Yaya
"Hehehee... macam mana abang aku ajar korang, best?" tanya Fang pada keesokan harinya
"Kau ingat best ke. Abang kau tu ajar tahap sadis. Salah sikit aje, terus suara garang dia keluar" kata Gopal yang sedang muram di atas bangku sekolah "Kenapalah aku tak sepandai kau. Senang aje hidup aku nanti, takdelah kena marah teruk"
"Kau tu pandai juga apa"
"Aku pandai?" Gopal melihat Fang dengan mata dia yang penuh dengan harapan
"Yelah, kau kan pandai main game, pandai makan, pandai tidur, pandai buat orang lain dapat masalah... pandailah juga tu kan" Gopal bermasam muka kepada Fang. Boboiboy tergelak sahaja "Tengok, Boboiboy pun setuju dengan aku"
"Cheh, tak guna punya kawan"
"Hehehee.. janganlah marah Gopal, Fang main-main aje tu" Tetapi Gopal tetap dengan muka masam dia. Fang buat tidak tahu sahaja "Lupa pula aku nak tanya. Wei Fang, semalam kau keluar dengan Bella sebab apa?"
"Dia semalam datang rumah aku sebab nak pulangkan barang yang dia pinjam, kebetulan pulak aku nak keluar masa tu. Lepas dia dah bagi barang aku balik, jadi aku dan dia pergilah ke bandar sebab dia pun nak ke sana juga tapi aku bukannya keluar jalan-jalan dengan dia pun" jawab Fang sambil membaca buku teks sejarah. Gopal memandang Boboiboy dengan senyuman sinis dia
"Oh... jadi kau pergi ke bandar sebab nak jumpa kekasih hati kau lah tu" kata Gopal sambil angkat-angkat kening "Siapa gadis tu Fang? Bagitau lah kita orang" Fang terus menutup buku teksnya dan terus bangun
"Sibuk ajelah kau ni, dengan siapa aku keluar pun, kau nak tahu juga. Aku masuk ke kelas dulu" Boboiboy dan Gopal melihat Fang berjalan ke tangga sekolah. Mereka nampak Yaya ada dekat tepi tangga sekolah. Dia dan Fang bercakap sekejap dan terus naik ke atas
"Entah-entah gadis misteri tu ialah Yaya" kata Boboiboy "Kau ingat tak lagi masa darjah 6, kau hampir nak bocorkan rahsia Yaya dekat Fang masa darjah 6 dulu. Kau, aku dan Ying tahu yang sebenarnya Yaya suka dekat Fang pada masa tu tapi sekarang ni, entahlah... tak tahu lah dia masih suka lagi ke tak"
"Hmmm... mungkin juga Yaya adalah gadis misteri itu. Macam manalah agaknya kalau dia orang tu bersama" Lalu Gopal bayangkan bagaimana kalau Fang dan Yaya bersama. Boboiboy pun ikut Gopal bayangkan sekali
---------------------------------
"PANGGGGGGGGGG! SEPARUH KAWAN SEPARUH KEKASIH HATI KAU DATANG!" Menjerit Kaizo di depan pintu rumah setelah dia membuka pintu untuk Yaya. Muka Yaya menjadi merah padan sebab malu. Dia tidak sangka pula Kaizo akan berkata begitu dekat Fang
"Kalau yea pun abang, TAK PERLU LAH MENJERIT!" balas Fang balik. Berkerut-kerut dahinya sebab geram sangat dengan abang dia yang reti nak menjerit sahaja. Kaizo menjemput Yaya masuk ke dalam rumah. Yaya datang ke rumah mereka kerana dia mendapat tahu bahawa Fang tidak hadir ke sekolah sebab demam
"Kau jangan dekat dengan adik aku tu, takut karang virus hingus dia, virus batuk dia, virus demam dia akan berjangkit dengan kau pulak. Entah-entah virus kerepek pisang pun ada sekali" kata Kaizo sambil menutup pintu rumah. Yaya tersengih sahaja sambil menbawa bakul besar ke ruang tamu. Fang ada di ruang tamu sambil terbaring di atas sofa dengan selimut dia, hidung berhingus dia dan bersepah lantai dengan tisu-tisu yang telah digunakan. Kaizo masuk ke dalam dapur untuk sambung makan bubur lobak merah dia
"Hai Fang"
"Hai Yaya, apasal kau datang ke sini?" tanya Fang yang tidak kelihatan sihat itu. Dia tersenyum sedikit melihat kehadiran Yaya "Kau bawak apa tu?" tanya Fang lagi sambil melihat Yaya letakkan bakul besar di atas meja ruang tamu
"Aku bawa sup untuk kau. Aku yang buatkan, masih panas lagi ni. Boleh lah kau makan nanti sambil tengok tv"
"Terima kasih Yaya" Fang betulkan kedudukan dia sambil melihat Yaya membuka bakul tersebut "Tapi tak perlulah kau susah-susahkan diri buatkan sup untuk aku"
"Ala, kau demam.. jadi aku buatkan lah tapi kau ni degil betul semalam. Nak berlatih bola keranjang masa hujan lebat, kan dah kena demam teruk, sampai tak boleh nak datang sekolah. Lain kali berlatihlah dalam dewan ke atau tunggu hujan berhenti. Ini tidak, masa hujan juga kau nak pergi berlatih"
