BAB 4


Akhirnya Amran bercerita pada Encik Hafiz satu per satu sejujurnya Amran tidak kuat sebenarnya apa berlaku sekarang mujur Encik Hafiz tidak mengamuk sekarang Amran sangat takut bila Encik Hafiz mengamuk nanti sebab boleh menyebabkan Encik Hafiz jatuh sakit.

" Ayah..ayah okay tak ini." Dari tadi Amran perasaan Encik Hafiz hanya diam dan mengangguk perlahan-lahan.

" Ayah okay Ran cuma ayah kecewa apa salah anak ayah mereka buat sampai macam ini kalau tak suka bagitahu awal-awal jangan buat macam ini ayah sedih Ran,ayah tahu kita tak macam mereka kat luar sana kaya kan." Encik Hafiz hanya mengeluh patutlah sejak kebelakangan ini tak sedap hati rupa-rupanya pasal ini.

Suasana menjadi senyap dan sepi tidak tahu nak sembang apa lagi Puan Rina hanya mampu tahan air mata Encik Hafiz mampu mengangguk dan bertenang seolah-olahnya tiada apa-apa yang berlaku.

" Ayah nak kita buat takada apa-apa yang berlaku buat rutin harian biasa ayah taknak Zahara tertekan lagi bagi Zahara masa bila tibanya masa stabil biar Zahara buka cerita faham!!" Encik Hafiz bagi cadangan buat masa biarlah menjadi rahsia.

" Baiklah ayah Ran akan dengar cakap ayah."

" Firdaus macam mana keadaan Zahara."

" Tak tahu lagi ayah tunggu Laila periksa Zahara." Firdaus balas pertanyaa pada masa yang sama Firdaus ingin tahu apa yang terjadi sebenar.

Laila setia disisi Zahara yang bersedih  ingin nak tahu apa yang berlaku pada Zahara.Laila peluk Zahara dengan eratnya.

" Aku nak tanya boleh aku harap tak marah apa yang aku nak tanyakan ini."

" Tanyalah nak buat apa aku nak marah takada sebab aku nak marah kau tanya."

" Kenapa tiba-tiba kau balik kenapa kau tak bagitahu kat aku mujurlah abang kau bagitahu kau balik." Laila dengan berhati-hati mahu bertanya takut Zahara akan mengamuk.

" Saja-saja aku nak balik lagi pun aku dah lama tak balik aku rindu mak ayah aku tak salah kan." Zahara balas dengan seolah-olah tenang saja pertanyaan Laila.

" Yalah itu Puan Zahara ouh ya aku hampir lupa nak ingatkan kau." Laila dapat hidu yang Zahara bohong melihat matanya yang asyik pandang tempat lain.

" Apanya."

"  Selamat berpantang Puan Zahara."

" Berpantang aku taknaklah!!!."

" Perlahan sikit suara kau itu kau kena berpantang kalau tak nanti badan kau sakit kau kan baru bersalin."

" Ha'ah macam mana kau tahu."

" Kau lupa ke aku yang check kau selepas ini aku nak kau berpantang tak kira kau suka ke tak suka kau kena berpantang."

" Tak boleh ke aku tak pantang."

" Kena berpantang bukan selamanya kau kena berpantang cuma seratus hari sahaja boleh kan kau tak sayang badan kau ke ha'ah."

" Mestilah aku sayang badan aku ini."

" Kalau sayang kena berpantang ya."

" Baiklah doktor Laila aku dengar." Akhirnya Zahara bersetuju dengan Laila.

" Baguslah macam itu kau pergilah mandi aku nak tolong mak kat dapur." Laila minta diri dulu melihat wajah Zahara tidak pucat seperti tadi.

" Ya lah." Zahara mengangguk dan pandang ke arah Laila yang mahu keluar dari biliknya.

Zahara mengeluh kecil tidak sangka itu mimpi rupanya sangkakan benar hatinya sakit bila berjauhan orang tersayang Zahara hanya mampu berdoa agar anak dan suami keadaan baik saja.Zahara pandang cincin dijari inilah cincin perkahwinan dengan Zafriel mujur mak mertua tidak suruh ditanggalkan cincin dijari Zahara tidak sanggup nak menanggalkan kerana sudah berjanji pada Zafriel tidakkan menanggalkan walaupun apa yang terjadi.

Abang maafkan kesalahan sayang,maafkan mama sayang mama terpaksa tinggalkan sayang dan papa jangan bencikan mama sayang sebab mama dah tinggalkan sayang maafkan mama sayang maafkan sayang abang.

