chapter 7

Dah masuk bab 7 dah cerita ni,tq sebab setia menunggu update Cinta Sehari and vote tau setiap chapter baru lah ada semangat nak update.Enjoy this chapter.

Susana di gerai makan itu sunyi, hanya kedengaran pekerja pekerja sedang melakukan kerja mereka.Isya dan Fizman hanya terus menjamah makanan yang sudah sampai.

"Sebenarnya saya dulu ada crush tau tapi crush saya tu tak pandang saya sebab dulu......."tiba tiba suara Fizman memecahkan suasana sunyi itu di gerai itu.

"Dulu..?" Isya meneruskan peranannya sebagai pendengar yang baik. Jarang dapat korek rahsia dari lelaki idaman Uni nih. Sediakan popcorn guys! Kita nak dengar cerita sedih dari abang handsome.

"Awak kena simpan rahsia ni aeh, kalau awak bocorkan rahsia saya , saya takkan lepaskan awak."

"Ye lah ye lah, terbatal niat saya nak jadi mak cik bawang." Fizman sudah mengangkat kening sebelah kanan, minah ni bukan boleh dipercayai.

"Apa pandang saya macam tuh? Hahahahahaha, ye lah ye lah saya zip mulut saya."hahaha seronok pulak usik mamat ni.

"Sebenarnya dulu saya gemuk sikit.... banyak jerawat kat muka-muka saya, lepastu saya pakai cermin mata, nampaklah macam nerd nerd sikit."

"Ye ke sikit?"

"Ye lah ye lah banyak lah juga nerd saya tu sampai semua orang tak kawan dengan saya ramai orang buli saya tapi sebab masa tuh sekolah menengahkan so undang undang ketat dan lebih lebih lagi saya tinggi dan chuby sikit so tak ramailah orang berani nak kacau saya, crush saya ni porpular kat sekolah, dah nama pun porpular siapa ja tak minatkan....."

Isya memotong ayat Fizman sebelum dia meneruskan ayat nya.

"Saya tak minat."

"Ish saya belum habis cakap lagikan yang awak potong cakap saya kenapa." Marah Fizman

"Ok ok hahaha sambung" Isya terus mendengar keluhan Fizman.

"Jadi saya selalu kacau dia, bukan kacau macam jumpa dia selalu ka apa ka, saya selalu bagi surat cinta dekat dia, saya pemalu sikit jadi saya letak surat cinta saya bawah meja dia."

"Surat cinta? Wah bukan kaleng-kaleng awak ni."

"Tapi surat saya tak berbalas satu hari saya beranikan diri saya luahkan perasaan saya dekat dia jadi saya pergi jumpa dia awak tahu dia kata apa kat saya?"

"Apa?"

"Dia hina saya, dia maki-maki saya, dia kata saya ni buat malu dia ja sebab bagi surat cinta dekat dia. Lepas tuh saya pindah sekolah and nekad nak jadi handsome, kurus macam diri saya yang sekarang. Sekarang ni perempuan tu pula yang terhegeh-hegeh dekat saya, tapi saya tak terima sebab dia bukannya ikhlas pun."

Suasana kembali senyap

"Tak semua boleh terima kita seadanya Fizman. Mereka mengata awak sebab diorang ingat diorang sempurna tapi diorang tak tahu yang awak ni lebih bagus dari mereka, tengok awak sekarang ramai peminat ok. So jangan lah sedih sedih sangat."

Isya turut sedih dengan Fizman. Kejam sungguh perempuan itu sedangkan perempuan itu tiada hak untuk menilai orang.

"Tapi.....kenapa awak terima lamaran kahwin saya hari tuh?" Isya mengangkat kening sebelah kanan. Niatnya ingin mengusik Fizman sebab dah sendu dah mamat ni.

"Lamaran kahwin? bila masa pula saya terima lamaran awak?" Terkejut Fizman mendengar perkataan kahwin.

"Hahahahaha tak lah saya gurau ja tawaran nak jadi boyfriend saya haritu."

"Tak taulah..sebab nak try kut macam mana perasaan dimiliki walaupun sehari."

"Ouhh maknanya awak tak pernah couple ka apa ni?"

"Ya.." jawab Fizman sebelum menghirup air milo ais dihadapannya.Penat bercerita.

