Chapter 4
4
"Rayyan , jom pergi kantin. Aku lapar" Add menarik tangan aku nak suruh aku ikut dia. Lepas apa yang berlaku semalam, aku terus balik ke rumah , dan harini bila aku pergi sekolah dia boleh bersembang dengan aku seolah olah peristiwa semalam tak berlaku. Tak tau lah samaada dia memang jenis yang tak mintak maaf kat orang sebelum berbaik atau dia memang tak anggap pertanyaan aku tu sesuatu yang mengganggu dia.
Aku ni pulak jenis yang tak menyimpan dendam, jenis yang tak suka merajuk , aku ikut ke dia pergi kantin.
"Weh tengok ni, harini ada kuih donat la. Nak donat tak? Kalau nak aku beli lebih sikit"
Aku tak percaya dia ni, dia bersembang dengan aku dengan rasa langsung tak bersalah. Sememangnya aku terasa hati bila dia tengking aku semalam, dan aku ingat nak merajuk dengan dia harini tapi dengan sikap dia yang tak berhenti bercakap dengan aku ni, aku tak rasa rancangan aku tu akan berjaya. Lebih baik aku maafkan dia, aku taknak la kene pulau macam selalu.
"Takpe kau takyah jawab, aku beli. Aku tau kau suka donat. Makcik kedai kuih depan rumah kau tu pun tau kau minat donat."
Memang betul aku minat donat. Haritu aku pergi beli kuih dan aku tanya makcik tu kalau kalau ada donat. Dia kata takde. Jadi bila esoknya aku datang, belum sempat aku tanya makcik tu dah jawab "Donat kat dalam bekas kuning tu"
Yang lagi hebat, aku tak jangka yang Add akan ambik aku pagi ni. Pakcik aku baru nak start kereta nak hantar aku pergi sekolah , tiba tiba Add sampai depan rumah.
Dan aku memang taknak mulakan sebarang pertelingkahan dengan Add lagi lagi bila kat sekolah. Sebab kalau dia pulaukan aku sepanjang hari memang balik jalan kaki lah aku.
Dan Add ialah orang yang paling tak boleh nak bawak bergurau dalam kelas. Kadang kadang aku akan bergurau dengan kawan aku, contohnya tolak botol air diorang ke atas time diorang tengah minum. Tak pun aku suka tolak tangan diorang time diorang tengah menulis, nanti kertas diorang akan comot dengan dakwat pen. Tapi kalau dengan Add, takde sesiapa yang berani buat even dia pelajar paling muda dalam kelas. Bukan nak kata dia akan bunuh orang yang ganggu dia. Tapi memang tak berani nak buat. Tak tau lah kenapa. Mungkin disebabkan oleh jelingan tajam dia bila dia marah yang akan membuatkan semua orang takut, atau mungkin perasaan dendam dia yang kalau dah terpandam memang akan terpahat sampai 3 bulan.
Itulah yang aku expect akan berlaku tapi dia langsung tak dendam. Itu sesuatu yang bagus sebenarnya. Jadi sebelum apa apa berlaku. Aku akan mulakan perbualan dahulu.
"Add, aku nak mintak maaf pasal semalam"
"Pasal apa. Kau ada buat salah ke semalam?"
"Yelah, yang aku tanya kau tu" Suara aku makin perlahan, takut dia marah balik bila teringat pasal hal tu.
"Oh.. Yang pasal mak bapak aku tu. Takde apalah. Diorang cuma tinggalkan aku je. Busy dengan kerja, anak tinggal sorang sorang"
"Tapi diorang bagi kau duit. Okey la tu. At least diorang fikir pasal keperluan kau"
Add terdiam seketika.. "Tak jugak... Diorang memang kaya. Tapi diorang Ingat duit boleh beli kasih sayang? Boleh beli kebahagiaan? Aku tak pernah holiday dengan family. Setiap tahun sorang sorang. Cuti sekolah jadi mayat hidup kat rumah. Takkan aku nak bermanja degan housemate aku kot"
Aku mengangguk. "betul jugak..Abis, kau buat apa kat rumah time cuti?"
"Tanam anggur..."