Zahara sebak dengan keadaan yang alami sekarang tidak tahu nak mengadu dekat siapa paling yang ditakuti ialah keluarganya adakah boleh terima kepulangannya.Zahara tutup keduanya telinga dengan tangan.

Maafkan sayang abang sayang cintakkan abang sepenuh hati sayang.

Laila keluar dari Zahara dari sudut nak bertanya lebih dalam fikirkan keadaan Zahara yang belum stabil lagi.

" Laila!!"

" Ayah,ayah sihat."

" Sihat alhamdulillah." Encik Hafiz mengangguk.

" Awak macam mana keadaan Zahara." Giliran Firdaus bertanya pada Laila yang baru keluar dari bilik Zahara.

" Zahara perlu banyak berehat dan keadaan Zahara masih dalam pantauan."

" Kenapa Laila." Amran kurang faham dengan Laila.

" Tadi Zahara mengacau panggil anaknya menangis dan Laila pujuk Zahara supaya tenang."

" Panggil anak jadi Zahara baru lepas bersalin maksud Laila." Encik Hafiz menyampuk.

" Ya ayah sebab itulah Zahara panggil anaknya." Laila hanya mampu cerita apa dia dengar dan nampak.

" Laila ada tanya apa-apa kat Zahara ke atau Zahara ada cerita kat Laila."

" Takada." Laila menggeleng.

" Takkan tak cerita satu pun kat Laila." Encik Hafiz rasa tidak puas hati dengan jawapan Laila.Encik Hafiz tahu mesti Zahara ada cerita pada Laila.

" Takada pun Zahara cuma bagitahu." Tak sempat habis ayat Amran sudah potong.

" Bagitahu apa."

" Zahara kata Zahara rindu mak dan ayah sebab itu dia balik itu saja Laila tahu yang lain-lain itu Zahara tak cakap apa-apa."

" Dan Zahara akan bermula berpantang abang Ran Laila nak minta tolong boleh."

" Apa Laila." Amran menunggu jawapan dari Laila.

" Abang Ran tolong tengokkan Zahara sebab Laila ada cakap yang Zahara akan berpantang tapi Zahara menolak  taknak berpantang jadi abang Ran tolong tengokkan." Laila menyampaikan pada Amran agar Zahara mengikut jadual permakanan yang betul.

" Boleh takada masalah mana Zahara."

" Ada dalam bilik dan satu lagi jangan bagi Zahara duduk sorang-sorang takut terganggu emosi."

" Faham-faham." Amran mengangguk apa yang Laila katakan.

" Laila,Firdaus makan malam kat sini alang-alang dah ada makan sekali." Sejujurnya hati Encik Hafiz sangat kecewa nak marah pun tidak boleh semua itu sudah jadi.Encik Hafiz mengajak makan malam kat rumah.

" Boleh ayah takada masalah awak okay tak." Firdaus setuju pelawa Encik Hafiz,Firdaus bertanya pada Laila yang senyap saja.

" Boleh saja biar saya tolong mak kat dapur." Laila hanya mengangguk dan minta diri ke dapur.

Makan malam sudah siap Puan Rina asingkan makanan untuk Zahara kali pertama Zahara makan makanan berpantang.Laila turut membantu Puan Rina menghidangkan makanan diatas meja pelbagai jenis masakkan makan serta makanan untuk Zahara.Laila minta diri mahu panggil Zahara didalam bilik.

" Zahara!!" Laila langkah masuk ke bilik melihat Zahara termenung jauh.

" Amboii jauh kau termenung dah sampai mana." Laila duduk sebelah Zahara.

" London." Selamba Zahara balas.

" Laila aku nak tanya boleh." Zahara pusing ke arah Laila.

" Tanyalah jangan nak malu-malu." Laila balas pertanyaan.

" Aku takut lah sebenar Laila aku takut sangat." Zahara genggam tangan Laila dengan rasa ketakutan.

" Apa yang kau takut sangat." Laila tanda tanya pada Zahara yang gelisah.

" Aku takut mak ayah tak terima dalam keluarga ini aku takut sangat."

" Ya allah kenapa kau cakap itu tak baiklah Zahara apa-apa mak ayah kau tetap sayangkan kau."

" Aku ini anak tak berguna Laila aku ini gagal!! jadi seorang isteri dan ibu pada suami dan anak aku,Laila." Zahara tak mampu bertahan didalam hati akhirnya terburai air mata.

