CYP 7 - mal de coucou

━━━━ CINTA YANG PEKAK  ━━━━
Mal De Coucou
╰┈┈┈┈┈┈┈  Adalah satu istilah yang menggambarkan seseorang itu mempunyai hubungan sosial yang baik namun hanya memiliki beberapa kawan yang rapat yang dia boleh percayai.

.

                                          "HAI, hai, hai! Bagaimana khabar para pendengar SANS-FM sekarang? Sihat-sihatkah dan bertenagakah semuanya? Walaupun sekarang mungkin ada yang berpeluh kesah dalam berkerja atau yang masih memandu, bersemangatlah, ya! HAHAHA, bagi yang baru sahaja mendengar rancangan ini... ini bukan rancangan borak-borak biasa, apatah lagi perbincangan gosip berkaitan nusantara! Tapi anda sekarang dalam rancangan Tim Tim Bak bersama DJ kesukaan semua, siapa lagi kalau bukan DJ Aznal Haji Mawawi!"

    "Bagi membuka tirai, kami akan memainkan sebuah lagu yang akan memotivasikan fikiran kau orang tengah hari ini. Lagu itu tidak lain tidak bukan dari artis Metropolitan dengan tajuk yang dikenali semua iaitu, 'Fikirkan Boleh'!"

   Seketika kemudian, lagu Fikirkan Boleh mula berkumandang menerusi  corong radio tersebut.

   "Haih... macam mana nak fikirkan boleh. Dahlah dahaga bila puasa ganti masa hari panas-panas macam ni!" Terkial-kial Alisa cuba menekan suis radio, memperlahankan suara penyanyi itu. Lagipun, mana ada orang gunakan radio pada zaman teknologi di hujung jari ini! Ah... kecuali butik ini sahajalah.

   Nasib rupa radio ini lawa dan canggih.

  Alisa mengerling ke arah Raisha yang sudah menekup muka, tertidur di meja kaunter. Kepalanya digeleng kecil serta keluhan dilepaskan. "Raisha, bangunlah! Nasib tak ada pelanggan masa-masa macam ni. Oh, mentang-mentanglah ada aircond, sedap kau tidur, ya?"

   Raisha terjaga gara-gara bahunya digoncang tanpa henti. Mujur tiada air liur basi yang tersisa di pipi! Dia mengangkat muka, malas. "Kenapa pula kau kejut aku? Tak boleh tengok aku senang sikit?"

   "Amboi, aku pula yang bersalah! Kalau kau tidur atas katil, takkan ada orang nak kacau punya! Masalahnya kau tidur atas meja kaunter. Kalau ada pelanggan masuk dan nampak, tak fasal-fasal jatuh maruah kedai ini. Lagi teruk kalau diviral oleh netizen." Alisa sudah bercekak pinggang, gaya-gaya mak memarahi anaknya. Kelakuannya melebihi perangai anak tuan kedai yang sebenar!

   "Yalah, yalah." Raisha mengiyakan semua itu, hatta sebenarnya dia tidak mahu lagi mendengar bebelan tak berpenghujung itu. Dia mengerangkan tubuhnya hingga kedengaran sendi-sendi tulang berbunyi.

   "Oh ya, kau ada baca berita viral pagi tadi? Hampir seluruh bank dekat Selangor ini hilang duit. Kawan aku pun ada kena. Dengar kata, ada pasukan gelap yang terlibat dalam jenayah ni. Itu yang aku bacalah." Cepat betul Alisa menukar topik perbualan dalam masa sesaat. Namun, satu patah perkataan langsung tidak dilayan oleh Raisha. Bahkan wanita itu kelihatan hilang dalam fikiran sendiri.

   "Raisha, kau dengar tak?" Alisa memetik jarinya berkali-kali di hadapan Raisha.  Laju sahaja tangannya dialihkan Raisha menjauhi permandangannya.

   "Haish, aku okeylah!" ujar Raisha sebelum mulutnya yang menguap ditekup lagi.

