βαβ 60
Update after a few days🌚
"Kau makan sekarang benda ni sebelum aku simbah air panas dekat kaki kau!" jerit Dalisha lalu memberikan aku pinggan yang berisi ikan mentah
Aku pula sudah menayangkan muka jijik. Gila ke nak bagi aku makan ikan mentah? Aku bukan kucing tapi manusialah!
"T-tak mahulah, Dalisha. Aku bukan binatanglah! A-aku takkan makan ikan mentah ni" kataku dengan perlahan
"Kau tak mahu makan? Kalau begitu, kau memang nak kena dengan aku Bella Ayana!" kata Dalisha dengan geram
Dalisha segera mengambil gelas yang berisi air panas lalu dituangkan pada kakiku. Aku dengan drastiknya menarik kakiku daripada terkena air panas tetapi Dalisha segera memegang kakiku
Dia mengambil lagi air panas lalu dituangkan lagi sekali tetapi kali ini dia menuang pada tanganku membuat aku terjerit. Dalisha semakin galak menuang air panas pada tanganku
"S-stop it, Dalisha! P-panaslah!" kataku dengan gagap
"Kalau kau tak mahu kena lagi, makanlah ikan ni! Selagi kau tak makan ikan ni, makin beratlah denda kau" kata Dalisha dengan sinis
"B-baiklah aku makan" kataku lalu segera mengambil pinggan tersebut
Dalisha sudah tersenyum puas
"Cubalah kau buat dari awal, aku takkan cederakan kau tetapi aku tetap akan dera kau. Sekarang, aku nak kau makan di depan mata aku" kata Dalisha sambil memandang aku
Aku melihat ikan tersebut dan dengan perlahan aku mengambil isi ikan tersebut. Nak termuntah aku menghidu bau ikan tu. Perlahan-lahan aku masukkan isi ikan tersebut
pada mulutku
Aku menutup mataku dan cuba menahan loya di tekakku. Dalisha pula sudah bertepuk tangan dan tersenyum sinis
"Aku nak kau habiskan ikan ni. Kalau tak habis sebelum aku datang balik, kau mati" kata Dalisha lalu keluar dari bilik tersebut
Aku segera memuntahkan balik ikan yang aku makan tadi. Aku segera mengambil air di sebelahku lalu aku teguk dengan rakusnya. Terasa ikan masih lagi ada pada mulutku
Perlahan-lahan aku cuba berdiri tetapi aku tak berdaya sebab sudah 3 hari aku tak makan. Aku hanya mengisi perutku dengan minum air kosong sahaja
Aku segera mendongakkan kepala apabila kedengaran pintu dibuka lalu ditutup. Jelas kelihatan Hazim masuk dan dia meletakkan jarinya pada bibirnya menyuruh aku senyap. Aku hanya mengangguk sahaja
Dia segera menuju ke arahku lalu memberikan aku plastik yang berisi kuih-muih berserta air mineral
"Ambillah. Aku tahu Dalisha tak bagi kau makan jadi aku belikan untuk kau. Aku masuk senyap-senyap tanpa pengetahuan Dalisha" kata Hazim
Aku rasa terharu pula dengan Hazim. Dialah paling banyak menolong aku walaupun dia menculik aku. Aku amat hargai kebaikannya
Aku mengambil plastik tersebut dari tangan Hazim
"Kau makan, okay? Aku sudah minta bantuan dari kawan aku supaya tolong kau keluarkan dari rumah ni. Aku harap kau boleh bertahan lagi" lata Hazim sambil tersenyum
"B-baiklah"
Hazim hanya tersenyum sahaja. Dia mengambil pinggan yang berisi ikan lalu dibawa keluar
Aku mengambil kuih lalu disuakan pada mulutku lalu air mataku mengalir. Sudah lama aku mengikat perut dengan air kosong dan akhirnya dapat juga aku makan walaupun kuih sahaja
Kemudian, aku teringatkan keluargaku terutamanya Laura. Makin galaklah air mata ini keluar
'Rindunya aku pada keluargaku'
♥♥♥♥♥♥
Aku membuka mataku perlahan-lahan apabila terasa ada tangan menepuk perlahan di pipiku
"Bella?"
Aku memandang ke arah empunya suara tersebut. Membulat mataku apabila melihat Ryan sedang memandang aku dengan pandangan risaunya
Aku segera memeluknya dengan erat. Ryan membalas balik pelukan aku. Aku teramatlah rindu dengan abangku
Edward hanya tersenyum nipis melihat mereka. Tahu sangatlah dia yang dua beradik tersebut rindu antara satu sama lain
"B-Bella rindu sangat dekat abang. Tak sangka akhirnya doa Bella dimakbulkan juga" kataku dengan teresak-esak
"Abang pun rindu dekat Bella dan Laura lagilah rindu dekat ibunya" kata Ryan sambil tersenyum nipis
"Macam mana abang boleh tahu yang Bella berada di sini dan siapa yang tolong abang?" tanyaku
"Abang tahu pun sebab Edward yang tolong abang kesan tempat ni dan Hazim juga tolong abang tengokkan adik abang ni" kata Ryan sambil mengusap lembut pipiku
"Hazim? Maksudnya, abanglah kawan Hazim"
Ryan sekadar mengangguk sahaja
"Abang tak marah ke sebab Hazim culik Bella?"
