BaB 81
2 hari sebelum majlis perkahwinan💎
Aku tersenyum nipis sahaja. Keadaan di rumah agak meriah dengan kedatangan saudara dari luar negara untuk melawat
"Bella!" jerit satu suara membuatkan aku mengalihkan pandangan
Terus lebar senyuman aku melihatnya
"Mak long!" terus aku memeluk tubuh wanita tersebut dengan erat sekali
"Rindunya mak long dengan anak saudara mak long ni. Tak sangka pula mak long yang kamu akan berkahwin dengan Daniel lagi" kata Datin Julia dengan senyuman mesra
Aku turut membalas senyumannya
"Kalau sudah jodoh mereka kuat, mereka tetap akan bersama" sampuk Ryan
Aku tersenyum sahaja
"Mana Laura?" tanya Datin Julias seraya matanya melilau mencarinya
"Dia ada dekat luar, mak long. Main dengan sepupunya seperti biasa"
Datin Julia mengangguk sahaja
"Ayah kamu pula mana?"
"Daddy ada dekat biliknya. Mak long pun faham macam mana keadaan daddy sekarang"
Datin Julia tersenyum nipis sahaja. Terus dia memeluk bahu anak saudaranya dengan erat. Diusap pipi Bella dengan lembut
"Kalau begitu, mak long pergi jumpa ayah kamu sekejap" terus Datin Julia bangkit dari duduknya dan meninggalkan Bella bersama Ryan
"Bella!" jerit Kevin dengan lantang dan pantas berlari ke arah Bella dan Ryan
Aku terkejut mendengar jeritan daripada Kevin dan begitu juga Ryan. Kami berdua menjeling tajam ke arahnya
"Kenapa jerit-jerit ni? Nasib mak long dan mak ngah tak dengar jeritan abang"
"Itu semua tak penting" tercungap-cungap Kevin ketika bercakap
"Daniel datang sini!"
"Oh, Daniel datang sini" kataku bersahaja
Beberapa saat kemudian, baru aku tersedar. Membuntang mataku dengan nama yang baru sahaja aku sebut tadi
"Daniel datang sini?!" jeritku
Pantas aku melangkah menuju keluar. Ternganga aku apabila melihat Daniel dikerumuni oleh perempuan
"Banyak juga peminat Daniel ni" kata Ryan seraya tersengih sumbing
Aku menjeling ke arah Ryan sebelum kembali menatap ke arah Daniel. Kelihatan dia cuba melarikan diri daripada dikerumuni oleh perempuan
Padan muka! Siapa suruh mengada sangat nak datang sini?!
"Bukan mummy sudah suruh Daniel duduk di rumah ke dan tak boleh jumpa Bella selagi majlis perkahwinan belum berlangsung?"
"Daniel degil orangnya, abang. Macamlah abang tak kenal perangainya"
Ryan dan Kevin mengangguk laju dan setuju dengan kata-kata Bella
"Weh! Handsome betul bakal suami Bella!"
"Alahai! Untung betul Bella dapat suami macan dia ni"
"Mereka berdua memang sepadan kalau bersama! Bagai cincin dengan berlian"
Aku tersenyum mendengar kata-kata mereka. Nasiblah mereka tak ada niat langsung nak rampas Daniel dari aku
Kalau ada, langkah mayat aku dulu!
××××××
"Aduh! Sakitlah! Bella lepaslah" jerit Daniel seraya dahinya berkerut menahan kesakitan dicubit oleh Bella
"Padan muka! Mummy sudah cakap dekat awak supaya duduk dekat rumah. Kenapa degil sangat ni?"
Bibir Daniel muncung sedepa
"Salah ke kalau aku nak jumpa kau? Lagipun, I miss you like crazy, Bella" kata Daniel seraya tersengih
Aku menjeling dia tajam. Memang Daniel ni tak puas lagi minta cubitan daripada aku
"Dengarlah cakap mama, Daniel. Duduklah diam-diam dekat rumah dulu. Lagi 2 hari sebelum majlis perkahwinan kita. Cubalah bertahan sedikit, Daniel" kataku seraya tersenyum
"Kau tak rindu aku?"