   "Kau cukup tidur tak? Ke kau minum kopi lagi?" Alisa mula mempersoalkan  gaya hidup Raisha.

   "Bukan cukup tidur, tapi terlebih tidur! Haih, aku minum kopi ni pun masih menguap lagi. Tubuh aku dah rosak ke apa?" Raisha membetulkan tudungnya bersama gaya yang agresif. Marah sangat nampaknya kak!

   "Kau stress sangat kot. Ataupun kau banyak sangat buat kerja sejak kebelakangan ni sampai mudah burnout. Lebih baik kau rehat kat bilik staff." Alisa memberi cadangan sambil matanya dilorekkan ke arah bilik kakitangan berhampirannya.

   "Rehat? Ish, kalau aku tidur, malam nanti pula aku susah nak tidur. Lagipun kau boleh ke urus kedai ni seorang-seorang?" Raisha memandang Alisa dari atas dan ke bawah, seolah-olah tidak yakin akan kebolehan rakan sekerjanya.

   "Wah, wah, wah! Macamlah aku seorang yang kerja dekat sini. Kejap lagi kan kak Minha nak datang. Dan rehat bukan bermaksudnya tidur... baring-baring ke. Penuhi apa tubuh kau nak." Alisa sudah membuka dan menahan pintu staf. Gayanya macam hendak menghalau Raisha sahaja. "Dan lagi baik tertidur dalam ni dari atas kaunter. Kau fikir aku larat nak angkat?"

   "Tch, yalah. Yalah." Raisha akur sudahnya. Dia bangun dari kerusi empuknya menuju ke pintu bilik.

   "Lagipun, rehatlah. Kau pun nampak macam tak cukup rehat saja." Alisa berpesan sebaik sahaja Raisha melangkah masuk ke dalam bilik. Raisha diam tidak terkutik buat sesaat. Lambat-lambat, dia menjejakkan punggungnya pada permukaan sofa lantas menjatuhkan badannya ke sisi.

   'Haih... nampak sangat ke?' Raisha merungut di dalam hati. Memang tidak diakui, dia sememangnya penat selama ini. Tambahan pula, masalah tidurnya semakin teruk sejak majlis perkahwinan beberapa hari lepas. Memori di mana dia membuat tuduhan kepada lelaki itu tanpa berasas tergiang-giang sampai menganggu tidurnya.

   Jadi apa dia buat? Mestilah dia melayari sosial media dan lakukan kerja-kerja rumah bagi mengelakkan rasa bersalah itu! Tetapi, satu masalah lagi muncul. Iaitu tidak lain tidak bukan... jadual tidurnya yang terganggu. Paling teruk, kata-kata negatif akan sentiasa mengusiknya setiap kali dia alami masalah ini.

  Urgh, menjengkelkan betul!

  Seperti biasa, telefon itu dikeluarkan setelah keadaan tubuhnya dalam keadaan selesa. Aplikasi media sosial dibuka. Maka dengan itu, mulalah acara larian yang dilakukan oleh jarinya pada skrin telefon. Bukankah Alisa yang menyuruh dia rehat? Dia tengah rehatlah ini. Mahu tidur, kelopak matanya tidak lagi dibebani segunung beras bagaikan tadi.

  Walaupun begitu, tidak lepas lima belas minit dia tenggelam dalam melayari media sosial, rasa bosan mula menguasai dirinya. Haih... inilah jadinya bila rangkakan kisah hidup dia dalam sebuah novel. Bukan ada apa-apa yang menarik pun!

    Raisha menurunkan telefonnya ke dada.

    'Tak berdosa ke kalau aku buat macam tu kat lelaki hari tu?' Ayat itu mula melayang mengelilingi gegendang telinganya. Tidak tahu mengapa dia masih lagi bersalah akan hal ini. Entah-entah lelaki itu pun sudah meneruskan hidupnya macam biasa.