"Yaya, janganlah berceramah dekat aku. Salah aku sebab aku terlalu yakin sangat yang aku tidak akan mendapat demam.. ACHUMMMM!" Fang cepat-cepat mengambil tisu untuk mengelap hidung dia "Maaf"
"Aku nak nasihatkan sahaja Fang bukan nak bagi ceramah" Yaya mengeluarkan dua bekas makanan berbentuk bulat dan lalu dia membuka salah satu penutup bekas itu. Fang ingin bau sup itu tetapi malangnya, hidung dia tersumbat. Yaya perasan dengan kelakuan Fang tadi, dia tergelak sedikit "Hehehee.. kasihan kau. Nah, kau makanlah sup ni. Sup ayam, aku ada letak mee dalam sup tu" Fang mengambil bekas makanan itu dan juga sudu dari tangan Yaya. Dia duduk di atas sofa itu untuk memberikan ruang kepada Yaya untuk duduk sekali di atas sofa tersebut
"Oh yea, aku ada beli dvd movie baru. Bolehlah kau menonton sekali dengan aku, sambil tu kita makan sup ni"
"Movie apa kau beli?" tanya Yaya sambil dudukkan dirinya di atas sofa. Fang bangun dari sofa itu dan keluarkan DVD star wars, movie terbaru iaitu The Force Awakens "Kau kan minat action juga. Movie ni ada action dan juga sains fiksyen"
"Boleh juga, kau pasanglah movie tu" Lalu Fang memasang movie tersebut. Selepas itu, mereka berdua duduk di atas sofa sambil menikmati sup yang telah di sediakan oleh Yaya, sambil itu mereka menonton movie Star Wars bersama. Sepanjang movie itu dimainkan, mereka berdua tidak habis-habis gelak ketawa. Muka Fang kembali ceria sedikit demi sedikit. Kaizo mengintai dari dapur dan melihat dua orang sedang sibuk bergelak ketawa di dalam dunia mereka sendiri. Sup tadi sudah pun di habis makan, Fang rasa kenyang dan demam dia menurun sedikit
"Yaya, terima kasih kerana bawakan sup untuk aku"
"Sama-sama. Kau kan demam, jadi aku buatkan sesuatu yang khas untuk kau tapi maaf sebab aku tidak sempat nak buatkan donut lobak merah untuk kau"
"Takpe.. sup ni sudah cukup buatkan aku gembira" kata Fang sambil tersenyum melihat Yaya "Yaya, kau nak balik dah ke?"
"Hmm.. movie ni belum habis lagi. Jadi aku nak menonton movie ni sampai habis boleh?"
"Boleh tapi tak seronok pulak takde sup untuk di nikmati. Aku suka pula sup yang kau buatkan tu"
"Lain kali aku buat lagi ok" kata Yaya "Tapi jangan kau demam pulak lain kali" Fang tersengih dekat Yaya
"Takdelah.. aku sudah belajar dengan kesilapan aku. Aku tak kan ulangi kesilapan aku selepas ini"
"Betul ke ni?" muncul Kaizo di belakang sofa "Abang tak percaya yang kau tak kan ulangi sebab kau ni nakal, sudah berapa banyak kali aku kejar kau, denda kau, bagi nasihat pun, kau tetap dengan kenakalan kau" Yaya tergelak sedikit "Tengok, dia pun setuju dengan kata-kata aku" Fang bermasam muka. Terus Kaizo sekeh kepala adiknya
"ABANGGGG! Janganlah sekeh adik depan Yaya, malulah adik" Yaya tergelak melihat gelagat dua beradik alien itu. Kaizo lepaskan kepala adiknya
"Betullah apa abang kau cakap. Kau tu memang degil, nasihat macam mana pun, kau tetap dengan kenakalan kau. Aku bertegas dengan kau pun, kau tetap sama juga"
"Aku setuju dengan kata-kata buah hati kau"
"Suka hati koranglah. Aku nak pergi tidur" Fang terus bangun untuk naik ke atas
"Alahai, merajuk pulak dia. Fang, janganlah merajuk. Kita kan nak tengok movie sampai habis sama-sama, tak kan kau nak bagi aku tengok sorang-sorang pulak" Fang pusing kebelakang dan ambil cushion sofa. Lalu dia baling terus ke Yaya tapi selamat Yaya dapat menangkap cushion itu "Amboi, main baling-baling pulak" Yaya baling balik cushion itu dan Fang menggelakkan diri
"Heheheehee... yelah, aku temankan kau sampai movie ni habis" Kaizo tinggalkan mereka berdua di ruang tamu. Dia masuk balik ke dapaur untuk menikmati teh hijau dia pula. Yaya dan Fang duduk di atas sofa dan kembali menonton movie Star Wars. Selepas sahaja movie itu habis, Yaya baru sedar bahawa Fang sudah pun tidur. Yaya tersenyum melihat kecomelan Fang tertidur di atas sofa
"Semoga kau cepat sembuh, Fang" Yaya keluar dari rumah itu secara perlahan-lahan kerana tidak mahu Fang terjaga
------------------------------------------
"Wuuuu... sweetnya" kata Boboiboy yang baru sahaja selesai habis bayangkan Fang dan Yaya bersama "Aku pasti, gadis misteri itu mesti Yaya!"
