βαβ 57
Update for today!!
Ryan sedang menjinjit plastik yang berisi buah epal dan buah pear iaitu buah kegemaran Bella. Ryan segera menuju ke arah wad Bella dengan segera
Baru sahaja dia ingin masuk je dalam, pintu wad tersebut terbuka lalu keluarlah seorang doktor bersama jururawat. Jururawat tersebut segera meminta diri. Doktor yang bernama Airis segera memandang Ryan
"Kenapa ni Airis? Adik aku okay kan?" tanya Ryan
Airis hanya mampu mengeluh. Dia tidak tahulah macam mana nak cakap dekat kawan baiknya ni
"Jawablah Airis! Adik aku kenapa?" tanya Ryan dan suaranya mulai tinggi
"Aku harap sangat kau tak terkejut dengan apa yang aku akan cakap ni"
"Cakaplah terus dan jangan buat aku rasa curiga" Ryan semakin mendesak Airis untuk memberitahunya
"Okay aku beritahu. Sebenarnya adik kau hadapi tumor otak tahap 3. Itulah sebabnya dia selalu pening, cepat penat dan dadanya sakit. Hidungnya berdarah sebab dia kekurangan air dalam badan dan terlalu terdedah kepada keadaan panas" jelas Airis
Ryan tergamam mendengar kata-kata Airis
"Ka-kau tipu kan? Kenapa semalam doktor cakap dia stress tapi kau cakap dia hidap kanser tumor? Tak mungkinlah adik aku hidap penyakut berbahaya macam tu" Ryan menafikan semua kata-kata Airis
Airis hanya tersenyum kelat
"Aku sudah lakukan scan dekat otaknya dan memang betul Bella ada tumor otak dan tumor tersebut semakin merebak. Aku rasa mungkin Bella sudah lama tahu pasal penyakitnya sebab masa aku beritahu pasal ni, dia hanya tunjukkan riak selamba" kata Airis lagi
Ryan segera masuk ke dalam wad adiknya. Kelihatan Bella baru sahaja ingin melelapkan mata, dia segera memandang ke arah Ryan
Aku terkejut melihat Ryan dan muka Ryan seperti ingin menangis. Ryan segera memeluk aku dengan erat sekali. Aku pula terpinga-pinga apabila Ryan tiba-tiba sahaja memeluk aku
"Abang dah kenapa? Masuk tanpa beri salam lepastu peluk Bella dengan erat. Abang okay tak ni?" tanyaku
Aku mendengar tangisan dan tentunya tangisan tersebut daripada Ryan. Aku semakin pelik apabila Ryan tiba-tiba sahaja menangis. Aku menepuk perlahan belakang badannya
"Kenapa abang menangis? Kena reject oleh Farah ke?"
Ryan menggeleng membuatkan aku mengeluh
"Jadi kenapa abang menangis ni? Takkan abang menangis tanpa sebab. Cuba beritahu sebabnya"
"Kenapa Bella tak beritahu abang pasal penyakit Bella? Abang ni tak penting ke dalam hidup Bella sampai rahsiakan benda penting ni" kata Ryan dan memandang aku dengan tajam
Aku terdiam apabila Ryan tahu tetang penyakit aku. Aku bukan tak mahu beritahu mereka pasal ni cuma aku tak mahu Ryan, mummy, daddy dan Laura risau pasal aku
Aku hanya menundukkan kepala. Tak sanggup nak pandang Ryan sekarang
"Kenapa Bella diamkan diri dan tanggung kesakitan Bella sendiri? Bella boleh sembuh kalau Bella jalankan pembedahan dan buang semua tumor dalam otak Bella" kata Ryan dengan sayu
"Tapi abang tahukan yang peluang untuk Bella survive dalam pembedahan tersebut adalah nipis" kataku mendatar
Ryan kembali mendiamkan diri. Rtan memandang Bella dengan sayu. Tak sangka adiknya akan menghidap penyakit tu
"Sudah berapa lama Bella ada penyakit ni? Kenapa abang tak pernah tahu yang sebenarnya Bella sakit? tanya Ryan lagi
"S-sudah 5 bulan, abang. Bella nampak je macam ceria dan tiada masalah tetapi dalam diam, Bella tahan sakit. Bella tak mahu mummy dan daddy risau dengan Bella. Bella tak sanggup lagi, abang" kataku dengan sayu
Ryan memejamkan matanya. Kenapala selama ini dia tak pernah perasan bahawa adiknya sebenarnya sakit? Perit sungguh jalan kehidupan Bella
"Abang, Bella nak abang janji satu perkara dengan Bella"
"Apa?"