    "Kau kata apa aku buat berdosa? Tapi kau juga yang layankan juga aku hari tu." Lelaki itu seronok bermain-main dengan yoyonya, mengendahkan Raisha yang merenung tajam ke arahnya. Langsung tidak serius akan situasi yang terjadi di antara mereka.

   "Semua tu tak akan jadi kalau kau tak bagi gelas tu dekat aku."

  "Heh..." Lelaki itu mendatangi Raisha. Pantas sahaja dia mencengkam pergelengan tangan Raisha yang gadis itu sorokkan dari belakang. Matanya jatuh pada skrin telefon yang merakamkan segala perbualan mereka tadi. "Siapa suruh kau bodoh sangat, Raisha sayang?"

   Mata Raisha membulat besar saat memori lama menerjah fikirannya. Badannya kaku tidak bergerak, seakan-akan menerima kejutan daripada memori yang langsung tidak diundang itu. Tangannya menggigil mencari-cari dadanya, merasakan degupan jantungnya yang semakin berdetak laju sementara tubuhnya masih terbaring tidak bergerak.

   Dia selamat... dia selamat...

   Tak ada benda yang dapat bahayakan dia di sini...

   Tapi kalau ada?

   Raisha bingkas bangun dari duduknya. Telefonnya yang sudah jatuh ke bawah dicapai semula. Jari telunjuknya membelek-belek skrin telefon tat kalau dalam masa yang sama, dia hilang jauh dalam ingatan lama. Sedar-sedar sahaja, jarinya telah menekan mesej dari kumpulan kawan-kawannya.

  Air liur ditelan.

Kau orang. Kalau rasa bersalah dekat orang... macam mana nak hilangkan?

   Selamba sahaja dia menghantar mesej tersebut. Namun, selang beberapa saat, segera dia menumpukan perhatiannya pada skrin. Dia cepat-cepat  memadam mesej itu untuk semua orang. 'Ah, macam beremosi sahaja aku tulis tu. Peliknya! Ish, padam! Padam!'

   Ting!

   Malangnya, hiduplah tidak semudah yang disangka. Inilah orang kata...  terlajak perahu boleh diundur, tetapi kalau terlajak hantar sms... ah, masih boleh dipadam! Cuma masalah pada sistem aplikasi itu sahaja! Kenapalah kalau mahu dipadam mesej, harus diberitahu kepada semua orang?

   Ha, masa-masa beginilah kawan-kawannya buka telefon!

Nat Bestie
Kau rasa bersalah dengan siapa ni?

Rizal
Kau okey tak?

Nat Bestie ❤️✨
Hai... Jianying, jangan baca je.

   Ragu-ragu Raisha mahu membalas semula. Tetapi selepas bertimbun-timbun mesej diterimanya, terpaksalah dia menurunkan jari untuk menaip mesej terbaru.

Tak apalah, aku mamai masa tu.
Jangan risaulah

Nat Bestie❤️✨
Lagi kau cakap macam tu, lagilah kita orang risau.

Jianying Comel 🙈💕
Ke kau ada masalah kat tempat kerja?
Ada pelanggan biadab ke? Mari aku buat panggilan video dengan dia sekarang. Kita sama-sama maki dia.

Rizal
Hoi, hoi.

Haih... tak ada apalah.
Kalau ada pelanggan teruk pun, aku dah lama halau dia keluar.

Nat Bestie❤️✨
Itulah. Kau macam tak kenal Raisha macam mana.

   Bibirnya tersenyum senget, menahan pahit. Memang dia kasar macam itu sekalikah?

Rizal
Kau okey tak? Kalau kau tak nak cerita pun tak apa.

   Bibir bawah dikemam Raisha. Lagi kawannya bercakap sedemikian, semakinlah dia berlembut hati untuk meluah. Dia tidak mahulah menganggu orang dengan masalah remeh temeh yang dihadapinya. Meskipun dia tahu kawannya tidak berfikir tahap begitu, hatinya tetap berat mahu terbuka serta menerimanya.

