BaB 70
"Kau dengar sini baik-baik. Aku akan pastikan perkahwinan tu takkan berlaku, Daniel. Mark my word and I will make sure it happen"
Kata-kata daripada Faris bermain di fikirannya seperti kaset yang telah rosak
Rambut diraup dengan kasar lalu dengusan geram kedengaran dari mulut sendiri. Dia menyumpah seranah Faris apabila dia bercakap sebegitu
Adrian yang melihat Daniel seperit orang gila sekadar menunjukkan muka menyampah
"Kau ada masalah ke? Aku tengok kau macam orang gila pu ada juga" kata Adrian bagi memulakan perbualan mereka
Daniel memandang Adrian yang kelihatan menyampah dengan dirinya. Keluhan terbit daripada mulut Daniel
"Aku risaulah pasal perkahwinan aku"
Adrian sudah menayangkan muka menyampah lagi. Benda ini juga mereka akan bercakap setiap kali mereka bertemu
Sakit hati betul!
"Kenapa lagi kau nak risau? Kau akan berkahwin tak lama lagi dan tak perlu risaulah" kata Adrian bagi menenangkan Daniel
"Kau tak fahamlah dengan apa yang aku rasa sekarang ni!"
"Macam mana aku nak faham kalau kau langsung tak beritahu cerita sebenar?!"
Daniel mengeluh lalu menceritakan segelanya kepada Adrian. Adrian pula mengangguk seperti burung belatuk mendengar setiap kata-kata Daniel
"Itu je?"
Daniel pula rasa nak lempang je muka Adrian dengan kuat. Dia bercerita panjang lebar dan bersungguh-sunggu tapi Adrian balas 2 ayat je?
"Itu je kau balas? Kau tahu tak yang Faris cakap begitu dengan serius! Aku takut yang dia betul-betul akan ganggu perkahwinan aku"
Adriam memandang Daniel yang kelihatan risau sangat
"Kau jangan risau sangat. Aku yakin benda tu takkan berlaku tapi kalau ia berlaku sekalipun, itu merupakan takdir" kata Adrian
"No way?! Aku tetap akan pastikan perkahwinan tu berjalan dengan lancar" kata Daniel lalu segera keluar dari pejabat Adrian
Adrian mengeluh melihat sikap Daniel yang kian berubah. Ini bukan Daniel yang dia kenal sebelum ini
Deringan telefon kedengaran di cuping telinga. Adrian segera mengeluarkan telefon di poket seluarnya dan keningnya bekerut apabila private number yang sedang call
"Hello..."
××××××
A
ku melihat Laura sedang menyiapkan kerja rumahnya dengan tekun sekali. Aku mengusap rambutnya dengan perlahan
"Mummy..."
"Kenapa?"
Laura menunjukkan ke arah telefonku yang berdering. Aku segera mengambil telefon dan terangkat keningku melihat nombor yang tidak dikenali
"Mummy jawab dulu call ni dan nanti mummy masuk"
Laura sekadar mengangguk sahaja
Aku terus sahaja keluar dari bilik Laura. Butang warna hijau aku seretkan ke tepi untuk menjawab panggilan tersebut
"Siapa ni?" terus sahaja aku berkata tanpa memberi salam
"Assalamualaikum, Bella! Ini Faris"
"Waalaikumsalam. Macam mana awak dapat nombor saya ni?"
"Macam mana saya dapat nombor awak tak penting tapi saya nak beritahu benda yang lagi penting dan ia melibatkan kehidupan awak"
"Apa maksud awak, Faris? Benda penting dan ia melibatkan kehidupan saya?"
"Yes! Saya harap awak tak marah"
Aku sudah mendengus geram
"Cakaplah cepat! Jangan buat saya tertunggu-tunggu, Faris!"
Kedengaran gelak tawa di panggilan tersebut membuatkan aku mengetap bibir dengan geram sekali
Sabar Bella!
"Okay back to the bussines. Saya tahu awak akan kahwin dengan Daniel dan saya tahu juga yang Daniel perangkap awak, Bella"
"Cakaplah terus dan tak payahlah awak ungkit lagi pasal hal tu. Saya tak kisah di mana awak tahu tapi saya nak tahu apa yang awak nak cakap sebenarnya?"
"Chill sedikit Bella. Okay saya akan cakap sekali je. Awak nak tak lari dari perkahwinan tu? Saya tahu awak langsung tak cintakan Daniel kan?"
