BaB 79

4 hari sebelum majlis perkahwinan💎

Daniel memandang ke arah Adrian yang sedang tersengih ke arahnya

"Siapa yang kau bawa ni?" tanya Daniel lalu jarinya menunjukkan ke arah enam orang lelaki yang sedang duduk di sofa

"Kawan aku"

"Kawan kau? Boleh tahan handsome juga kawan kau ni" puji Daniel

"Tapi, kenapa kau bawa kawan kau ni dekat rumah aku? Nasib keluarga aku keluar kalau tak, memang ibu aku tanya banyak soalan sekarang ni"

"Aku tahu kau tiada pengapit jadi aku suruhlah kawan aku datang sini. Kau pilihlah mana yang kau suka dan berkenan. Semuanya handsome, cute, sexy and hot"

Daniel sekadar mengangguk sahaja. Memang dia akui yang kawan Adrian semuanya kacak dan mampu mencairkan hati perempuan

"Boleh tak korang perkenalkan diri sendiri?"

"Nama aku Adam Aqasah bin Hafriz Al-Firash"

"Aku pula Muhammad Ziqkri Ranish bin Dafriell"

"Aku Alden Danish bin Maleek"

"Nama aku pula Syed Aiden Hazfriq bin Syed Ghafar"

"Nama kanda pula Fakrul Farrier bin Aaden Darwin"

"Akhir sekali, Muhammad Zafriq Iskandar bin Taufik Hamid"

Adriana memandang ke arah Daniel

"Macam mana?" tanya Adrian serta menjongketkan keningnya

"Okaylah tapi aku ada satu masalah je"

"Apa?"

"Macam mana kalau Bella tergoda tengok muka korang? Lagi teruk, kalau dia berubah hati"

Adrian dan kawannya memandang wajah Daniel dengan perasaan menyampah

"Otak kau dekat lutut ke? Kami semua masih lagi waras dan tahu bezakan baik dan buruk" kata Adam seraya matanya mencerlung memandang wajah Daniel

"Betul tu. Aku yakin Bella takkan berubah hati semudah itu. Kau jangan risaulah"

Daniel mengangguk sahaja

"Jom"

"Pergi mana?"

"Serbu bilik Daniel!" jerit Adrian lalu terus berlari ke atas diikuti dengan kawannya

Terbuntang mata Daniel

"Woi! Jangan masuk ke dalam bilik akulah!"

××××××

Aku memandang Kevin yang hanya tersengih sejak tadi. Terus sahaja tangan aku menampar bahunya dengan kuat

"Aduh! Sakitlah baby pukul! Kenapa tiba-tiba pukul abang ni?" Kevin mengusap bahunya yang baru sahaja dirampar oleh Bella

"Memang patut pun abang kena pukul. Bella dengan terujanya bercerita tapi abang tersengih-sengih dan lamgsung tak dengar cerita Bella"

Kevin kembali tersengih. Jarinya mulai bermain di bahu Bella membuatkan dia mencerlung tajam ke arah Kevin

"Kenapa abang tersengih-sengih? Cuba beritahu Bella"

"Abang tersengih sebab abang tak boleh lupakan muka Daniel yang cuak. Baru serius sedikit, muka sudah pucat" kata Kevin lalu terhambur ketawanya

Aku pun ikut tergelak. Memang betul apa yang Kevin cakap. Muka Daniel jadi pucat dan cuak apabila Kevin menayangkan wajahnya yang serius

Ting Ting Ting!

Aku terus mencapai telefon bimbitku

"Kenapa tu?"

"Daniel mesej"

Aku terus membuka chatnya

Daniel Shayang💕

Bella! I miss you so much, darling😢💕

Jom jumpa!!!

You

Waalaikumsalam. Maafkan saya tapi saya tak rindukan awak😛

Saya tak mahu jumpa awak🙅

"Amboi! Bukan main tak rindu. Padahal dalam hati sudah menangis tak berlagu" sindir Ryan sebelum dia duduk di sebelah Bella

Aku menjeling Ryan sekilas dan dia hanya beriak selamba.

"Suka hatilah! Abang tak tahu apa-apa diam"

"Sebab abang tahulah abang tak mahu diam"

Aku malas nak layan Ryan. Telefon bimbit aku letak di poket seluarku dan terus sahaja aku melihat televisyen

"Aik? Tak mahu layan buah hati ke?"

Aku hanya buat tak layan dengan soalan Ryan. Mata aku masih lagi menghadap ke arah televisyen

"Merajuk ke?"

"Tak adalah cuma bosan sedikit"

Ryan sekadar mengangguk sahaja. Terus dia memeluk bahu Bella dengan erat sekali

"Jom"

"Pergi mana?"

"Kita lepak di taman"

"Okay"

Aku terus naik ke atas untuk bersiap

Ryan memandang ke arah Kevin dan Kevin sekadar tersenyum lalu menunjukkan thumbs up

"Kau nak ikut tak?"

"Semestinya mahu! Aku tak boleh lepaskan peluang keemasan ni"

Ryan tersengih sahaja

××××××

Di Taman...

