Special Chapter 1 [ Ramadhan ] 💕

Special Chapter Ramadhan💕

Di Kediaman Daniel dan Bella...

"Abang! Bangun! Irreona!" Bella menggoncang tubuh badan Daniel berkali-kali

"Tak payah kacau, darling. Abang nak tidur pun susah" Daniel menepis tangan Bella yang sejak tadi menggoncang tubuhnya

Orang nak tidur pun susah!

"Abang! Bangunlah! Abang tak mahu sahur ke?" Bella cuba lagi menyuruh Daniel untuk bangun daripada tidurnya tapi hampa. Dia tetap tidak bangun

Bella sudah mendengus geram. Suaminya ni memang nak kena dengannya. Terus dia bangun katil dan menuju keluar dari bilik tidur mereka

"Suka hati awaklah, Daniel. Kalau nak tidur, pergilah tidur sampai mampus. Tak payah bangun sahur. Geram betul aku dibuatnya!" Bella membebel dengan geram seraya langkahnya menuju ke arah dapur

"Marah nampak?" kata Puan Sri Zarinah apabila melihat menantunya membebel sendirian dengan muka merah padam

"Tengoklah anak kesayang ibu tu. Liat betul nak bangun sampai Bella berteriak pun dia tetap tak bangun. Ini kalau bom jatuh dari langit pun dia masih tidur agaknya"

Puan Sri Zarinah menggeleng kepala sahaja sebelum tersengih. Kelihatan kelibat Daniel di belakang Bella tapi Bella langsung tak menyedarinya

Daniel menunjukkan isyarat kepada Puan Sri Zarinah agar tidak memberitahu kehadirannya dan Puan Sri Zarinah mengangguk perlahan

"Ibu pergi ambil nasi dulu" pantas Puan Sri Zarinah pergi ke dapur kembali

"Ikut perangai siapalah Daniel ni sampai susah betul nak kejutkan dari tidur. Kalau aku simbah dengan asid baru nak bangun gamaknya"

"Darling!"

Bella menoleh dan dia tersenyum sinis kepada suaminya. Cepat sahaja tangannya hinggap lengan Daniel. Dicubit sekuat hatinya sehingga Daniel terjerit kesakitan

"Baru nak bangun? Ingatkan mata tu tertutup masih sampai susah nak bangun"

"Hey, kenapa marah sangat ni? Tengah mengandung ke?" kata Daniel dan terus menyentuh perut Bella yang kempis

PAK!

"Sakitlah!" Daniel menyentuh lengannya yang baru sahaja dipukul oleh Bella

"Baru pukul sedikit sudah mengaduh sakit. Kata lelaki tapi perangai macam sotong"

Daniel tersenyum nakal ke arah Bella

"Memang abang lelaki pun. Kalau tak, memang tak adalah Laura, Hazfriq dan Haziq di dunia ni"

Bella menjeling tajam ke arah suaminya. Menyempat lagi Daniel berkata kotar dengannya dan nasib tiada siapa dengar

"Tak habis-habis nak dirty talk!" Bella terus berlalu meninggalkan Daniel bersendirian

Daniel tergelak melihat Bella yang sudah merajuk akan dirinya. Lantas dia mendekati Bella

"Tunggulah, darling! Nanti abang pujuk darling dekat bilik!"

"Diamlah!"

××××××

"Dah siap!"

Hazfriq dan Haziq memandang Bella dengan mata yang bulat. Mereka tersengih seolah-olah faham dengan apa yang ibunya bercakap

"Comelnya anak mummy ni!" Bella mencubit kedua pipi tebam Hazfriq dan Haziq dengan geram. Mereka berdua sangat comel!

"Kamu dua tunggu sini dulu. Mummy nak bersiap sekejap dan nanti kita pergi lawat daddy di pejabat"

Bella lantas pergi ke arah almari untuk mencari pakaian. Daripada dia duduk di rumah, bagus juga dia melawat Daniel di pejabat dan bawa si kembar tu

Bella segera mencapai blouse putih bersama seluar palazo berwarna hitam serta shawl berwarna putih. Dia menoleh ke arah anak-anaknya yang berada di katil

Mereka sedang seronok bermain dengan permainan mereka

"Anak-anak mummy duduk dan main, okay? Mummy nak ganti baju dulu"


Di Pejabat Daniel...

