BaB 69

3 Bulan Kemudian...

"Hari ini Bella mesti pergi dengan Daniel untuk cari baju perkahwinan kamu berdua" kata Ryan

Aku memandang Ryan sekilas lalu mengangguk sahaja. Aku terus sahaja melihat kembali pada laptop kepunyaan aku

Tengok K-drama lagi bagus!

Ryan mengeluh melihat kedinginan daripada Bella. Hampir 3 bulan dia melancarkan perang dingin dan Bella pun kurang bercakap

"Bella, please be mature sedikit. Jangan nak dingin dan merajuk macam budak-budaklah"

Aku menjeling tajam ke arah Ryan apabila dia bercakap sebegitu

Kalau aku tampar ni, memang ada kesan tapak tanganku dekat pipinya tu

"Kalau tak mahu kahwin dengan Daniel, cakaplah dari awal. Abang boleh bincang dengan mummy dan daddy"

"Tak ada gunalah bincang dengan mummy dan daddy sekalipun. Mereka tetap juga akan suruh Bella kahwin dengan Daniel" kataku dengan suara yang mendatar

"Abang sebenarnya sudah siasat pasal hal Bella dan Daniel. Abang baru tahu kebenaran yang betul"

Macam mana Ryan tahu? Semestinya dia meminta tolong daripada Edward untuk tolong menyiasat

"Kenapa baru sekarang abang nak percaya? Kenapa bukan masa Bella beritahu kebenaran dari mulut Bella sendiri?"

Soalan Bella benar-benar membuatkan Ryan terdiam. Lidahnya terkelu untuk menjawab soalan cepumas tersebut

Aku melihat Ryan hanya mampu tersenyum kelat sahaja

"Abang keluarlah dulu dan tolong siapkan Laura sebab Bella nak bawa dia sekali. Bella nak bersiap dulu untuk berjumpa bakal SUAMI" kataku sambil menekankan perkataan suami

Ryan sekadar mengangguk sahaja sebelum keluar dari bilik Bella

Aku menutup bilik pintuku lalu menyandarkan badanku pada pintu. Perlahan-lahan badanku terlorot jatuh ke bawah

Aku menekup mulutku bagi mengelakkan orang mendengar tangisanku. Air mataku makin galak mengalir

Aku betul-betul rasa fade up dengan kehidupan aku sekarang. Aku rasa nak lari je dari rumah sekarang juga

"I hate all of you! Bella benci semua orang!"

Ryan yang dari tadi statik berdiri di depan pintu turut berasa sedih dengan Bella

Hati seorang abang memang sayu apabila mendengar Bella berkata sebegitu

'Abang janji abang akan tolong Bella! Abang janji!'

♡♡♡♡♡♡

Aku mengenggam tangan Laura dengan erat. Jelas wajahnya terpancar riak gembira kerana dapat berjalan-jalan

"Bella!"

Aku menoleh apabila mendengar seseorang memanggil namaku. Aku hanya memandang dia dengan pandangan kosong

"Sorry sebab aku lewat. Jalan sesak sedikit tadi" kata Daniel sambil tersengih

"Aku tak kisahlah kalau kau lewat atau tak datang sekalipun. Aku just nak selesaikan semua dengan cepat dan balik rumah" kataku dengan dingin

Daniel hanya mampu tersenyum kelat sahaja. Bella betul-betul berubah sejak 'kejadian' yang berlaku beberapa bulan yang lalu

"Kenapa tercegat macam tunggul kayu? Cepatlah sedikit! Jalan mengalahkan siput babi" kata Bella dengan selamba

Daniel yang mendengarnya terus sahaja berjalan dengan cepat apabila mendengar Bella cakap sebegitu

Aku yang melihatnya sekadar tersenyum mengejek. Laura pula hanya mengikut sahaja langkah aku

"Padan muka kau, Daniel. Ini baru sedikitlah aku bagi. Kau tunggulah nanti" gumamku sambil ketawa jahat

"Kenapa mummy ketawa? Ada orang buat lawak ke mummy?" tanya Laura apabila melihat mummynya ketawa sendiri

"Tak adalah"

♡♡♡♡♡♡

"

Ini tak cantiklah"

"Warna tak sesuailah dengan kulit kau"

"This dress too ketat and it show your body shape"

"Tak menarik langsung sebab dress ni kosong"

Aku mendengus geram apabila mendengar pelbagai kritikan negatif daripada Daniel. Dia betul-betul mencabar kesabaranku