Aku menghirup udara segar. Lama betul tak lepak di taman dengan Ryan dan Kevin

"Lamanya tak pergi sini" kata Kevin seraya matanya melilau keadaan sekeliling taman

"Nah" terus sahaja Ryan menyerahkan penutup mata kepada Bella

"Nak buat apa?"

"Makan"

Aku mencebikkan bibir. Orang tanya betul-betul tapi dia sempat pula buat loyar buruk

"Bella tanya betul-betul ni!"

"Pakai jelah! Nanti Bella tahu juga nanti" kata Ryan lagi

Aku menjeling tajam ke arahnya. Terus aku mengambil dengan kasar penutup mata dari tangan Ryan. Aku terus memakainya penutup mata tersebut

"Sudah"

"Sekarang ni Bella pegang lengan abang dan abang Kevin"

Aku terus memaut lengan mereka dengan erat. Takut jatuh pula semasa berjalan nanti

"Lagi?"

"Bella ikut je kami"

Aku sekadar mengangguk sahaja

Beberapa minit kemudian...

"Sudah sampai ke belum? Kaki Bella penatlah asyik berjalan"

"Sabarlah, cik adik. Kita hampir sampai ni"

Aku mengeluh perlahan

"Abang selalu cakap hampir sampai tapi tak sampai pun" sindirku kepada Ryan

"Mulut tu diam sedikit. Abang bagi cili nanti, memang terbakar lidah Bella"

Aku menjuih sahaja. Macamlah aku takut dengan ugutannya

"Okay, kita sudah sampai! Sekarang, Bella duduk di bangku ni"

Aku terus sahaja duduk di bangku

"Boleh buka tak?"

"No!" serentak mereka berkata

"My baby wait at here first. Nanti ada big suprise for you!" teruja sahaja Kevin berkata

Aku sudah tersenyum mendengar perkataan suprise

Ryan dan Kevin memandang antara satu sama lain. Mereka tersenyum penuh makna

"Bella kira sampai tiga dan baru Bella buka penutup mata"

"1.."

"2.."

"3!"

Terus sahaja aku membuka penutup mata

"Hai, Bella!"

"Daniel? Apa yang awak buat dekat sini?" pelik juga apabila melihat Daniel tiba-tiba sahaja muncul bersama bunga di tangannya dengan

"Bunga untuk bakal isteri saya" kata Daniel lalu terus menyerahkan sejampak bunga ros kepada Bella

"Terima kasih!"

Aku tersenyum melihat bunga ros dan terdapat patung beruang yang agak kecil di tengah dan di tangannya terdapat kad

Aku mengambilnya lalu membacanya

Will you marry me?

"Darling..."

Aku terus mengangkat muka dan kelihatan Daniel sedang melutut sambil tersenyum manis

"Daniel, apa yang awak buat ni? Ramailah orang nampak!" kataku apabila ramai orang memerhati ke arah kami berdua

"Aku tak kisahlah pandangan orang kepada kita. Ini urusan antara kau dan aku"

"Aku nak buat pengakuan sedikit. Aku tahu aku bukan lelaki sempurna, aku tahu aku paling banyak lukakan hati kau. Aku banyak buat salah dekat kau dan yang paling teruk, aku langsung tak ada di sisi kau ketika kau mengandungkan Laura"

Aku menundukkan kepala. Terasa sebak pula apabipa mengingati semua peristiwa pahit yang pernah berlaku

"Aku rasa kecewa dengan diri aku bila teringatkan betapa teruknya perangai aku. Aku tahu kau masih ada sedikit rasa kecewa dengan aku"

Aku pantas menggelengkan kepala. Aku menghadiahkan senyuman nipis kepada Daniel

"Kecewa tu memang ada tapi saya dah lama maafkan awak. Saya tahu awak berubah ke arah yang lebih baik"

Daniel tersenyum

"Kau seorang wanita yang kuat dan tabah. Kau sahaja yang buat jantung aku berdebar kencang dan selalu buat aku tak keruan. Aku cemburu bila tengok kau bersama lelaki lain. Hati aku sakit sangat"

Aku tergelak kecil

"Aku cintakan kau, Bella"

Perasaan aku kini bercampur baur. Gembira, terharu, sedih dan banyak lagilah

"Mungkin aku tak romantik dan sweetalker tapi aku nak tanya kau sesuatu"

"Apa?"

"Will you marry me, dear?"

Aku mengangguk seraya tersenyum lebar

Kedengaran tepukan gemuruh dan suara orang membuatkan aku terus menoleh

Semua ahli keluarga aku dan Daniel memerhati kami seraya tersengih-sengih. Lantas kami berdua mendekati mereka

"Nice! Nasib aku sudah rakam video korang. Aku rasa korang boleh jadi pelakon drama" kata Ryan

Aku tersengih lebar dan Daniel sekadar tersenyum sahaja

"Daniel..." panggil Dato' Fakhrul

"Ya?"

"Tolong jaga anak daddy baik-baik. Gembirakan dan bahagiakan Bella. Cukuplah luka yang pernah kamu berikan dekat dia. Daddy harap kamu akan sayangkan dia sepenuh hati dan tidak kecewakan dia lagi"

"I will"

💞💞💞

Hambar?
Maybe😂

Cliché?
Yeah, I know it😂😂😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top