βαβ 58

Aku perlahan-lahan buka mataku dan aku cuba melihat sekeliling. Keadaan bilik yang tersebut agak gelap dan cahaya lampu pula agak malap jadu aku tak berapa nampak

Aku melihat keadaan diriku dan sekarang tangan dan kakiku diikat dengan tali. Aku cuba bergerak tapi agak sukar

Kedengaran pintu bilik terbuka membuatkan aku segera menoleh ke arah tersebut. Aku mengecilkan mataku dan jelas seorang perempuan sedang berjalan ke arahku dan aku perasan ada pisau kecil pada poketnya

Perempuan tersebut duduk mencangkun ke arahku dan aku jelas dapat melihat mukanya. Baru sahaja dia ingin memegang daguku, aku segera menoleh ke arah lain

"Apa khabar, Bella? Seronok tak dapat tinggal di sini?" tanya Dalisha dengan sinis

Aku hanya mendiamkan diri sahaja daripada menjawab soalannya

Dalisha geram apabila soalannya tidak dijawab. Dia segera mengambil pisau di dalam poketnya lalu dihalakan kepada pipiku

Aku terkejut dan badanku menggigil ketakutan apabila melihat pisau it berada hampir pada pipi aku

"Lain kali kalau aku tanya, jawablah! Kalau kau tak jawab, pisau kesayangan aku akan tembus di pipi kau. Lagipun, sudah lama pisau ni 'dahagakan' darah" kata Dalisha dengan senyuman sinis dan dia tak ubah seperti seoran psiko

Aku sekadar menganggukan sahaja tanda faham

Dalisha tersenyum dan dia terus membenamkan pisau tersebut pada pipiku dan membuatkan aku menjerit kesakitan. Banyak darah mengalir dari pipiku

"Aku sudah cakap tadi. Kalau aku tanya soalan atau aku sedang bercakap, jawablah! Faham tak?!" jerit Dalisha

"F-faham" kataku sambil memandang Dalisha

Dalisha segera menarik pisau miliknya dengan kasar membuatkan aku terjerit kecil. Dia sempat menendang perutku dengan kuat sebelum dia keluar dari bilik ni

Aku cuba menahan sakitnya apabila dia menendang perutku dan terasa sedikit sakit pada pipiku tapi tak terlalulah sakit

Kemudian, ada seorang lelaki masuk ke dalam sambil membawa bekas makanan. Dia duduk di hadapanku lalu memberikan aku bekas tersebut

Aku hanya memandang sepi bekas makanan tersebut

"Ambillah makanan ni. Kau tu sudahlah tak makan tadi pagi dan bos aku tak mahu kau mati kebuluran sebab dia nak seksa kau lagi" kata lelaki tersebut

"Kau dan bos kau sama je. Dua-dua otak senget" sindirku

"Kau jangan nak sindir bagailah! Sebelum nyawa kau diambil, bagus kau makan" katanya lalu melemparkan makanan tersebut kepadaku

"Boleh tahan bengap juga kau ni. Macam mana aku nak makan kalau kau ikat tangan aku?"

Lelaki tersebut hanya memandang aku tajam. Dia segera membuka ikatan tanganku

"Aku sudah lepaskan ikatan dekat tangan kau. Kau jangan nak mengada-gada nak larikan diri. Kalau aku dapat tahu kau cuba larikan diri, kau mati" ugutnya lalu segera keluar dari bilik tersebut

Aku hanya mendiamkan diri sahaja lalu segera mengambil bekas makanan. Makanan yang terdapat dalam bekas makanan hanya nasi dan ikan sahaja. Walaupun sedikit tapi itu pun cukuplah

Aku menjamah makan tersebut. Perlahan-lahan air mataku mengalir mengenangkan nasibku. Kenapalah aku perlu hadapi semua ni? Aku rasa penat sangat

'Bella harap sangat abang datang selamatkan Bella'

♥♥♥♥♥♥

Ryan memandang Laura yang sedang nyenyak tidur di ribanya. Ketara sangat mata Laura sembap sebab menangis. Sudah banyak kali dia tanya pasal Bella sampai Ryan pun buntu nak jawab apa

"Ryan, ada perkembangan tak?" tanya Dato' Fakrul kepada Ryan

Ryan mengeluh perlahan sebelum menggelengkan kepala. Sudah 2 hari Bella hilang dan sampai sekarang tiada langsung khabr berita

Pihak polis pula sedaya upaya mencari Bella dengan bukti yang ada tetapi tak mencukupilah

"Macam manalah keadaan Bella sekarang? Daddy harap sangat Bella boleh bertahan" kata Dato' Fakrul dengan sayu

Ayah mana yang tak risau kalau anak mereka diculik? Memang risau sangatlah sampai makan pun tak lalu

"Kawan Ryan tak boleh jejak Bella ke macam dia buat masa Bella hilang diri?" tanya Datin Liya

"Dia tengah cubalah ni, mummy. Edward cakap lagi mungkin susah sedikit dia mahu jejak lokasi Bella sebab kemungkinan lokasi Bella berada di tempat terpencil atau di hutan" jelas Ryan

Datin Liya hanya menayangkan muka kecewa. Siapalah yang sanggup menculik anak kesayangannya sampai Laura pun selalu mencari ibunya

Kedengaran deringan telefon dan telefon tersebut adalah milik Ryan. Ryan segera meminta diri untuk menjawab panggilan daripada Edward

"Bro! Apa khabar?"

