βαβ 59
Dalisha sedang duduk sambil minum air tin yang dibelinya. Dari tadi hanya senyuman sinis sahaja yang terlakar pada bibirnya
"B-bos, sebenarnya saya nak berhenti daripada melakukan semua ni" kata-kata lelaki tersebut membuatkan Dalisha tersentak
"Apa kau cakap tadi? Cuba kau ulang sekali lagi" kata Dalisha sambil memandang orang suruhannya
"Saya nak berhenti buat kerja ni, cik Dalisha. Saya tak sanggup nak tambah lagi dosa saya" kata lelaki tersebut lalu tundukkan kepala. Tak sanggup dia nak pandang wajah Dalisha
Dalisha hanya tepuk tangan sahaja sambil memandang lelaki tersebut dengan tajam
"Kau nak berhenti?"
Lelaki tersebut mengangguk
"Aku akan benarkan kau berhenti"
"B-betul ke bos?" jelas suaranya agal gembira mendengar respon ppsitif dari Dalisha
Dalisha sudah tersenyum penuh makna
"Betul Hazim tetapi sebelum kau berhenti, aku nak kau buat pilihan" kata Dalisha penuh makna
"Pilihan apa?" tanya Hazim. Dia rasa sedikit tak sedap hati mendengar bicara Dalisha
"Bawa dorang masuk!"
Dua orang lelaki yang berbadan tegal masuk sambil membawa seorang perempuan bersama budak lelaki. Terbuntang luas mata Hazim melihat isteri dan anaknya dalam keadaan lemah
Dalisha berjalan mendekati mereka. Dia mengambil pistol yang berada di meja lalu dihalakan kepada isteri Hazim. Pucat sahaja wajah Hazim melihat Dalisha sekarang
"Kau pilih sekarang. Kau nak isteri dan anak kau mati atau kau tarik balik kata-kata kau tadi dan mereka akan selamat" kata Dalisha lalu memandang Hazim sepeeti sedang memeikirkan sesuatu
Hazim rasan nak bunuh je Dalisha tapi dia tak boleh sebab nyawa keluarganya lagi penting berbanding nyawa Dalisha
"Saya akan tarik balik kata-kata saya dan saya akan berkerja dengan bos tapi bos mesti lepaskan mereka" kata Hazim secara terpaksa demi keselamatan keluarganya
Dalisha sudah tersenyum
"Kau buat pilihan yang baik, Hazim tetapi aku tetap akan buat perkara ni"
Hazim sudah terpinga-pinga mendengar kata-kata Dalisha
Dalisha mendekati isteri Hazim lalu dia meletakkan pistol tersebut pada kepala isteri Hazim. Hazim terkejut melihat Dalisha dan dia segera mendekatinya tetapi sempat ditahan oleh orang suruhannya
"Jangan bos! Janganlah bunuh isteri saya, bos! Saya sudah tarik balik kata-kata bos dan bos takkan apa-apakan mereka" jerit Hazim
"Aku tak janji pun sebenarnya. Sebelum tu, kau cakaplah selamat tinggal pada suami kau sebab ini kali terakhir nampak dia" kata Dalisha seranya menekan picu pistol tersebut
BANG!!
Hazim terduduk lemah melihat isterinya ditembak di depan matanya. Anaknya pula sudah menangis melihat ibunya dibunuh. Lelaki yang memegang budak lelaki tersebut segera membawa dia pergi dari situ
Dalisha mencampak pistol tersebut pada meja makan. Dalisha tersenyum puas melihat Hazim seperti orang tak bermaya
Dalisha perlahan-lahan mendekati dia lalu duduk mencangkung di hadapannya
"Kalau kau nak berhenti kerja sangar, kau mestilah berkorban sesuatu yang berharga seperti isteri kau. Kau buat lagi, anak kau lagi akan mati" kata Dalisha lalu menepuk perlahan bahunya
"Bersihkan tempat ni dan mayat tu kau campaklah di mana-mana. Aku nak madi dulu sebab busuk terkena darah" kata Dalisha lalu segera naik ke atas
Hazim betul-betul rasa nak pengsan melihat isterinya sudah ditarik nyawa. Perlahan-lahan dia mendekati tubuh isterinya dan air matanya mula mengalir
Dia memeluk tubuh yang sudah tidak bernyawa. Dia meraung dan Hazim segera ditarik supaya orang suruhan Dalisha dapat mengemas tempat tersebut
'Kenapalah dia wujud dalam dunia ini? Kejam sungguh dia sehingga sanggup meragut nyawa orang lain. Aku harap sangat dia akan dapat balasan yang setimpal!'