Nat Bestie❤️✨
Eh, Gopal tak online pun? Afiq tu aku fahamlah, dia tengah dekat hospital sekarang.

Rizal
Haih, kau ni.
Mestilah dia tengah sibuk berbulan madu dengan isteri dia.
Dia baru je kahwin beberapa hari lepas.

   Tengoklah, dia orang pun sudah tukar topik. Lebih baik dia tidak menyampuk.

Jianying Comel🙈💕
Raisha, kau pasti kau betul-betul okey?

   Diam.

Nat Bestie❤️✨
Itulah, selalunya kau paling rancak berborak.
Kau pasti ada masalah, kan?

Rizal
Kau tahu kan...
Kau boleh percayakan kita orang?

   Raisha mengeluh, berat sambil mulutnya naik sedikit ke telinga, memaparkan rasa terharu bercampur berat hati yang berkecamuk.

Tak adalah, aku cuma rasa benda ni benda remeh je.

Jianying Comel🙈💕
Kalau benda remeh, tak akan benda tu nak ganggu kepala kau.

Nat Bestie❤️✨
Itulah. Masalah tetap masalah, walau kecil ke besar.

   Nampaknya, dia tiada pilihan lainlah nampaknya?

Yalah.
Rizal, ingat tak masa hari Gopal kahwin itu?

   Akhirnya, dia memutuskan untuk memberi peluang kepada kawannya menadah telinga. Tambahan pula, Doktor Insyirah juga turut berpesan supaya tidak terlalu takut untuk mendekati orang yang dipercayainya. Ini kerana sekuat manapun seorang manusia itu, tidak ada seorang manusia yang diciptakan untuk hidup keseorangan.

Nat Bestie❤️✨
Ala, aku yakin mesti lelaki tu dah lupakan kau punya.

Itulah aku fikir...
Tapi rasa bersalah tu masih ada.
Macam susah nak terang.

Jianying Comel🙈💕
Mungkin kalau kau rasa bersalah sebab mulut celupar, kau boleh belajar cara nak hilangkannya.
Aku selalu sedekah dekat mana-mana tabung sebagai denda langgar diet aku. Hehehe...

Lah... kau diet?

Jianying Comel🙈💕
Yalah.
Hari tu aku timbang berat aku naik 5 kilogram!
Padahal aku bukan makan banyak sangat kat Perancis ni.

Rizal
Macam-macamlah korang.
Dan Raisha, mungkin kalau kau tanya aku.
Kau boleh istighfar setiap kali kau rasa bersalah.
Macam dalam surah Ar-Ra'd ayat 28;  Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram.

   Terkedu Raisha buat sesaat. Sungguh dia terlupa akan peringatan hari itu. Sedikit demi sedikit, sebuah garisan melekung terlukis pada wajah. Tangannya menulis mesej seterusnya.

Nat Bestie❤️✨
Nampaknya kau boleh pegang watak ustaz lepas ni, Rizal.

Rizal
Haih, aku sekadar nasihat je.

HAHAHA, betul kata Nat tu.
Apa-apa pun, terima kasih, korang.

Rizal
Sama-sama.

Nat Bestie ❤️✨
Alamak, Raisha cakap terima kasih!

Jianying Comel 🙈💕
Cuba cakap sayang pula.

Eh, melebih-lebih pula korang.
Bayarlah!

   Mata Raisha berhenti menatap pada skrin telefon seketika saat mendengar bunyi motor dari luar bilik staf. Jika bunyi motor kapcai yang menderam kuat, pasti itu menandakan rakan pekerja mereka telah pun tiba. Siapa lagi yang lalu lalang bawa motor sebegitu kalau bukan Minha?

Okeylah, aku nak sambung buat kerja.

   Dengan dopamine yang kini sudah meningkat, masa untuk badannya kembali bekerja!






  



  

✨✨✨

Haih, apalah Habri buat sekarang, en? *menguap, tahan mengantuk*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top