BaB 74
Pejabat Khalid🏨
"Macam mana keadaan anak aunty?" tanya Puan Sri Zarinah seraya duduk berhadapan dengan Khalid
Khalud mengemam bibirnya. Dia tak tahu macam mana nak jelaskan tentang kesihatan Daniel
It's so damn complicated!
"Kenapa Khalid diam ni? Mesti Khalid ada sorakkan sesuatu dari pengetahuan aunty" kata Puan Sri Zarinah seraya mengecilkan matanya ke arah Khalid
Khalid sudah menelan air liur melihat wajah Puan Sri Zarinah yang kelihatan agak seram. Dia mengenggam tangannya sebelum menghela nafas
'Sorry, Daniel tapi aku terpaksa beritahu juga. Ini semua demi kebaikan kau juga'
"Sebenarnya Daniel hida-" kata-katanya terhenti taktala kedengaran ketukan pintu bertalu-talu
"Masuk!"
Seorang nurse terus membuka pintu. Wajahnya kelihatan amat cemas dan kalut ketika ini
"Kenapa ni?"
"Ada emergency dekat wad 108, doktor!" jawab nurse tersebut dengan kalut
Khalid dan Puan Sri Zarinah terus berdiri tegak apabila nombor wad kepunyaan Daniel disebut. Mereka terus keluar dengan kadar segera
Puan Sri Zarinah pula tidak putus mendoakan agar anaknya tidak apa-apa dan pada masa yang sama, dia pun pelik juga sekarang ini
Daniel ada penyakit ke?
××××××
Khalid terus masuk ke dalam wad Daniel bersama beberapa jururawat. Dia melihat Daniel sedang memegang dadanya
"Ambil ubat tahan sakit dan ubat bius, Nina" arah Khalid kepada seorang jururawat yang bernama
Dia segera menurut arah Khalid. Dia mengambil 2 biji ubat tahan sakit berbentuk kapsul berserta jarum yang berisi ubat bius kepada Khalid
Khalid segera mengambil picagari daripada Nina. Dia membuka baju Daniel untuk memudahkan dia menyuntik pada bahagian yang sakit
"Tahan sedikit" kata Khalid kepada Daniel sebelum perlahan-lahan membenamkan jarum tersebut pada dada Daniel
Berkerut kening Daniel menahan sakit apabila dicucuk ubat bius. Perlahan-lahan sakit di dadanya semakin berkurangan membuatkan dia mengeluh lega
"Nanti kalau sakit lagi, kau makan ubat tahan sakit ni" kata Khalid lagi
Daniel sekadar mengangguk sahaja sebelum memejamkan matanya
Jururawat yang lain terus keluar untuk memberikan ruang kepada Khalid dan Daniel untuk berbincang sesuatu
"Daniel..."
"Apa?"
"Ibu kau tadi tanya pasal kau"
"Kau beritahu tak?"
Khalid sekadar menggeleng sahaja membuatkan Daniel menghela nafas lega apabila rahsianya belum terbongkar lagi
"Aku rasa kau perlu buat pemeriksaan balik, Daniel" kata Khalid membuatkan Daniel terus sahaja membuka matanya
"Kenapa pula?"
Khalid mengemam bibirnya sebelum mengambil fail kesihatan Daniel. Dia menyelak satu persatu kertas tersebut
"Aku rasa kau bukan hidap penyakit kanser yang biasa, Daniel" kata Khalid lagi
"Maksud kau?"
"Berdasarkan simptom yang kau tunjukkan, kau kerap muntah, selalu hilang selera makan, cepat lesu dan badan kau turun dengan mendadak serta imun badan kau agak lemah"
"Dan kemungkinan kau menghidap kanser darah" kata Khalid cukup membuat Daniel terkedu
"K-kanser darah? Tapi bukan kau cakap yang aku hidap kanser tumor?"
