βαβ 50
Throwback
"Akak dah gila ke?! Kenapa akak buat begitu dengan Kawan Hannah?!" jerit Hannah kepada kakaknya
"Aku buat begitu sebab aku sayangkan Daniel. Kami dah lama bercinta tapi kawan kau yang dapat kahwin dengan Daniel! Dasar perampas" jerit Dalisha
Hannah memandang tajam ke arah kakak kembarnya, Hannah Dalisha. Nasiblah dia sedang memandu kalau tak, sudah lama dia cekik leher kakaknya tu
"Hannah tak pernah ada akak perampas. Disebabkan akak, Bella sengsara tahu tak?! Kenapalah ibu boleh lahirkan anak tak guna macam akak? Mesti ibu menyesal sangat" sindir Hannah
"Kau jangan nak kurang ajar sangat! Kalau Bella sengsara sekalipun, aku tak kisahlah. Padan mukanya sebab rampas buah hati aku" kata Dalisha dengan sinis
"Hannah harap sangat manusia macam akak ni mati mereput di hutan! Akak memang tak layak jadi manusia tapi binatang" sindir Hannah
"Kau..." Dalisha menahan amarah yang semakin membuak apabila adinya bercakap sebegitu
"Kenapa terasa ke? Ingatkan tiada perasaan sebab masa akak rampas Daniel, mesti akak tak ada rasa bersalah kan? Biasalah kalau perampas memang selamanya perampas" sindir Hannah
Dalisha terus sahaja menarik tudung adiknya. Hannah cuba sedaya upaya melepaskan tudungnya daripada ditarik. Pada masa yang sama Hannah cuba sedaya upaya untuk memandu dengan stabil
"Lepaslah akak! Akak tahukan yang Hannah sekarang tengah memandu?! Akak nak kita mati ke?!" jerit Hanna
"Bukan kita tapi kau yang akan mati! Biarlah kita kemalangan bersama-sama!" jerit Dalisha
Kelihatan sebuah kereta menghala ke arah mereka. Hannha cuba sedaya upaya untuk menggelakan daripada kemalangan tapi Dalisha menahan Hannah
"Apa yang akak buat ni?! Lepaslah!" jerit Hannah
"Aku harap kau tenang di sana, Hannah Daliyana" kata Dalisha lalu segera membuka pintu kereta lalu melompat keluar
Bamm!!
Dalisha melihat kereta adiknya sudah selamat dilanggar kereta. Dalisha tersenyum sinis
'Aku harap kau tenang, adikku'
End of Throwback
Dalisha terkedu mendengar cerita Farish. Banyak betul dia tahubpasal kemalangan tersebut. Farish hanya tersenyum sinis lalu mengelus lembut pipi Dalisha
Dalisha segera menepis tangan Farisj daripada menyentuhnya
"Macam mana? Aku dapat agak yang kau sudah lama rancang kemalangam tu. Nampaknya perangai serupa binatang! Kau bunuh adik kau!" tengking Farish
Dalisha segera menampar dengan kuat pipi Farish. Farish menyentuh pipinya yang ditampar oleh Dalisha. Farish hanya tersenyum sinis
"Aku tak bunuh adik akulah! Sudah tiba masanya ajal dia sampai jadi memang padanlah dia mampus! Dasar adik tak guna!"
"Bukan adik kau yang tak guna tapi kau! Kau ingat aku tak tahu yang kau sebenarnya bunuh adik kau. Kau suruh orang suruhan kau bunuh dia. Kau tahu tak yang dia pun meninggal sebab rancangan bodoh kau" tengking Farish
"Kau siapa sebenarnya?" tanya Dalisha
Dalisha amat terkejut apabila lelaki yang menolongnya tahu pasal rancangan jahatnya
"Aku rasa kau tak perlu tahu pun sebab kau pun tak kenal aku. Aku tak mahu berkenalan dengan orang yang tak guna macam kau"
Dalisha segera memegang kolar baju milik Farish dengan kasar
"Bagus kau beritahu! Kau siapa sebenarnya? Macam mana kau tahu segala-galanya?"
