BAB 3


" Boss!!." Lelaki berpakai jaket berwarna hitam dan cermin mata berwarna hitam berdiri didepan Encik Aaron Aryan.

" You can sit down first. I have many things I want to discuss with you." Encik Aaron Aryan menjemput duduk didepannya.

" Thank you Boss." Lelaki itu tarik kerusi terus duduk melihat wajah muka Encik Aaron Aryan yang serius.

" I need help from you."

" What tell me Boss."

Encik Aaron Aryan mengangguk sambil senyum mengeluarkan sampul berwarna coklat dan letak diatas meja.

" I want you to find someone can?"

" Sure no problem boss can I know who someone is.."

" You open and you know for yourself."

Lelaki pakaian jaket berwarna hitam ambil sampul coklat diatas meja ingin tahu apa ada dalam sampul coklat itu.Lelaki itu buka dengan perlahan-lahan dan pandang ke arah Encik Aaron Aryan.

" But why?"

" Your job is to find someone in this envelope."

" This is the boss's daughter-in-law, right?"

" What actually happened to the boss's daughter-in-law can tell me a little story."

" My daughter-in-law is gone."

" If applicable, where." Lelaki itu ingin lebih tahu apa yang sebenarnya berlaku.Lelaki itu mengeluarkan buku kecil untuk cacatan dan siasat kes ini.

" Hospital."

" Which hospital." Lelaki itu bertanya pada Encik Aaron Aryan tapi Encik Aaron Aryan hanya senyap saja.Lelaki itu sudah dapat tahu sikit demi sikit.

" Well I will finish as soon as possible I hope the boss can be patient."

Encik Aaron Aryan mengeluarkan satu lagi sampul berwarna putih letak diatas meja didepan lelaki itu.

" This is for your payment."

" The boss can pay me half or even a quarter I take the boss."

" Well, you said like I just follow the important thing, I want you to complete the task that I gave you."

Lelaki itu hanya mengangguk dan dengar arahan dari Encik Aaron Aryan.

" One more thing I don't want anyone to know that I met you."

" I want you to uptade me from time to time."

" Now you can go thank you for spending time with me."

" For the sake of my boss is able to do anything." Lelaki tunduk kepala tanda hormat sebelum pergi.

Di rumah Puan Rina suasana yang sepi Firdaus pandang ke arah Amran yang tertekan Firdaus bagi semangat pada Amran.

" Kau sabarlah Ran."

" Macam mana aku nak sabar aku tak sanggup tak tengok adik aku menderita macam ini macam mana dia nak teruskan hidup."

" Kenapa kau cakap macam itu cuba istighfar banyakkan bersabar kau jangan sikap macam ini."

" Kau suruh aku beristighfar banyakkan bersabar aku tak sanggup nak tengok adik aku macam itu."

" Dahlah Ran aku faham keadaan kau sekarang aku tahu kau sayang sangat-sangat adik kau,kau kena tahu ada hikmah sebaliknya."

" Assalamualaikum.."

" Waalaikumussalam!!!" Jawab serentak.

" Bila sampai Firdaus."Encik Hafiz bertanya pada Firdaus dan terus duduk disofa.

" Baru sampai ayah,ayah sihat."Firdaus bangun menghulur tangan dan salam Encik Hafiz.

" Datang sorang ke."

" Datang dengan Laila ayah."

" Ouh ya ke mana Laila ada dekat dapur dengan mak ke." Encik Hafiz pada Firdaus,Amran pulak hanya mendiamkan diri.

" Amran kenapa senyap dari tadi ada ayah buat salah ke kenapa tak hidang air kat tetamu Ran." Encik Hafiz bertanya pada Amran yang senyap tak bersuara.

" Okay ayah Ran nak buat air Fir kau borak dengan ayah aku dulu aku pergi ke dapur kejap." Amran bangun sebelum langkah ke dapur.

" Firdaus ayah nak tanya sesuatu boleh." Encik Hafiz bertanya pada Firdaus apa yang terjadi.

" Apa ayah." Firdaus betulkan tempat duduknya.

" Kenapa dengan Amran macam ada masalah."

" Fir tak tahu ayah apa kata ayah tanya kat Amran apa masalahnya."

Laila menangkan Puan Rina yang kesedihan tak sangka Zahara sangat menderita patutlah tidak sedap hati kebelakangan ini sangat risaukan Zahara sejak Zahara berkahwin dengan Zafriel Zahara tidak pernah mengadu pada sesiapa pun.Laila pandang ke arah Zahara yang tidur lena walapun Zahara tidur nampak wajah muka Zahara sangat pucat.

" Mak!! jangan sedih macam ini mak sabarlah."

" Mak tak kuat tengok anak mak macam ini sakit hati sangat-sangat Laila,apa salah anak mak Laila." Puan Rina tak mampu nak bertahan tak sanggup tengok anaknya seperti ini.

" Mak kena kuat mak jangan bersedih kalau mak bersedih Laila lagi bersedih mak." Laila peluk Puan Rina yang menangis tanpa berhenti.

