βαβ 39

"Kau nak apa jumpa aku?" tanya Frah dengan dingin

"Jangan nak dingin sangat. Aku nak kau tolong aku" kata Hannah sambil tersenyum sinis

"Tolong apa? Hapuskan Bella?"

Hannah menepuk tangannya sambil tersenyum sinis. Dia mengeluarkan sampul yang agak tebal lalu diletakkan dia atas meja

"Kau hapuskan dia dan duit ni milik kau"

Farah mengambil duit tersebut lalu mengeluakan semua duit tersebut dalam sampul. Hannah semakin bersorak riang apabila Farah menerima wang tersebut

Pak!!

Hannah mengetap bibirnya apabila Farah melempar semua duit tersebut tepat ke arah mukanya. Tajam sahaja pandangan Farah pada Hannah

"Setakat 500K, aku pun adalah. Dasar perempuan tak guna! Kau sudahlah murah, hati busuk mengalahkan pembunuh. Aku tak inginlah ikut rancangan bodoh kau" tengking Farah

Semua pelanggan di kafe mulai memberi perhatian kepada mereka. Hannah sudah menahan malu dan marah apabila ditengking di khalayak ramai

Farah tersenyum sinis

"Kau..."

"Kenapa? Malu? Masa kau serahkan diri kau dengan Daniel, kau tak rasa malu? Itulah, ada otak tak mahu guna. Kasihan aku dengan parents kau sebab dapat anak murahan dan perampas serta penghancur rumah tangga!" sindir Farah

Hannah menghentak meja tersebut dengan kuat. Hannah memandang tajam ke arah Farah tapi Farah hanya beriak selamba

Hannah berjalan melepasi Farah tetapi lengannya dipegang oleh Farah. Hannah cuba merentap lengannya tetapi Farah semakin menguatkan cengkamannya

"Aku harap perempuan seperti kau dapat balasan setimpal sebab rosakkan rumahtangga kawan aku" bisik Farah

"Perhatian semua!" kata Farah membuatkan semua pelanggan memandang mereka

Hannah mulai tak senang apabila ramai yang berbisik dan ada juga mulai merakam dengan telefon mereka

"Kamu semua mahu tahu tak? Perempuan di sebelah aku ni sebenarnya perampas dan perosak rumahtangga kawan aku. Kawan aku sekarang tengah mengandung tapi dia sesuka hati rampas suami orang" kata Farah

Makin kecoh kafe tersebut apabila Farah bertindak sebegitu. Ramai mulai berbisik antara satu sama lain. Hannah pula rasa nak menangis je apabila dimalukan oleh Farah

"Tak gunanya perempuan tu!"

"Pakai tudung ingatkan bawa imej baik rupanya buruk"

"Ish! Apalah masalah perempuan tu? Mesti juga rampas laki orang. Mesti kurang kasih sayang"

Dan ramai lagi kutuk Hannah. Farah tersenyum sinis memandang Hannah yang hanya menundukkan sahaja kepala

"Best tak dikutuk oleh orang ramai? Tengoklah betapa hinanya perampas sebab merampas suami orang" sindir Farah

Hannah segera melangkah keluar dari kafe tersebut. Air matanya mengalir apabila dihina sebegitu

Farah yang melihat Hannah seperti menangis hanya mencebik

♥♥♥♥♥♥

Tok tok tok!

Aku segera membuka pintu. Kelihatan kelibat Daniel dan Hannah sedang berdiri di hadapanku. Aku memandang tajam ke arah mereka

"Buat apa datang sini? Kalau sekadar nak tunjuk korang pasangan bahagia, anda dipersilakan berambu-"

Pang!!

Terasa sakit pipiku ditampar oleh Daniel. Hannah yang melihat hanya mampu tersenyum sinis

"Ini rancang kau sama Farah kan?" tanya Daniel dengan kasar

Farah segera datang ke arahku apabila melihat aku ditampar oleh Daniel. Farah memandang tajam ke arah pasangan tersebut

"Kau gila ke Daniel?! Tampar isteri kau" tengking Farah

"Korang berdua bersepakat untuk malukan isteri aku kan?! Dia bukan perampas dan perosak sebab aku sayang Hannah sepenuh hati aku" kata Daniel

Aku yang mendengarnya rasa sakit hati. Dia cintai Hannah lebih daripada cintai aku? Aku mendekati Hannah lalu menamparnya

"Ini sebab kau rampas suami aku dan kau tipu suami aku! Betullah apa Farah cakap di kafe, kau murah" sindirku

"Watch you little mouth, Bella" kata Daniel dengan keras

"Awak bersikap tak adil sekarang, Daniel. Awak lebih percaya dengan betina ni berbanding saya. Apa yang ada pada Hannah sampai saya pun awak abaikan? Cuba cakap" kataku dengan sayu