"Saya tak rindu awak langsung. Lagipun, setiap hari awak mesej saya dan bagi saya ayat sweet mengalahkan gula. Memang terlepas rindu saya dengan baca balik mesej awak"
Daniel tersengih lebar. Dia mencapai sejambak bunga ros lalu diberikan kepada Bella
"For you"
Aku mencapai bunga ros daripada Daniel. Aku memandang Daniel dan bunga ros silih berganti
"Really Daniel?" aku menunjukkan bunga ros kepada Daniel
"What? Okay apa bunga ros yang aku beri dekat kau. Melambangkan cinta aku terhadap aku"
"Kedekut" aku mengumam perlahan tapi Daniel mendengarnya
Terbuntang mata Daniel mendengar kata-kata Bella
"Apa?! Sampai hati kau cakap aku kedekut"
"Betullah apa yang saya cakap. Setakat bunga ros yang dibalut dengan pembalut dan diikat dengan reben, saya pun boleh buat sendirilah"
Daniel menjulingkan mata ke atas. Menyampah juga dia dengar sindiran daripada Bella kepada dirinya
"Kalau kau nak hadiah lagi besar, lepas kita kahwin, okay?" Daniel tersengih nakal memandang Bella
Aku segera menjarakkan diri daripada Daniel. Seram pula dibuatnya apabila melihat dia tersengih semacam
"Otak tu tak boleh fikir yang lain ke? Kasihan pula saya dekat mama sebab dapat anak otak kotor macam awak"
Daniel tergelak besar
"Yang otak kotor nilah yang awak sayang sangat"
Aku membuat muka meluat sahaja. Menyampah dia nak melayan perangai tak senonoh Daniel
"Kau Seoul ke?"
Hah?
"Pardon me? Ada nampak muka saya macam Seoul, Korea ke atau awak tak tahu nak bezakan antara Seoul dengan Bella?"
Daniel tersenyum melihat gelagat Bella yang tak habis-habis membebel. Adalah yang kena cium dekat sini tak lama lagi
"Sebab kau seoulmate aku"
Aku terdiam seketika sebelum tersenyum lebar. Lengan Daniel aku pukul perlahan sebelum menekup muka aku
"Kenapa ni? Malu ke? Nak cendol atau Encik Daniel?" Daniel mengangkat keningnya
Aku menjelingnya tajam
"Awak nak penampar?"
"Boleh je tapi pastikan penampar kau ada letakkan kasih sayang dan cinta kita berdua"
"Stop it, Daniel. Geli pula telinga saya dengar"
Daniel tergelak besar. Puas hatinya dapat mengusik Bella!
××××××
"Mengantuk, mengantuk, nak tidur mana~ mengantuk, mengantuk, tolonglah saya~"
Kedengaran satu suara garau tengah menyanyi lagu didi and friends dan aku cuba menahan ketawa melihat orang yang sedang bernyanyi sambil menari
"Ryan?" terkejut Datin Liya apabila melihat anaknya sedang menyanyi dan menari di depan televisyen
"Eh, mama!" terus Ryan berhenti menari dan dia tersengih ke arah Datin Liya
"Hantu mana yang rasuk kamu untuk menari di depan televisyen ni? Dengan lagu budak-budak"
"Farah yang suruh mummy. Dia cakap mengidam nak tengok Ryan menari dan nyanyi lagu ni"
Terus aku tergelak besar diikuti dengan Kevin, Farah dan Datin Liya. Sampai keluar air mata sebab terlalu banyak ketawa
"Kamu biar betul Farah? Orang mengidam biasanya minta makanan tapi kami minta suami kamu menyanyi lagi didi and friends sambil menari" kata Datin Liya dan masih ada sisa ketawa lagi
Ryan sudah menayangkan muka cemberut
"Ketawalah lagi. Ryan buat ni demi isteri yang tercinta. Kalau tak, sampai mati pun Ryan takkan buat benda mengarut ni" kata Ryan
"Apa hubby cakap? Benda mengarut? Hubby nak cakap yang sayang minta benda mengarutlah? Begitu maksud hubby?" Farah menjeling ke arah suaminya
Aku dan Kevin saling berpandangan. Kami mulai tersenyum penuh makna kepada Ryan
"Hubby bukan bermaksud begitulah. Hubby tersasul je"
"Hubby tidur luar hari ini" kata Farah lalu bergegas naik ke atas
"Matilah kau, Ryan. Farah sudah merajuk dekat kau. Lain kali, mulut kau tu jaga sedikit. Perempuan mengandung ni cepat sensitif"
"Aiyokk! Farah merajuk! Kena tidur di ruang tamulah nampaknya"
Ryan sudah memukul bibirnya berkali-kali
"Kenapalah mulut aku ni suka cakap benda merapu? Nampaknya esok ada sesi memujuklah nampaknya"
"Padan muka! Mulut tu jaga sedikit Ryan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Memang tak boleh diundur"
Ryan tersentap
"Tahulah salah orang tapi janganlah buat orang sentap!"
Kami tergelak
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top