chapter 17

"Hyee im back, ok untuk minggu ni dengan minggu depan Rasha ada banyak sgt masa sbb Alor Star dah kena pkpd. Jadi Rasha ada bnyak masa untuk update novel baca tau jangan tak baca. Rasha tak pergi sekolah 2 minggu jadi insyaallah banyak update."

Fizman membuka pintu kereta Ferrari Pininfarina Sergionya lalu masuk kedalam perut kereta itu...orang kaya tak menunjuk memang tak sah. Kereta itu laju meluncur keluar dari perkarangan rumah banglo 3 tingkat itu. (Orang kaya lah katakan ada banyak benda yang tak boleh orang biasa biasa miliki)

Fizman berasa gembira apabila Isya memberinya peluang untuk menambat hati gadis itu. Dia dalam perjalanan pergi kedorm Isya untuk membawa bunga kesayangannya berjalan jalan a.k.a datinglah.

Isya setia menunggu kumbang datang menjemputnya untuk pergi berjalan jalan.Isya excited terlebih sehingga tidak dapat tidur malam apabila Fizman mengajaknya keluar pada keesokkan harinya. Jam dikerling menunjukkan pukul 3 petang. Mesti dating sekejap ja nih. Isya tak kesah lagipun pagi tadi dia ada kelas.

Kereta sport yang berwarna merah berhenti dihadapan Isya.

'Kereta siapa ni tiba tiba berhenti depan aku, nak tengok orang cermin bukan main hitam.'kata Isya dalam hati.

Tiba tiba cermin kereta itu diturunkan.

"Hai cik adik.. nak pergi mana tuh, marilah abang kacak temankan?" Kata Fizman dengan nada nak mengorat gaya atok atok.(paham paham je lah kalau orang tua nak mengorat.)

Isya tergelak kecil. Aikk bukan main mewah kereta dia, harituh BMW ja.

"Kacak ka? Biasa biasaja saya tengok." Kata Isya sambil menjeling ke arah Fizman.

Fizman keluar dari perut kereta lalu membuka pintu sebelah pemandu.

"Kalau saya tak kacak takkanlah adik manis depan saya ni tak sudi terima saya." Kata Fizman sambil mengangkat keningnya. Malas mahu melayan karenah Fizman Isya terus masuk ke dalam kereta spot itu sambil menjelingkan matanya.

Fizman menutup pintu lalu berlari anak masuk kedalam kereta itu. Dalam perjalanan Isya bertanya pada Fizman.

"Kenapa awak bawak kereta ni? Kenapa tak bawak kereta hari tuh?" Tanya Isya.

"Saya bawa kereta ni bila saya berjalan jalan dengan orang yang istimewa dengan saya."kata Fizman.

Isya hanya tersenyum bila mendengar kata kata Fizman.

"Cantik jugak kereta awak ni mesti mahalkan?"tanya Isya sambil melihat sekeliling.

"Mahal sikit ja kat rumah ada banyak kereta yang lagi mahal dari nih." Fizman sudah kembang. Kalau boleh dia nak bawa kereta koenigsegg CCXR trevita.

Biar tunjuk kat semua orang kereta dia yang paling mahal. Isya menggeleng melihat perangai dia nih.

"Kita nak pergi mana?" Tanya Isya untuk mengubah topik kalau tak nanti habis keluar semua benda yang dia nak megah megahkan. Fizman sudah senyum macam kera sumbang.

"Kita jumpa wanita yang paling saya sayang."

"Siapa?"

"Ibu mertua awak." Fizman terus memecut laju diatas jalan raya. Kalau kena saman tak pasal pasal.

"Hah??!! Ibu awak??!!." Isya terkejut. Kenapa tiba tiba pergi jumpa ibu dia ni. Perasaan bedebar debar semakin laju. Pergi jumpa ibu Fizman?? Nak buat apa? Tak kan lah nak kenalkan aku kena ibu dia kut? Nanti kalau ibu dia tak suka aku macam mana? Tak naya jadi macam cerita mertua ku tidak suka aku habis.

Fizman tergelak melihat riak muka Isya. Termenung sampai negara mana dah? Dah sampai pun dia tak perasan.

"Awak..awak? Awak ok tak ni." Kata Fizman sambil menarik handbreak.

"Awak bawa jumpa saya jumpa ibu awak kenapa??" Tanya Isya menahan muka dari menunjukkan dia berasa nervous takut nanti pergi jumpa mak dia sebab lain tak ka malu sebab perasan lebih nak dijadikan menantu. Fizman tergelak kecil. Cute betul.

"Saja , nak bagi ibu saya kenal bakal menantu dia." Fizman keluar dari kereta itu. Isya masih berbatu duduk didalam kereta itu.

Fizman mengerutkan dahinya. Asal minah ni tak keluar lagi.