"Ha?"
Add mengeluh "menganggur"
Suasana senyap seketika. "Tapi cuti kalini aku ad teman nak manja manja" Add memeluk lengan aku.
"Aku nak balik kampung" Jawab aku.Senyuman di bibir Add pudar. Dan dia pandang aku dengan muka kau-ingat-kelakar?
Aku baru nak jawab 'Aku cakap betul ni' tapi bila fikir balik.. Aku taknak balik jalan kaki.
"Ok ok.. Aku tak balik"
____________
"EI KIMAK BETULLAH!!!!" Add menyumpah seranah sambil menyucuk cucuk lubang kunci motor dia. "KALAU AKU DAPAT SIAPA YANG BUAT MACAM NI, AKU TANAM DIA HIDUP HIDUP!!"
"NAK GURAU TU AGAK AGAK LAH!!!"
Aku hanya terdiam memerhatikan kerja dia. Lepas balik, Add baru je naik motor nak cucuk kunci. Tapi tak boleh masuk, tengok tengok ada orang sumbat batu kecik dalam lubang kunci motor dia. Tu pasal yang dia menyumpah nyumpah tu.
Dah diketuk ketuk lubang tu , ditarik tarik besi dia sampai nak hilang bentuk lubang kunci tu. Spring semua terkeluar, dia ni nak keluarkan batu ke nak rosakkan motor?
"HAH!! KELUAR PUN KAU!" Add membaling batu kecil tu jauh jauh. kemudian dia naik ke atas motor dan memasukkan kunci ke dalam lubang kunci tu.
.......
"Erm...Macam tak berfungsi je..."
"Macam mana nak berfungsi, semua dah terkeluar, besi ,spring ntah apa apa semua berterabur dalam raga motor kau"
"Rayyan.."
"Hmm?"
"Balik jalan kaki lah kita..." Add mengeluh.
Add naik ke atas motor . Memandangkan sekolah ada kat tengah tengah curam bukit, jadi bolehlah nak meluncur sekejap. Aku menolak motor dengan kuat dan terus lompat ke atas motor.
Lawak jugak.Minggu lepas ada kes hantu kat sekolah ni. masa tuisyen malam. Budak perempuan cerita yang diorang dengar jeritan yang kuat dari bahagian atas bukit sekolah tu. Time tu diorang tengah melepak kat pondok depan sekolah. katanya jeritan perempuan sampai terkeluar anak tekak. Mula mula diorang abaikan bunyi tu, tapi tiba tiba diorang nampak motor takde penunggang meluncur ke bawah bukit. Terus diorang lari masuk dalam sekolah.
Sedangkan diorang tak tau, aku ada kat situ masa tu. Aku nampak sorang perempuan acah acah budak motor ni press motor dia kuat sangat sampai dia terjatuh dari motor disebabkan inersia yang menggalakkan dia kekal kat kedudukan asal dia. Motornya laju je kedepan. dia dah tergolek kat belakang. Time dia jatuh tu, dia jerit la "WARGHH!!" Sebab terkejut dan sakit. Lepastu motor dia kat depan tu selamber je jalan lurus kedepan sampai bawah bukit. Tu pasal yang boleh ada kes motor takde penunggang tu.
Time kitorang gagah mendayung motor guna kaki tu, nasib baik ada hero datang. Iaitu Ryan, housemate Add. Dia datang dan tunda motor kitorang.Bila ku mention motor kitorang, sejak bila motor Add jadi motor aku, aku pun tak tau.
___________
Add mencadangkan aku untuk stay over kat rumah ia mandangkan dia tak cukup rajin nak hantar aku balik plus dia terlalu horny malam tu untuk dipuaskan. Aku pun hanya bersetuju sebab yang nak hantar aku balik pun, dia. Takkan nak paksa paksa pulak. Lagi lagi bila motor dia dah terbalik kat depan rumah. Nak baiki lubang kunci, beriya tebalikkan motor. Ingat ni basikal apa? kan kalau nak betulkan rantai basikal kene terbalikkan badan dia.
