BaB 72
"D-darah?"
Daniel terus mengesat kesan darah yang berada di bibirnya. Daniel terus sahaja berlalu meninggalkan Bella
"Daniel! Tunggu dulu!" aku jerit namanya dengan kuat
Daniel terus memberhentikan langkahnya. Dia memejamkan matanya dan cuba menahan gentar di dada. Dia terus memalingkan badannya ke arah Bella
"K-kau nak apa lagi?"
"You owe me an explanation, Daniel!"
"Kenapa kau perlu kisah sangat pasal aku?"
"Sebab saya berhak tahu!"
Daniel tersenyum hambar lalu menggelengkan kepala sahaja. Dia tak mahu Bella mengetahui tentang perkara ini dan biarlah dia seorang sahaja yang tahu
"Aku okay dan kau tak perlu risau sangat pasal aku sebab aku tahu aku tak ada masa yang cukup untuk bahagiakan kau" kata Daniel
"Apa yang awak merepek ni? Apa maksud awak yang awak tak ada masa yang cukup? Awak mesti rahsiakan sesuatu daripada saya?" bertubi-tubi soalan aku tanya kepada Daniel
"Aku gurau jelah. Kau nak risau sangat kenapa? Bukan kau sebenarnya benci dekat aku ke?" giliran Daniel pula menyoal aku
Aku sekadar mendiamkan diri sahaja. Aku pun tak tahulah macam mana nak jawab soalan daripada Daniel
Aku keliru
Melihat Bella sekadar mendiamkan diri sahaja, Daniel sudah tahu jawapan yang akan diberikan oleh Bella
"Kau tak perlu jawab soalan aku sebab aku tahu apa jawapan kau. Aku tahu kau benci dekat lelaki yang telah musnahkan hidup kau"
"Daniel say-"
"Tak apa, aku faham sangat, Bella. Aku minta diri dulu. Assalamualaikum" kata Daniel laku segera menuju ke arah kereta Audi miliknya
"Waalaikumsalam" jawabku perlahan
Mata aku masih lagi setia memandang ke arah Daniel dan dia memandang ke arahku
Wajahnya masih lagi pucat dan dia melambai ke arahku sambil tersenyum dan aku tahu senyuman sangat hambar
Aku mengeluh
Apa rahsia lagi yang awak simpan, Daniel?
××××××
"Keadaan kau makin teruk, Tengku Daniel"
"Aku tahu" jawab Daniel dengan selamba
Khalid menggeleng sahaja mendengar jawapan selamba yang diberikan oleh Daniel. Dia terus mencapai rekod kesihatan Daniel lalu dibelek satu-persatu
"Kau sudah beritahu pasal ni dekat parents kau?" tanya Khalid
Daniel menggeleng sahaja sebelum terbatuk-batuk dan hidung Daniel mengalirkan darah
Khalid terus sahaja memberikan sekotak tisu kepada Daniel lalu menunjukkan ke arah hidung Daniel
"Kenapa kau bengap sangat? Kau mesti juga beritahu dekat ibu bapa kau, Daniel. Takkan kau nak simpan rahsia ni sampai kau mati?"
Daniel mengambil tisu lalu dilapnya darah yang mengalir dari hidungnya
"Aku tak mahu risaukan dorang, Khalid. Biarlah aku dan kau je yang tahu pasal ni. Aku tak mahu orang lain tahu"
Khalid menggeleng sekali lagi. Dia kenal sangat dengan Daniel yang suka sangat memendam dan merahsiakan daripada orang lain
"Kau makin risaukan mereka kalau kau tak beritahu! Aku tengok rekod kesihatan kau dan penyakit kau di tahap 3 dan sebenarnya boleh disembuhkan dengan menjalankan pembedahan"
Daniel menggelengkan kepalanya berkali-kali. Dia tak sanggup ambil risikonya!
"Aku tak mahu langsung jalankan pembedahan tu! Aku tak mahu langsung ambil risikonya. Biarlah aku hidup dan bahagiakan Bella walaupun sekejap sahaja" kata Daniel dengan sayu
Khalid turut berasa sedih dengan keadaan rakannya sekarang. Di sebalik wajah kacaknya, terselit kedukaan yang perit yang ditanggung olehnya
"Daniel, kau jangan begini. Aku tahu kau rasa bersalah sebab buat benda begitu dekat Bella tapi takkan kau tak sanggup nak jalankan pembedahan? Aku jamin yang kau boleh sembuh!" pujuk Khalid
Daniel tersenyum hambar kepada rakannya
"Tak perlulah, Khalid. Aku tahu penyakit aku masih boleh disembuhkan tapi kau yakin ke yang aku boleh selamat masa pembedahan?"