" Kenapa kau cakap macam tak eloklah Zahara sekarang ini dah terjadi kau kena semua ini jangan lemah percayalah cakap kau boleh lakukan semua ini."

" Aku memang tak kuat aku tak sanggup berjuahan dengan suami dan anak aku." Air mata Zahara macam air terjun tanpa berhenti.

Ya allah kuat dugaan kau Zahara aku percaya satu hari nanti kau akan kembali kegembiraan Zahara aku tak sanggup tengok kau menderita.

" Sabar Zahara ada hikmah sebaliknya tadi kau cakap pasal anak kau anak macam mana lelaki ke perempuan." Laila mengelap air mata Zahara.

" Aku tak tahu Laila selepas aku bersalin aku terus lari pada hospital." Zahara buka cerita sikit demi sikit.

" Ya allah Zahara!!! kenapa kau buat macam itu kau tak sayang anak kau ke." Laila terkejut dengar cerita Zahara.

" Aku terpaksa!! Laila aku taknak pilihan lain kau percayalah cakap aku ini." Zahara tahu apa yang dibuat itu adalah salah dan sangat kejam ibu mana yang sanggup tinggalkan anaknya yang baru lahir.

" Dah-dah jangan menangis macam ini aku percaya kata-kata kau aku tahu mesti ada sebab kenapa kau buat macam itu."

" Laila!!" Zahara perasan dari tadi Laila pakai tudung nampak ayu dan sejuk teringin sangat nak pakai macam Laila.

" Ya!!" Laila pandang sambil senyum.

Zahara berbisik sesuatu pada Laila membuatkan Laila terkejut.

" Kau biar betul ini bukan main-main tau." Laila buat muka terkejut apa yang dikatakan.

" Ya aku teringin sangat boleh kan tolong aku." Zahara harap sangat Laila dapat bantunya.

" Ya-ya dahlah jom makan mak dan ayah dah tunggu kita kat bawah jom."

Inilah rutin harian baru untuk Zafriel akan sentiasa anak-anaknya keadaan selesa pada awalnya sukar tapi lama kelamaan senang dilakukan sebelum turun ke bawah Zafriel bersihkan diri dahulu waktu macam ini anak-anaknya masih lena tidur maklumlah baru lepas mandi dan bagi susu.Zafriel tarik nafas lega melihat anaknya sudah tidur sejak digelar seorang ayah Zafriel berikan tumpuan sepenuhnya pada anaknya.Selesai mandi dan siap Zafriel letak anaknya dalam stroller bayi dan turun ke bawah menggunakan lif.

" Good morning papa mummy!!!" Zafriel tolak stroller baby dari lif ke ruang makan.

" Good morning Riel jom breakfast sekali." Puan Salina menyiapkan makanan dan mengajak anaknya yang baru keluar dari pada lif.

" Okay mummy." Zafriel mengangguk sambil menolak stroller baby.

" Riel macam mana okay tak ada ragam tak malam."

" Biasalah papa baby kan."

" Riel kenapa tak kejut mummy."

" Nak buat Riel kejut awak." Encik Aaron Aryan bertanya siap tawarkan diri lagi.

" Kesian Riel setiap malam kena bangun susu untuk anak tak salah saya tolong Riel."

" Takpayah!!! itu anak Riel biarkan Riel uruskan diri sendiri selagi mampu selagi boleh buat betul tak Riel tak apa yang papa cakapkan."Encik Aaron Aryan dingin.

Puan Salina benggang dengan tindakkan suaminya yang selalu belahkan anaknya dan menantu.

" Saya nak bantu Riel kurang beban kesian Riel tak cukup tidur."

" Takapa mummy Riel boleh buat mummy perlu risau."

Menyampah aku semua aku buat tak kena ada saja nak bantah apa salah aku,aku nak kurang beban anak aku ini kesian dia tiap-tiap malam bangun buatkan susu.

" Dah jom makan." Encik Aaron Aryan   meneruskan makanan tidak masa nak bahas lagi.

Zafriel menerus makan sambil perhatikan anaknya yang masih tidur Zafriel senyum pada anaknya.Dalam masa yang sama Encik Aaron Aryan perhatikan sahaja Zafriel.

Papa harap Riel boleh bersabar semua ini jangan mengalah kuatkan diri mungkin sekarang Zahara pun kuatkan diri semua ini papa harap satu hari Zahara dan Zafriel dapat disatukan semula.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top