Setelah seround dua ku layan dia kat dalam bilik. Aku ambik keputusan untuk terus tidur , manakala Add keluar dari bilik untuk membersihkan diri, makan, lepak dan apa apa jelah yang dia rasa nak buat sebelum tidur.
________
Jam 2:16 pagi. Aku terbangun dari tidur. Macam mana aku tau skarang jam 12:16? jawapan mudah. Kalau kita bangun mesti handphone benda pertama yang dicapai kan?
Aku start rasa sejuk. Maklumlah tidur telanjang. Aku mengambil baju yang aku sengaja tinggal dalam almari Add dan memakainya. Sebaik sahaja siap berpakaian. Aku perasan yang Add takde atas katil. Mungkin dia tak tidur lagi, atau dia dah tidur atas sofa kat luar. Yang pasti dia takkan tidur dengan Ryan.
Aku keluar dari bilik dan mencari Add, dari ruang tamu, dapur, tandas , ruang belajar dia, semua takde. Sampailah aku lalu di depan bilik Ryan. Aku terdengar suara Add. Ah , udah.. Nampaknya aku silap, adakah dia buat sesuatu dengan Ryan?
"Aku tak rasa yang kau patut buat macam tu" Aku mendengar kata kata Ryan.
"Kenapa pulak?" Add membalas penyataan Ryan.
"Yelah, kesian dia, dah lah takde mak ayah. Dah takde sesiapa nak jaga dia. Pakcik dengan Makcik dia pun bukan confirm sangat nak ambik tau pasal dia. Kau pulak muncul nak rosakkan anak saudara diorang" Ryan pula menjawab. Penyataan dan soalan Ryan diselang seli dengan jawapan dari Add. Aku hanya mendengar dari belakang pintu.
"Aku bukan rosakkan. Aku cuma berkawan dengan cara aku"
"Cara kau? hasud orang jadi jahat?"
"Mana ada aku buat benda jahat"
"Kau bawak dia keluar tengah tengah malam. Minum benda yang kau tau dia tak boleh minum dan buat hubungan yang kau tau dia tak boleh buat. Itu tak dipanggil merosakkan?"
"Tapi dia tak kisah kan? Lagipun, macam ni lah kita nak enjoy kita punya life, bukan duduk belajar 24 jam"
"Abis lepas ni apa rancangan kau untuk budak tu?"
"Rancangan what?Aku tak rancang apa apa okey? "
"Jadi, apa hubungan kau dengan dia?"
"Aku tak tau, dia still anggap aku sebagai kawan"
"Maksudnya? Kau nak dia anggap kau lebih dari kawan?"
"Of chorse. Aku nak dia anggap aku sebagai love partner dia"
"Love partner? Boyfriend? Kenapa kau nak dia anggap kau macam tu?"
"Kalau kau ada orang yang kau suka, kau nak tak dia anggap kau sebagai boyfriend dia?"
Suasana sepi seketika. aku membuat andaian , mungkin Ryan sedang berfikir atau dia cuma menjawab soalan Add dengan cara angguk atau menggeleng.
"Ha.. Tau pun nak!"
"Maksudnya kau suka dia lah?"
sekali lagi, keadaan menjadi senyap. "Dah kalau aku tak suka dia, buat apa aku tidur dengan dia?"
"Kot kot sesaje nak puas je ke. U know? Friends with benefit"
"Orang yang dah sanggap sangat je buat benda tu. Dah tak dapat awek, tibai kawan sendiri. Heh"
Aku hanya tersenyum dengan muka yang dah panas dan merah. Nampaknya Add sukakan aku selama ni. Tak heran kenapa dia tak marah aku. Well.. Aku sebenarnya ada fikiran yang sama dengan Ryan. Aku ingat Add cuma gunakan aku untuk puaskan nafsu dia. Tapi hakikatnya tak. Dia betul betul ikhlas dengan apa yang dia buat. Well.. memang betul Add hasud aku jadi bad boy. Tapi aku tak kisah. Orang kata kawan degan orang baik baik je dan jangan berkawan dengan orang yang tak baik. Dah nak buat macam mana, dah diorang yang taknak kawan dengan aku. Itu menunjukkan yang aku dah takde pilihan lain untuk tak berkawan dengan Add. Sejahat jahat Add ade jugak benda baik yang dia buat, contohnya ambik aku pergi balik sekolah setiap hari, belanja aku makan, belikan aku topup dan tak lupa dia bagi aku laptop dia masa aku perlukan laptop untuk kerja khusus Prinsip Akaun beberapa bulan lepas. Bukan pinjam ye. Dia bagi terus laptop tu.Laptop Apple pulak tu. Aduh...
