chapter 36

Alunan bunyi lagu Attention dari Charlie Puth menandakan panggilan masuk menarik perhatian Fizman.

Fizman yang sedang menumpukan perhatian pada laptop kini terganggu. Fizman berdengus. Telefon yang tidak berhenti berdering meronta ronta untuk diangkat diambil. Nama pemanggil dikerling sekilas. Icon hijau ditekan.

"Assalamulaikum bie? Banyak kali sayang call bie baru nak angkat." Kata Isya pembuka bicara. Dia rasa sangat gembira kerana setelah beberapa kali menelefon Fizman akhirnya diangkat.

"Walaikumussalam sayang, sorry sangat bie sibuk dekat sini." Kata Fizman sambil menekan papan kekunci Laptop. Kerja khususnya belum siap tapi tengahari esok perlu dihantar.

"Hermm kesian dekat bie, tapi tak pa.. lepas ni sayang boleh jaga bie dekat sana sekejap."  Kata Isya dengan teruja. Fizman mengerutkan dahinya.

"Maksud sayang?" Tanya Fizman. Isya tergelak keriangan.

"Lusa, Isya fly pergi UK, nak jumpa bielah, rindu dekat bie sangat." Kata Isya pula. Alaa.. manja sikittttt jaa kalau gedik pun dengan tunang sendiri bukan dengan suami orang.

"Seriously Sayang? Sayang datang dengan siapa?" Tanya Fizman gembira. Dia pun rindu dengan buah hatinya tapi disebabkan banyak kerja yang perlu dia lakukan, dia jarang berbual dengan Isya.

"Betullah, takkan nak tipu, tapi Sayang datang dengan kawan kawan sayang.  Suami diorang pun ikut." Kata Isya.

"Ouhh, kalau macam tu datang je lah, boleh lepas rindu kalau tengok muka sayang nanti."  Kata Fizman.

Isya tergelak. "Dah lah..  mesti bie sibukkan? Sorry kalau sayang ganggu bie. Bie sambung buat kerja bie, sayang letak dulu Assalamualaikum." Kata Isya.

"Sorry tau sayang sebab tak dapat sembang lama lama." Fizman tersenyum nipis. "Waalaikumussalam." Panggilan ditamatkan. Bibir Fizman melakar senyuman. Buah hati datang UK untuk bertemu dengannya. Terharu.

✨✨✨✨✨✨✨

"Mesti dia ingat aku nak pergi lusakan." Isya tergelak. Sebenarnya Rancang nak pergi esok saja ja kata nak pergi lusa. Buat suprise sikit tengok muka dia terkejut macam mana.

Isya membelek kertas ditangannya. Itu alamat rumah Fizman yang diberikan oleh ibu Fizman. Tak sabar nak pergi esok.

"Aku pergi sana seminggu ja, cukupka baju aku bawak ni? Ka terlebih cukup?" Kata Isya pada diri sendiri setelah melihat baju yang kemas tersusun dalam beg pakaian.

"Cukup kut." Teka Isya. Malas dia mahu berfikir banyak. Isya membaringkan tubuh diatas katil. Mata ditutup rapat. Sudah tidur.. esok kena bangun awal! Lama kelamaan Isya diulit mimpi.

🙄🙄🙄🙄🙄

Tok!tok!tok!

Fizman membuka matanya. Mata yang separuh  terbuka itu melihat sekeliling. Tok!tok!tok! Pintu rumahnya diketuk lagi. Jam didinding dikerling sekilas.

Siapa pula yang datang rumah aku pagi pagi buta ni. Kacau aku tidurlah.

Fizman bangun dari katil lalu bergerak malas ke pintu rumahnya. Pintunya diketuk bertalu talu. Ishh nak bagi pintu ni roboh ka.

Pintu dibuka.

"Fizman." Kata Kairin teresak esak.

"Kairin.. what are you doing here? Why you're crying?" Tanya Fizman. Kenapa pagi pagi buta datang kerumahnya dengan pakaian selekeh sangat ni.

"Im sorry Fizman."

📖📖📖📖📖📖

"United Kingdom, aku dah sampai." Kata Isya lalu menghirup udara disitu. Anis dan Balqis masing masing meletakkan beg pakaian dalam bonet kereta. Kereta sewa sebenarnya.

"Weyh mai lah beg kau. Tercegat kat situ apa lagi." Kata Balqis. Minah ni lambat betullah, kang kalau ditinggal barulah tergopoh gopoh. Beg roda diserahkan kepada Huwaiz yang menolong  kaum hawa meletakkan beg pakaian mereka.

"Kita pergi rumah Fizman dulu, lepastu kita pergi makan." Kata Akmal. Dia yang paling tuakan so dialah yang mengetuai percutian. Hari ini dan esok sahaja kemudian dia perlu membuat kerjanya.

Mereka mengangguk faham. Masing masing meloloskan diri kedalam kereta sewa. Alamat ditangan direnung. Fizman, saya dah datang.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

"Kalau ikut alamat ni, nilah rumah dia." Kata Akmal.

"Cantiknya rumah tunang kau." Puji Anis.

"Pergilah ketuk rumah dia." Kata Huwaiz pula. Dengan rasa berdebar debar Isya berjalan menuju kerumah tersebut bersama rakannya yang lain. Pintu diketuk beberapa kali. Tiada yang menjawab.

Isya mengetuk lagi sekali.

