#15-Hati Najib Terluka Lagi
"Puan Muda Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa..kenapa..sob..sob..kenapa buat saya macam ni?" Najib tersedu-sedan namun mampu menyambung lagi, "Puan Muda Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa nak saya bunuh diri ke? Apa salah saya? Sob..sob.."
Benci sangatkah Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa dengannya? Apa salah Najib sampai diberi pistol untuk membunuh dirinya sendiri? Perlukah sampai menyuruhnya untuk lenyap dari dunia yang fana ini? Itulah apa yang difikirkan oleh Najib.
Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa juga terkejut dengan apa yang dilihatnya sekarang. Macam mana boleh ada sepucuk pistol pula di dalam beg kertas Montblanc ni? Bukankah tadi wallet mahal yang dibelinya? What? How? Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa can not brain this! What do?
"Tak..bukan maksud saya macam tu. Najib..Najib!"
Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa tidak sempat menjelaskan apa-apa setelah Najib berlari-lari anak dengan gerakan slow motion masuk ke pintu rumah. Sama seolah-olah babak daripada Baywatch. Malangnya kepada pembaca, dia tiada boobs jadi tak dapatlah pembaca nak membayangkan adegan-adegan nakal. Hehehe. Ouro pula berjalan perlahan-lahan kembali ke sangkar kediamannya. Ouro sudah pandai mengunci dirinya sendiri.
'Pandai Najib latih Ouro.' Bisik hati Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa.
Bertambah-tambah rasa bersalah di hati Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa. Memang bukan niatnya untuk memberikan pistol kepada Najib. Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa mengambil pistol yang ditinggalkan di seat roller-coaster dan membelek-beleknya. Dapat dilihat kelongsong peluru yang penuh berisi apabila Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa menceraikan komponen-komponen pistol tersebut. Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa memang pernah bekerja sebagai spy sambilan untuk mengisi duit poket sewaktu lepas SPM dulu, jadi nak cerai dan pasang pistol tu kacang saja baginya. Celah gigi saja kata orang.
Tak semena-mena Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa menepuk dahinya dengan kelajuan cahaya. Lalat yang baru saja menjejakkan kaki di dahi Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa ikut sama terpenyek. Okey, baru Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa teringat. Dia ada terlaga bahu seorang wanita cantik berwajah kacukan berpakaian serba hitam ala-ala perisik misi rahsia semasa baru keluar dari Nando's tadi. Wanita itu juga membawa beg yang sama dengannya. Mungkin tertukar masa sama-sama mengutip beg-beg shopping yang berterabur. Sempat jugalah Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa menjeling bentuk badan wanita itu yang agak menggiurkan di sebalik baju leather ketat yang dipakainya. Aummm! Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa terasa mahu mengeluarkan phone dan mengambil gambar tubuh badan wanita itu tetapi segera ditahankan niatnya. Itu bahaya, tambah lagi di tempat yang ramai orang. Nanti akan dipandang keji.
"Najib, kenapa nangis ni?" Puan Dahlia menegur Najib yang baru masuk ke rumah.
"Ehh..saya bukan nangis, Puan Besar Dahlia. Mata saya kering sebab naik roller-coaster tu dari pagi. Saya titikkan Eye-mo." Najib terasa bersalah apabila terpaksa menipu.
"Ohh..ye ke. Rehatlah ye, Najib. Esok dah nak sambung tugas kan. Mata pun nampak bengkak lagi tu. Sabar ye Najib..saya tau awak rindukan family kat kampung. Kalau tak keberatan anggaplah kami sebagai family awak."
"Terima kasih banyak Puan Besar Dahlia. Saya sangat bersyukur dapat majikan yang sangat baik macam Puan Besar Dahlia. Saya naik dulu ye." Najib meminta diri.
Malam itu Najib turun ke bawah setelah selesai solat maghrib di biliknya. Najib terus ke dapur mahu menolong Mak Nab menghidangkan makanan. Rasa tak sanggup pula dibiarkan saja Mak Nab buat kerja seorang-seorang walaupun hari ini hari Najib bercuti. Ya lah, Najib kan gentleman.
Najib menjeling saja apabila melihat Mak Nab yang mencedok nasi ayam Hainan ke dalam pinggan besar. Bukannya apa, dia dapat melihat Mak Nab yang hanya memakai dress bodycon warna royal blue, sangatlah tidak sesuai dengan tema masakannya hari ini. Mengikut pendapat Najib, Mak Nab sepatutnya memakai cheongsam, barulah feel tu ada. Pebendeee la Mak Nab ni.
Malam itu Najib makan malam bersama Mak Nab dan Puan Dahlia. Kelibat Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa tidak pula kelihatan. Tak makankah dia? Adakah Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa tidak sudi untuk makan bersama satu meja dengan Najib? Najib hanya mampu mengeluh. Nasi ayam Hainan masakan Mak Nab juga dirasakan ada yang kurang dari segi rencah dan bahannya. Mana taknya, nasi ayam Hainan masakan Mak Nab ini cuma dihidangkan bersama lauk ayam kukus sahaja. Mana supnya? Mana kicapnya? Mana sos cilinya? Mana sayur saladnya? Mana tomatonya? Mana bawang goreng dan hiasan-hiasannya? Patutlah tak sedap. Pemalas rupanya Mak Nab ni. Pebendeee la. Najib hanya makan sampai habis walaupun tak dapat nak enjoy rasa nasi ayam itu. Tak baik membazir. Membazir kan amalan syaitonnn.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top