" Baiklah mak taknak sedih Laila betul kata Laila mak kena kuat semua ini,ouh mak hampir lupa nak masak air untuk Laila mesti Laila dan Firdaus haus kan mak buat air sekejap." Puan Rina mengelap air mata sebelum keluar Puan Rina betulkan selimut Zahara.

Puan Rina mengelap air mata dan kesan air mata dipipinya Puan Rina langkah ke keluar mahu ke dapur.Puan Rina nampak Encik Hafiz sedang bersembang dengan Firdaus diruang tamu tidak tahu apa yang mereka sedang sembangkan.

Amran dari dapur bawa dulang berisi air letak diatas meja Puan Rina perasan berubahan anak lelakinya sejak balik tadi Amran menjadi pendiam setiap kali bersuara Amran balas sepatah saja mesti Amran dapat merasai Zahara adiknya sekarang sedang menderita dan sakit yang dilaluinya sekarang.

" Rina kenapa tak hidang air tadi kesian Firdaus ini." Encik Hafiz bertanya isterinya yang berdiri didepan bilik anaknya.

" Bang bila sampai Rina tak dengar bunyi motor bang tadi." Puan Rina tarik nafas dalam-dalam dan terus duduk sebelah suaminya.

" Motor rosak tepi jalan tadi waktu macam itulah nak rosak."

" Kenapa tak call Ran boleh Ran ambil ayah tadi kesian ayah." Amran letak dulang atas meja dan bertanya pada Encik Hafiz kesian ayah mesti ayah penat.

" Takada kesianlah mujur ada pakcik Halim bolehlah ayah tumpang balik sekali." Encik Hafiz balas pertanyaan.

" Ayah jemput minum Fir minumlah." Amran tuang air dalam cawan dan letak didepan Encik Hafiz dan Firdaus.

" Amran mana adik bukan ke Amran cakap tadi nak ambil adik mana adik."

" Ada kat dalam dengan Laila sekarang Laila tengah check adik ayah." Amran balas pertanyaan Encik Hafiz,Amran tak sanggup nak bagitahu apa yang terjadi.

" Ouh ya ke." Encik Hafiz balas dengan ringkas dan mengangguk saja.

Encik Aaron Aryan baru selesai berjumpa seseorang yang selalu yang dipercayai.Encik Aaron Aryan meneruskan perjalanan ke rumah rasa rindu pada cucu-cucunya dirumahnya dalam perjalanan Encik Aaron Aryan selalu fikirkan tentang menantunya tidak tahu pergi mana berharap sangat menantunya keadaan baik saja sentiasa dilindungi Encik Aaron Aryan sangat beruntung dapat menantu yang merendahkan diri tidak kira dimana-mana saja.

" Zafriel!! macam mana cucu-cucu papa semua okay ke." Encik Aaron Aryan buka pintu bilik cucunya melihat Zafriel yang termenung jauh Encik Aaron Aryan sudah tahu sangat perangai anak lelakinya.

" Semua papa cuma baby ini menangis tak tahu Riel nak buat apa." Zafriel balas pertanyaan.

" Kenapa tak tahu pulak okay macam ini papa ajar bila anak menangis sama ada sakit perut atau nak susu yang kedua bila dah bagi susu pusing ke belakang dan urut perlahan sampai baby sendawa okay faham." Encik Aaron Aryan terangkan satu per satu pada Zafriel supaya Zafriel faham apa yang Encik Aaron Aryan sampaikan.

" Faham papa." Zafriel mengangguk dan pandang ke arah anaknya sedang tidur lena.

sayang pergi mana abang rindukan sayang,sayang abang cintakan sayang sampai bila-bila cinta abang pada sayang tidak pernah pudar.

" Kalau dah faham okay papa nak masuk bilik dulu jangan tertekan sangat papa tahu Riel kuat dah pergi rehat."

Tengah malam sunyi kegelapan malam yang sedang tidur berbuai mimpi tiba-tiba terdengar suara bayi kuat menangis dengan dahaga Zahara yang tidur lena terjaga terdengar suara bayi yang menangis tanpa berhenti.

" Anak mama haus ya sekejap mama bagi susu kesian anak mama haus ya sekejap sayang!!! sayang jangan menangis nanti papa terjaga kesian papa tak hilang penat lagi tunggu sekejap sayang."

" Zahara!!!" Zafriel terjaga dari mimpi  seolah-seolahnya Zahara ada didalam bilik bersama anaknya,Zafriel tersedar anaknya menangis tanpa berhenti Zafriel terus bangun dapatnya yang masih menangis.

Alahaii anak papa jangan menangis papa buat susu.

Zafriel mengusap pipi anaknya yang menangis serentak anak kembarnya menangis ini adalah cabaran untuk Zafriel.Zafriel pernah berjanji pada Zahara dulu waktu Zahara mengandung.

Zahara yang bersandar dikepala katil keadaan Zahara masih terjaga oleh Zafriel apa yang Zahara mahukan Zafriel tunaikan.