Khalid bungkam mendengar bicara daripada Daniel
"Jadi, aku tetap akan dengan keputusan aku. Nanti masa aku sudah tiada, kau boleh tak bagi surat ni dekat family aku dan Bella?" kata Daniel lalu diserahkan tiga sampul berwarna coklat kepada Khalid
Khalid mengambilnya lalu sekadar mengangguk sahaja
Daniel tersenyum sebelum dirinya pengsan dan nasiblah Khalid sempat menyambutnya
"Daniel!"
××××××
"Macam mana keadaan Daniel, Khalid?" tanya Puan Sri Zarinah dengan cemas
Macam mana tak cemas bila dapat panggilan yang Daniel pengsan dan ditahan dekat hospital?
Khalid memandang wajah Puan Sri Zarinah yang cemas. Dia tersenyum paksa kepadanya
"Daniel okay je cuma dia perlukan rehat yang secukupnya. Jadi, aunty sarankan Daniel suapaya rehat secukupnya dan jangan terlampau bekerja keras'
Puan Sri Zarinah menghela nafas lega mendengar penjelasan daripada Khalid
"Kalau begitu, aunty masuk dulu dan terima kasih sebab rawat Daniel" ucap Puan Sri Zarinah dengan ikhlas
"Tak apalah, aunty. Ini memang kerja doktor untuk merawat pesakit walaupun sekadar pengsan" kata Khalid
Puan Sri Zarinah mengangguk setuju. Dia sempat lagi mengucapkan terima kasih sekali lagi sebelum masuk ke dalam wad Daniel
Puan Sri Zarinah terus meluru ke arah anaknya. Diperiksa keseluruhan badan Daniel membuatkan Daniel tergelak
"Kenapa gelak? Ibu risau tahu tak bila Khalid call ibu dan cakap yang Daniel pengsan. Nasib ibu tak pengsan dekat rumah dengar Daniel pengsan" kata Puan Sri Zarinah dengan risau
Daniel hanya tersenyum sahaja melihat ibunya risau akan dirinya. Dia terharu sangat dan rasa nak menangis je
Macam manalah keadaan ibunya kalau dirinya akan meninggalkan dunia ini tak lama lagi?
"Ibu..." panggil Daniel dengan lembut
Puan Sri Zarinah terus menatap mata anaknya. Hati seorang ibu merasakan ada sesuatu yang pelik pada anaknya
Betul ke anaknya pengsan je? Kalau pengsan, takkanlah bibir pucat sangat?
"Kenapa ni?"
"Kalau Daniel sudah tiada, Daniel nak ibu tahu yang Daniel sangat sayangkan ibu dan daddy. Daniel harap ibu akan redha kalau Daniel dah tiada" kata Daniel
Puan Sri Zarinah terus menepuk lengam anaknya dengan kuat membuatkan Daniel mengaduh sakit
"Kenapa kamu cakap macam tu? Ibu langsung tak suka bila Daniel cakap begitu sebab Daniel seperti merahsiakan sesuatu kepada ibu" kata Puan Sri Zarinah dengan tegas
Daniel tersenyum sahaja
"Semua yang hidup akan mati, ibu. Mungkin ajal Daniel akan tiba tak lama lagi? Siapa tahukan?" kata Daniel lagi
Puan Sri Zarinah mendiamkan diri sahaja. Hatinya betul-betul terusik bila Daniel bercakap sebegitu
Daniel perasan yang ibunya sekadar diam sahaja. Daniel terus sahaja ubah topik
"Ibu, boleh tak kalau tangguhkan perkahwinan Daniel dan Bella?"
"Kenapa pula?"
Daniel pula sudah mengemam bibirnya. Otaknya ligat memikirkan alasan yang logik untuk ibunya
Takkanlah dia nak beritahu pasal penyakitnya?
Hell No!
"Sebenarnya, Daniel masih perlu ditahan lagi di hospital memandangkan keadaannya masih lemah dan dia perlu dirawat" sampuk Khalid
Puan Sri Zarinah mendengarnya sekadar mengangguk sahaja
Daniel memandang ke arah Khalid lalu mengucapkan sesuatu tanpa disedari oleh ibunya
'Terima kasih'
Khalid sekadar tersenyum sahaja dan mengenyitkan mata
Korang mesti boleh agak apa ending untuk CHU ni??
Do read my newest story!!
👉 Ariana Mikayla♡
Jomlah support beramai-ramai seperti anda support CHU ini😂💅❤ Support anda amat saya hargai dan I love you 3000😭💗💗
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top