EPILOG

"Cepat !! Cepat !! Kita dah lambat ni." Jerit datin Firana yang sudah berada diruang tamu.

"Kejap lah Ana oii, saya baru pakai songkok." Kata Tengku Hassan yang tergesa gesa turun dari tangga.

"Mana anak abang tu? Kita dah lambat ni. Takkan dia duk berangan lagi kat atas tu?" Tanya Datin Firana.

"Iz dah turun, cepat cepat nanti tak sempat nak sampai." Kata Fizman sedang turun dari tangga sambil membetulkan sampin dia.

"Haa.. turun pun, ingatkan tak nak kahwin tadi." Kata Tengku Hassan.

"Ishh tak kan lah tak nak.. pa oii." Kata Fizman pula sambil tersengih sengih.

"Ishhh Dua beranak ni, orang nak cepat dia boleh pulak menyembang kat sini. Cepat cepat pergi buka enjin kereta... diorang dah sampai dah masjid tu." Kata Datin Firana.

🐵🐵🐵🐵🐵🐵🐵🐵

"Aqilah dah sampai belum?" Tanya Fizman pada Huwaiz di telefon.

"Dah.. dah lama dia sampai.. penat dia tunggu." Kata Huwaiz pula. Haihh lama betul Fizman ni nak sampai.

"Paa.. cepat sikit bawak kereta, pengantin perempuan dah sampai.. cepat." Gesa Fizman.

"Aduhh kamu pun sabarlah, papa cuba sedaya upaya nak laju ni, kalau accident nanti memang tak kahwin kamu hari ni." Kata Tengku Hassan.

"Ishh apa abang cakap macam tu." Kata Datin Firana sambil  mengerutkan mukanya.

Fizman pula asyik bermain dengan jari. Tangannya berpeluh. Dalam beberapa jam lagi dia akan menjadi suami orang...

Selepas 10 minit telefonnya berbunyi. Huwaiz menelefonnya.

"Weyhh kau kat mana? Pengantin perempuan nak balik dah ni." Gurau Huwaiz dan Fizman pun percaya.

"Hah?!!  Biar betul kau Huwaiz, kau suruh diorang tunggu kejap!!  Aku dah nak sampai." Kata Fizman dengan cemas.

Huwaiz gelak tanpa suara.

"Paa pengantin perempuan nak balik dah... macam mana ni? Dah nak sampai ke belum?" Tanya Fizman cemas.

"Dah sampai dah." Kata Tengku Hassan

Sebaik sahaja kereta berhenti. Fizman keluar dari kereta. Sampin dan songkok dibetulkan.  Selepas semuanya sudah siap. Fizman masuk kedalam Masjid dengan keluarganya. Masuk sahaja dalam Masjid, Perkara pertama Fizman nampak ialah wanita yang duduk diatas kusyen putih yang bulat itu. Serba memakai gaun putih. Fizman tersenyum padanya.

Kini.... tiba masanya untuk pengantin lelaki menyebut akad nikah. Tok kadi sudah bersedia begitu juga Fizman. Tok kadi menghulurkan tangan. Fizman menyambut salam itu.

"Bismillahirahmanirahim, Tengku Fizman bin Tengku Hassan." Kata tok kadi itu.

"Ya saya." Kata Fizman tanpa nada. Dia sedang menahan rasa gementar dalam hati.

"Aku nikahkan kau dengan Nurul Isya bt m
Mohamad Yasir berwalikan bapanya dengan rm 1000 ringgit tunai." Dengan sekali nafas Fizman berkata....

"Aku terima nikahnya Nurul Isya bt Mohamad Yasir dengan mas kahwin rm1000 ringgit tunai."

"Sah?" Tanya tok kadi pada ketiga tiga saksi dibelakangnya. Ketiga tiganya menganguk.

"Alhamdulillah." Tok kadi mula membacakan doa....

"Akhirnya.. dihijab kabulkan jugak kawan aku sorang ni." Kata Balqis pada Isya yang tersenyum senyum.

