βαβ 44
"Hannah dah meninggal"
"Men-meninggal? Sebab apa Hannah meninggal?" tanyaku sambil memandang Daniel
"Hannah meninggal sebab kemalangan. Abang kehilangan dia dan anak abang sendiri. Cubalah abang teman dia masa pergi klinik, mesti ia takkan berlaku" kata Daniel dengan sayu
Aku hanya mampu mendiamkan diri
"Lagi satu, Hannah nak abang berikan sayang kertas ni. Mungkin sayang patut pertimbangkan permintaan arwah Hannah" kata Daniel lalu memberikan kertas tersebut pada aku
Aku segera membacanya
Hannah minta maaf atas segala perbuataan keji Hannah pada Bella. Hannah harap Bella maafkan Hannah
dan
Maafkanlah Daniel. Can you give him one chance?
Selepas sahaja aku menbaca, aku segera mengoyakkan lalu buang ke dalam tong sampah. Daniel kelihatan terkejut melihat tindakan aku
"Saya boleh maafkan Hannah tapi saya tak dapat maafkan awak dan awak tahu juga sebab saya tak maafkan awak"
"Kenapa pula? Abang tahu semua ni salah abang. Kalau sayang tak cintakan abang pun, bagilah abang jadi ayah Laura. Dia perlukan seorang ayah" kata Daniel lalu memegang tanganku
Aku melepaskan pegangan Daniel daripada tanganku. Aku menghela nafas dengan kasar dan memandang Daniel
"Awak mahu tahu tak? Selama kita berkahwin ni, saya hanya merasa sedikit sahaja kebahagian sebab awak dan selebihnya, saya merasakan penderitaan sebab awak juga"
Daniel terdiam apabila aku cakap begitu
"Mummy, daddy..."
Kedengaran suara Laura membuatkan aku segera datang ke arahnya. Aku mengusap lembut rambutnya sebelum aku menggendongnya. Dia memeluk leherku lalu menyembamkan mukanya
"Kenapa mummy marah daddy? Tadi Laura dengan mummy marah daddy sampai terganggu tidur Laura" kata Laura sambil memandang aku
Aku hanya tersenyum nipis
"Mana ada mummy dan daddy bergaduh. Kami bergaduh manja-manja je" kataku sambil tersenyum
"Betul cakap mummy. Gaduh manja-manja dapat mengeratkan hubungan suami dan isteri. Betul kan, sayang?" kata Daniel sambil mengenyitkan mata
Aku hanya menggulingkan mata sahaja. Cucuk mata guna garfu nanti, biar buta tak dapat tengok apa-apa
"Mummy..."
"Kenapa?"
"Nanti daddy ikut kita balik Malaysia? Kalau daddy ikut, bolehlah Laura kenalkan daddy dengan kawan-kawan Laura"
"Perlu ke daddy ikut kita balik ke Malaysia? Nanti pandai-pandailah daddy beli tiketnya sendiri. Daddy kan kaya?" sindirku
"Kalau mummy cakap begitu, Laura okay je tapi yang penting daddy mesti balik Malaysia. Kalau tak, Laura tak mahu kawan daddy" kata Laura sambil membulatkan matanya
Aku dan Daniel hanya ketawa sahaja melihat gelagat Laura. Mulutnya bercakap mengalahkan murai. Asyik nak bercakap je 24 jam
"Mummy, Laura laparlah. Nak makan!" rengek Laura sambil memegang perutnya
"Pergi bersiap. Biar daddy yang bawa Laura dan mummy pergi makan"
"Tak perlulah susah bagai bawa kami makan di luar. Di rumah ni ada juga makanan. Terjamin halal lagi!" kataku lalu menolak pelawaan Daniel
"Alaaa! Mummy jomlah makan di luar. Bukan selalu daddy ajak kita makan keluar. Laura nak juga luangkan masa dengan daddy" kata Laura sambil menayangkan muka comelnya
"Ish! Yelah"
♥♥♥♥♥♥
Aku hanya mendiamkan diri sahaja di dalam kereta milik Daniel. Hanya Laura dan Daniel sahaja yang paling banyak berborak. Daniel dan Laura sama sahaja. Bapa borek anak rintik
"Sayang, kenapa senyap je? Hidup abang sunyilah tanpa dengar suara lunak sayang bercakap" kata Daniel
Aku pula menayangkan muka menyampah kepada Daniel. Nak muntahlah juga dengar ayat terlebih gula oleh Daniel
"Kalau awak sunyi sebab tak dengar suara saya, kenapa perlu ada suara perempuan lain dalam hidup awak? Nampak sangatkan saya ni tak penting untuk awak?" sindirku
"Sayang, please not now. Abang penatlah nak gaduh dengan sayang" kata Daniel sambil mengeluh
"Saya nak pulang" kataku dengan dingin. Terasa hilang terus selera makanku
"Tapi sayang, kita dah hampir sampai sudah ni. Takkan nak pulang?"
