●~Selamat Hari Raya~●
"Abang!! Cepatlah dah lambat ni!!" Jerit Isya diluar rumah.
"Ye ye abang keluarlah ni." Kata Fizman sambil mengunci pintu rumah. Nanti pencuri masuk. Apa ingat bulan puasa tak ada pencuri ke?
"Tadi dia yang beria beria nak balik ni dia pulak yang lambat." Bebel Isya sebelum masuk kedalam perut kereta.
"Hishh nasiblah dapat Isteri bebel macam ni." Gumam Fizman lalu dia juga masuk kedalam perut kereta.
😂😂😂😂
"Pon pon!!!!"
"Oh mak hang si Ikan kaloi." Tok timah menggerakkan tangan didalam besen yang ada Air itu.
"Aeh anak bertuah ni, sapa yang duk hon hon depan qumah aku ni." Tok timah berjalan melihat siapa yang datang kerumahnya.
"Sapa dia tu tok yang mai qumah." Tanya Tok Timah pada Encik Osman.
"Tak tau lah timah oii, abang pun baqu nak mai tengok." Kata Encik Osman.
"Assalamulaikum Tok!!!!" Jerit Isya sebaik sahaja keluar dari Kereta.
"Waalaikumussalam, Ya Allah, balik tak mau habaq! Ni aku geram ni." Marah Tok Timah manja.
"Tak pa lah kami balik dulu lah, jom abang. Sat gih tok menyinga tak pasai." Isya berura ura mahu masuk kembali kedalam kereta.
"Aeh aeh, hang nak pi mana nuh, nak bukak posa dah mai masuk. Balik lepaih bukak posa nanti." Kata Encik Osman.
"Sanggup tok halau kami lepas bukak posa." Kata Isya sambil mengelap 'air mata' yang berguguran.
Fizman hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat telatah isterinya, tak ubah ubah macam budak budak.
"Ni, perut tu dah besaq laguni pun duk buat perangai gih, tak malu kat laki ka." Kata Tok timah sambil turun dari tangga menuju ke arah Isya.
Isya hanya tersenyum lalu dia terus menyalami tangan toknya apabila toknya semakin mendekat.
"Posa dak ni?" Tanya Tok Timah.
"Mestilah posa."
"Dah mai masuk, nak bukak posa dah ni." Kata Tok Timah.
👰👰👰👰👰👰
"Abang.. mana baju raya Sayang?" Tanya Isya. Esok nak raya baju tak ada macam mana ni?
"Cari lah elok elok dalam beg tu." Kata Fizman yang leka bermain telefon.
Isya geram. Aku tengah cakap dengan dia, dia main fon pulak.
"Tak ada ni........... abang....... datanglah sini cari dengan sayang." Kata Isya meleret seperti budak kecil.
"Haihh." Fizman meletakkan telefonnya ditepi.
"Haa mengeluh, tak payah lah datang, duduk situ sampai taun depan." Isya memusingkan badannya mencari baju rayanya yang hilang.
"Betul ni?? Abang duduk balik ni..." Fizman mengusik. Sejak mengandung ni ada je salah dia. Mengeluhlah, apa lah itu lah ini lah. Nasib sayang .
Isya menjeling. "Tak nak tolong sudah, Isya boleh cari sendiri." Kata Isya lalu dia bangun dan keluar dari bilik. Sakit hati!!
Aik, Tadi sayang ni Isya pulak, marah lah tuw.
"Sayang!" Panggil Fizman namun Isya tidak mengedahkannya.
Fizman berjalan kearah beg pakaian mereka. Aik ni ada baju dia, depan mata ja takkan tak nampak.
"Sayang abang jumpa dah baju raya sayang!" Jerit Fizman sekali lagi.
Pintu bilik dibuka. Fizman tersenyum. Isya mengambil bajunya lalu dia keluar dari bilik itu lagi.
SAH MERAJUK!
"pujuk esok esok lah." Kata Fizman lalu dia membaringkan dirinya kembali.
Tok!tok!tok!
Fizman membuka pintu. " ni Tok nak pi rumah mak ngah hang, mana bini hang? Tadi beria beria sangat nak ikut." Kata Tok Timah.
"Ouh Isya.."
"Jom tok, Isya dah siap." Kata Isya lalu dia memeluk lengan Tok Timah.
"Haa ada pun, hurmm tak pa kami pi dulu nah." Kata Tok timah lalu dia hilang dari pandangan selepas seketika.
Isya mahu mengikuti namun lengannya dipaut.
"Nak pergi mana?" Tanya Fizman.
"Rumah Mak ngah."
"Buat apa?"
"Cari suami baru."
"Aip!! Mulut.. abang tak bagi pergi baru tau." Kata Fizman geram.
"Ye lah ye lah, Isya pergi tengok orang buat lemang ketupat semua apa lah esok nak rayakan." Terang Isya.
"Abang ikut."
"Buat apa?"
" nak pergi tengok jugak, kalau jadi apa apa dekat sayang macam mana? Raya sorang soranglah abang esok."
"Isyh ikut awak lah."
Isya berjalan meninggalkan Fizman. Fizman cepat cepat menukarkan kain pelekatnya kepada seluar track suit.
"Mana laki hang? Awat bersiap lama sangat?" Tanya tok timah.
"Dia kalau bersiap kalah perempuan tok, selalu Isya yang siap dulu dari dia." Kata Isya. Bukan selalu membawang pasal suami dekat tok.
"Kalau macam tu tok pergi dulu nah.. tok hang lagi sorang duk tunggu tok kat sana." Kata Tok Timah lalu dia pergi.
Isya menunggu Fizman. Kalut je dia nak ikut. Selalu asyik nak terperap je dalam rumah.
"Abang dah siap, jom"
-SELAMAT HARI RAYAAAAAAAA-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top