"Awak nak duduk kat sini sampai saya dukung awak masuk ka macam mana?" Tanya Fizman sambil membukakan pintu kereta untuk Isya.

"Kalau ibu awak tak suka saya macam mana?" Akhirnya Isya meluahkan perasaan takutnya.

Fizman gelak kecil. Dia ni kalau tak cute memang tak sah. Gigit pipi tu baru tau memerah ja kerja dia.

"Ibu saya tak makan oranglah lagi lagi kalau orang tu bakal menantu dia lagilah dia sayang tau."terang Fizman.

Isya anggap itu sebagai pemberi semangat pada dirinya. Takkanlah ibu dia nak marah marah aku pulakan baru ja jumpa.

Isya menurunkan kakinya menjejak kaki di pekarangan rumah banglo 2 tingkat itu. Mewah betul.

Fizman melihat Isya turun dari perut kereta itu.

"Isya, saya ada cakap tak that you are so beautiful today?" Kata Fizman sambil menutup pintu keretanya. Tapi matanya masih menatap wajah Isya. Isya memberikan senyuman manis kepada Fizman. Menggatal ja tau.

"Stop! Kekalkan senyum macam tuh... " klik! Fizman menangkap gambar muka Isya.

"What are you doing Fizman."  Isya cuba mengambil telefon itu dari Fizman. Mesti muka aku buruk.

"Saya nak tengok muka awak bila saya rindu.. bila saya nak tidur baru terubat rindu di hati saya."  Fizman menyelukkan telefon itu kedalam pokek seluarnya.

"Suit yourself." Isya memuncungkan mulutnya.

Fizman menjelirkan lidah kearah Isya menandakan dia menang. Tiba tiba suara wanita yang berumur 50 an memanggil Fizman.

"Fizman what are you doing! Jangan jelir lidah like that to our guest.. Its so rude you know."kata Datin Firana yang sedang mencekak pinggang di tepi pintu.

Isya dan Fizman mengalihkan pandangan kearah Datin Firana.

Datin Firana berjalan kearah Isya. Dia memegang tangan Isya lalu memegang muka Isya.

"Menantu ibu ni cantik betul. Ni mesti Isyakan?"tanya Datin Firana.

Isya menganguk melihat Datin Firana. Cantik betul ibu Fizman putih suci bak bidadari. Isya dapat merasakan yang ibu Fizman ini baik dari segi luaran dan dalaman. Firasat perempuan mungkin.

Datin Firana senyum sambil mengajak mereka masuk kedalam rumah. Dari masuk pintu rumah hinggalah kesofa asyik melekat ja dengan Isya. Fizman pula terasa disisihkan.

"Nanti kalau Isya jadi menantu betul betul ni memang iz kena pulau dengan ibu lah macam ni." Fizman berpura pura merajuk dengan ibunya kerana tidak menghiraukannya.

"Ala kalau tengok muka iz dah selalu, ni biarlah ibu berkepit dengan Isya ni, Bukannya kamu selalu bawa Isya balik rumah ni." Kata Datin Firana sambil melihat Isya. Niat nak pujuk pun tidak ada.

Fizman hanya tersenyum meliaht karenah ibunya dengan Isya. Dah macam betul mak mertua dengan menantu pula, bila membayangkan dia dan Isya menaiki pelamin tersengih sengih pula Fizman.

Restu ibunya sudah dipinta dan disetujui tunggu restu dari keluarga Isya, Fizman akan terus membawa rombongan meminang ke rumah Isya. Dia tak sanggup melepaskan Isya kepada orang lain.

"Isya dah makan?" Tanya Datin Firana.

"Belum datin." Datin Firana terus menunjukkan muka tak puas hati. Aku salah cakap ka? Habislah kau Isya muka tu macam nak makan orang dah.

"Kenapa Isya panggil ibu datin, tak naklah panggil ibu macam tuh lepas ni Isya panggil ibu, ibu." Kata Datin Firana.

"Baik da..ibu" kata Isya kekok sedikit nak memanggil Datin Firana ibu. Baru berjumpa sudah memanggil Ibu. Best pun ada kekok pun ada hermm macam mana tuh?

"Ok dah jom kita makan , isya belum makan lagi kan.. ibu masak banyak makanan hari ni sebab Fizman bagitahu ibu kelmarin yang menantu ibu nak datang melawat ibu."kata Datin Firana dengan muka yang teruja.

"Ibu, maaflah Isya tak bawa buah tangan." Rasa serba salah datang kerumah orang tapi tangan kosong memang tak diajar oleh ibu bapa Isya.

"Tak pa lepas ni Isya datang lah selalu tak bawa buah tangan pun tak apa, kehadiran Isya kat sini pun dah buat Ibu bahagia tau."kata Datin Firana. Dah macam family bahagia dah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top