"Kata pernah." Usik Isya.  Fizman hanya tersenyum

"Patutlah kawan kawan saya selalu kata awak ni playboy yang suci rupanya belum pernah berpunya."

"Tapi lepas ni akan berpunya."Fizman senyum nakal.

"Hah?" Isya mengerutkan dahinya.

"Awak lah yang akan saya miliki."

Pipi isya yang sudah bertukar menjadi merah terus ditekup oleh tangan Isya demi menyembunyikan pipi yang semakin merah menyala.

"Sehari ja aeh jangan nak buat macam saya ni nak kahwin dengan awak."

"Apa salahnya kalau awak kahwin dengan saya, terus halal."

"Aehh dia ni main main pula."

Fizman tergelak melihat pipi Isya yang putih melepak sudah bertukar menjadi warna merah. Cumil.

Mereka meneruskan menjamah makanan mereka sambil berborak kosong sehingga makanan sudah habis.

"Kejap saya pergi bayar."kata Isya sebelum dia bangun dari kerusi plastik itu tiba tiba Fizman menghalangnya.

"Aehh tak apa biar saya yang bayar tanda terima kasih sebab pinjamkan telinga awak mendengar cerita saya tadi."

Fizman terus bangun dari tempat duduknya dan terus membayar makanan yang telah dijamah oleh mereka tadi.

Didalam studio.

Jam sudah menunjukkan waktu sudah pukul 10 malam. Usai menunaikan solat isyak, tanpa membuang masa lagi Isya terus memulakan kerjanya. Fizman hanya melihat Isya melakukan kerjanya.

'Minah ni kalau buat kerja nampak cantik juga tapi serious selalu tak best juga ,nak kacau dia lah.'

Fizman bangun dari kerusi itu dan pergi ke meja dimana Isya membuat kerja.Isya sepertinya sedang memotong kain diatas meja.

Tiba tiba Fizman mendekati Isya tetapi tidak mengeluarkan sebarang perkataan. Isya tidak menghiraukan dia dan terus memotong kain itu. Kalau hilang focus bolehnya kain itu dipotong ke tempat lain.

Fizman menyedari bahawa Isya sengaja tidak menghiraukannya jadi dia berganjak pergi ke depan meja dan berhadapan dengan Isya. Kemudian suara Fizman mula kedengaran.

"Awak.."

"Ya Fizman awak nak apa." Mata Isya masih bertaut pada kain itu.

"Nanti hari kita bercinta, awak nak date dekat mana?"

"Ermm awak nak date kat mana?"

"Saya ikut awak..awak nak date dalam rumah awak pun ok." Fizman senyum nakal.

"Aeh aeh gatalnya."

"Betul saya tak kisah."

"Tak naklah, ermm betul awak tak kisah kita date kat mana pun?"

"Haah kenapa awak dah ada idea ka?"

"Dah ada tapi tak nak bagitahu." Usik Isya.

Isya sudah siap memotong kain tersebut dan pergi membawa kain kain yang dipotong tadi pergi ke mesin jahit.

"Alaa bagitahu lah nak berahsia rahsia pula,kalau awak pergi jual saya masa kita date macam mana?"

"Iiiiihhh perasaan lah dia ni, awak ingat kalau saya jual awak tu dapat banyak duit ke?" Isya sudah membuat muka mengejek membuatkan muka Fizman sudah mengedut.

"Apa?kalau awak pergi jual saya awak boleh dapat beratus ratus juta tau."

"Jangan risaulah saya takkan pergi jual awak dekat mana-mana pasar gelap ka apa ka , saya bawa awak pergi tempat normal ja."

"Kalau normal baguslah, bukan apa saya kan jejaka pujaan Uni, takut takut awak jenis psiko ka yang minat dekat saya ke?" Fizman tergelak kecil dihujung ayat.

"Aeh aeh perasan naw dia ni." Isya menunjukkan mimik muka yang meluat pada Fizman. Poyo sangat mamat ni.

So macam mana yang dah baca? Best tak? Sorry lah kalau tak perfect ka apa ka kami manusia juga selalu buat kesilapan.kalau ada kesilapan coment tau nanti kami perbetulkan. Vote tau😁


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top