#10-Wah Shing Kar
Senyuman Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa hilang apabila mengenangkan yang hari ini dia akan berjumpa dengan client merangkap kawan kepada papanya, Wah Shing Kar. Bukannya apa, Wah Shing Kar selalu saja mencari peluang untuk menguratnya. Setiap pagi akan ada saja bunga teratai yang terhias cantik terletak elok di atas meja pejabatnya. Selalunya bunga-bunga itu akan berakhir di tong sampah saja. Takdenya dia nak hidu bau bunga tu semua, tak kuasa katanya. Mana tau ada racun atau minyak senyonyong, kan ke bahaya tu. Lain kali bagilah dengan pokok sekali, boleh juga buat tanam, sekaligus akan membuatkan status keselamatan bunga tersebut lebih terjamin.
Apabila tiba waktu rehat pula dengan tak semena-mena wajah Wah Shing Kar akan muncul di mana-mana saja tempat Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa datang makan. Mungkinkah Wah Shing Kar selalu stalk dia? Atau dia membela hantu raya, membolehkan dia muncul di banyak tempat? Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa pun tak tahu. Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa pun dah naik rimas. Mana taknya, ke mana-mana pun nampak muka itu saja. Bosan dan muak jadinya. Entah bilalah orang tua itu akan berhenti mengejarnya.
Tua kah kawan papanya tu? Bolehlah, umur 40an. Kira tualah bagi Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa yang masih berumur 23 tahun, masih cantik dan muda, tanpa kedutan di wajah, tanpa perlu menggunakan Safi Rania Gold untuk menghilangkan kedutan supaya kelihatan awet muda. Almaklumlah, Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa selalu mempraktikkan apa yang diajar oleh mamanya iaitu rawatan wajah secara tradisional menggunakan bahan-bahan alami seperti daun pegaga, manjakani, kulit buah manggis, kulit durian, biji rambutan, akar pokok kaktus dan lain-lain lagi yang dirasakan sesuai dengan citarasa mamanya. Semuanya terbukti berkesan. Lihatlah saja mamanya yang masih nampak muda remaja, semuda Ariana Grande. Tapi papanya tetap kahwin dua. Apa masalah papanya pun Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa tak tahu.
Wah Shing Kar tersenyum lebar sampai ke telinga sebaik saja ternampak Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa baru memasuki pintu depan Berjaya Selamanya Indah Dimana-mana Coffee House. Bunyi derap kaki Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa yang memakai high heels membuatkan jantung Wah Shing Kar mula berdebar-debar. Dipandang wajah Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa sampailah ke badan hingga ke hujung tumit kasut high heels milik Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa. Hari ini Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa memakai persalinan berwarna merah hati. Kebetulan itulah warna kegemaran Wah Shing Kar. Ohh..terima kasih Tuhan!
"Good evening Mr. Wah Shing Kar." Raja Arriyana memberikan senyuman atas urusan professional. Kalau tidak mau saja dia masamkan wajahnya.
"Good evening, gorgeous. Have a seat." Wah Shing Kar bangun dan ingin menarik kerusi untuk Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa (ala-ala gentleman) tetapi ditolak dengan baik. Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa sempat roll eyes tanpa dapat dilihat oleh Wah Shing Kar.
"Cantik Cik Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa hari ni. Tak jemu memandang." Wah Shing Kar tersenyum sebelum menyambung. "Macam mana dengan bunga yang selalu saya hantar untuk Cik Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa? Saya terbangkan bunga tu khas dari negara China. Dipetik dengan hanya dua jari untuk memastikan kualitinya terpelihara. Direnjis dengan bauan minyak wangi bertaraf dunia. Dibalut dengan penuh kasih sayang. Suka tak?" Walaupun rasa nak tergeliat lidahnya, Wah Shing Kar tetap perlu menyebut nama penuh Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa. Hal ini adalah kerana Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa sangat benci jika sesiapa menyebut namanya separuh-separuh, kecuali ahli keluarganya. Adalah menjadi tradisi nenek moyang sebelah papanya untuk menyebut nama penuh pada setiap kali. Wah Shing Kar telah mendapat pengajaran selepas disaman sewaktu pertama kali berurusan dengan Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa akibat menggunakan panggilan 'Arriyana sayang'.
"Emm..excuse me Mr. Wah Shing Kar. I think we better proceed to discuss about our project plan." Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa masih meneruskan sikap profesional, tanpa menjawab soalan Mr. Wah Shing Kar yang dirasakannya tidak penting sangat pun.
Wah Shing Kar buat muka acah-acah nak merajuk. Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa sedang menahan rasa. Menahan rasa untuk lesing kepala Wah Shing Kar pada kelajuan cahaya sebanyak 62 kali. Muka macam tanah liat terpenyek, ada hati nak buat muka macam gitu. Loya tekak.
............................................................
Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa cepat-cepat keluar dari Berjaya Selamanya Indah Dimana-mana Coffee House sebaik sahaja urusannya dengan Wah Shing Kar selesai. Menari-nari bulu romanya kegelian akibat melihat Wah Shing Kar yang asyik mengenyitkan matanya. Pada mulanya Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa tak perasan pun Wah Shing Kar mengenyitkan mata oleh sebab matanya yang sangat sepet itu. Dah banyak kali baru dia perasan.
Akhirnya Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa sampai juga ke rumahnya setelah kira-kira 26 minit memandu. Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa lebih suka memandu Jaguar C-X16 miliknya itu sendiri. Lagipun kereta sendiri, buat apa bagi orang lain pegang? Dia paling pantang kalau keretanya disentuh orang lain. Mahal ni. Kau hado?
Jam tangan Montblanc di tangan kirinya dilihat. Jam sudah menunjukkan pukul 12.03AM. Mungkin semuanya sudah tidur. Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa menyeluk tangannya ke dalam handbag Hermes kesayangannya dan mengeluarkan segugus anak kunci. Belum sempat Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa membuka kunci, pintu telah terlebih dahulu dibuka dari dalam. Raja Arriyana Merlisa Mervina Elsa melihat satu wajah asing, seorang lelaki yang nampak sebaya dengannya. Siapakah lelaki yang berada di hadapannya ini?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top