βαβ 52
Cintaku Hanya Untukmu dapat ranking #1 in generalfiction!!!
I'm soooo happy😍
"Semua dah siap ke?" tanya Datin Liya lalu duduk di sebelahku
"Semua dah siap pun, mummy" kataku dengan mendatar. Rasa tiada mood selepas jumpa Farhan
"Kenapa ni? Mummy tengok Bella macam tiada mood. Bella ada masalah ke? Cuba cerita dekat mummy"
Aku hanya menghela nafas
"Sebenarnya Farhan sibuk sangatlah, mummy. Sekarang ni, Farhan pergi Sabah petang ni sebab ada urusan kerja tapi entahlah. Bella rasa Farhan ada sorok sesuatulah dari Bella" katalu sambil melihat TV
Datin Liya memeluk bahu anaknya. Dia tahu sangat yang Bella takut kalau dia dikecewakan lagi. Dia yakin bahawa Farhan takkan lakukan perkara yang menyakiti hati anaknya
"Bella jangan risaulah. Mummy yakin sangat yang Farhan takkan sakiti hati Bella. Bella mesti percaya dengan dia dan kalau ada apa-apa masalah, bincang" kata Datin Liya sambil tersenyum
Aku hanya menganggukan kepala sahaja. Mungkin kata-kata mummy betul juga. Aku mesti percaya dengan Farhan
"Bila flight Farhan?"
"3 petang. Kenapa mummy tanya?"
"Mummy cadang supaya Bella jumpa Farhan sebelum dia pergi Sabah. Lepaskan rindu orang muda cakap"
"Betul juga kata mummy. Bella pergi bersiap dulu dan boleh tak kalau mummy jaga Laura?"
"Dah banyak kali Bella tanya soalan yang sama kalau nak keluar. Mummy akan jaga Laura dan tak perlulah risau sangat. Mummy akan jaga cucu mummy dengan penuh kasih sayang"
Aku segera memeluk mummy drngan erat
"Terima kasih, mummy! Sayang mummy sangat-sangat!" kataku lalu mencium kedua belah pipinya sebelum aku naik ke atas
"Dah jadi ibu pun perangai tetap manja" kata Dato' Fakrul yang sedang duduk di kerusi roda
"Biasalah, abang. Dialah satu-satunya anak perempuan kesayangan Liya" kata Datin Liya sambil tersenyum
Dato' Fakrul turut tersenyum. Walaulun dia lumpuh seluruh badan, Datin Liya dan anak-anaknya yang akan menjaga dia. Sungguh dia berasa syukur kerana dapat keluarga begini
♥♥♥♥♥♥
"Cik, kita dah sampai"
"Ini duit tambangnya pak cik. Terima kasih" kataku lalu segera keluar dari teksi
Nasiblah ada 50 minit sebelum penerbangan Farhan ke Sabah. Aku segera mencari kelibat Farhan di dalam lapangan terbang
Hampir 10 minit aku mencarinya tapi kelibatnya langsung aku tak nampak. Aku segera duduk di kerusi apabila aku mulai terasa penat dan agak pening
Seorang lelaki bersama seorang perempuan berlalu melepasi aku. Aku yang sedang duduk terus berdiri apabila aku terhidu minyak wangi milik Farhan. Aku segera mencari kelibatnya lagi
Aku ternampak seorang lelaki dan aku yakin sangat bahawa dia adalah Farhan Aku segera mendekatinya lalu memegang lengannya yang berlapikkan baju
Farhan terasa dirinya dipegang oleh seseorang segera menoleh. Matanya terbuntang apabila melihat Bella sedang nemegang lengannya sambil tersenyum manis. Jantung Farhan mulai berdegup kencang
"Kenapa muka awak macam terkejut sangat?" tanyaku apabila muka Farhan teramatlah terkejut
"T-tak adalah. Aku tak sangka pula kau datang ke sini. Kau datang ke sini nak jumpa aku ke?" tanya Farhan
"Semestinya saya datang ke sini nak jumpa awak dan lepaskan rindu memandangkan awak akan pergi Sabah" kataku sambil tersenyum manis
Aku segera menoleh ke arah perempuan yang sedang menggendong bayi. Aku memandang Farhan sambil mengerutkan keningnya
"Siapa ni?" tanyaku sambil menunjuk ke arah perempuan tersebut
Belum sempat Farhan berkata apa-apa, perempuan tersebut segera mencelah
"Saya Zahirah merangkap kawan baik Farhan. Awak jangan risau sangat sebab saya sudah ada suami pun" kata Zahirah dengan tenang
"Kalau awak ada suami, kenapa awak dekat sini sama bakal suami saya? Suami awak tahu ke yang awak jumpa kawan awak?"
