βαβ 42

"Mummy bolehlah izinkan Bella duduk di luar negara" rayuku sambil membuat muka comel

"Jangan nak mengada sangat, Bella. Perlu ke Bella pergi luar negara kalau sakit hati? Bella jangan nak mengada jadi macan perempuan dalam novel. Pantang sakit hati, terus bawa diri" sindir Datin Liya

"Yelah. Bella takkan ke luar negara. Mummy selalu buat Bella sentap" kataku sambil memuncungkan bibir

Datin Liya segera menarik bibir Bella. Dato' Fakrul dan Ryan hanya ketawa melihat pergaduhan manja antara Bella dan Datin Liya. Bella semakin memuncungkan bibirnya apabila diketawakan

"Ish! Apa yang lucu sangat? Nak kena cubit ke oleh Bella?" kataku sambil memandang daddy dan Ryan dengan tajam

Dato' Fakrul dan Ryan segera mengelenggkan kepala. Cubitan Bella memang berbisa seperti Datin Liya. Sekali dicubit, lebam terus

"Janji dengan mummy yang Bella takkan pergi luar negara. Nanti senanglah mummy nak jaga Bella masa berpantang" kata Datin Liya sambil mengusap rambutku

Aku hanya tersenyum manis. Aku segera memeluk mummy dengan erat. Mummy memang pandai bagi kata-kata untuk menyenangkan hatiku

"Bella betul-betul nak bercerai dengan Daniel lepas Bella bersalin?" tanya Dato' Fakrul

Aku sekadar menganggukan kepala

"Mummy bukan tak halang Bella untuk bercerai dengan Daniel tapi cuba Bella fikir pasal anak Bella. Takkan Bella nak besarkan anak Bella tanpa ayah?" kata Datin Liya sambil memandang anaknya

"Bella boleh besarkan anak ni seorang diri. Bella tetap dengan keputusan Bella" kataku dengan tegas

"Tapi-"

"Mummy biarlah Bella yang tentukan sendiri. Dia tahulah apa yang dia buat" kata Ryan

"Yelah tapi mummy nak Bella betul-betul fikir pasal hal ni. Cerai ni bukan boleh bawa main" nasihat Datin Liya

"Baiklah, mummy"

"Puan Bella, ada orang nak jumpa Puam Bella. Dia nak bincang sesuati dengan Puan Bella" kata Mak Ceh

"Baiklah, Mak Ceh"

Aku segera meminta diri lalu segera keluar dari rumah. Kelihatan seorang perempuan sedang menunggu aku sambil melihat telefonnya

Aku menepuk perlahan bahunya membuatkan dia menoleh ke arahku. Aku terus tersenyum lebar ke arahnya tetapi dia hanya menanyangkan muka serius

"Wendy! Apa yang you nak bincang?" kataku sambil tersenyum

Senyuman sinis tersungging di bibirnya membuatkan senyumanku mula mengendur. Kelihatan dia mengeluarkan gambar lalu diberikan kepadaku

Aku melihat gambar tersebut lalu aku memejamkan mata

Ya Allah, dugaan apa lagi yang aku hadapi kali ini?

"Wendy, I nak cakap satu benda je. I langsung tak buat perkara terkutuk dengan suami you. Lagipun kami dah lama tak bertemu" jelasku lagi

"Wendy, you jangan percaya cakap pwremouan ni. I nampak sendiri dia sedang berfoya-foya dengan suami you. I sendiri yang ambil gambar tu" kata Hannah sambil tersenyum sinis

Apa lagi minah ni tak puas hati dengan aku? Mula-mula ambil suami aku dan sekarang fitnah aku pula. Bagus sangatlah perangai tak gunanya tu!

"Apa yang you tak puas hati dengan I, Hannah? Semua benda berharga termasuk suami I, you dah ambil. Kali ini, you nak apa?" kataku sambil memandang tajam ke arah Hannah

"Bila masa I tak puas hati sama you? I beritahu Wendy perkara ni supaya dia sedar yang dia berkawan dengan perempuan jalang yang tak guna!" sindir Hannah

Berdesing sahaja telingaku bila dia gelar aku 'perempuan jalang'. Baru sahaja tangan aku nak tampar, Wendy segera menahan tanganku

Pangg!!