"Saya cakap saya nak pulanglah?! Tolonglah jangan menyemak lagi dalam hidup saya. Saya bencilah dengan awak" jerkahku
Nasiblah Laura tertidur di tempat duduk belakang. Kalau dia bangun, Memang sahlah dia menangis sebab tengok kami bergadu
"Sayang tolonglah buat kali ni rendahkan ego sayang untuk abang. Abang dah banyak kali rendahkan ego abang untuk dapatkan kemaafan sayang tapi sayang marah dan maki abang. Abang pun ada perasaanlah"
"Saya ego disebabkan awak. Awak ingat maaf saya ni murah sangat ke untuk jantan macam awak? Lelaki yang sanggup tinggalkan saya untuk perempuan lain. Saya pun ada perasaanlah!" tengkingku
"Bella Ayana! Abang tak sangka yang sayang dah berubah sangat. Mana Bella yang lemah lembut? Mana Bella yang pemaaf? Mana?!" naik seoktaf suara Daniel membuatkan aku tersenyum sinis
"Bella yang abang sebut tu dah lama hilang sebab diri abang. Sebab abanglah, masa depan saya hancur. Kalau saya tahu awak begini, Sudah lama saya minta putuskan hubungan dari universiti lagi!"
"Jangan nak kurang ajar!"
Pin Pin!!
"Daniel!!"
"Sayang!!"
Bang!!
♥♥♥♥♥♥
Aku membuka perlahan-lahan mataku. Terasa sakit menjalar di seluruh badanku membuatkan aku mengaduh sakit. Aku cuba melihat sekeliling dan kelihatan Ryan sedang tidur di atas sofa
"Abang..."
Ryan segera membuka matanya apabila mendengar Bella memanggil namanya. Ryan segera menuju ke arah kati Bella
"Bella okay tak? Masih ada sakit lagi di bahagian mana-mana?" Ryan tanya dengan risau
Macam mana tak risau kalau dapat panggilan daripada hospital yang adiknya kemalangan. Macam nak terbalik rumah sebab kelam kabut hendak terbang ke Paris
"Adalah juga tapi tak terlalu sakit" kataku sambil tersenyum kepada Ryan
"Macam mana boleh kemalangan ni? Nak tercabut jantung mummy, daddy dan Ryan bila tahu Bella kemalangan"
"Kereta kena langgar dengan kereta entah siapa punyalah"
Tiba-tiba aku teringatkan Laura. Aku segera duduk tegak dan kesakitan yang semakin terasa aku hanya endahkan sahaja. Aku segera menoleh ke arah Ryan
"Abang, mana Laura? Macam mana keadaan Laura?" tanyaku sambil memegang tangannya
Ryan tertunduk apabila mendengae soalan dari Bella. Kedengaran ketukan dari pintu wad. Seorang doktor muslim bersama jururawat masuk ke dalam sambil tersenyum
"Puan Bella, saya datang ni nak tengok keadaan awak. Macam mana keadaan Puan Bella? Okay tak?" tanya doktor tersebut yang bernama doktor Alisha
"Saya okay je doktor. Saya nak tanya doktor sesuatu"
"Apa?"
"Macam mana keadaan anak saya yang turut terlibat dalam kemalangan? Anak saya okay kan?" tanyaki kepada doktor Alisha
Doktor Alisha memandang Ryan tetapi Ryan menggelengkan kepala sahaja
"Apa kata Puan Bella tanya Encik Ryan? Saya pun tak tahu keadaan anak puan. Saya minta maaf dan saya minta diri dulu" katanya lalu segera keluar dari wad tersebut
Aku memandang Ryan lagi. Tapi Ryan hanya mendiamkan diri sahaja
"Abang beritahulah keadaan Laura! Abang tahukan keadaan Laura? Tolonglah beritahu Bella!!" kataku sambil menitiskan air mata
"Okay! Abang akan beritahu tapi abang harap Bella bersabar"
"Just spit it out!"
"Laura dalam keadaan kritikal sebab Laura terhumban keluar dari kereta. Kakinya patah manakala tangannya pula terkoyak sedikit" kata Ryan
Semakin galak air mataku mengalir mengenangkan nasib Laura yang dalam keadaan kritikal
"Bella nak tengok Laura!"
Second Update!!
Saya target nak capai 13K dan maybe 650/700 votes sebelum 2019 tutup tirai( ̄3 ̄) hohoho
Saya akan update lagi nanti malam heheheh
okaylah chaw dulu MUAHHHH
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top