Daniel meneliti dokumen tersebut dan dibelek satu-persatu kertas tersebut. Dia memicit kepalanya apabila melihat laporan tersebut. Dia tutup dokumen tersebut lalu dicampak ke atas mejanya

Dia memandang tajam ke arah seorang wanita yang sejak tadi menundukkan wajahnya

"Laporan apa yang kau buat ni? Macam sampah tahu tak? Kau pergi buat balik dan selagi kau tak siap, kau jangan pulang" dokumen yang berada di meja lantas dibagi kepada wanita tersebut

"B-baiklah" suaranya gagap sahaja dan dia tak sanggup memandang wajah bengis pemilik syarikat tersebut

"Siapa nama kau?"

"Hah?"

Daniel mendengus geram. Nasiblah sekarang ni bulan puasa kalau tak, memang ditengking perempuan di hadapannya sekarang ini

"Aku rasa kau dengar soalan aku tadi"

"S-saya Zulaikha"

Daniel mengangguk sahaja

"Baiklah, cik Zulaikha. Kau boleh keluar dari pejabat aku dan siapkan laporan kau"

Zulaikha mengangguk laju dan bergegas keluar dari pejabat Daniel

Daniel meraup wajahnya dan menongkat dagunya seraya memandang frame gambar di mejanya. Bibirnya terus tersenyum melihat gambar perkahwinannya dengan Bella

Terubat terus sakit hatinya melihat gambar kahwin mereka

Tok Tok Tok!

"Masuklah" kata Daniel dengan nada malas dan mengalihkan pandangan ke luar tingkap

"Aaaady"

Daniel memandang kembali ke arah pintu dan dia terus tersenyum lebar melihat kedua anak kembar lelakinya memandang ke arahnya

"Anak-anak daddy!" terus Daniel mendukung Hazfriq dan Haziq. Dicium berkali-kali pipi tebam mereka sehingga mereka tergelak

Bella tersenyum sahaja melihat telatah anak-beranak

"Darling, kenapa datang tak beritahu?" Daniel meletakkan Hazfriq dan Haziq di tempat khas untuk anak-anaknya bermain

Dia memang sudah sediakan awal-awal lagi area khas untuk anak-anaknya bermain supaya tak adalah nanti barang pecah

"Saja nak buat suprise. Lagipun, bosanlah duduk rumah. Sudahlah Laura sekolah. Kalau tak, memang darling ajak Laura masak sama-sama" Bella memuncungkan bibirnya sedepa

Daniel tersenyum sahaja. Terus dipeluk tubuh Bella dan dicium bertalu-talu pipi Bella silih berganti sampai naik rimas Bella dibuatnya

"Sudahlah, abang! Sudahlah ada air liur melekat di pipi darling" Bella mengeluarkan sapu tangan daripada begnya laku dilap pada pipinya

"Okay, nanti kita sambung malam nanti"

Bella menjeling tajam ke arah Daniel yang sudah tersenyum-senyum. Tak habis-habis lagi benda 'tu' dalam otaknya

"Abang balik awalkan?"

"Semestinya, darling. Abang nak berbuka puasa dengan darling dan anak-anak" kata Daniel dan mengenggam tangan Bella lalu dikucup

Bella tersenyum sahaja

"Kalau begitu, abang nak makan apa nanti berbuka? Nanti darling tolong masakkan"

"Abang nak ayam masak merah. Jangan lupa letak perencah cinta dan kasih sayang dalamnya nanti. Makin sedap rasanya!"

Bella tergelak

"Beres bos!"

××××××

Daniel mengeliat perlahan dan dia lihat jam di dinding

5:18 p.m.

Daniel mengemaskan segala barangnya. Memandangkan ada 2 jam lagi sebelum berbuka puasa, bagus juga dia balik awal supaya dapat juga bantu Bella

Blazer di kerusinya diambil lalu terus keluar dari pejabat

"Tuan Daniel!"

Langkahnya terhenti dan dia terus menoleh apabila namanya dipanggil dan kelihatan Zulaikha tercungap-cungap di hadapannya

"Kenapa ni?"

Zulaikha terus menyerahkan dokumen kepada Daniel

"Saya sudah betulkan segala laporan dalam dokumen ni"

Daniel mengambilnya lalu dibaca laporan yang berada di dokumen tersebut sebelum tersenyum puas

"Good job, Zulaikha"

Zulaikha sudah tersengih-sengih

"Terima kasih"

"Kalau begitu, aku balik dulu" Daniel tersenyum nipis lalu jalan meninggalkan Zulaikha

Zulaikha memandang kelibat Daniel hingga hilang daripada pandangannya. Dia tersenyum kecil

"Baik juga rupanya bos aku ni"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top