"Kenapa kau banyak songeh ni? Rimas betullah ada lelaki macam kau dekat sini. Kalau boleh, aku nak lempang juga muka kau sekarang" kataku dengan kasar

Daniel hanya menjongketkan keningnya sahaja sambil tersenyum senget

"Aku kritik baju yang kau pakai sebab aku nak kau dapat baju yang perfect at our wedding" kata Daniel

Aku tersenyum sinis sahaja

"Kau yakin ke yang majlis ni akan berjalan? Aku takut nanti majlis perkahwinan ni tak berjalan seperti yang kau harapkan, Daniel"

Kata-kata daripada Bella membuatkan Daniel tidak senang duduk. Terus sahaja dia berdiri menghadap Bella

"Kenapa kau cakap begitu? Kau nak lari ke masa majlis perkahwinan kita? Kau jangan nak buat perkara gila Bella" keras sahaja suara Daniel ketika ini

"Aku sanggup lari daripada kahwin dengan lelaki yang suka mengambil kesempatan dalam kesempitan seperti kau" kataku lalu terus sahaja berlalu ke fitting room kembali

Daniel menghela nafasnya dengan kasar. Dia cuba sedaya upaya untuk menenangkan hatinya yang agak panas

Sikap Bella benar-benar boleh buat dirinya hilang kawalan! Nyaris sahaja dia naik tangan ke arah Bella

Aku keluar dari fitting room dengan pakaian asalku. Aku mengambil begku dengan kadar segera

"Kau nak pergi mana? Kita belum lagi jumpa baju perkahwinan kau" kata Daniel

Aku mengendahkan sahaja kata-kata Daniel. Tangan Laura segera aku capai lalu keluar dari butik tersebut

"Bella! Bella Ayana!" Daniel menjerit memanggil namaku tapi aku tak kisah langsung

Aku cepat-cepat berjalan bagi mengelakkan diriku dimejar oleh Daniel. Laura pula merengek apabila aku berjalan terlalu laju

"Mummy, janganlah jalan cepat sangat! Laura penatlah" kata Laura

"Kita mesti cepatlah Lauea sebab mummy na-" kata-kataku terhenti apabila aku secara tidak sengaja langgar seseorang dan lebih tepat

Lelaki

"Ya Allah, encik! Maafkan saya sebab langgar encik! Saya betul-betul nak cepat" kataku lalu menundukkan badanku berkali-kali

Laura pula pun turut mengikut kelakuan aku

"Tak apalah, cik. Saya tahu cik tak sengaj- Bella?"

Aku mengangkat mukaku dan terlopong apabila melihat dia di depanku. Dia terus menghadiahkan aku senyuman manis

"Faris? Awak Faris ke?" kataku meminta kepastian

Faris sekadar ketawa kecil melihat Bella begitu. Dia terus mengangguk sahaja

Bella sudah tersenyum lebar. Tak sangka sudah bertahun-tahun mereka tak bersua muka, akhirnya mereka berjumpa

Siapa yang tak rindu sahabat baik sendiri?

"Anak awak ke ni? Comelnya!" kata Faris dengan teruja apabila melihat Laura yang berada di sebelah Bella

"Bella Ayana!"

Kedengaran Daniel memanggil namaku dan membuatkan aku menoleh sekilas. Jelas riak mukanya merah padam menahan marah

"Faris, saya balik dulu! Assalmualaikum" kataku dengan kalut

Aku terus sahaja menggendong Laura dan berlari anak menuju ke arah parkir kereta

Faris hanya mampu melihat dengan pelik apabila Bella pergi dalam keadaan tergesa-gesa

'Melepas aku nak dapat nombor dia tapi kenapa dia macam kalut semacam?' desis Faris

Faris mengendah sahaja dan baru sahaja dia ingin berlalu, langkahnya terhenti apabila melihat orang yang berada di hadapannya sekarang

Bibirnya mengoyakkan senyuman sinis kepada orang tersebut dan dia pun turut membalas senyumannya

Patutlah Bella tergesa-gesa nak balik, rupa-rupanya dia nak lari daripada manusia ni

"Tolong stop ganggu Bella"

Daniel tersenyum sinis

"Aku takkan stop ganggu Bella sebab dia akan jadi isteri aku kembali"

Faris perlahan-lahan mendekati Daniel sambil tersenyum

"Aku tahu semuanya dan kau yang rancang semua ni semata-mata nak Bella"

Daniel terkelu apabila mendengar Faris berkata sebegitu

"Kau dengar sini baik-baik. Aku akan pastikan perkahwinan tu takkan berlaku, Daniel. Mark my word and I will make sure it happen"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top