βαβ 55
"Keadaan adik awak okay je cuma mungkin dia terlampau banyak berfikir sehingga dia stress sedikit. Cik Bella perlu banyakkan berehat dan perlu makan ubat ikut masa" kata doktor tersebut
Ryan hanya mengangguk dan dia bersyukur sebab tiada penyakit yang berbahaya dihidapi oleh Bella
"Terima kasih, doktor. Saya boleh masuk kan?"
"Silakan" kata doktor lalu memberikan laluan kepada Ryan
Ryan segera masuk ke dalam wad adiknya. Kelihatan Bella sedang mengelamun dan Ryan perasan muka Bella seperti baru menangis. Ryan segera duduk di sebela katil milik Bella
"Bella okay tak?" tanya Ryan
Aku hanya mendiamkan diri sahaja. Ryan sudah tersenyum penuh makna. Ryan segera memukul bahuku membuatkan aku terkejut. Aku memandang Ryan dengan tajam
"Kenapa pukul bahu Bella? Sakit tahu tak?!" kataku sambil menggosok perlahan bahuku yang dipukul oleh Ryan
"Kalau sakit, abang minta maaf sangat-sangat. Abang buat begitu sebab Bella dari tadi mengelamun sampai abang tanya pun, Bella tak jawab" kata Ryan sambil tersengih
Aku hanya mengangguk sahaja. Kemudian, aku baru teringat pasal Farhan dan aku segera mencuit bahu Ryan. Ryan memandang aku sambil mengangkat kening
"Abang, Bella ada satu permintaan. Bella harap sangat abang boleh pujuk mummy dan daddy pasal hal ni" kataku sambil tersenyum kelat
"Permintaan apa?"
"Bella nak batalkan perkahwinan Bella dengan Farhan"
Ryan terus sahaja menghempas tanganya pada meja di sebelah katilku. Terhinjut bahuku dan aku melihat Ryan memandang taham ke arahku. Rasa gerun pula tengok mukanya
"Kenapa Bella nak batalkan? Bella sedar tak lagi 1 minggu sebelum perkahwinan Bella dan Bella nak batalkan?! Bella gila ke atau Bella ada buat sesuatu"
Aku segera menggelengkan kepalaku. Rasa nak menangis je tengok muka Ryan yang bengis tu
"Beritahu abang cepat! Kenapa Bella nak batalkan perkahwinan ni last-last minute?" tanya Ryan
"Farhan curang"
"What?!"
Ryan teramatlah terkejut apabila mendengar adiknya cakap begitu. Tak mungkinlah Farhan akan curang dengan adiknya
"Abang tak percaya! Kalau betullah Farhan curang, tunjukkan bukti dulu dan abang akan percaya"
Aku segera mengambil telefonku lalu buka galeri. Aku menyerahkan telefonku kepada Ryan dan wajahnya semakin bengis
"Damn it! Farhan memang nak makan penumbuk aku. Dulu Daniel dan sekarang Farhan pula. Dua-dua jantan tu sama je perangai. Curang di belakang adik aku. Tak guna betullah!" gumam Ryan tetapi aku dapat mendengarnya
Aku hanya tersenyum kelat. Hati aku banyak kali dah terluka sebab cinta. Memang sudah takdir aku begini jadi aku tak boleh ubahnya. Aku hanya mampu tawakal sahaja
Ryan segera memeluk aku dengan erat. Aku menyembamkan mukan ke dada
"Menangislah Bella kalau itu dapat buat hati Bella tenang. Abang sentiasa ada di sisi Bella" bisik Ryan
Aku makin mengeratkan pelukan tersebut. Perlahan-lahan air mataku mengalir. Tangisanku semakin kuat
Ryan hanya mengusap perlahan belakangku. Ryan tahu bahawa adiknya menghadapi banya cabaran dari dulu lagi
"Bersabarlah, Bella. Setiap yang berlaku, past ada hikmahnya"
♥♥♥♥♥♥
"Ibu! Ayah! Farah ada sesuatu nak cakap ni" jerit Farah
Puan Darliana dan Tuan Hazam terkocoh-kocoh turun apabila mendengar suara anak perempuannya menjerit. Nak gugur juga jantung mereka mendengarnya
Farhan segera mendekati Farah lalu dia mencengkam kuat lengan Farah. Farah memandang Farhan dengan tajam. Benci betullah dia dengan abangnya sekarang!