"Hahahaa... aku pun pasti juga dengan kepastian kau! Tapi macam mana kita nak pastikan kepastian kita bahawa gadis misteri itu ialah Yaya?" tanya Gopal "Entah-entah orang lain. Manalah tahu, orang yang kita tak di sangka-sangkakan, tiba-tiba gadis misteri itu ialah Lily ke, Ying ke, Bella ke.. tak pun gadis misteri itu ialah Faye ke" Boboiboy tepuk kepala Gopal "Dey, apasal kau tepuk kepala aku?"
"Wei, Faye tu kan sepupu Fang. Dia mana layak jadi gadis misteri tu"
"Heheheee.. aku lupa pula" Gopal tersengih
"Hah! Entah-entah kak Lynna gadis misteri tu. Bayangkan Fang dengan kak Lynna" Lalu Boboiboy tepuk kepala Gopal lagi "Apasal kau tepuk kepala aku lagi?"
"Kau gila ke, kak Lynna tu kan kakak kesayangan Fang dan kak Lynna kan lebih tua daripada kita orang semua. Kalau kau nak bayangkan pun, kau bayangkan ajelah abang Kaizo dan kak Lynna"
"Betul juga tu... mari kita sama-sama bayangkan" Gopal sudah bersiap sedia untuk bayangkan tetapi...
"Eh kejap, tak perlu bayangkan. Tiap-tiap hari boleh tengok dia orang berdua tu macam bercinta tak bercinta aje aku tengok"
"Aku setuju, aku setuju!" kata Gopal sambil angguk kepala "Jadi, siasatan kita berakhir di sini dan kita masih lagi belum tahu siapa gadis misteri itu" Menangis Gopal
"Amboi! Siasat apa sampai tak masuk kelas ni?" Muncul Yaya dengan buku denda dia "Loceng sekolah sudah lama berbunyi tapi korang masih lagi ada dekat sini. Apa urusan korang sampai tak masuk kelas?"
"Errr... heheheee... kami berborak sampai tak dengar bunyi loceng sekolah" Boboiboy tersengih kepada Yaya. Gopal sudah larikan diri sebab tak nak kena denda. Yaya sudah pun menulis nama Boboiboy dan Gopal di dalam buku denda dia "Janganlah denda kita orang, Yaya. Kami janji, kami tidak akan lewat masuk ke dalam kelas lagi"
"Hmmm... boleh percaya ke ni? Tapi takpe... korang berdua tetap kena denda. Kutip sampah selepas habis waktu sekolah"
"TIDAKKKKKK! INI SEMUA GOPAL PUNYA PASAL!" Menjerit Boboiboy di halaman kawasan sekolah. Yaya rasa pelik dengan kawan dia "Dia yang suruh aku bayangkan kau dan Fang... alamak! AKU MASUK KELAS DULU!" Boboiboy lari ke kelas tanpa di soal oleh Yaya
"Aku dan Fang?" Yaya rasa hairan, apa yang dia orang bayangkan tentang dia dan Fang? fikir Yaya "Dia orang tahu ke aku dan Fang keluar bersama semenjak dua tiga hari ni?" Yaya malas nak fikir panjang kerana dia terpaksa masuk ke kelas dia. Boboiboy dan Gopal masih lagi tidak tahu siapa gadis misteri itu tapi mereka akan tahu juga nanti
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top