Aku memegang pipiku yang baru sahaja ditampar oleh Wendy

"I ingat you baik tapi rupanya you tak adalah sebaik yang I sangka. Memang sesuai sangatlah gelaran tu untuk you sebab gatal sangat dengan suami I" kata Wendy dengan sinis

"Wendy tolonglah dengar penjelasan I! I langsung tak buat apa-apa dengan Adrian" kataku sambil memegang tangannya

Wendy menepis tanganku dengan kasar. Dia menolak aku membuatkan aku hampir sahaja jatuh tapi nasib aku sempat berpaut pada kerusi

Hannah hanya tersenyum sinis sambil melihat sahaja drama yang berlaku di depan matanya. Malas dia nak masuk campur memandangkan tugasnya sudah selesai

"Wendy, jomlah balik. Tak perlulah habiskan air liur you untuk perempuan ni. Tiada gunalah" kata Hannah

"Okay. Ini peringatan akhir I, jangan dekati suami I atau you dan anak you mati!" kata Wendy lalu segera keluar dari rumah tersebut

Hannah mendekatiku lalu menepuk perlahan bahuku. Aku segera menepis tangannya daripada menyentuh aku

"Jangan sentuh I dengan tangan kotor you. I jijik sangat dengan you" kataku dengan kasar

"Macam mana? Best tak dapat gelaran perempuan jalang?" tanya Hannah

"You memang tak guna! You tak takut dosa ke sebab fitnah orang? You puas hatilah tengok orang lain menderita sebab fitnah? Dasar perempuan psiko!"

"Meman I puas hati tengok orang lain menderita terutamanya you. I rasa I baru je menang loteri. Lagi satu, I psiko? Minta maaf I masih lagi normal" kata Hannah dengan sinis

"You keluar sekarang sebelum I campak you keluar"

"Nak campak I dengan badan you yang besar? Tak perlulah campak I sebab I ada kaki sendiri untuk berjalan" sindir Hannah sebelum keluar dari rumah

Aku segera duduk di kerusi lalu aku mencuba tenangkan diri aku. Hannah betul-betul mencabar kesabaran aku

'Memang aku tak dapat balas semua perbuatan dia tapi biar Allah sahaja yang balas semua perbuatannya'

♥♥♥♥♥♥

Hannah segera duduk di sofa. Dia tersenyum sinis apabila dia dapat membalas dendam kepada Bella. Hannah baru perasan yang ada sticky note terlekat pada meja di hadapannya. Hannah segera membacanya

Abang pergi outsation dan lagi satu minggu abang akan balik. Take care!

-Your husband-

Hannah mencebikkan bibirnya sambil menayangkan muka menyampah. Tak habis-habis dengan kerjanya

Hannah segera mengeluarkan telefonku lalu menelefon seseorang. Tersenyum Hannah mendengar suaranya

"Hello baby! Baby sibuk tak? Kalau tak sibuk, you datanglah ke kondo I. Lagipun suami I tiada di rumah" kata Hannah sambil tersenyum miang

"Betul ni? Okay kalau you cakap begitu. Bagi I 20 minit untuk bersiap supaya I dapat goda kesayangan I" kata lelaki tersebut

"Datang cepat dan kalau you lambat, You tak dapatlah I" kata Hannah sambil memintal rambutnya

"Okay, honey"

Hannah segera mematikan panggilan lalu segera menukar bajunya

Beberapa minit kemudian, Hannah segera menuju ke arah pintul apabila mendengar ketukan. Kelihatan seorang lelaki tersenyum manis sambil melihat Hannah

"Nasib you sampai tepat pada masanya kalau tak, melepaslah baby ni" kata Hannah sambil memandang lelaki tersebut dengan mengoda

Lelaki tersebut segera mencempung tubuh badan Hannah membuatkan Hanna terjerit. Lelaki tersebut menutup pintu lalu segera menuju ke arah bilik tidur

"You're mine, baby"

"Okay, honey'

Third update for today! Saya sudah tepati janji saya untuk hari ini wohoo😴

Geli je masa saya taip part Hannah dengan lelaki tu😂 Rasa nak tampar juga diri sendiri sebab taip benda tu😂

BTW, Okay tak chap ni? Kalau tak okay maaflah hohoho

Okay itu jelah! Saya nak tidur dulu😴 Bye dan assalamualaikum☺

Love all of you💖










Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top