Ryan menggeleng membuatkan aku pelik. Takkan dia tak marah bila aku kena culik?
"Abang tak marah sebab Hazim sebenarnya perisik untuk stalk semua plan jahat Dalisha" jelas Ryan
"Betul tu. Kau sepatutnya beruntung sebab jumpa aku, Bella. Nasiblah aku baik dan bukannya jahat" kata Hazim lalu tersengih
Aku pula hanya tersenyum nipis. Tiba-tiba, rasa sakit kepala kembali datang. Berkerut dahiku cuba menahan sakit yang sudah beberapa hari tak datang
"Bella? Bella okay tak ni?" tanya Ryan apabila melihat aku seperti tahan sakit
"B-Bella okay je. Jomlah keluar dari tempat ni. Bella tak sangguplah lagi duduk di sini" kataku kepada Ryan
"Jom" kata Ryan lalu segera memegang bahuku untuk menggelakan aku terjatuh
Edward perlahan-lahan membuka pintu bilik tetapi nasibnya malang apabila pintu bilik tersebut dirempuh kasar membuatkan dia jatuh terduduk
Dalisha masuk ke dalam bilik tersebut dan betullah apa yang orang suruhannya cakap. Kemudian, terbitlah senyuman sinis pada bibirnya
"Wah! Hero-hero Malaya sudah datanglah. Cepatnya kamu semua kesan tempat persembunyian aku" kata Dalisha lalu datang menghampiri kami bersama orang suruhannya
Aku, Ryan dan Edward sudah menelan air liur apabila melihat betapa tegapnya bodyguard Dalisha. Hazim hanya beriak selamba sahaja melihat Dalisha
"Tapi bengaplah juga sebab kedapatan oleh prang suruhan aku. Lain kali, rancang betul-betullah sebelum masuk rumah ni" sindir Dalisha
"Jangan cakap oranglah, Dalisha. Kau pun samalah bengap sebab kau cari pasal dekat orang yang salah! Sekali kau cari masalah dekat kami, kau matilah!" jerit Ryan
Dalisha hanya buat endah sahaja dengan ugutan daripada Ryan. Dia segera mencapai pistol dari poketnya lalu diacukan kepada aku. Aku pula sudah menggigil ketakutan apabila melihat Dalisha memegang pistol
Edward yang melihat agenda tersebut segera melilau mencari senjata. Matanya tertancap pada sebuah kayu yang berada di belakangnya. Dia perlahan-lahan mengambilnya
"Aku rasa kau patut ucapkan selamat tinggal pada dunia sebab nyawa kau akan aku ambil hari ini. Jadi, selamat tinggal Bella" kata Dalisha lalu menekan picu pistol
Edward dengan cepatnya memukul dengan kuat pada belakang leher Dalisha membuatkan dia terjatuh dan menahan kesakitan. Pembantunya pula sudah lama ditewaskan secara senyap-senyap
Aku dan Ryan segera berlari keluar dari bilik tersebut diikuti oleh Hazim dan Edward. Aku terdengar ketawa yang memenuhi segenap ruang. Semakin berdebar jantung aku sekrang ni
Dalisha perlahan-lahan bangun lalu dicapai segera pistol tersebut. Dia berlari keluar walaupun rasa sakit di belakang lehernya. Dalisha hanya tersenyum sinis lalu pistol tersebut dihalakan pada kaki Bella
BANG!!
Aku terjatuh apabila sedas tembakan terkena tepat pada kakiku. Ryan juga turut terjatuh sebab aku berpaut pada bahunya
"Edward dan Hazim, kamu pergi dulu dan cari bantuan. Biar aku yang uruskan" jerit Ryan
"Tapi..."
"Pergi jelah!" jerit Ryan lagi menbuat Hazim dan Edward keluar untuk mencari bantuan
"Pasangan adik-beradik sejatilah di sini! Aku dah cakap yang kamu semua bengap nak mampus! Nampaknya ada dua nyawalah mati hari ini" kata Dalisha sambil tersenyum sinis
Ryan dengan segera bertindak mendekati Dalisha lalu ditendang kaki tersebut hingga Dalisha menjerit kesakitan. Ryan memijak kakinya lalu segera ke segera ke arahku. Aku segera berdiri walaupun tengah menahan sakit
Dalisha cuba mencapai pistol yang berada di sebelahnya lalu diacukan pada mereka
"Dasar manusia lembap! Lain kali, ambil terus pistol untuk selamatkan diri. Nampaknya banyaklah mangsa aku"
Dalisha segera menekan picu pistol tersebut
BANG!!
Update!!!
Sorry lewat sedikit update😔
BTW, saya nak ucap terima kasih kepada yang masih setia menunggu update dari saya
Sayang korang ketat-ketat😍❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top