" Sayang!!! okay tak ini." Zafriel baru selesai kemas barang dapur dan susun barang,Zafriel pegang perut Zahara yang makin besar tidak sabar rasa bila digelarkan seorang bapa.

" Sayang okay saja kenapa." Zahara mengangguk saja sambil picit pinggang yang lenguh sejak mengandung tempat duduk Zahara selalu bertukar tidak selesa.

" Jangan nak tipu biar abang urutkan pinggang sayang kenapa tak cakap sayang lenguh pinggang." Zafriel letak bantal dibelakang Zahara dan urut secara perlahan-lahan.

" Taknak menyusahkan abang dari pagi sampai ke malam tak berhenti abang buat kerja." Zahara betul tempat duduknya sekarang ini lebih selesa.

" Sayang tidak pernah menyusahkan abang pun abang tidak pernah mengeluh pun sayang apa yang sayang nak abang belikan bukan selalu sayang nak kan tak salah abang belikan demi untuk sayang anak kita."

" So sweet abang jangan-jangan masa sayang pantang abang pun mengatal kat luar saja maklumlah sayang ini tak cantik macam dulu."

" Sayang!! kenapa sayang cakap macam abang tak sukalah sayang fikir macam itu sayang dengar sini baik-baik cinta abang untuk sayang sampai bila-bila takada siapa yang boleh pisahkan kecuali ajal maut yang pisahkan kita faham sayang."

" Kalau sayang tak cinta lagi pada abang apa nak buat biarkan ke." Zahara tanya pada Zafriel tidak tahu kenapa malam ini Zahara sangat emosi.

" Sayang tak cintakkan abang,abang cari orang lain." Selamba Zafriel jawab sengaja nak kenakan isterinya.

" Okay dah agak dah." Zahara tepis tangan Zafriel yang mengurut terus bangun tanpa sedar air mata Zahara mengalir Zahara baru nak langkah keluar Zafriel peluk Zahara dari belakang.

" Sayang abang gurau maafkan abang dah lukakan hati sayang." Zafriel peluk dengan erat tak mahu lepaskan Zahara yang meronta minta dilepaskan tidak sangka dengan satu gurauan itu boleh menyebab hati seseorang terluka.

Zahara hanya diamkan diri saja.

" Sayang abang minta maaf." Zafriel pujuk Zahara dan Zafriel bawa Zahara  ke katil duduk tempat semula Zafriel faham ibu mengandung emosi memang tidak stabil.

" Sayang dengar sini apa yang abang nak pesan kat sayang walaupun apa terjadi abang tetap kejar dan sayangkan sayang biarlah waktu itu sayang tak cintakan abang,abang akan buat sayang jatuh cinta semula kat abang itu janji abang pada sayang." Zafriel pegang kedua tangan isterinya Zafriel perasan Zahara tidak pandang ke arahnya yang penting cintanya untuk Zahara sangat dalam.

" Sayang itu janji abang sampai bila-bila." Zafriel buat muka yang paling serius baru Zahara pandang ke arahnya.

Zahara diam dan telan liur bila dengar janji Zafriel padanya.

" Sayang lepas ini biar abang buat semua itu sayang rehat saja okay biar abang urusan anak-anak kita."

" Setiap malam anak menangis abang  sanggup ke nak bangun buat susu."

" Abang sangguplah sebab sayang mengandung anak abang,abang lagi kesian kat sayang selalu sayang sakit sana sini kan."

Zafriel sentiasa teringat janji-janjinya pada Zahara bukan janji dimulut tapi dalam hati sudah berjanji.Selesai buat susu Zafriel terus masuk ke biliknya bagi anak susu patutlah waktu malam macam ini sudah tentu anaknya lapar.

" Anak mama!!! anak mama!!" Zahara mengacau menyebut anaknya Laila yang disisinya terus kejutkan Zahara dari tidur.

" Zahara!!! Zahara!!! bangun."

" Laila!!! mana anak aku,anak aku menangis tak berhenti tolong ambil." Zahara mula mencari anaknya sekeliling tapi tak jumpa.

" Mana ada anak kau." Laila menenangkan Zahara.

" Betul anak aku menangis dia nak susu tolonglah ambil sekejap."

" Zahara!!! cuma kau sedar kau datang sini sorang saja." Laila menenangkan Zahara supaya tenang.

Zahara tersedar dari mimpi rupa-rupanya hanyalah khayalan Zahara sendiri masih teringat pesan Puan Salina sebelum keluar dari hospital.

" Aku tak izin kau ambil cucu aku kau ingat pesan aku ini kalau taknak aku menghancurkan keluarga kau baik kau berambus dari sini faham!!"

Zahara pejamkan mata seolahnya benda yang terjadi masih ada dalam ingatan Zahara.

" Laila!!!" Zahara tak mampu nak bertahan lagi akhirnya Zahara menangis. Apa salah aku dimata mereka sampai mereka buat aku macam ini aku ini manusia bukan binatang.

" Sabar Zahara" Laila turut sedih dengan deritaan Zahara.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top