"Lepaslah!" kata Farah dan dengan kekuatan yang ada, Farah segera merentap lengannya daripada cengkaman Farhan
"Tolonglah jangan nak kecohkan hal ni! Biar aku je yang jelaskan semua ni pada ibu dan ayah" kata Farhan
"Jangan kecohkan? Ini hal serius tahu tak?! Ibu dan ayah mesti tahu sekarang juga kalau tak, sampai mati pun abang takkan beritahu!" tengking Farah
"Kenapa bising-bising ni? Apa yang perlu ibu dan ayah tahu?" sampu Puan Darliana
"Tak ada apa-apa pu-"
"Farah nak ibu batalkan majlis perkahwinan abang" kata Farah terus-terang
"Kenapa pula ibu nak batalkan majlis bahagia Farhan? Farah tahukan yang majlis ni tak lama lagi berlangsung" Puan Darliana membantah terus kata-kata Farah
"Farah nak batalkan juga sebab abang curang! Abang lahwin dengan orang lain, ibu!"
Puan Darliana terkejut mendengar kata-kata Farah. Puan Darliana hampir sahaja nak pengsan tapi sempat disambut oleh Tuan Hazam
"Betul ke apa yang Farah cakap, Farhan?" tanya Tuan Hazam dengan serius
Farhan hanya menunduk sahaja. Dia sangatlah takut untuk melihat mula serius Tuan Hazam. Farah hanya memandang sahaja muka pucat abangnya
Farah tersenyum mengejek
'Padan muka! Siapa suruh buat perangai? Pandai buat, pandailah tanggung'
"Ayah cakap dekat kamu ni Farhan. Betul atau tidak?" tanya Tuan Hazam
"Farhan boleh jelaskan ayah" kata Farhan dengan gagap
"Ayah tak mahu penjelasan akmu tapi ayah nak kamu jawab soalan ayah. Betul atau tidak, Farhan?!" naik seoktaf suara Tuan Hazam
"B-betul" jawab Farhan lalu menundukkan kepalanya
Puan Darliana segera mendekati anaknya lalu dipuku tubuh tersebut. Farhan hanya membiarkan sahaja ibunya memukul sebab dia tahu bahawa dia layak kena pukul
"Kenapa Farhan buat begini? Patutlah kamu sudah menghilang selama 1 minggu rupanya ada perempuan lain. Kenapa Farhan curang? Apa yang kita nak beritahu pada keluarga Bella!" kata Puan Darliana sambil memukul anaknya berkali-kali
Tuan Hazam dan Farah hanya mendiamkan diri sahaja. Mereka hanya membiarkan sahaja Puan Darliana membelasah Farhan
"Kenapa Farhan kahwin perempuan tu dan curang di belakang Bella? Jawab!"
"Kami pernah te-terlanjur"
Tuan Hazam dan Puan Darliana sungguh terkejut mendengar. Farah juga turut terkejut dengan pengakuaan abangnya. Farah betul-betul nak menengking abangnya tapi dia tahan
"Astagafirullahalazim! Kenapa perangai Farhan begini! Ibu tak pernah didik Farhan begini! Tak cukup lagi ke dengan didikan yang ibu beri, Farhan!" kata Puan Darliana dengan sayu
"Maafkan Farhan, ibu. Farhan t-tak sedar masa tu. Sekarang, isteri Farhan sudah lahirkan anak kami" kata Farhan lagi
"Sudah berapa lama kamu kahwin dengan perempuan tu?" tanya Puan Darliana lagi
"6 b-bulan"
"Ya Allah! Tak sangka Farhan tipu kami selama 6 bulan ni. Kenapa tak berterus terang je? Mana ibu dan ayah nak sorok muka kalau keluarga Bella dapat tahu? Macam mana?!" jerit Puan Darliana
Puan Darliana terus jatuh pengsan sebaik sahaja dia menjerrit pada Farha . Farah, Farhan dan Tuan Hazam segera menuju ke arah Puan Darliana
"Angkat ibu kamu" arah Tuan Hazam kepada Farhan
Farhan segera mencempung tubuh badan ibunya. Dia segera keluar dari rumah lalu dimasukkan tubuh ibunya ke dalam kereta milik ayahnya
Baru sahaja dia ingin masuk ke dalam, Tuan Hazam terus menghalangnya
"Kamu naik kereta lain. Biar Farah je yang teman ibu kamu. Ayah tak mahu ibu kamu makin sakit sebab tengok muka kamu" kata Tuan Hazam lalu segera masuk ke dalam tempat pemandu
Farhan hanya memandang sahaja kereta ayahnya berlalu meninggalkan dia. Farhan menyeka air matanya daripada mengalir. Sungguh dia tak sangka akan menjadi begini
'Ampunkan Farhan, ibu'
Update Update Update!!!
Huaaa tak sangka cerita ni semakin dapat sambutan😭 Terharu sangat🙈
Lagi beberapa jam sebelum kita masuk ke tahun baru iaitu 2020!
Jadi, goodbye 2019 and welcome 2020
and PT3 is coming😵
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top