βαβ 35
Sudah 2 bulan berlalu dan hubungan kami semakin baik. Farah pula dah lama keluar dari rumah ni. Bagus sangatlah dia keluar. Aman sedikit rumah ni. Tak adalah zina atau maksiat berlaku di rumah ni
Aku sedang menunggu kepulangan Daniel. Walaupun hubungan kami semakin baik tetapi Daniel semakin sibuk dengan kerjanya. Aku terasa seperti diabaikan tapi aku hanya mampu menahan perasaan tersebut di hati
Aku melihat jam di dinding. Hampir menunjukkan jam 12 tengahari. Aku sedang menunggu kedatangan Daniel ke rumah untuk lunch bersama. Aku menunggunya sambil melihat menonton K-Drama
30 minit telah berlalu...
Aku masih lagi menunggu Daniel. Hampir 30 minit berlalu tapi tiada langsung kelibatnya. Aku cuba melihat dari tingkap jika kereta kepunyaan Daniel ada tapi tiada
Aku berasa hampa dengan Daniel. Tadi pagi bukan main janji bagai tapi batang hidung langsung tak nampak
Aku cuba menelefonnya tapi tidak diangkat. Aku cuba pula mesej dia tapi aku hanya dapat satu tick sahaja. Tapi last seennya menunjukkan bahawa dia baru sahaja offline beberapa minit yang lalu
Aku cuba menelefonnya lagi tapi tetap masuk terus ke voicemail. Aku mengusap perutku yang sudah kelihatan. Aku hanya mampu tersenyum kelat. Sampai hati Daniel mungkir janji
"Baby nanti besar jangan jadi seperti ayah. Selalu tabur janji manis tapi selalu mungkir janji. Baby jadilah manusia yang berguna" kataku sambil mengusap perutku
Telefonku berdering dan aku segera mengambil telefonku. Aku sangka panggilan dari Daniel tapi daripada Ryan. Aku mengeluh
"Assalamualaikum abang. Kenapa call Bell ni?" tanyaku
"Waalaikumsalam. Bella! Tolong datang hospital cepat!" kata Ryan dengan tergesa-gesa
"Kenapa?" tanyaku sambil menahan gelisah di dalam hati
"Daddy kemalangan! Keadaan daddy sangat kritikal sekarang. Cepat datang dan bawa suami Bell sekali" kata Ryan lalu segera matikan panggilan
Aku segera menelefon Daniel. Air mata dibiarkan sahaja mengalir. Aku mengetap bibir dengan kuat. Panggilan tetap tak diangkat membuatkan mendengus geram.
Sibuk sangat ke sampai tak angkat call aku?
Aku berputus asa untuk menelefon Daniel. Aku segera bersiap lalu menelefon grab untuk menghantar akh ke hospital dengan segera
Aku berharap yang daddy akan baik-baik sahaja
♥♥♥♥♥♥
Aku segera mendekati kaunter pertanyaan dengan tergesa-gesa. Perasaan risau semakin menggunung
"Boleh saya tahu di mana pesakit yang baru sahaja dimasukkan sebab kemalangan?"
"Sekejap ye cik. Saya periksa dahulu" kata jururawat yang bertugas di kaunter pertanyaan
"Pesakit sekarang berada di wad ICU" kata jururawat sambil menunjukkan arah
"Terima kasih" kataku lalu segera peegi ke arah yang ditunjukkan
Kelihatan kelibat mummy dan Ryan sedang duduk dengan penuh risah. Aku segera mendekati mereka. Aku segera duduk di sebela mummy lalu memeluknya. Dia membalas balik pelukan aku
"Macam mana daddy boleh kemalangan?"
"Polis cakap kemalangan daddy disebabkan brek kereta tak berfungsi. Kemungkinan besar ada orang sabatoj daddy sebab takkan brek tak berfungsi sedangkan sudah di servis minggu lepas" kata Ryan
Aku hanya mampu menganggukkan kepala. Kemungkinan juga ada orang sengaja menbuatkan daddy kemalangan
"Mummy baru perasan sesuatu. Bell datang sini seorang je? Mana Daniel?" tanya mummy membuatkan aku tergamam
"Daniel outstation, mummy" bohongku
"Bell ada call Daniel tak?"