"Bella nak abang rahsiakan perkara ini daripada mummy dan daddy. Bella tak mahu mereka sedih sebab Bella. Kalau nanti Bella menghembuskan nafas terakhir, Bella nak abang jaga Laura"
Ryan cuba menahan sebak
"Janganlah cakap begitu sebab abang tak suka. Bella mesti sembuh juga demi Laura. Abnag akan rahsiakan perkara ini dari mummy dan daddy tapi dengan syarat, Bella mesti buat pembedahan. Abang yakin yang Belka akan sembuh"
Aku hanya mengangguk bersetuju sahaja sambil tersenyum kelat
♥♥♥♥♥♥
Seorang lelaki yang berpakaian serba hitam sedang berdiri tegak di hadapan pintu wad milik Bella. Deringan telefon segera menyedarkan dirinya lalu segera mengambil telefonnya
"Hello"
"Kau sudah sampai kan? Kalau kau sudah sampai, kau culik Bella dan bawa dekat tempat kita nanti. Kalau kau tak berjaya, kepala isteri dan anak kau akan jadi santapan pisau aku"
"O-okay" gagap sahaja lelaki tersebut bercakap apabila mendemgar ugutan dari bosnya
Panggilan tersebut segera dimatikan. Lelaki tersebut berasa sangat bersalah untuk menculik perempuan tersebut tetapi dia terpaksa juga. Dia buat semua ini supaya isteri dan anaknya selamat daripada bosnya
Dia membuka perlahan-lahan pintu wad tersebut. Dia melihat terdapat seorang perempuan yang sedang lena tidur. Dia yakin bahawa perempuan tersebut ialah Bella
Lelaki tersebut perlahan-lahan mendekati Bella. Dia mengeluarkan sapu tangannya yang telah diletakkan dengan kluoroform (?). Perlahan-lahan dia mendekatkan sapu tangan yang dipegang ke arah Bella
Terketar sahaja tangannya ketika ini. Dia betul-betul rasa bersalah sangat. Dia segera menekup sapu tangan tersebut ke arah Bella
"Aku m-minta maaf sangat, Bella. Aku langsung tak kenal kau tapi bos aku kenal kau sangat. Aku terpaksa" kata lelaki tersebut
♥♥♥♥♥♥
"Inilah perempuan tu?" tanya Datin Liya sambil memandang Farhan dan Zahirah dengan tajam
Dato' Fakrul, Tuan Hazam, Farah, Ryan dan Puan Darliana hanya senyapkan diri sahaja. Datin Liya segera mendekati Zahirah lalu menarik dagunya dengan kasar
"Kenapa kau perlu rampas buah hati anak aunty? Kau tahu tak apa yang anak aunty hadapi sepanjang dia hidup? Dia menderita sangat dan kau dengan Farhan tambahkan lagi penderitaanya. Disebabkan kamu, anak aunty masuk hospital!" tengking Datin Liya
"Maafkan kami" kata Farhan sambil menundukkan kepalanya
"Pergilah balik" arah Datin Liya lalu segera duduk di sofa
"Baiklah" kata Farhan lalu segera menarik tangan Zahirah dan keluar dari rumah
"Maafkan kami, Liya. Saya tak sangka Farhan akan buat begini. Saya rasa malu dan bersalah sangat dekat awak sekeluarga" kata Puan Darliana dengan sayu
Datin Liya hanya mampu tersenyum kelat. Dia memeluk bahu sahabat baiknya dengan erat
"Tak apalah, Darliana. Sudah takdir anak saya begini tapi saya sebagai ibunya pun rasa kecewa sangat. Anak saya dah banyak kali kecewa dan menderita
Ryan hanya mendengar sahaja luah hati Datin Liya. Dia pun rasa kecewa sangat dan sedih tapi dia hanya pendamkan sahaja perasaanya
Ryan segera mengambil telefonnya apbila ia berbunyi. Rtan segera mengangkat panggilan daripada Airis
"Assalamualaikum, Ryan. Kau boleh tak datang ke hospital sekarang? Datang secepat mungkin!" jelas suara Airis teramatlah cemas
"Waalaikumsalam. Kau kenapa cemas semacam ni? Ada masalah ke?" tanya Ryan dan hatinya tiba-tiba rasa tidak enak
"Sebenarnya hari ini aku sepatutnya cuti tapi aku dapat call dari hospital dan suruh aku datang hospital"
"Jadi?"
"Jadi dorang suruh aku datang ke wad Bella dan guess what? Adik kau hilang, Ryan!"
"A-adik aku hilang?!"
Maaf sebab baru hari ini saya baru dapat update sebab busy sekolah walaupun baru 2 hari sekolah hmm😣
Saya nak beritahu yang saya hanya akan update cerita ni pada hari sabtu dan ahad sahaja😔 telefon saya akan diambil setiap hari Isnin hingga Jumaat jadi fahami saya ye😢
Saya cuba update sebanyak mungkin😊
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top