BAB 5
Hari pertama Zahara bermula berpantang, bertukung dan mengurut itulah perkara wajib bagi kaum wanita selepas bersalin Zaharu terpaksa akur semua ini. Pagi ini Puan Rina akan datang ke bilik Zahara dan mengejut serta bersihkan diri dahulu.Selesai mandi Zahara duduk diruang sofa terasa sunyi didalam rumah ini.
" Zahara!!." Puan Rina letakkan dulang makanan diatas meja.
" Mak susah-susahkan mak saja."
" Tak susah pun selepas makan jangan lupa minum air akar kayu mak nak buatkan kat dapur sekejap lagi mak bawakan."
" Ai..air akar kayu lagi mak."
" Ya air akar kayu elok untuk Zahara yang baru bersalin."
" Mak!! air akar kayu itu pahit Zahara taknak."
" Zahara kena minum untuk diri Zahara takadalah sakit-sakit memang elok untuk Zahara minum ya nak."
" Yalah mak Zahara ikut saja."
" Pukul 10 pagi nanti makcik Zaleha datang nak urut Zahara."
" Mak perlu ke kena berpantang,mengurut dan macam-macam."
" Mestilah kena berpantang,mengurut supaya angin tak masuk dalam badan lagi sakit kalau tak jaga dengan betul."
" Seram pulak dengar mak cerita."
" Dahlah makan nanti lauk sejuk tak sedap pulak nanti."
" Mesti sedap mak yang masak." Zahara terus makan makanan berpantang tegas juga Puan Rina menjaga permakanan berpantang Zahara semua itu sudah disediakan oleh Puan Rina.
Puan Rina menenami Zahara makan walaupun menu yang sama Zahara tetap makan selera Zahara makan selesai makan Puan Rina angkat dulang makan hantar ke dapur kemudian Puan Rina hantar air akar kayu untuk Zahara.Zahara hanya mengerut dahi air akar kayu sudah ada didepan matanya sekarang nak atau taknak Zahara kena minum untuk kesihatan.Terus Zahara minum air akar kayu terasa pahit ditekak.
" Sedap Zahara." Puan Rina bertanya pada anaknya yang mengerut dahi masa minum.
" Tak sedap pahit." Zahara habiskan air akar kayu dan mengelap.
" Memang pahit tapi elok untuk kesihatan Zahara mak taknak nanti Zahara sakit."
" Mak kakak Anis Zahara nampak dari semalam pun." Zahara mencari kakak iparnya yang belum muncul lagi.
" Kakak Anis ada seminar tiga hari dua malam." Puan Rina balas pertanyaan Zahara.
Zahara mengangguk Puan Rina minta diri ke dapur Zahara pandang ke arah Puan Rina ke dapur langkah seronok ada disamping suaminya boleh bermanja dengan suami.
Abang maafkan sayang abang sayang tidak akan muncul didepan abang.Anak mama sayang mama minta maaf kesian anak mama tidak jumpa mama,mama harap sayang baik-baik saja dengan papa.
Zahara mengeluh perlahan-lahan tidak tahu nak mulakan hidup baru tanpa orang yang tersayang disisinya hanya ada kedua ibubapa dan abangnya.Zahara menyandar disofa Zahara tahu maknya sangat sedih dan kecewa dengan Zahara.
Mak maafkan Zahara!! mak.
" Assalamualaikum!!!"
" Waalaikumussalam!!! mak!!! ada orang datang." Zahara tak mampu bergerak sangat hanya panggil Puan Rina didapur.
Puan Rina terus pergi ke pintu mahu tahu siapa yang datang.
" Waalaikumussalam Leha!!! masuklah." Puan Rina mengajak makcik Zaleha masuk.
" Kau sihat siapa yang nak mengurut." Makcik Zaleha bertanya semula.
" Anak aku lah siapa lagi."
Puan Rina dan Makcik Zaleha melangkah masuk dalam rumah Puan Rina melihat Zahara yang masih ada disofa.
" Zahara!! bila balik." Makcik Zaleha terkejut anak Puan Rina sudah balik.
" Makcik Leha sihat." Zahara menghulur tangan pada Makcik Zaleha.
" Semalam makcik Leha."
