BaB 73
"Tangguhkan perkahwinan? Kenapa pula?" tanya Datin Liya kepada Puan Sri Zarinah
Terkejut juga Datin Liya dibuatnya. Permintaan sahabat baiknya nyaris sahaja membuat dia pengsan sebentar tadi
"Anak aku kena tahan di hospital selama beberapa hari sebab dia pengsan. Jadi, dia perlu dipantau oleh doktor" jelas Puan Sri Zarinah
Aku sekadar mendengar sahaja perbualan mereka. Terasa malas pula nak menyampuk
Datin Liya berfikir sejenak. Nampaknya mereka terpaksalah tangguhkan majlis sehinggalah Daniel sembuh sepenuhnya
"Kalau begitu, terpaksalah ditangguhkan ke minggu depanlah. Setuju tak?" kata Datin Liya
Puan Sri Zarinah mengangguk setuju dengan Datin Liya
"Bella.."
Tersentak aku apabila Puan Sri Zarinah menyeru namaku. Aku terus sahaja menoleh ke arahnya sambil tersenyum
"Mari sini" arah Puan Sri Zarinah lalu menepuk sofa yang kosong bersebelahannya
Aku terus sahaja duduk di sebelahnya dan memandang ke arah Puan Sri Zarinah yang sedang memandang aku
Puan Sri Zarinah terus membawa aku ke dalam pelukannya. Dia peluk aku dengan erat sekali
"Ibu harap Bella masih dapat terima Daniel" bisiknya secara perlahan
Aku hanya mampu tersenyum kelat sahaja
" In Syaa Allah, ibu. Bella akan cuba" kataku sebelum meleraikan pelukan
Puan Sri Zarinah tersenyum mendengar jawapan daripada Bella. Dia yakin bahawa Bella akan terima Daniel
"Bella nak lawat Daniel? Kalau Bella nak lawat, esok sama-samalah kita lawat dekat hospital" pelawa Puan Sri Zarinah
Melihat wajah Puan Sri Zarinah yang penuh dengan harapan membuatkan aku sedikit serba salah untuk menolak pelawaanya
Aku mengangguk sahaja
Puan Sri Zarina sudah tersenyum lebar
"Kalau begitu, esok ibu ambil Bella di sini"
"Tak apalah, ibu. Lagipun, esok Bella perlu jumpa seseorang dulu sebelum lawat Daniel"
"Kalau begitu, tak apalah. Pastikan datang kalau tak, ibu merajuk sebulan" ugutan Puan Sri Zarinah membuatkan aku tergelak kecil
"Bella janji akan datanglah. Ibu jangan risau sangat"
××××××
STARBUCKS☕
Aku menongkat dagu sambil menyanyi kecil. Terasa bosan semakin terasa apabila orang yang ditunggu belum muncul lagi
"Sorry, Bella kalau awak tunggu lama. Jalan sesak tadi" kata Faris seraya tersengih
Aku sekadar mengangguk sahaja sebelum memberikan air yang aku pesan untuk Faris
"Kenapa awak nak jumpa saya? Penting sangat ke benda yang awak nak bincang?" tanya Faris seraya menghirup air untuk menghilangkan rasa dahaga
"Penting sangat. Saya nak kembalikan tiket ni kepada awak" kataku lalu menyerahkan dua tiket penerbangan kepada Faris
Faris memandang tiket dan aku silih berganti. Terus tercetus ketawa daripada Faris membuatkan aku memandangnya pelik
"Kenapa awak ketawa? Sekarang ni saya tak buat lawaklah, Faris" kataku dengan serius
Terus sahaja Faris terhenti gelak mendengar suara serius daripada Bella. Dia berdehem untuk mengurangkan rasa janggal apabila terasa situasi agak serius
"Kenapa awak tolak tiket ni?"
"I think you know the answer"
Faris mendiamkan diri sejenak
Takkan semudah itu Bella berpaling arah?
"Takkan awak tak benci dekat Daniel?"