"Sejak bila kau boleh ada nafsu songsang ni eh?" persoalan Ryan kepada Add menyedarkan aku dari lamunan aku tu. Aku masih tercegat depan pintu bilik Ryan.
"Entah. Sejak aku eksiden haritu kot"
Ya, Add pernah eksiden masa awal tahun. Time tu minggu pertama Add masuk sekolah sini. Kebetulan pulak masa dia eksiden tu, aku ada kat situ. Jadi akulah satu satunya orang yang dia harapkan untuk bantu dia. Well.. Kemalangan tu tak la teruk sangat, motor dia berlaga dengan kereta Myvi kat simpang depan rumah aku. Salah Myvi tu jugak sebab tak berhenti kat simpang. Add yang jalan terus pulak terkejut la tiba tiba ada Myvi masuk jalan tu. Dah la katanya dia bawak laju sebab nak kejar masa. 3 hari dia koma kat hospital. Aku yang jaga dia masa tu memandangkan dia masih belum ada kawan sangat kat sekolah ni. Tak sangka pulak masa ni otak dia tiba tiba terbalik. Selain mengubah seksualiti dia, dia juga berubah daripada menulis menggunakan tangan kiri kepada tangan kanan. Elok tak pandai matematik tiba tiba jadi pandai. Tak cukup dengan tu, tiba tiba boleh fasih bahasa korea setiap jam 7 pagi hingga 11 tengah hari.
"Masa tu Rayyan yang jaga aku. Mungkin dari haritu lah aku mula jatuh hati kat dia, tapi aku tak perasan lagi masa tu. Sebab bila Rayyan duduk dekat dengan aku aku rasa gembira,selesa, dan dalam istilah bahasa inggeris kita cakap 'nice'"
"Aku taknak tau pun istilah inggeris tu. Yang aku nak tau, macam mana Rayyan boleh terikut rikut dengan kau ni?"
"Oh.. Haritu dia mabuk, so .. time tu lah aku ambik peluang nak bawak dia ikut jalan aku."
"Dan macam mana dia boleh setuju untuk ikut kau berfoya foya kat kelab malam tu?"
"Aku cakap kat dia yang aku nak bawak dia pergi lepaskan stress, tapi aku tak cakap yang aku nak pergi kelab, jadi dia pun ikutlah. Terkejut jugak dia masa mula mula sampai"
"Oh.. Then? Dia ikut kau masuk"
"Dah aku paksa dia masuk. Dia pun masuklah. Lepastu cabar dia minum, dia pun minum lah"
"Lepastu dia ketagih. Haih.. Kau ni.. Tak baik buat macam tu"
"Lantak la baik ke tak baik. Yang penting sekarang aku dah dapat apa yang aku nak. Dia pun dah boleh follow cara aku. Jadi , senang la kerja aku. "
Aku mendengar bunyi tapak kaki kearah pintu, nampaknya Add nak keluar dari bilik ni, Jadi aku cepat cepat tinggalkan tempat tu dan masuk ke dalam bilik aku dan Add. Aku melompat ke atas katil sehinggakan kepala aku terhantuk besi kat kepala katil tu.
Tung!
adoi!! sakitnya... nak pecah kepala...
Tapi sebab Add otw nak masuk ke dalam bilik, aku abaikan kesakitan dan air mata yang mengalir keluar dari mata aku tu dan berpura pura tidur. Aku mendengar tapak kaki menjejak masuk ke dalam bilik. bunyi Tapak kaki itu berhenti di bahagian tepi katil. Dan aku dengar suatu penyataan dari mulut Add sebelum aku tertidur.
"Tidur pun menangis, payah"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top