"Ada tapi tak diangkat. Mungkin Daniel sibuk atau bateri telefonnya habis" kataku sambil bermain jari
Keadaan kembali sunyi. Beberapa minit kemudian, seorang doktor keluar dari wad ICU. Kami serentak berdiri lalu segera menuju ke arah doktor tersebut
"Doktor, macam mana keadaan suami saya? Dia okay tak?" tanya Datin Liya
Doktr tersebut hanya mampu menghela nafas. Riak wajah kelihatan sugul. Aku dapat mengagak bahawa ada berita buruk yang akan disampaikan
"Keadaan suami puan dalam keadaan kritikal akibat hentakan kuat pada kepalanya dan tubuhnya mungkin akan lumpuh selepas dia bangun tetapi bukan lumpuh sementara yang boleh sembuh tapi lumpuh yang berkekalan" kata doktor dengan sayu
Aku segera memaut bahu mummy apabila kelihatan dia ingin pengsan. Air matanya mengalir apabila mendengar berita yang disampaikan oleh doktor tersebut
Aku dan Ryan berpandangan seakan memberi isyarat. Ryan yang faham hanya mengangguk
"Mummy, jom balik dulu. Kita tunaikan solat fardhu dan solat hajat sekali" kata Ryan sambil tersenyum nipis. Dalam hatinya dia turut bersedih dengan keadaan ayahnya
"Bell balik nanti naik apa?" tanya mummy
"Nanti Bell call pemandu Bell an suruh dia ambil Bell" kataku sambil tersenyum
"Kalau begitu, kami balik dululah. Bell jaga diri dan bayi dalam perut tu elok-elok. Jangan terlampau penat sebab nanti akan effect pada bayi" nasihat mummy
"Baiklah, mummy" kataku lalu menyalam tangannya dan mencium kedua-dua belah pipinya
Aku melihat kelibat mereka sehingga hilang dari pandanganku. Aku melihat keadaan daddy. Sayu hatiku melihat daddy dalam keadaan tenat dan berwayar pada badannya
Aku segera mengambil telefonku dari begku. Aku segera call Pak Akil untuk ambil aku. Selepas itu, aku segera mendail nombor telefon Daniel tetapi tidak diangkat
Aku megeluh dengan kasar. Sekarang aku berasa sangat sakit hati dengan Daniel. Keadaan daddy dilihat sekali lagi sebelum keluar dari hospital
Aku nampak kereta Audi berwarna hitam berhenti di hadapanku. Aku segera masuk ke dalam. Pak Aqil tersenyum kepadaku dan aku hanya senyum balik kepadanya
Sepanjang perjalanan, aku hanya mampu fikir tentang satu perkara
Mana Daniel?
Aku segera mengambil telefonku apabila telefonku berdering. Terdapat satu nombor yang tidak dikenali menghantar mesej. Berkerut dahiku apabila membaca mesej yang dihantar
-Unknown Number
Suami kau tak pulang lagi kan? Kejap aku hantar gambar keberadaan suami kesayangan kau
Kemudian, pemilik tersebut menghantar sebuah gambar. Aku segera menekan gambar tersebut. Hampir gugur jantungku melihat gambar tu.
Tak mungkin...
Aku segera membalas mesejnya
-You
Kau edit gambar ni kan?! Maaf tapi aku tak percaya dengan gambar ni
Aku membalas mesejnya. Tak mungkinlah Daniel buat sebegitu. Nampak sangat gambar yang dihantar itu palsu
Dia menghantar mesej tapi aku hanya mengendahkan sahaja. Kemudian, dia menghantar sebuah video. Aku segera menekan video tersebut. Air mata mengalir apabila melihat video yang berdurasi 15 saat itu
Sampai hati Daniel...
"Puan okay tak? Kenapa menangis?" tanya Pak Aqil apabila melihat majikannya menangis secara tiba-tiba
"Saya okay, Pak Aqil. Saya menangis sebab saya tengok video sedih tadi. Sedih sangat sampai saya pun menangis" kataku sambil mengelap air mata lalu tersengih
Pak Aqil hanya mengangguk lalu tersenyum
Aku hanya tersenyum sambil menahan air mata untun mengalir. Aku cuba menahan sedaya- upaya tapi tak mampu. Aku menangis lagi lalu menutup mukaku dengan tangan
Hmmm okay tak? Okay first time pula saya taip mencecah 1000++ words😂 Biasanya 500-900 sahaja tap sekali sekala panjang🐼
Okay itu je. chaw dulu😜
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top