"Ya, pada mulanya aku sangka kanser tumor tapi bila kau tunjuk simptom begini dan kemungkinan besar kau hidap kanser darah bukan kanser tumor"
Daniel memejamkan matanya mendengar penjelasan daripada Khalid
'Ya Allah, sungguh besar dugaan yang kau beri kepadaku'
"Kemungkinan besar, Daniel tapi kita buat dulu pemeriksaan buat kali kedua. Aku cuma nak pastikan dulu sama ada kau hidap kanser darah atau tidak"
Daniel sekadar mengangguk sahaja
Khalid turut bersimpati melihat keadaan sahabatnya. Dia tak sangka yang Daniel akan menghidap penyakit seperti ini
"Kau perlu kuat, Daniel. Semua yang berlaku ini adalah takdir yang telah ditentukan oleh Allah. Ajal tak mengenal usia sama ada tua atau muda tapi ia tentang masa. Bila-bila masa je Allah boleh tarik nyawa seseorang. Orang yang sakit tak semestimya akan menghadap Ilahi dulu dan orang yang sihat takkan sentiasa sihat. Aku nak pesan dekat kau-"
"Solat jangan sesekali kau tinggal. Even kau sakit tenat sekalipun, itu bukan tiket untuk kau tak mahu solat atau malas nak solat. Sentiasa berzikir dan banyakkan baca Al-Quran" nasihat Khalid dengan panjang lebar
Daniel rasa terharu apabila mempunyai sahabat seperti Khalid. Dia memeluk erat sahabatnya
Khalid hanya tersenyum nipis sahaja
"Terima kasih, bro"
"Tak perlu terima kasihlah. Aku sahabat kau jadi memang aku nak yang terbaik untuk kau"
Daniel terus meleraikan pelukan tersebut
"Aku nak kau janji satu perkara"
"Apa?"
"Jangan beritahu ni dekat sesiapun. Hanya kita berdua je tahu pasal ni"
"Tapi-" terus sahaja Daniel mencantas
"Tiada tapi-tapi! Jangan beritahu sesiapa pun termasuk keluarga aku. Biar aku sendiri yang beritahu"
Khalid hanya memandang Daniel dengan menyampah. Kalau dia bantah sekalipun, Daniel memang tetap tak mahu juga
Dasar kepala batu!
××××××
"Kenapa lama sangat periksa Daniel dan macam?" terus sahaja Puan Sri Zarinah menyoal kepada Khalid
"Sabarlah sayang. Si Khalid tu baru aje keluar. Bagilah dia bertenang sekejap" sampuk Tan Sri Hisyam
Aku sekadar mendiamkan diri sahaja. Aku pun turut tertanya-tanya tentang kondisi Daniel sekarang
Khalid tersengih sahaja. Dia cuba menutup rasa bersalah kerana dia akan membohong lagi kepada ibu dan ayah Daniel
Kalau tak disebabkan janji dengan Daniel, memang dia akan beritahu semuanya dekat ibu dan ayah Daniel
Dari A sampailah Z lagi!
"Daniel okay je aunty. Aunty dan uncle tak perlu risau sangatlah dengan Daniel sebab dia kuat orangnya"
"Kalau dia okay, kenapa dia muntah darah? You better explain to me, young man" kata Puan Sri Zarinah dengan serius
Soalan daripada Puan Sri Zarinah memang cepumas betul!
Khalid berfikir lagi alasan yang munasabah untuk diberikan kepada Puan Sri Zarinah
Kalau hari-hari begini, memang banyak betul dia kumpul dosa sebab menipu!
"Daniel muntah darah sebab dia radangnya ada masalah sedikit je. Aunty tak perlu risau sebab ia akan sembuh dalam dua atau tiga hari lagi" bohongnya sekali lagi
Puan Sri Zarinah sekadar mengangguk sahaja. Dia percaya sahaja apa yang Khalid kata
"Bila Daniel boleh discharge?" tanyaku setelah lama berdiam diri
"Kalau keadaan Daniel bertambah baik, dia akan discharge esok dan kalau sebaliknya, mungkin lusa barus dia boleh keluar" jawab Khalid
Aku sekadar mengangguk sahaja
"Kalau begitu, saya minta diri dulu" kata Khalid seraya berlalu dari situ
"Abang masuk dulu dalam wad Daniel" pamit Tan Sri Hisyam lalu meninggalkan Puan Sri Zarinah berdua-duaan dengan Bella
Aku melihat Puan Sri Zarinah yang kelihatan termenung jauh. Aku terus duduk di sebelahnya lalu menepuk perlahan bahunya
Puan Sri Zarinah menoleh apabila terasa bahunya ditepuk. Dia menghadiahkam senyuman nipis kepada bakal menantunya
"Ibu okay tak?"
"Ibu okaylah cuma ibu risau dekat Daniel" katanya dengan risau
Aku hanya tersenyum sahaja
Ibu mana je tak risau bila anaknya sakit?
"Ibu boleh tak berikan ni dekat Daniel?" kataku seraya menyerahkan plastik yang berisi bubur
"Daniel cakap tadi dia nak bubur jadi Bella belikanlah untuk dia. Kasihan juga Bella tengok dia sebab badannya agak kurus"
Puan Sri Zarinah tersenyum nipis. Dia ambil bubur dari tangan Bella
"Tak sangka Bella masih tetap risaukan Daniel walaupun dia pernah sakitkan hati Bella. Ibu terharu sangat"
Aku hanya mampu tersenyum
"Everyone deserve another chance, right?"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top