Daniel tersenyum sinis. Dia mengambil sebuah gambar lalu dihulurkan kepadaku

Aku tergamam melihat gambar tersebut. Seorang lelaki dan seorang perempuan sedang berpelukkan dan tidur di atas katil. Perempuan itu adalah aku

"Kau tak setia seperti Hannah. Sejak kami bercinta hingga sekarang dia masih tetap setia dengan aku walaupun aku telah kahwin dengan kau. Kau pula sesedap hati tidur dengan jantan entah siapalah. Aku pun tak yakin dalam perut tu anak aku" kata Daniel

"Ini bukan saya. Gambar ni diedit! Saya langusng tak tidur dengan jantah keparat tu dan lagi satu ini anak awak yang sah"

Aku memandang tajam ke arah Hannah

"Kau yang edit gambar ni kan?! Dasar perempuan tak guna! Kau fitnah aku dan bagus kau mengaku sekarang!" kataku sambil mencengkam dengan kuat lengannya

Daniel merentap tanganku dari lengan Hannah lalu menolak aku dengan kasar menyebabkan aku terjatuh

Aku cuba berdiri tetapi terasa sakit sangat di bawah perutku. Aku melihat kakiku apabila terasa ada sesuatu mengalir. Terbuntang mataku melihat darah mengalir

"Ya Allah, Bella!" kata Farah lalu segera ke arahku

"S-sakit"

Daniel kaku apabila melihat Bella seperti menahan sakit

"Kau tercegat lagi kenapa?! Angkatlah isteri kau ni!" jerkah Farah

Daniel segera menganglat Bella lalu menuju ke arah kereta

Mereka segera menuju ke hospital dengan keadaan tergesa-gesa

♥♥♥♥♥♥

Aku membuka perlahan mataku. Sakit pada bahagian bawah perutku masih terasalah juga. Aku cuba memandang sekeliling

Kelihatan Daniel sedang tidur dia atas sofa. Aku terus teringat kejadian petang tadi. Aku cuba menahan amarah yang akan meletus. Sampai hati Daniel tolak aku

Pintu wad dibuka membuatkan aku menoleh ke arah tersebut. Farah tersenyum apabila melihat aku. Dia segera duduk di kerusi berseblahan dengan katilku

"You okay tak? Tadi doktor cakap yang you boleh keguguran kalau tak bawa lebih awal sebab pendarahan banyak. Nasib baiklah kami sempat bawa you ke hospital" kata Farah

Aku sekadar mengangguk

"Bella dah sedar?" tanya Daniel sambil tersenyum nipis ke arahku tapi aku mengendahkan sahaja

"Abang nak minta maaf sebab tola-"

"Tak perlu minta maaf. Saya nak awak keluar dari wad ni sekarang" kataku dengan dingin

"Tapi abang ni suami Bella"

Aku ketawa sinis

"Baru sekarang awak sedar yang saya ni isteri awak. Dulu, bukan main awak lupakan saya sebab isteri kedua awak tu" sindirku

"Tapi-"

"Tolong keluar sekarang dan jangan sampai saya buat bukan-bukan dengan bayi ni" ugutku

"Okay! Abang keluar sekarang" kata Daniel

Sebelum Daniel keluar, dia cuba mencium dahiku tapi aku segera mengelak daripada dicium. Daniel mengeluh sebelum keluar dari wad tersebut

Akhirnya, pecah juga tangisanku. Farah segera memeluk aku sambil mengusap belakang badanku

"Daniel kejam! Kejam sangat! Disebabkan dia, I hampir keguguran. Sanggup dia tolak I semata-mata untuk isteri dia yang tak guna tu! I makin benci dengan Daniel"

"Sudahlah, Bella. Janganlah menangis sebab air mata awak terlalu mahal. Biarlah Daniel tu. Nanti sampai satu saat nanti, dia akan sedar mana permata dan mana kaca" kata Farah

"Dan pada masa dia ingin mohon kemaafan, masa itulah I langsung takkan maafan dia" kataku tersedu-sedan

"Terpulang pada you. I sokong semua keputusan yang you buat" kata Farah untuk memberi kekuatan kepadaku

"Terima kasih Farah"

"Untuk?"

"Sebab sentiasa memberi nasihat dan kekuatan pada I. You selalu ada masa saya susah dan senang. I harap hubungan sahabat kita berkekalan hingga akhir hayat"

Farah ketawa kecil

"InsyaAllah"

Update update update!!

Saya ketawa tengok komen korang pada bab 38. Ramai yang marah dengan Daniel nampaknya😂

Okay itu je saya nak luahkan😂😂

Bye and love you guys😜💞



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top