Sekarang tibalah majlis membatalkan air sembahyang.

"Assalamualaikum." Kata Fizman lalu duduk melutut dihadapan Isya. Salam dijawab dalam hati.

"Izinkan bie." Fizman mengambil tangan Isya lalu menyarungkan cincin bertakhta berlian pada jari manis Isya. Selepas itu Isya pula membuat perkara yang sama lalu Isya menyalami tangan Fizman. Fizman mencium umbun umbun Isya lama.

Cameraman sibuk memangkap momen momen yang tak akan dilupakan ini.  "Terima kasih sayang." Kata Fizman. Isya hanya tersenyum manis.

🐴🐴🐴🐴🐴🐴🐴🐴🐴

"Abang.. ada nampak Fizman tak?" Tanya Isya pada Fatith.

"Fizman? Tadi dia naik atas nak solat Isyak." Kata Fatith yang sibuk menonyoh kuali.

Isya mengangguk lalu dia mengorak langkah ke biliknya. Sedang dia naik tangga tiba tiba Aqilah memanggil Isya.

"Isya." Isya menoleh ke arah Aqillah. Isya senyum manis.

"Kenapa?" Tanya Isya.

"Adam cari awak." Isya mengerutkan dahinya. Sebelum tuh.. lupa nak bagitau, Aqilah dengan Adam jadi pengapit tadi so hermm sebab diorang je yang  belum kahwin. Orang kata kalau yang dah kahwin tak boleh jadi pengapit. Betul ke?

"Dekat mana?" Aqilah menunjukkan ke arah luar rumah. Isya pergi ke luar. Nak risau apa kalau berdua duaan, kat luar ada orang bawa turun khemah.

"Ya Adam? Ada apa awak panggil saya?" Tanya Isya sebaik sahaja dia ternampak adam duduk di kerusi berdekatan dengan khemah.

Harap harap berbaloilah aku keluar jumpa kau kat luar ni. Aku tak tukar baju lagi ni. Penat tau seret baju gaun ni.

"Isya.. actually, I nak minta maaf atas kesilapan I dulu, I tau dulu I tak matang sebab I terlalu ikutkan hati I. I just nak minta maaf and selamat pengantin baru." Kata Adam dengan riak muka yang bersalah.

"Its ok, yang lepas biarkan berlalu, insyaallah jodoh awak ada lah tu." Kata Isya. Dia dah lama memaafkan, buat apa dendam kalau boleh memaafkan.

"Memang ada pun." Kata Adam melirik kearah Aqilah yang turut melihat kearahnya dari jauh. Isya melihat kearah Adam melihat. Dia tergelak kecil.

"Kalau nak dia, jaga elok elok." Kata Isya sambil tersenyum. Boleh pulak dia terminat dekat si Aqillah tu, senang betul jatuh cinta lah budak ni.

"Kalau tak ada apa apa saya masuk dulu lah ye. Penat sangat ni." Kata Isya lalu membawa dirinya masuk kedalam rumah.

😚😚😚😚😚😚😚😚

Isya mengetuk pintu beberapa kali sebelum membuka pintu, terlihat Fizman sedang berbaring diatas katil sambil bermain dengan telefon.

"Assalamualaikum." Kata Isya. Fizman menjawab salam itu.

"Lamanya duduk luar, lama bie tunggu." Kata Fizman lalu dia meletakkan telefon pintarnya ditepi.

"Sebenarnya nak naik dah tadi lepastu Adam panggil tu yang lambat naik." Fizman mengangkat kening sebelah.

"Dia nak minta maaf atas kesilapan dia yang dulu, lagipun dia ada pengganti sayang so bie jangan lah risau sangat." Kata Isya. Seperti memahami riak muka Fizman yang meminta penjelasan kenapa pergi jumpa Adam.

"Kalau macam tu tak apa lah." Kata Fizman.

"Tak payahlah bie nak jeles bagai... ingat satu je.. saya milik awak, awak milik saya." Kata Isya lalu dia tersenyum manis.

Fizman yang terdengar ayat itu pun tersengih sengih sendirian.