"What?! Awak dah gila ke, Faris?! Takkan saya nak malukan keluarga saya?"
Walaupun aku rasa ideanya agak bernas tapi takkan aku nak tinggalkan perkhawinan tu begitu je? Nanti keluarga aku juga yang tanggung malu
"Awak terlalu baiklah Bella sampai banyak orang yang pijak kepala awak. Please for once you be selfish for your own"
Terdiam aku mendengar kata-kata Faris. Aku pun tak tahulah apa yang seharusnya aku cakap
"Take your time, Bella. I know you wouldn't agree with me but awak fikir betul-betul. Saya akan tunggu panggilan daripada awak kalau awak sudah buat keputusan"
Panggilan tersebut terus sahaja dimatikan oleh Faris. Aku pula sudah mengeluh
Well, I think I have to make hard decision, right?
"Betul ke apa yang abang dengar tadi?"
Aku terkaku mendengar suara Ryan. Perlahan-lahan aku memusingkan badanku ke arahnya
"Abang yakin yang Bella dengar soalan abang kan?"
Aku sekadar mengangguk sahaja dan mulutku terkunci sambil mataku menatap Ryan yang kelihatan serius
"Jawan soalan abang"
"Betullah a-apa yang abang dengar tadi" jawabku lalu menundukkan kepala
Rasa takut mula menyelubungi diri apabila Ryan langsung tak berkata walaupun sepatah
Ryan tersenyum nipis apabila melihat Bella menundukkan kepala sahaja. Ini kali pertama dia melayan Ryan semenjak Bella melancarkan perang dingin
Ryan memegang dagu Bella lalu diamgkat agar dia dapat menatap mata Bella
"Abang benarkan"
Membulat mataku apabila mendengar Ryan cakap sebegitu. Aku tak sangka yang Ryan akan jawab begitu
"A-abang benarkan? Tapi nanti keluarga kita kena tanggung malu kalau Bella larikan diri" aku cuba membantah dengan keputusan Ryan
Ryan tetap sahaja tersenyum sahaja ketika ini. Dia mengelus lembut rambut Bella dan Bella hanya mendiamkan diri sahaja
"Abang tahulah macam mana nak uruskan nanti" itu sahaja yang Ryan mampu menjawab soalan Bella
Aku pula sudah berfikir banya kali
Perlu ke aku lari atau tidak?!
××××××
Adriam sedang duduk di kafe sambil menghirup kopi. Dia melihat sekilas jam rolex yang berada di pergelangan tangannya
4:50 p.m
Dia mengeluh apabila orang yang ditunggu dari tadi belum tiba. Hampir 1 jam 10 minit dia menunggu di kafe ini
Baru sahaja dia ingin bangun, bahunya ditepuk oleh seseorang membuatkan dia menoleh ke arahnya. Berkerut keningnya melihat lelaki yang memakai hoodie hitam
"Kau Adrian kan?"
Adriam sekadar mengangguk sahaja dengan soalan lelaki tersebut. Lelaki tersebut terus sahaja duduk di hadapannya
"Akulah yang call kau tadi. Ada sebab aku nak jumpa sebab aku ada hal mustahak dan aku harap kau boleh tolong aku"
"Kau siapa sebenarnya? Aku tak kenal kau tapi kau minta bantuan daripada aku? Tak pelik ke minta bantuan daripada orang tidak dikenali"
Lelaki tersebut sudah tersenyum penuh makna
"Kau tak perlu tahu tentang aku. Aku nak kau tolong aku je"
"Tolong apa?"
Lelaki tersebut membisikkan sesuatu kepada Adrian dan Adrian terkejut dengan permintaan lelaki tersebut
"Hell no! Aku takkan tolong kau langsung! Aku takkan sesekali buat begitu dekat dia!"
Lelaki tersebut sudah tersenyum sinis. Dia mengeluarkan teledonnya lalu ditunjukkan ke arah Adrian
Membulat mata Adrian melihat gambar tersebut. Pucat sahaja mukanya ketika ini
"Kau nak tolong aku atau gambar ni aku akan hantar dekat bini kesayangan kau?"
"B-baiklah. Aku tolong kau"
Lelaki tersebut sudah tersenyum penuh makna
Okay, saya rasa bab ni terlebih merapu dan tak masuk akal😂😅
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top