KOPI CINTA ☕ - BAB 3

Wafa, aku balik dulu tau. Kau takpe ke sorang ni?" tanya Azlan kerana dia perlu pulang. Ada kecemasan di rumah.

"Aku okay. Kau baliklah dulu. Kirim salam mak ayah kau."

Azlan pamit pulang. Wafa tinggal sendirian untuk membereskan kafe. Siap menyapu lantai dan mengelap meja, Wafa menanggalkan apron kemudian digantung dengan kemas. Baru sahaja ingin mengunci pintu, Wafa dikejutkan dengan kehadiran seseorang.

"Hai."

Wafa memandang atas bawah. Ini mimpi ke kenyataan?

"Encik Adel?"

Adel tersenyum manis untuk kesekian kalinya. Senyuman itu kelihatan ceria yang dibuat-buat.

"Nak kopi. Boleh?"

"Hah?!" Wafa terkejut dengan permintaan Adel. Apakah? Sudah jam sepuluh setengah malam. Kena sampuk jin mana mengidam kopi malam-malam buta ni sampai sanggup datang kafe.

"Encik Adel, awak okay ke? Ni dah malam. Takkan awak nak minum kopi yang sama awak minum pagi tadi?"

"Saya rasa nak minum. Boleh kan?"

Melihat riak wajah polos Adel membuatkan tidak sanggup untuk Wafa menolak.

"Okay. Jom masuk dulu."

Pintu kembali dibuka. Kafe kembali terang apabila lampu dibuka. Adel menunggu Wafa di meja hadapan. Selepas sepuluh minit, venti iced americano, no water with four extra espresso shots siap untuk diminum.

"Ni kopinya, encik."

"Terima kasih." Sekali lagi senyuman lebar terukir di bibir merah itu. Wafa perhatikan sahaja sikap Adel. Apa yang dia sedar, Adel akan sentiasa tersenyum sebegitu setiap kali air kopi disedut. Pelik. Air kopi sepahit itu mampu membuatkan seseorang tersenyum lebar.

Kemudian, mata Wafa tertumpu pada pipi kiri Adel. Baru dia perasan, pipi bersih itu kelihatan sedikit merah. Seperti baru lepas ditampar.

"Saya hantar awak balik?"

Soalan Adel membuatkan lamunan Wafa mati.

"Eh? Tak perlu pun, Encik Adel. Saya boleh balik sendiri." Wafa menolak dengan baik. Dia segan dipelawa sebegitu.

"Biasanya awak balik dengan apa?"

"Bas," jawabnya sepatah.

Adel melihat jam tangannya. "Sekarang dah hampir pukul sebelas malam. Bas pun dah takde. Taksi pun susah nak dapat. Untuk malam ni, saya hantarkan awak."

"Encik tak nak rasa terhutang budi ke?" teka Wafa apabila Adel seakan-akan mendesak dirinya.

Adel mengerutkan dahinya. "Terhutang budi? Apa tu?"

"Terhutang budi itu macam keadaan Encik Adel sekarang. Disebabkan saya berbuat baik kepada encik, encik nak balas semula kebaikan tu."

Adel tersenyum nipis. "Kalau itu maksudnya, ya. Saya nak balas kebaikan awak. Jadi, boleh saya hantar awak balik?"

Wafa berfikir sejenak. Sudah malam begini, susah mahu mencari taksi. Bas pun mungkin sudah tiada.

"Okay. Saya balik dengan encik."

Senyuman terukir lagi di bibir Adel. Adui la cik abang! Tak sakit rahang ke?

"Jom."

Selepas pintu ditutup, Wafa berjalan ke arah Adel yang menunggunya sambil pintu kereta di bahagian penumpang dibuka.

"Get in, my sugar."

Wafa masuk ke dalam kereta. Pintu ditutup. Kemudian, Wafa memegang dadanya. Berdebar semacam. Disebabkan mulut manis Adel, banyak kali Wafa merasakan debaran ini.

"Rumah awak dekat mana?"

Lamunan Wafa mati apabila Adel bertanya.

"Taman tasik lorong sebelas."

"Wow! Dekat saja rumah kita. Rumah saya lorong sembilan."

Wafa memandang wajah Adel dengan riak tidak percaya. Kenapa selama ni tak pernah nampak jejaka ini di kawasan perumahan itu? Wafa suka bergaul dengan jiran tetangga. Hampir satu taman perumahan mengenali Wafa.

Sepanjang perjalanan pulang, mereka berdua hanya mendiamkan diri. Tiada sesiapa diantara mereka yang mahu memecahkan suasana sunyi itu. Wafa hanya memandang ke hadapan. Sesekali, dia curi-curi melihat jejaka di sebelahnya. Wajah itu mampu memakau sesiapa sahaja yang memandangnya. Tampan. Bersih. Ceria. Wajah Adel kelihatan seperti lelaki yang sangat bahagia.

Bahagia namun menyimpan satu tanda tanya.

"Dah sampai. Lepas ni, kalau awak nak pergi dan balik kerja, boleh saya hantarkan?" soal Adel tiba-tiba.

"Eh? Takpelah, Encik Adel. Saya boleh pergi kerja sendiri. Tak perlu susahkan diri encik."

Untuk pertama kalinya, Wafa melihat raut wajah itu pada Adel.

Kecewa.

"Saya tak tahu kenapa tapi bila awak tolak pelawaan saya, dada saya rasa pedih. Sakit. Perasaan macam apa ini?"

Wafa kaku. Masih belum sempat mencerna apa yang cuba Adel sampaikan. Ketika itu, Adel menyambung bicara.

"Tapi saya faham. Jadi, saya ubah permintaan saya. Boleh kita berkawan?"

Lagi, Wafa kaku. Buntu jawapan apa yang harus diberikan. Tetapi, setakat berkawan. Tidak menjejaskan apa-apa kan?

"Okay. Kita kawan."

Senyuman terukir di bibir Adel sebaik sahaja mendengar jawapan Wafa. Entah kenapa, Wafa pun turut tersenyum. Senang sekali hatinya melihat senyuman itu terukir di wajah Adel.

Kali ini, senyuman itu kelihatan ikhlas.

"Terima kasih, kawan. Esok pagi saya datang kafe. Awak masuklah, rehat."

"Okay. Terima kasih encik sebab hantar saya balik."

Tak sempat Wafa nak keluar, pintu kembali berkunci. Laju kepala Wafa berpusing memandang Adel.

"Encik? Saya nak masuk."

"Kata kawan. Ada gelaran encik ke dalam persahabatan?"

Oh! Itu alasannya.

"Baik, Adel."

Punat pengunci pintu ditekan kembali. Baru boleh buka. Wafa terus masuk ke dalam rumah. Bilik tidur ditujunya. Wafa baring di atas katil. Ah! Rasanya hari ini lebih penat daripada biasa.

"Adel Rayyan."

Nama itu disebut perlahan sebelum Wafa tersenyum sendiri. Bohonglah jika dirinya tidak rasa teruja melihat wajah itu. Raut wajah Adel sangat menenangkan. Setiap orang yang menatap wajah jejaka itu akan tersenyum sendiri.

"Customer aneh."

Itu gelaran Wafa untuk Adel. Pelanggan yang aneh. 

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top