya tidak berniat untuk membuat dia berkecil hati.."


     
Ya, Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa memang berbudi pekerti mulia. Walaupun dia seorang yang panas baran, Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa tetap tahu bahawa membuat orang lain berkecil hati adalah satu perbuatan yang tidak baik, walaupun dia tidak sengaja. Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa tak bebal macam watak perempuan dalam drama Maghrib, yang hanya tahu marah, merajuk,mengamuk tak habis-habis dan merasakan diri mereka saja yang betul.


     
Selepas solat, Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa membaca al-Quran pula untuk menenangkan hatinya yang gundah-gulana. Entah mengapa Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa rasa begitu bersalah. Setelah menutup al-Quran, Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa masih tidak mahu turun ke bawah, dia tidak sanggup untuk menatap wajah sedih Najib.


     
Setelah adegan kenyit-kenyit mata bersama cactusnya berlaku, Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa baru teringat yang dia perlu melakukan rutin hariannya setiap malam iaitu berlatih bellydance. Sebelum ini Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa sudah berjaya menguasai tarian stripdance (hanya dilakukan di dalam bilik sahaja), jadi dia mahukan sesuatu tarian yang baru pula. Minatnya terhadap tarian yang seksi-seksi sangat mendalam. Citarasa Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa berlainan daripada Puan Dahlia yang lebih sukakan tarian samba dan breakdance.


     
Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa memang pandai berjimat. Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa tidak mengupah Bellydancer Expert, sebaliknya Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa hanya search di Youtube. Bijak kan Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa? Tarian yang diajar oleh Irina Akulenko dalam saluran Youtube itu sangat mudah untuk difahami dan dipelajari. Beberapa minggu lepas Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa sudah berjaya melakukan gerakan head slide dan shoulder isolation, siap dah boleh buat shimmy. Jadi hari ini Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa mahu belajar gerakan side-to-side chest slides pula. Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa mencucuk hard disk pada televisyen di dalam biliknya. Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa membuka tutorial side-to-side chest slides dan menontonnya sampai habis. Beberapa minit kemudian Egyptian music yang juga didownload dari Youtube mula terpasang.


     
Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa berdiri dan melakukan posture yang betul untuk bellydance. Penulis juga turut sama berdiri sambil membetulkan posture untuk menari bersama Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa.


 
"Kenapa? Tak boleh ke?" Penulis bertanya sambil mengecilkan matanya memandang pembaca.


 
"Oi mangkuk! Ko cakap dengan sape tu duh?"


 
"Ehh takde. Aku cakap dengan pembaca cerita aku ni haa.." Sibuk aje housemate penulis ni.


     
Ya, penulis pun minat juga nak belajar bellydance, elok untuk kesihatan tulang belakang. Selain itu, badan pun akan nampak cantik dan seksi tanpa lemak-lemak berlebihan. Hehehe. Dan kami pun mula melakukan gerakan side-to-side chest slides bersama-sama dengan iringan muzik.


 
Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa terasa lapar sebaik sahaja habis menari bellydance. Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa melihat jam bertatahkan emas yang tergantung di biliknya. Pukul 11.60PM. Rasanya semua sudah naik ke bilik masing-masing dan dah tidur kot. Harap-harap makanan dinner tadi ada lagi lah. Kalau dah habis mungkin Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa akan makan biskut mayat sahaja. Dia bukannya pandai memasak. Buat roti sapu jem pun boleh terhiris ibu jari. Tak ke naya kalau dia nak masak lauk dan nasi? Mungkin boleh terputus salah satu tangannya nanti. Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa menggeleng. Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa tak mahu jadi wanita cantik yang cacat. Walaupun nanti boleh parking di tempat letak kereta untuk orang kurang upaya, Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa tetap tak nak. Tak berbaloi katanya.


     
Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa menyalin pakaiannya kepada baju tidur bercorak tembikai sebelum ke bawah dengan menuruni tangga. Hari ni dia tengah dalam mood rajin, itu yang dia guna tangga tu. Kalau turun iyalah rajin, kalau naik? Mampuih la satgi. Tangga rumah ni dua kali ganda lagi tinggi dari tangga UiTM Puncak Alam, tempat penulis study. Nak tau tinggi mana tangga UiTM Puncak Alam kau try lah google. Kalau rajin lah.


     
Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa berjalan menuju ke dapur sambil matanya memandang ke arah skrin phone, melihat newsfeed Facebook. Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa sudah lama hafal kedudukan dan susun atur barang-barang dalam rumahnya, jadi tak perlulah nak memandang ke depan. Kalau nak butakan mata pun boleh. Tapi nanti kena duduk dalam rumah saja pula. Tak syok lah begitu.


     
Lampu di bahagian dapur masih terang-benderang bagaikan sinar matahari yang menerangi alam (penulis saja je nak buat ayat fancy). Masih ada sesiapakah di dapur? Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa menjenguk. Dilihatnya Najib sedang mengelap daun pisang. Mungkin Najib mahu membuat kuih yang menggunakan daun pisang sebagai lapik untuk sarapan pagi esok. Atau mungkin untuk nasi lemak. Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa masuk ke dapur dengan buat muka control selamba. Entah kenapa dia rasa gugup mahu berdepan dengan Najib.    

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top