"Bie dah mandi belum?" Fizman mengangguk. Isya pula faham. Giliran dia pula untuk membersihkan diri. Isya berjalan ke arah meja untuk membuang tudung.

Isya teragak agak membuang pin tudung, pertama kali dia menunjukkan makhkota rambutnya pada lelaki yang bukan darah dagingnya. Rasa berdebar debar pun ada. Setelah membuang anak tudung, Isya melepaskan rambutnya yang panjang ikal mayang.

Fizman pula sudah kaku melihat rambut Isya. Ya Allah... jatuh iman aku, kejap lagi aku kutip balik.

Isya mengambil baju dan seluar lalu masuk kedalam bilik air.  Fizman pula baru tersedar. Fizman terkumat kamit beristigfar mengutip kembali imannya. HAHAHAHAHAHA

Seusai sahaja mandi. Isya ternampak Fizman bersila diatas katil sebaik sahaja keluar dari bilik air. Fizman menepuk nepuk tilam didepannya menandakan menyuruh Isya duduk disitu. Isya akur.

"Pusing belakang." Kata Fizman pula. Isya pelik namun dia berbuat demikian juga. Tuala ditangan dirampas oleh Fizman lalu Fizman mengeringkan rambut Isya.. Isya tersenyum sendirian.

"Sayang.. bie nak cakap something ni." Kata Fizman.

"Cakap je lah " kata Isya pula. Pelik.. tiba tiba minta izin aku nak bercakap ni. Selalu main cakap je tak ada minta izinnya.

"Terima kasih sebab sudi jadi isteri Bie, walaupun bie banyak buat salah dengan sayang, tapi sayang tetap maafkan bie. Terima kasih sebab tak terima mana mana lelaki masa bie dekat London dulu. Bie syukur sangat dapat sayang jadi isteri bie. Insyaallah bie akan cuba jadi suami yang terbaik untuk sayang." Kata Fizman sambil menggosok kepala Isya dengan perlahan.

"Sayang pun, insyaallah sayang akan jadi isteri yang taat pada bie, jadi ibu yang baik untuk anak anak kita." Kata Isya pula.

"Anak anak?" Tanya Fizman sambil tersenyum nakal.

"Ye lah anak anak, kenapa? Bie tak nak anak ke?" Tanya Isya pula.

"Aehh mestilah nak... kalau nak sekarang boleh?" Tanya Fizman. Isya mengerut keningnya, dia cuba menghadam ayat ayat Fizman, lepas beberapa saat Isya senyum.

"Amboih nakal aeh.." kata isya.

"Bukan bie yang mula dulu, sayang yang cakap pasal anak." Kata Fizman pula. Dia berhenti mengeringkan rambut Isya. Isya menoleh ke belakang melihat Fizman.

"Sayang ca.." Fizman terus mencium bibir Isya sekilas. Isya terkejut dan kaku disitu.

"Bie bu.." bibirnya diragut lagi oleh Fizman dan kali ini lama dan........ ehem ehem...

Tak nak buat lebih lebih pasal ehem ehem tu, tak reti nak buat dan saya masih bawah umur lagi.😂😊

So... tamat lah al kisah CINTA SEHARI!!💕 yeahh!!! Akhirnya diorang berkahwin jugak... HAHAHAHAHAHAHA Selepas 52 bab dan epilog kini secara rasmimya CINTA SEHARI sudah tamat.

Its a wrap!!!! Kalau banyak permintaan dan kalau saya rajin untuk buat CINTA SEHARI 2 insyaallah akan buat. Kalau rajin lah... tak rajin tak buat aeh.. HAHAHAHAHHA.

Terima kasih kerana membaca CINTA SEHARI, VOTES DAN COMMENT. Jasa anda akan dikenang.💕💕💕❤❤❤❤❤

Jangan lupa follow saya dan baca novel saya yang lain. Banyak lagi novel saya yang dah muncul dan belum muncul. Stay tuned for more interesting story from rashaalya05.❤❤❤ byeeeeee!!!!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top