"Saya tak benci dekat dia tapi saya benci perkara yang pernah dia buat kepada saya, Faris"
Faria memandang Bella dan terus sahaja Faris menguntumkan senyuman nipis kepadanya
"Jadi, awak tetap nak berkahwin dengan Daniel?" tanya Faris lagk
Aku menjungkit bahu sahaja
Faris sudah menayangkan muka menyampah kepada Bella. Nasib dia lelaki kalau tak, memang sudah lama dia tumbuk muka sahabatnya ni
"Cakap betul-betullah, Bella. Awak tak benci dia tapi bila saya tanya awak nak kahwin dengan dia, awak jungkit bahu je? Awak memang nak makan penampar" kata Faris dengan geram
Aku tergelak melihat wajah Faris seperti menahan marahnya. Dua sekadar nak bergurau je dengan sahabatnya
"Guraulah, Faris. Saya akan kahwin dengan Daniel" kataku dengan yakin
"Give me two main reasons why you want to marry Daniel while he hurts you a lot"
Aku memikir sejenak alasan yamg sesuai untuk Faris
"Sebab saya nak berikan Daniel peluang terakhir untuk betulkan semuanya dan percaturan Alla itu indah sangat"
Faris sudah tersenyum
'Kau untung Daniel sebab Bella tetap berikan kau peluang walaupun kau selalu sakitkan hati dia sebelum ni'
××××××
D
I HOSPITAL🏨
Aku terus sahaja menuju ke arah kaunter yang dijaga oleh jururawat denga agak tergesa-gesa
"Apa yang saya boleh bantu?" tanya jururawat dengan ramah kepadaku
"Boleh saya tahu di mana wad pesakit yang bernama Tengku Daniel Darwish?" tanyaku
"Tunggu sebentar ya, cik" kata jururawat tersebut lalu segera mencari wad pesakit yang diminta
"Cik hanya perlu jalan terus dan belok kiri sahaja. Nombor bilik wad pesakit adalah 108" katanua seraya menunjukkan arah
Aku segera mengucapkan terima kasih sebelum pergi ke arah yang ditunjukkan oleh jururawat tersebut
Sesampai sahaja aku di wad Daniel, aku melihat Puan Sri Zarinah sedang menunggu di luar
"Ibu"
Puan Sri Zarinah menoleh dan dia hanya mampu memberikan senyuman hambar sahaja kepada Bella
Aku terus sahaja duduk di sebelahnya. Jelas wajahnya kelihatan sangat risau
"Kenapa ibu di luar?"
"Daniel kena check oleh doktor sebab tadi dia muntah darah. Ibu terkejut sangat" kata Puan Sri Zarinah dengan sayu
Aku memeluknya untuk menenangkan hati Puan Sri Zarinah. Aku tahu sangat yang dia risau sangat dengan keadaan Daniel
"Ibu sudah call ayah?"
"Sudah dan dia on the way ke sini"
Pintu wad dibuka dan seorang doktor lelaki keluar dari wad Daniel
"Khalid, macam mana anak aunty? Kenapa dia muntah darah?" tanya Puan Sri Zarinah berubi-tubi ke arah Khalid
Khalid sudah mengemam bibirnya. Dia sudah berkira-kira sama ada dia ingin beritahu pasal penyakit Daniel atau tidak
"Aunty tanya Khalid ni. Kenapa Daniel muntah darah? Dia okaykan?"
Khalid memandang sekilas ke arah Daniel yang terbaring lemah di atas katil. Khalid sudah tekad untuk memberitahunya juga
"Aunty ikut Khalid dulu pergi ke pejabat sekejap. Kita berbincang dekat dalam"
Puam Sri Zarinah terus mengekori Khalid menuju ke pejabat meninggalkan Bella berseorangan
Aku membuka pintu wad lalu tutup dengan perlahan supaya Daniel tidak terganggu. Aku terus sahaja menuju ke arah kerusi lalu duduk
Aku meneliti wajah Daniel dan wajahnya kelihatan pucaf lesi seperti mayat hidup dan badannya juga agak kurus berbanding sebelum ini
"Bella..." dia menyeru namaku dengan perlahan
"Kenapa?"
"Air"
Aku terus sahaja menuangkan air ke dalam gelas yang disediakan. Aku terus membantu Daniel untuk duduk memandangkan aku melihat dia kelihatan agak lemah
Aku membantu dia minum air sehingga habis lalu aku letak kembali gelas di tempat asalanya
"Awak okay?" terus sahaja aku menyoal kepada Daniel
Daniel sekadar mengangguk sahaja. Dia memandang ke arah Belka yang ralit memandang dirinya
"Janganlah pandang aku lama sangat. Aku tergoda bila kau tengok aku begitu"
Aku pual sudah menayangkan muka menyampah. Terus sahaja aku tumbuk perlahan bahunya
"Jaga sedikit mulut awak tu. Jangan sampai saya ambil gunting dan koyakkan mulut awak" ugutku
Daniel tertawa kecil mendengar ugutan daripada Bella. Dia memegang dadanya apabila mulai terasa sakit di bahagian tersebut
"Awak okay tak? Kenapa awak pegang dada awak?" tanyaku apabila melihat Daniel seperti menahan sakit
Daniel menggeleng sahaja sambil tersenyum. Dia cuba menahan rasa sakit yang semakin terasa
'Aku tak boleh tunjukkan yang aku sakit depan Bella. Biarlah aku sahaja tahu betapa peritnya sakit ni'
Abaikan typo😉
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top