POSMEN CINTA 💌 - BAB 3
"Bonda, betul ke ni? Im rasa tak sesuailah sut ni dengan Im."
Haaim melihat dirinya yang mengenakan sut kahwin berwarna hitam di pantulan cermin besar butik ibunya.
"Apa yang tak sesuainya? Padanlah dengan Im. Bonda buat ukuran ni khas untuk Im. Kamu kan model bonda."
Haaim hanya tersenyum janggal. Setiap kali dia disuruh berdiri di hadapan kamera, Haaim akan rasa sangat kekok. Setiap kali butik Tengku Amirah memerlukan model lelaki, pasti Haaim yang mengisi kekosongan itu. Ketinggiannya yang sememangnya seperti model merupakan satu kelebihan. Tambahan pula mukanya bersih tanpa sebarang jerawat. Kulit pun taklah cerah sangat, tidaklah gelap sangat. Perfect!
Sedang Tengku Amirah membetulkan sedikit pakaian Haaim, pembantu di butik mendekati majikannya.
"Tengku, model perempuan kita sakit. Dia tak boleh datang untuk photoshoot petang ni."
"Kenapa lambat sangat kamu bagitahu saya? Pihak jurugambar dah ready dekat depan tu. Apa saya nak jawab dengan mereka? Takkan nak cancel?"
Tengku Amirah bengang. Takkan nak batalkan pula? Isu ini tidak pernah terjadi.
Ketika itu, Tengku Amirah memandang Ain yang sedang duduk sambil makan keropok lekor.
"Ain, pergi salin baju," arah sang ibu.
"Hah? Bonda nak Ain jadi model bonda ke?" soal Ain tidak percaya.
"Iyalah. Ain je yang sesuai nak pakai baju tu. Ain tolong bonda ya? Photoshoot kali ini akan jadi muka depan untuk majalah Busana Pengantin bulan ni. Bonda tak naklah sia-siakan peluang yang ada. Bukan selalu dapat peluang macam ni."
Tidak sanggup melihat sang ibu merayu, Ain hanya bersetuju.
"Iyalah. Ain tukar baju kejap."
Ain bangun daripada kedudukannya dan menukar pakaian. Tengku Amirah kembali memandang Haaim.
"Im pergi depan dulu untuk solo photoshoot. Nanti Ain datang ke depan."
"Baik, bonda."
Haaim hanya mengikut arahan ibunya. Lama juga sesi gambar sendirian itu berlangsung. Tak lama kemudian, Ain masuk ke ruangan bergambar. Terkaku Haaim memandang gadis itu.
"Abang, kenapa pandang Ain macam tu? Ain nampak buruk ke pakai baju ni?"
Haaim yang tadinya kaku meraup wajahnya. Pandangan dialihkan ke luar tingkap kejap sebelum dia kembali memandang Ain.
"Buruk sikit," bohongnya.
"Abang!"
Haaim ketawa. Lucu melihat wajah Ain yang mengamuk itu.
"Bonda, abang cakap Ain buruk. Tak naklah Ain buat photoshoot ni."
Si gadis itu mengadu kepada ibunya. Tengku Amirah menggelengkan kepala.
"Mana ada. Anak bonda cantik. Haaim saja nak menyakat. Dah, Ain ambil gambar dulu."
Haaim turun daripada pelamin dan bertukar tempat dengan Ain.
"Kita mulakan ya," kata jurugambar itu.
Mudah saja untuk Ain melakukan sesi bergambar kerana dia sudah biasa dengan keadaan itu. Usahawan kosmetik terkenal, pastilah sudah biasa dengan lensa kamera di hadapannya.
Setiap perubahan gaya Ain itu diperhatikan oleh seseorang. Matanya bagaikan digam hanya untuk melihat Ain. Pertama kali Haaim melihat Ain memakai gaun pengantin.
Cantik.
Itu yang berada di fikiran Haaim.
"Tak baik tenung anak dara bonda macam tu."
Haaim cepat-cepat menundukkan pandangannya apabila ditegur. Tangan mula naik mengusap belakang tengkuk. Malu dengan sikapnya sendiri.
"Maaf, bonda. Im leka."
Tengku Amirah tersenyum. "Bonda tahu anak bonda tu cantik. Im rasa Ain cantik tak?"
Kepala diangkat dan Haaim mula memandang Ain lagi.
"Cantik, bonda. Cantik sangat." Bibir mula menguntum senyum. Setiap kali lihat wajah comel Ain, pasti jejaka itu mengukir senyum.
"Im tak nak cuba pikat Ain?" Hampir rebah Haaim apabila mendengar soalan itu.
"Bonda cakap apa ni? Ain tu kan adik Im."
"Bukannya adik kandung. Kamu berdua boleh nikah. Bonda tak nampak salahnya pun."
Haaim terdiam. Ini petanda lampu hijau atau apa? Takkanlah bonda nak bermenantukan aku?
"Couple shoot," kata jurugambar itu lagi. Haaim naik ke atas pelamin dan duduk di sebelah Ain. Disebabkan tiada ikatan yang sah, tiada sentuhan yang berlaku sepanjang sesi bergambar itu. Tapi, apabila disuruh dekatkan jarak, ada jantung yang mula berdegup kencang seperti baru selesai berlari pecut seratus meter.
"Abang okay tak ni?" soal Ain.
"Okay je. Kenapa?"
"Jantung abang berdegup laju sangat. Dahi pun berpeluh. Ain takut abang sakit je."
Gila tak berpeluh! Jaraknya dan Ain hanya sekangkang kera. Mereka berdua perlu duduk berhadapan dan lutut juga hampir berlanggar. Mana jantung Haaim tidak bekerja keras?
"Im, turun dulu lap peluh tu."
"Okay, bonda."
Haaim berjalan menuju ke arah jurusolek. Sesekali dia mengerling ke arah Ain yang turut dibetulkan solekannya. Haaim tidak boleh menipu diri. Sekarang, dia melihat kecantikkan Ain daripada sisi lain. Sungguh, gaun pengantin berwarna putih itu membuatkan Ain seperti bidadari di mata Haaim.
Kadang, Haaim berfikir, tak salahkan membiarkan rasa ini berkampung di hatinya?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top