Zahirah terdiam. Dia tak tahu macam mana nak jawab soalan cepumas dari Bella
"Awak jangan risau. Saya suami dia dan kami datang bersama-sama" kata seorang lelaki lalu memeluk bahu Zahirah
"Saya Naim, suami kepada Zahirah dan awak mesti Bella merangkap bakal isteri Farhan, kan?"
Aku hanya menganggukan kepala sahaja. Farhan memandang Naim dan tersenyum kepadanya. Naim turut membalas senyuman daripada Farhan
"Kenapa kau risau sangat ni? Aku dah pernah janji dengan kau yang aku akan setia dengan kau sampai bila-bila. Hampir setiap tahun aku cakap benda tu" kata Farhan
"Betul cakap kau tapi janji tu senang sahaja dimungkiri kalau seseorang curang secara senyap-senyap" kata Naim dan lebih tepat dia menyindir Farhan
Farhan dan Zahiran terdiam mendengar sindiran daripada Naim
"Betul cakap awak, Naim" aku menyokong kata-kata Naim
Naim tersenyum sinis ke arah Farhan dan Zahirah. Naim segera menoleh ke arah Bella kembali sambil tersenyum penuh makna
"Awak terlalu baik untuk Farhan, Bella"
Aku sudah memandang pelik ke arah Naim
"Pardon me?"
"Sebenarnya Farhan sudah lama ber-" Farhan segera memotong kata-kata Naim
"Jomlah kita pergi restoran dulu sebab aku lapar ni. Kau nak ikut sekali ke, Bella?" tanya Farhan lalu memandang aku
"Tak apalah. Saya nak balik sebab ada urusan sedikit. Kamu pergilah dulu" kataku lalu segera berlalu dari situ
Farhan segera menoleh ke arah Naim lalu dia tumbuk muka Naim. Zahirah segera menarik tangan Farhan agar dia tidak menumbuk Naim lagi
"Apa masalah kau? Kau jangan nak menyemak sangatlah dengan urusan aku" sindir Farhan
Naim hanya tersenyum sinis
"Bukan aku tapi kaulah masalah aku. Disebabkan kau, aku tak dapat kahwin dengan Zahirah. Cubalah kau tahan nafsu kau, mesti semua takkan jadi begini!" tengking Naim
Zahirah meletakkan anaknya di kereta sorong lalu mendekati Farhan dan Naim seperti hendak bergaduh
"Tak payahlah bergaduh! Semua orang tengoklah"
"Aku kasihan sangat dekat Bella sebab bakal suaminya dah kahwin dengan otang lain dan lagi teruk kau kahwin dengan tunang aku" tengking Naim
Naim memandang Zahirah yang sedari hanya menundukkan kepala sahaja
"Kau dan perempuan sama sahaja! Perempuan murahan dan tak pandai jaga diri!"
Zahirah seperti hendak menanhis sahaja apabila digelar sebegitu. Farhan segera memeluk Zahirah dengan erat
"Kau jangan nak cakap begitu dekat dia! Semua ini takkan terbongkar kalau kau tutup mulut"
"Walaupun aku tutup mulut tapi kau mesti ingat satu perkara. Apa yang kau rahsiakan sekarang tetap akan terbongkar dengan sendiri. Mungkin dia dengar mulut orang lain dan jangan sampai kau menyesal!" kata Naim lalu segera meninggalkan mereka
Zahirah menangis dan Farhan hanya mampu menggosok perlahan untuk menenangkan dirinya
"A-awak janji takkan tinggalkan saya sampai bila-bila"
"Tengoklah dulu"
Another chapter for today( ̄3 ̄)
Saya dah kata yang cerita ini amatlah complicated😂 Jangan nak marah sangat kalau saya buat begini sbb saya ikut jalan cerita yang saya buat😳
Nak marah Farhan? Silakan!!!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top