" Leha aku nak cakap sikit." Puan Rina berbisik sesuatu pada Makcik Zaleha.
" Ya aku tahu." Makcik Zaleha balas dan mengangguk.
" Zahara sudah bersiap."
Puan Rina letak alas kain untuk Zahara baring Zahara hanya mengikut saja apa yang Puan Rina mahukan.Makcik Zaleha duduk sebelah Zahara dan mengurut buang segala angin dalam badan.
" Makcik Leha Zahara nak tanya boleh ke."
" Tanyalah apa Zahara."
" Memang selalu macam ini kena mengurut dan tukung."
" Ya kena urut buangkan angin dalam badan baru selesa Zahara taknak ke kembali bentuk badan macam dulu."
" Mestilah ada makcik Leha biar dorang ingat Zahara anak dara lagi padahal tak pun." Zahara tutup mulut takut nanti terdengar oleh Puan Rina.
" Boleh kena mengurut, bertukung, pakai bengkung baru nampak bentuk badan yang Zahara katakan."
" Kalau macam itu makcik Leha boleh tak mengurut Zahara sampai habis pantang tak boleh makcik Leha."
" Boleh."
Zahara hanya senyum dan mengangguk saja satu jam mengurut Zahara makcik Zaleha berhenti mengurut selepas mengurut makcik Zaleha menghulur cawan yang berisi air pada Zahara.
" Air apa ini makcik Leha." Zahara hidu lain macam air ini.
" Air halia." Makcik Zaleha balas pertanyaan.
" Ya air halia itu akan buang semua angin dalam badan."
Zahara tidak banyak tanya terus minum rasanya sama kurang dengan air akar kayu pahit.Zahara terpaksa tertelan minum air halia selepas minum badannya sudah baik berbandingkan tadi rasa lebih lega.
Encik Aaron Aryan hanya memahatikan Zafriel yang menguruskan anak tanpa pembantu rumah semua itu serahkan pada Zafriel biarkan Zafriel yang lakukan walaupun agak sukar bagi Zafriel itu adalah tugasnya.
" Riel papa nak tanya boleh." Encik Aaron Aryan mendekati Zafriel.
" Tanyalah."
" Bila Riel nak mulakan kerja papa bukan apa papa cuma tanya saja."
" Riel memang nak kerja papa buat masa ini Riel nak jaga anak-anak Riel dulu tunggu anak Riel besar sikit baru Riel masuk kerja."
" Riel dah letak nama anak Riel."
" Dah papa."
" Apa nama anak Riel."
" Nur Ariana Safiya dan Ahmad Syafiq Aidan."
" Nur Ariana Safiya sedap namanya pandai Riel pilih nama anak Riel.Nama Riel sama dengan anak Riel nama yang belakang Adrian dan Aidan sama kan."
" Ya papa Zahara yang pilih nama Zahara memang suka nama itu jadi Riel letak nama untuk anak Riel."
" Bagus menantu papa pilih."
" Riel tak pergi kerja ke hari ini." Puan Salina dari mana entah tiba-tiba datang selalunya sudah takada kat rumah.
" Tak mummy." Zafriel menggeleng.
" Kenapa Riel risaukan anak-anak Riel ke takapa biar mummy jagakan."
" Takpayah!!! yang awak nak menyibuk itu kenapa bukan ke waktu macam ini awak kat luar kenapa tak keluar pergilah shopping ke apa awak takpayah nak menyibuk pasal cucu saya!!!" Encik Aaron Aryan mula dingin dengan Puan Salina sejak menantunya lari pada hospital siapa lagi punya angkara.
" Salah ke saya nak duduk rumah kalau saya keluar awak marahkan saya dan saya kesian kat Riel menjaga anak-anak Riel sebab itu saya duduk kat rumah Riel kalau Riel nak pergi kerja pergilah biar mummy jagakan jangan risau."
" Takapa mummy Riel boleh jaga anak-anak Riel."
" Takapa biar jaga anak Riel itu."
" Salina!! kan Riel dah cakap takpayah yang awak tak faham ke apa sekarang ini."
" Hubby biarlah saya yang jaga bukan sekarang Riel banyak kerja kat Office."
" Awak ini kenapa Ina dari hari itu lagi saya perasan awak dah lain kenapa awak ada apa-apa yang sembunyi dari saya."
