KOPI CINTA ☕ - BAB 2
Selesai mengelap meja, Wafa masuk sebentar ke dapur.
"Azlan!" panggil Wafa.
"Yow! Takde customer ke dekat depan?"
Wafa menggelengkan kepalanya. "Takde, tapi harini aku ada jumpa satu customer yang luar biasa."
Azlan mengerutkan dahinya. "Luar biasa? Kenapa? Alien ke? Atau kepala dia macam harimau?"
Wafa hanya tertawa kecil dengan gurauan Azlan.
"Bukanlah. Orangnya normal saja, cuma selera dia luar biasa. Pelanggan tu pesan venti iced americano, no water with four extra espresso shots."
Jeda. Azlan berfikir kejap dengan pesanan yang disebut oleh Wafa. Kemudian, matanya membulat.
"Eight shots of espresso?!"
Wafa mengiyakan hal itu.
"What? Customer tu okay ke tak? Kalau dia sakit jantung macam mana?"
"Itulah yang aku pelik. Masa aku rasa air tu tadi, pahit dia level dewa! Pahit gila! Aku terfikir macam mana dia boleh minum kopi tu tanpa riak pahit. Teguk air kopi tu macam minum fresh orange."
Jujur, Wafa masih terfikirkan soal Adel. Selera kopinya luar biasa. Tak pernah lagi Wafa membancuh air sebegitu. Kalau jejaka senyuman manis itu datang lagi, pesanannya masih samakah?
Kalau benar masih sama, sah kena bawa Adel ke hospital!
Sedang Wafa melihat Azlan membuat acuan kek, dia memandang jam di dinding. Sudah hampir jam empat petang. Kebiasaanya, si dia yang pernah menjadi kenangan manis dalam hidup Wafa akan datang ke kafe selepas asar. Menulis manuskrip sehingga waktu isyak.
"Lan, aku ke depan dulu."
Keluar sahaja dari dapur...
Ting!
Bunyi loceng kedengaran. Wajah tampan itu memenuhi ruang mata Wafa. Dengan ceria, Wafa menyambut kehadiran pelanggan tetapnya itu.
"Hai, Eric!"
Jejaka itu tersenyum manis. Setiap kali dia tersenyum, pasti matanya turut tersenyum.
"Hai, Wafa. Kosong je petang ni."
"Lepas asar nanti adalah tu orang. Kan masih waktu bekerja sekarang ni. Manuskrip awak macam mana? Dah ada jawapan?"
Eric hanya tersenyum nipis dengan soalan itu. "Belum ada rezeki."
Cukup dengan ayat itu, Wafa mengerti maksud jejaka itu. "Takpe. Cubalah hantar tempat lain pula. Mana tahu ada rezeki kan. Erm, nak pesan macam biasa ke?"
"Thank you, Wafa. And, yes. As usual."
"Okay. Duduklah dulu. Nanti saya hantar pesanan awak."
Eric pun mengambil tempat duduknya. Wafa membancuh ice caramel macchiato dan sepotong cheseecake diletakkan di atas pinggan. Itu kebiasaan Eric setiap kali dia berkunjung ke kafe itu.
Selesai menyiapkan pesanan, Wafa menghantar pesanan itu ke meja Eric. Dapat dia lihat bahawa Eric menilik satu keping gambar melalui telefon pintar miliknya.
"Siapa tu?" Wafa bertanya. Soalan Wafa itu mengundang satu senyuman ikhlas di bibir merah jejaka kacukan itu.
"Someone special? I don't know. Tapi setiap kali saya tengok dia, saya rasa bahagia. Ini cinta ke?"
"Eric, awak tahu batasan awak kan?"
Tersentak dengan soalan yang diajukan, Eric hanya mendiamkan diri. Satu keluhan kedengaran. Wafa cuba memujuk sahabatnya itu.
"Eric, perasaan awak tak salah. Awak faham kan maksud saya? Perkara mungkin akan jadi parah kalau awak luahkan perasaan awak kepada perempuan tu. Awak... berbeza, Eric."
Eric tersenyum pahit. Kenapa perbezaan itu selalu menjadi isunya? Dalam masa yang sama, Eric sedar bahawa dirinya belum bersedia. Bagaimana penerimaan ibu dan ayahnya nanti? Tidak sanggup jejaka itu melukakan hati orang tuanya demi seorang gadis yang jelas berbeza dengan dirinya sendiri.
"Thank you, Wafa. Saya terlalu selesa dengan dia. Dia terima saya seadanya. Macam awak, dia ada dengan saya kalau saya perlukan seseorang untuk berkongsi rasa. Realiti tak pernah berjalan seperti mana kita harapkan. Macam yang awak cakap. Saya berbeza dengan awak dan dia."
Senyuman nipis diukir. Wafa hanya mengerti. Dia pun kembali ke kaunter. Melihat Eric termenung ke luar jendela membuatkan Wafa rasa bersalah.
Berbeza.
Itu alasan utama cerita yang ingin dibina dahulu terhenti di tengah jalan. Eric berbeza daripada orang lain. Jatuh cinta kepada jejaka itu umpama lemas di dalam lautan yang paling dalam. Sayang tetapi tidak boleh diluahkan. Cinta namun tidak boleh bersatu.
Bagi Wafa, cukuplah dirinya merasakan sakit itu. Tidak seharusnya perempuan lain turut merasakan hal yang sama.
Ting!
Bunyi loceng itu menandakan pelanggan masuk ke dalam kedai. Lamunan Wafa lenyap. Dia kembali fokus untuk melayan pelanggan itu.
"Hai!" sapa jejaka yang masuk ke dalam kafe tadi. Wafa memandang pelanggannya itu. Hrm, macam pernah nampak...
Oh!
"Mister eight shots?"
"Yes! Nasib tak lupa." Adel tersenyum manis. "Saya nak pesan macam pagi tadi ya."
Membulat mata Wafa dengar pesanan Adel.
"Sama macam pagi tadi?"
Adel mengangguk laju. Wafa tak mampu membantahlah. Dituruti sahaja pesanan pelanggannya itu.
"Okay. Encik boleh duduk dulu ya. Ada apa-apa lagi nak tambah?"
Adel membongkokkan sedikit badannya untuk melihat cake display di dalam kotak kaca itu.
"Blueberry cheseecake satu. Bungkus ya."
Wafa mengira terlebih dahulu jumlah pesanan itu. "Semua sekali lima belas ringgit."
Selesai membayar, Wafa menyiapkan pesanan sementara Adel melihat hiasan dalam kafe itu. Cantik. Dah nama pun kafe buku, pastilah bermacam jenis buku ada di situ. Ruang untuk kanak-kanak juga disediakan. Adel menunggu pesanannya sambil membaca satu majalah.
Selepas sepuluh minit, pesanannya siap.
"Your order, sir."
Beg kertas dihulurkan kepada Adel.
"Thank you, sugar."
"Hah?"
Adel tersenyum lebar apabila reaksi Wafa terkejut sebegitu.
"Thank you, my sugar. By the way, saya suka kopi yang awak bancuh. Itu petanda awak akan nampak muka saya kat sini setiap hari. Twice a day. Gotta go, sweet sugar. Bye!"
Dengan selambanya Adel keluar daripada kafe itu selepas berkata manis. Wafa masih lagi berdiri kaku.
"Dia panggil aku sugar? Aku tak mimpikan?"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top