♥♥♥♥♥♥
Aku hanya menekup mulutku daripada mengeluarkan sebarang bunyi. Tak sangka Dalisha sekejam itu dan dia sanggup membunuh orang yang tak bersalah!
Aku dapat melihat semua kejadian tersebut melalui pintu. Pintu tersebut retak sedikit pada bahahian badannya. Memang aku nampaklah semuanya sebab bilik ini bertentangan mereka
Perlahan-lahan pintu bilik dibuka. Tersembullah wajah lelaki yang kelihatan seperti baru sahaja menangis. Dia tidak mengendahkan aku lalu mencampak bekas makanan kepadaku
"Ambillah makanan ni. Aku tak ada selera makan" kata Hazim dengan dingin
Aku meletakkan bekas makanan tersebut di kerus bersebelahanku. Aku perlahan-lahan berdiri lalu mendekati Hazim
Walaupun aku cedera teruk, aku tetap nak mendekati Hazim. Aku segera duduk di hadapannya dan jelaslah bahawa dia tengan menangis
"Awak sabar ye? Saya nampak semua yang berlaku tadi. Awak berdoalah untuk tenangkan diri awak"
Hazim menyeka perlahan air matanya. Dia memandang Bella tetapi Bella hanya tersenyum nipis
"A-aku tak sangka semua ini akan berlaku. Kalaulah aku tak cakap dekag Dalisha tadi, mesti isteri aku masih hidup" kata Hazim dengan sayu
"Awak janganlah cakap begitu. Semua yang berlaku sekarang ini, mesti ada hikmahnya" kataku sambil tersenyum ke arahnya
"Kau tak rasa apa-apa ke sepanjang kau tinggal dekat rumah jahanam ni? Aku tengok kau tenang je dan kau langsung tak risau pasal perkara buruk yang akan terjadi pada diri kau"
"Tipulah kalau saya tak rasa apa-apa. Saya rasa terseksa sangat tinggal di sini sebab Dalisha selalu seksa saya dan bunuh saya dari segi mental dan fizikal. Walaupun saya tenang di luaran tetapi dalam hati saya risau dan saya sentiasa berdoa supaya dapat keluar dari sini"
"Saya tak kisah sangatlah kalau ada perkara buruk akan terjadi pada saya sebab saya yakin bahawa nyawa saya bila-bila masa sahaja boleh diambil" kataku sambil tersenyum kelat
Hazim sudah mengerutkan kening. Aku tahu apa yang bermain di fikirannya sekarang
"Sebenarnya, saya ada tumor otak stage three"
Riak wajah Hazim terus sahaja berubah
"Tumor otak tahap tiga? Kau tak jalankan pembedahan ke? Kau boleh sembuhlah kalau kau jalani pembedahan" kata Hazim
"Saya bukan tak mahu buat pembedahan tapi awak tahukan risikonya. Mungkin saya akan koma atau meninggal" kataku dengan mendatar
"Aku rasa bersalah sangat dekat kau sebab aku culik kau. Kalaulah aku boleh putarkan masa, aku takkan ikut rancang bodoh Dalisha"
"Semua dah terjadi. Saya terpaksalah hadapi dugaan ni"
"Aku kagum sangat dekat kau, Bella. Aku janji, aku akan cuba bawa kau keluar dari rumah durjana ni" kata Hazim sambil mengangkat tangan seperti orang berikrar
Aku hanya ketawa kecil sahaja
"Terima kasih, Hazim"
"Sebab?"
"Sebab dengar luahan hati saya. Saya harap awak boleh rahsiakan penyakit saya daripada sesiapa termasuklah Dalisha. Saya takut kalau dia lakukan perkara lagi teruk. Awak janji tau?"
Hazim hanya tersenyum nipis
"Saya janji"
Last update untuk hari ini😣 Nanti kalau ibu saya bagi telefon saya, saya akan cuba update lagi
Gudnight para readers yang saya sayangi💞
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top