"Khabar baik. Kenapa call aku ni? Ada apa-apa berita yang kau mahu sampaikan ke?"

"Yes. Aku call kau ni sebab aku nak beritahu yang aku dah dapat kesan lokasi keberadaan Bella"

"Kau biar betul?! Dekat mana lokasi tu?" Ryan terus sahaja tanya lokasi Bella

"Kalau kau nak tahu, kau datang drkat pejabat aku. Nanti aku beritahu semuanya dan termasuk suspek utama penculikan adik kau"

"Okay" Ryan terus sahaja matikan panggilan tersebut

Ryan segera mengambil kunci kereta miliknya

"Mummy, daddy! Ryan nak pergi keluar sekejap. Nak jumpa Edwars sekejap" kata Ryan dan terus sahaja keluar dari rumah tersebut

Datin Liya dan Dato' Fakrul memandang antara satu sama lain

"Abang rasa kawan Ryan tu dah dapat jejak lokasi Bella ke? Kalau tak, Ryan takkan jumpa Edward kalau tak ada benda penting" kata Datin Liya sambil mengusap rambut milik Laura dengan lembut

"Abang rasa Edwars sudah dapat jejak kot. Kalau dia dapat jejak, syukurlah dan yang lain kita serahkan kepada pihak polis. Kita berdoa je" kata Dato' Fakrul kepada isterinya

Datin Liya sekadar menganggukan kepalanya sahaja

♥♥♥♥♥♥

Dalisha masuk ke dalam bilik sambil membawa baldi yang berisi air. Dia melihat Bella sedang nyenyak tidur membuatkan dia tersenyum sinis

Dengan selambanya Dalisha menyimbah air pada Bella membuatkan Bella sedar daripada tidurnya. Dalisha hanya menghamburkan ketawa melihat Bella basah

Aku melihat Dalisha hanya mentertawakan aku seperti orang gila. Sudahlah airnya sejuk memang boleh bekulah aku dibuatnya

"Macam mana? Seronok tak dapat mandi dengan air sejuk? Ini baru sedikit aku seksa kau. Nanti seksaan aku akan bertambah ganas dan hebat" kata Dalisha dengan angkuh

"Tolonglah Dalisha! Aku langsung tak kacau kau sejak kau ambil Daniel dari aku. Kalau kau culik aku semata-mata nak ambil Daniel, kau ambillah dia. Aku tak mahulah dengan lelaki itu" jerkahku pada Dalisha

Dalisha terpempan apabila mendengar jerkahan aku. Kemudian senyuman sinis mulaik terlakar pada bibirnya dan aku barus sedar bahawa aku buat satu kesilapan yang besar

Dalisha segera menarik rambutku dengan kasar membuatkan aku terjerit. Rasa nak tercabut rambut ni sebab Dalisha menarik dengan kuat. Aku hanya mampu mengalirkan air mata

"L-lepaskanlah Dalisha! S-sakit"

Dalisha menarik rambutku ke brlakang membuatkan aku mendongak memandang Dalisha yang hanya menayangkan senyuman sinis

"Lepaskan? Jangan haraplah aku nak lepaskan rambut kau. Inilah padahnya kalau kau jerkah atau tengking aku. Kalau kau buat lagi, lagi teruk kau kena" bisik Dalisha pada telingaku

"B-baiklah"

Dalisha segera menolak kepalaku ke arah dinding menyebabkan kepalaku terhentak. Kemudian dia memijak kakiku menggunakan kasut tumit tingginya sebelum meninggalkan aku

Aku menjerit kesakitan. Rasa nak terpatah kakiku apabila dia memijak menggunakan kasutnya. Kemudian, kepalaku berdenyut

'Kenapalah masa gentinglah kepalaku sakit? Sudahlah ubat tahan sakit hilang entah ke mana'

Semakin lama sakit kepalaku semakin bertambah. Aku mengalirkan air mata lagi. Aku betul-betul rasa  terseksa sangat dikurung di bilik

"T-tolong aku, Ya Allah" kataku teresak-esak sebelum keadaan sekeliling menjadi gelap

Maaflah kalau part ini hambar😢
Saya sayang kepada semua yang baca cerita saya😝❤

Maybe sad ending? happy ending? or maybe both🤔

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top