" Takada biasa saja."
" Awak ingat Ina kalau saya dapat tahu siap awak!!!" Encik Aaron Aryan beri amaran pada Puan Salina.
" Yang awak nak ugut saya kenapa macam awak dan menantu awak baik sangat!!" Puan Salina sudah naik angin dengan Encik Aaron Aryan.
" Ya!!! Lebih baik pada awak yang berlakon pada didepan orang ramai."
" Yang awak bela dia sangat!!! kenapa
scandal awak ouh!! patutlah awak gelisah rupa-rupanya ada udang sebalik batu hebat perangai awak." Puan Salina sengaja tambah minyak dalam api sudah tentu Zafriel tambah benci pada Zahara.
" Salina!!! Awak jangan nak kurang ajar dengan saya awak sedar tak awak cakap dengan siapa!!!" Encik Aaron Aryan sudah hilang sabar dengan Puan Salina.
" Memang betulkan Zahara itu Scandal awak kan." Puan Salina benggang dengan tindakkan suaminya.
" Yang awak cakap scandal itu menantu awak juga awak jangan nak pentingkan diri sendiri,sejak Zahara datang ke sini jadi keluarga kita ada awak layan Zahara dengan baik ada tak!!! saya tanya ini!!! depan saya dan Zafriel awak pura-pura baik dengan Zahara padahal tak sekali pun!!!" Encik Aaron Aryan buka cerita satu pet satu.
" Kenapa awak tak bagi saya pegang cucu saya sendiri."
" Awak tak layak jadi seorang nenek awak itu sangat!!!kejam sanggup awak berpisah ibu dan anak mana hati perasaan awak seorang ibu mana!!" Encik Aaron Aryan tidak mengaku kalah semakin Encik Aaron Aryan diam Puan Salina mengambil kesempatan buatkan cerita.
Encik Aaron Aryan tak mampu bertahan lagi dengan tingkah laku Puan Salina yang mahu mencari kesalahan orang lain. Kali pertama Encik Aaron Aryan meninggikan suara pada isterinya dari awal lagi sudah tahu siapa yang punya angkara belum tiba masanya lagi.
" Papa mummy!!! dah-dahlah kesian Fiya dan Idan."
" Nak buat apa nak kesian pada anak Riel sepatutnya yang isteri Riel itu yang jaga bukan Riel mana dia sekarang!!! tengok sekarang ini Riel sorang-sorang yang jaga dia itu!! menyeronok dengan lelaki kat luar kat sana Riel tahu ke." Puan Salina pulak naik hantu semuanya tidak berpihak belahnya.
" Salina!!." Encik Aaron Aryan baru nak angkat tangan tidak berani nak pukul wanita dia bukan lelaki suka pukul wanita.
" Kenapa awak nak tempar sebab menantu kesayangan awak hebat awak kan." Puan Salina terkejut dengan Encik Aaron Aryan Puan Salina rasa ketakutan akan datang.
" Papa!!!" Zafriel menenangkan Encik Aaron Aryan kali pertama melihat papanya marah sebegini.
" Zafriel jangan nak masuk campur!!! Awak ini dah melampau!!! awak itu semua betul!!! menantu kita yang salah lagi satu perkara awak jangan sentuh cucu saya!!!" Encik Aaron Aryan tetap berpihak Zahara.
" Kenapa awak tak bagi saya pegang cucu saya sendiri."
" Kenapa awak nak marah sebab saya tak bagi awak pegang cucu saya macam itu perasaan Zahara!!! tak dapat jumpa dengan anak sendiri!!!."
Puan Salina terdiam dengan pertanyaan Encik Aaron Aryan Puan Salina tidak bahas lagi ada sahaja jawapan Encik Aaron Aryan yang menyakitkan hati.Zafriel tidak masuk campur pasal kedua ibubapanya Zafriel minta diri dahulu dan bawa anaknya masuk dalam bilik taknak menganggu anaknya dengan bertengkaran antara ibubapanya.
Sejak digelaran seorang bapa Zafriel sudah berubah semuanya dan sentiasa luahkan masa bersama anaknya Zafriel bagi tumpuan sepenuhnya pada anaknya Zafriel pastikan keadaan anaknya sangat selesa.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top