"Kau nak tahu sangatkan? Aku, Tengku Farish bin Tengku Razman atau lebih dikenali sebagai Farish or Faris. Bekas suami kepada adik kau, Hannah Daliyana!" kata Farish dengan sinis
Dalisha terkejut. Dia segera melepaskan tangannya daripada memegang kolar baju milik Farish. Farish hanya menayangkan muka sinis
"Aku akan pastikan semua rancangan jahat kau takkan berjaya. Ingat kata-kata aku ni"
♥♥♥♥♥♥
Aku keluar dari mahkamah setelah selesai mengurus penceraian aku dan Daniel. Semuanya berjalan lancar dan seperti yang dirancangkan
Aku segera menoleh ke kiri dan kelihatan wajah Daniel sangatlah muram. Aku hanya memandangnya dengan kosong. Malas nak bertegur sapa dengan Daniel
"Sayang!"
Aku segera menoleh ke arah suara tersebut. Aku terus menjegilkan mataku ke arah Farhan tetapi Farhan hanya menayangkan muka selamba
Sebaik sahaja Farhan di hadapanku, aku segera memukul bahunya dengan kuat sehingga dia mengadu sakit
"Sakitlah sayang!" rengek Farhan
"Siapa sayang awak? Awak jangan nak mengada-ngada! Jangan sampai kaki saya naik ke muka awak yang tak seberapa kacak" sindirku
"Sampai hati sayang cakap abang begini. Tak mahu kawan sayang"
Daniel yang mendengarnya rasa berdesing je telinganya. Daniel memandang tajam ke arah Farhan
Farhan rasa dirinya diperhatikan segera melihat ke arah Daniel. Farhan tersenyun sinis apabila melihat Daniel memandangnya tajam. Farhan berkata sesuatu kepada Daniel
'Sorry bro tapi Bella sekarang akan jadi milik aku'
Daniel semakin sakit hati apabila Farhan berkata sebegitu. Farhan tersenyum mengejek ke arah Daniel dan membuatkan Daniel mengepal penumbuknya
"Sayang, jom kita pergi rumah sayang. Mummy ajak abang makan tengahari di ruamah sayang" kata Farhan dengan suara yang sengaja dikuatkan supaya Daniel mendengarnya
Aku segera memukulnya lagi. Farhan menyentuh bahunya setelah dipukul oleh aku
"Sekali lagj awak cakap saya 'sayang', saya akan pastikan yang awak masuk hospital" ugutku
"Okay! Aku takkan panggil kau sayang lagi tapi aku akan pastikan kau akan selalu dengar perkataan sayang"
"Yakinnya awak"
"Mestilah aku yakin sebab aku akan jadikan kau isteri aku" kata Farhan dengan yakinnya
"Walaupun saya dah bergelar janda anak satu? Awak tak malu ke?" tanyaku
"Buat apa aku nak malu? Biarkan apa yang orang nak cakap tapi yang penting kau jadi milik aku"
Rasa terharu pula aku dengar kata-kata Farhan tapi satu sahaja masalah yang aku hadapi
"Tapi saya tak cintakan awak. Awak tak faham bahasa ke?"
"Aku dah banyak kali ulang yang aku akan pastikan kau jatuh cinta dengan aku. Kau cakap lagi pasal tu, aku hempuk kepala kau guna batu"
Daniel hanya melihat sahaja Bella dan Farhan berbual dengan mesra. Menyampah, meluat, sakit hati dan banyak lagilah perasannya sekarang
"Jealous ke bro?" tanya Adrian yang baru sahaja muncul di sebelah Daniel
"Kau ada nampak muka aku ni gembira ke tengok dorang berbual? Mestilah cemburu!" kata Daniel tanpa mengalihkan pandangannya ke arah Bella
Adrian mula tersenyum mengejem
"Aku yakin kau takkan bercerai dengan Bella kalau kau tak kahwin dengan Hannah. Lain kali sebelum buat keputusan, fikirlah dulu. Kau pula buat keputusan tanpa berfikir akan akibatnya" sindir Adrian
Daniel menjeling tajam ke arah Adrian. Adrian hanya tersengih melihat Daniel seperti ingin menumbuknya
"Betullah apa yang aku cakap. Lain kali otak tu guna sedikit. Tiada guna jadi CEO tapi otak entah hilang ke mana" sindir Adrian dengan pedas
"Diamlah kau"
Daniel melihat Bella telah masuk ke dalam kereta Farhan. Hatinya kembali sayu apabila mengenangkan bahawa mereka telah bercerai
"Jangan bersedih bro. Kalau kau dan Bella ada jodoh, kamu tetap akan bersama. Kalau tiada, nampaknya kau terpaksalah lupakan Bella"
"Kau doalah supaya aku dan Bella berjodoh"
"Amin"
Heyo!! Ini update untuk hari ini. Kalau ada masa, nanti saya akan cuba update nanti☺
Maaflah kalau hambar😣
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top