"Wait a second." Suara perempuan kedengaran. Isya mengerut dahinya begitu juga dengan yang lain. Suara perempuan? Silap rumah ka. Tiba tiba jantung Isya berdetak dengan laju. Perasaan tidak sedap hati mula mempengaruhinya.

Pintu dibuka. Terlihat wajah seorang wanita yang cantik terpampang. Mungkin sebaya dengan mereka.

"Is this Fizman's house?" Tanya Isya. Riak mukanya masih dikawal.

Kairin mengerutkan dahi. Lalu dia mengangguk.

"Who are you?" Tanya Kairin pula.

Isya mengerutkan dahinya. Perasaan berdebar debar kini makin kencang. Dia simpan perempuan dalam rumah dia? Isya lekas menempis perasaan itu.

"Let me in." Kata Isya dengan tegas. Kairin membuat muka tak faham tapi masih tidak berganjak dari pintu.

"No! Tell me first who are you?" Kata Kairin pelik.

"I said move!" Isya menengking. Lalu dia melanggar kairin sehingga kairin ke belakang. Isya masuk ke rumah itu dengan perasaan marah.

"Who are you?" Tanya Balqis pada Kairin.

"What the hell are you doing?!" Marah Kairin pada Isya yang sedang melihat satu per satu bilik dirumah itu.

"Im his girlfriend! Who are you guys?"  Tanya Kairin kembali. Isya terhenti sejenak. Semua orang disitu terdiam seketika. Sehinggalah Fizman keluar dari salah satu bilik. Dia terkejut. Semua orang disitu melihat kearahnya.

"Sayang? Sayang buat apa dekat sini?  Kata datang lusa?" Tanya Fizman pelik. Apa ni? Semua ada dekat sini kenapa ni?

Isya tak dapat menahan lagi. Air mata mengalir dipipi tak dihirau. Isya melihat kearah Fizman dengan marah lalu...

Pak!!

Kepala Fizman terteleng kearah kanan. Mukanya  seperti cuak. Tidak faham dengan apa yang berlaku.

"Jantan tak guna! Kau curang aku." Marah Isya.

"Curang? Apa sayang cakap ni?!" Tanya Fizman pula. Dia tidak faham. Kenapa Isya  kata dia curang?!.

"Jangan panggil aku sayang! Aku benci dengar perkataan tuh! Siapa perempuan tuh?" Tengking Isya. Isya menunjuk kearah Kairin.Dia tak sangka bila dia datang UK dia ingat nak suprise dekat Fizman. Alih alih dia yang di suprise.  Kairin yang hanya menyaksikan sketsa itu hanya mendiamkan diri.

"Itu kawan Bie ja, bukan sesiapa pun." Kata Fizman sambil cuba memegang bahu Isya.

"Tipu! Janganlah tipu sayalah Fizman. Tolonglah jujur dengan saya." Rayu Isya.

"Bie tak tipu! Itu Kairin jiran Bie ja." Terang Fizman bersungguh sungguh.

"Jiran?" Muka Isya mengejek.

"Jiran yang mengaku diri dia girlfriend awak? Dah dahlah Fizman. Perkara dah terbongkar dah pun! Dah sah sah perempuan ni ada dalam rumah awak! Itu pun nak tipu saya lagi?." Makin galak Isya menangis.

Fizman melihat kearah Kairin. Meminta penjelasan. Kairin melarikan pandangannya kearah lain.

"Sayang.. sayang listen to meshe just my friend ok? Sayang...   you the only in my heart. Tak ada  sesiapa boleh ganti tempat sayang." Kata Fizman kembali memujuk Isya supaya bertenang.

Isya menjegil kearah Fizman. Dia tergelak sinis.

"Im the one huh? Fizman.. saya tak sangka awak macam ni. Im so sorry Fizman but i cant." Isya menarik cincin yang kemas tersemat dijarinya. Fizman terkejut dengan tindakan Isya. Jangan jangan...

"Kita putus. Saya balik Malaysia, saya akan putuskan pertunangan kita. Dan awak.. awak boleh go on dengan kekasih awak ni." Kata Isya yang berura ura pergi selepas dia meletakkan cincin itu ditapak tangan Fizman.

Fizman tercengang. Tak! Dia tak nak! Dia tak nak kehilangan Isya! NEVER!

"NO! Sayang! Please jangan macam ni! Sayang.. jangan buat bie macam ni.. jangan tinggalkan bie. Bie tak boleh hidup tanpa sayang... please jangan putuskan pertunagan kita.. bie sayang  sayang.. sayang sayangkan bie bukan. Please sayang jangan tinggalkan bie. I can explain. Please sayang " rayu Fizman. Dia memegang tangan Isya.Sungguh dia terlalu sayangkan Isya. Dia tak nak kehilangan Isya.

Isya mengalirkan air matanya lagi.

"Fizman. Tolonglah.. lepaskan saya...aw.. awak dah buat saya hilang kepercayaan saya pada awak." Isya menahan tangisannya.

Dia perlahan lahan meleraikan pegangan tangan itu. Fizman menggeleng laju.  Dia pun hampir merembeskan air matanya...

"Lupakan saya."

🐄🐄🐄🐄🐄🐄🐄🐄🐄

Hah...  chap kali ni sedih sikit.. Fizman kantoi curang.. lepas ni tamat sebab Isya dah jumpa pengganti Fizman. HAHAHAHAHAHAHA




Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top