EARPHONE 🎧 - BAB 2

Hujan di luar sangat lebat. Petir turut menyambar diiringi bunyi guruh yang sangat kuat. Kebiasaannya, waktu begini seronok untuk beradu di atas katil empuk. Maklumlah, sejuk. Tetapi tidak untuk Eryna.

Sedari tadi dia memerhatikan kereta hitam di hadapan rumah sewanya. Lina mendekati sahabatnya itu.

"Eryn, kau tak nak bagi dia selimut ke? Sejuk ni."

"Buat apa aku nak peduli pasal dia? Tak penting."

"Kalau tak penting, buat apa kau tercongok depan ni tengok kereta laki tu?" selamba Lina menyoal. Eryna sempat tergamam sebelum dia kembali bicara.

"Saja. Aku nak tengok lama mana dia boleh bertahan dalam cuaca macam ni. Nak tunjuk hero konon. Ingat aku kesiankan dia ke?"

Begitu dingin intonasi Eryna. Mungkin luka yang pernah ditinggalkan dulu masih berbekas di hati.

"Eryn, takkan kau nak biarkan Eric sejuk ketar dalam kereta? Aku tahulah kau marahkan dia tapi aku bercakap ni soal belas ihsan sebagai seorang manusia. Kau pergilah bagi selimut ke apa dekat dia."

Eryna tidak membalas kata-kata Lina sebaliknya hanya merenung kereta hitam itu.

"Eryna Eshal! Dah pekak ke?"

"Ish! Kalau kau pedulikan dia sangat, kaulah yang bagi selimut tu."Eryna masuk ke dalam kamarnya. Pintu dihempas kuat. Dia duduk di birai katil.

"Buat apa nak fikir keadaan dia? Perasaan aku yang dah hancur ni tak nak fikir pula."

Dengar saja dentuman guruh, Eryna mula rasa rimas. Bukan rimas sebab apa, rasa menyampah sebab dia tetap memikirkan keadaan Eric di luar.

Kaki melangkah ke almari dan satu selimut diambil.

"Menyusahkan betullah!"

Kaki melangkah ke muka pintu. Payung dibuka dan Eryna ke kereta Eric. Cermin kereta diketuk.

"Kenapa awak keluar ni? Basah nanti."

Suara Eric kedengaran seperti orang yang sedang menjerit kerana hujan terlalu lebat. Eryna hanya kaku. Percaya atau tidak, jarak mereka berdua sangatlah dekat. Eric yang baru keluar dari kereta itu juga berteduh di bawah payung yang sama. Eryna memandang wajah itu. Jelas matanya menunjukkan rasa rindu.

"Saya pun rindukan awak, Eryn!" Jerit Eric secara tiba-tiba. Seakan-akan mengerti makna tatapan Eryna. Cepat-cepat Eryna tersedar daripada lamunannya. Selimut yang dipegang diberikan kepada Eric.

"Lain kali jangan menyusahkan orang. Cepatlah masuk balik dalam kereta tu."

Eric tersenyum.

"Terima kasih sebab risaukan saya."

Jejaka itu masuk ke dalam kereta dan Eryna cepat-cepat berlari masuk ke rumah. Payung diletakkan di tepi dan dia memegang dadanya.

"Kenapa aku rasa berdebar lagi? Tak patut aku rasa macam. Dia dah sakitkan hati aku."

Selepas tiga tahun, debaran ini dirasai semula. Dan hanya Eric yang mampu membangkitkan rasa ini.

"Tapi kenapa dia tinggalkan aku dulu?"

***

Telefon pintar Eryna berdering. Selesai solat maghrib, dia kembali menelefon orang itu.

"Ya, tok bah. Ada apa telefon Eshal? Tok bah sakit ke?"

"Taklah. Sajalah tok bah telefon kamu. Nak tanya khabar. Eshal bukannya nak telefon tok bah."

Eryna menggaru kepalanya yang tidak gatal. Rasa bersalah mula menyerbu diri.

"Maaf, tok bah. Eshal sibuk sikit. Sekarang ni kan musim budak-budak exam. Eshal sibuk buat soalan latihan. Maafkan cucu kesayangan tok bah ni ya?"

Lelaki tua itu menguntum senyum.

"Tok bah tak marahkan kamu. Tok bah rindukan Eshal. Dah lama tak balik kampung."

Eryna tersenyum nipis.

"Eshal pun rindukan tok bah. Jangan risau. Habis je musim exam, Eshal balik kampung, jenguk tok bah. Tok bah kenalah jaga diri tau. Jangan pergi kebun buah kerap sangat."

Tok bah hanya ketawa. Tahu benar dengan sikap cucunya yang terlalu risau akan kesihatannya.

"Baiklah, cucu kesayangan tok bah. Kamu jangan lewat solat isyak. Tok bah nak ke masjid dulu. Jaga diri ya, cu. Assalamualaikum."

"Tok bah pun jaga diri. Waalaikumusalam."

Panggilan dimatikan. Eryna mengeluh perlahan.

"Patut ke aku bagitahu tok bah?"

Erynatermenung sendiri. Setiap kali berbicara dengan atuknya, pasti dia akan ingattrauma masa lalu. Peristiwa yang menyebabkan dia takut untuk sayangkan manusialain.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top