Kisah Sebenarnya...
Semuanya berlaku sewaktu mereka darjah 5 lagi, pada waktu mereka bergaduh semasa sesi latihan musical drama. Dari situ, perasaan suka timbul dihati mereka tetapi mereka sangka, perasaan itu hanyalah suka kerana persahabatan mereka sahaja tetapi, ianya lebih daripada itu. Perasaan cinta belum lagi hadir pada ketika itu tetapi semuanya berubah apabila mereka sudah naik ke darjah 6, kawan-kawan mereka sudah mulai perasan dengan kelakuan pelik mereka. Paling ketara sekali apabila Fang terlampau berlagak sangat kerana memenangi pertandingan membuat pastry dan Yaya terus merajuk dengan dia. Lagi satu semasa Yaya geram saat Fang terlampau nakal sangat, sampai dia pergi menghentam Fang menggunakan kuasa dia sendiri dan merancang sesuatu untuk mengajar Fang
Pada masa yang sama, Boboiboy, Gopal dan Ying dapat rasakan Yaya suka kepada Fang tetapi Fang pula, seperti biasa. Hati dia tetap ke donut lobak merah dia tetapi semasa Fang terminum air cinta yang telah dicipta oleh Adudu. Fang sebenarnya ingat kepada siapa dia ingin luahkan tapi dia hanya buat-buat tidak ingat kerana dia tidak mahu persahabatan dia dan Yaya menjadi janggal. Jadi dia terpaksa rahsiakan perkara itu daripada kawan-kawan dia, terutama sekali Yaya. Dia simpan rahsia itu sehinggalah mereka tingkatan 5. Sehari selepas sahaja Boboiboy dan Gopal terbaca puisi yang di tulis oleh Fang sendiri, dia ingin mengambil risiko dan memberitahu perkara yang sebenarnya. Pada masa yang sama, Yaya juga ingin mengambil risiko juga. Apa yang terjadi apa-apa pun selepas itu, mereka akan tetap menjadi kawan baik tetapi akhirnya, mereka tahu perasaan sebenar masing-masing. Mereka tidak rahsiakan hubungan mereka dari kawan-kawan mereka. Cuma Boboiboy dan Gopal sahaja yang sibuk sangat nak menyiasat siapakah gadis misteri itu
Sehingga kini mereka berdua tidak tahu siapa gadis misteri itu. Pada hari sabtu, selepas sahaja Boboiboy dan Gopal habis kelas tambahan mereka bersama dengan Kaizo, mereka terus ke bandar Pulau Rintis. Mereka terserempak dengan Fang dan Ying sedang berjalan ke sebuah kedai ice cream
"Wei wei, itu Fang dengan Ying lah" kata Gopal sambil mengusik-usik bahu Boboiboy
"Ha ah lah, entah-entah.. itulah gadis misteri yang telah menawan hati Fang"
"Kalau macam tu, mari kita terjah dia orang!" Gopal mengheret Boboiboy untuk pergi ke kedai ice cream tersebut "Akhirnya, kita dapat bocorkan rahsia si panas baran itu" Gopal membuka pintu kedai ice cream tersebut. Dia rasa sangat yakin dengan apa yang dia nampak tadi. Boboiboy cuma takut tekaan mereka salah lagi. Apabila mereka masuk ke dalam kedai itu, mereka berdua tidak sangka pula Faye, Bella dan Yaya ada di situ juga
"Aik, apa korang buat dekat sini?" tanya Boboiboy
"Hmm... lupalah tu. Bukan ke sepatutnya hari ini kita orang mengadakan ulangkaji bersama selepas sahaja korang habis kelas tambahan dengan Kapten Kaizo" kata Yaya kepada mereka berdua. Boboiboy dan Gopal tersengih melihat Yaya. Wajah keyakinan Gopal tadi, terus menjadi hampa tetapi dia tidak mahu mengalah "Itulah korang, asyik nak berangan aje semenjak akhir-akhir ni"
"Dey, apasal marah kita orang. Marahlah orang yang buat kita berangan, si Fang tu"
"Apasal aku pulak? Aku mana ada buat apa-apa" marah Fang kepada Gopal. Tangan dia menggenggam pensil yang dia sedang pegang dan terus pensil itu patah menjadi dua
"Sebab kita orang tengah siasat siapakah gadis misteri itu" Boboiboy menepuk dahinya sendiri sebab Gopal masih lagi nak tahu siapa gadis misteri itu. Bagi Boboiboy, biarlah Fang bagitau sendiri kerana dia sudah mengalah untuk mengetahui siapa gadis misteri itu "Dan gadis misteri itu adalah..." Gopal terus tunding jarinya ke arah Ying "YING!"
"Aik, apasal aku pulak.. bukan aku maaa"
"Eh, habis tu siapa?" tanya Boboiboy
"Hmmm... kalau korang nak tahu sangat, gadis misteri itu adalah-"
"PANGGGGG!" Muncul Kaizo dengan sebuah buku milik Fang. Boboiboy takut pula kalau kejadian ini berulang lagi seperti sewaktu dia ingin tahu siapa gadis misteri itu, ketika mereka semua darjah 6 "KEGILAAN APAKAH INI!" Kaizo tunjuk puisi cinta yang ditulis oleh Fang dalam beberapa hari yang lalu. Terkejut Fang dengan kemunculan abang dia di dalam kedai ice cream itu. Fang menelan ludah kerana abang dia dapat tahu dia sedang bercinta dengan seseorang, lalu dia tersengih kepada abang dia "AKU SURUH KAU BELAJAR! BUKANNYA BERCINTA!"
"Heheheee... jangan marah abang. Adik... adik..." Fang tidak tahu hendak menjadi apa. Lidah dia sudah menjadi kelu
"Adik apa? JAWAB CEPAT!" Fang takut melihat abangnya yang begitu marah sekali "Jadi, siapa gadis yang kau tengah bercinta tu?" tanya Kaizo sambil melihat wajah-wajah kawan perempuan adiknya kecuali Faye "SIAPAKAH GADIS ITU?"
"Baik kau jawab Fang. Kalau tidak, kau juga akan kena hukuman nanti" tiba-tiba sahaja Gopal menyibuk sekali. Dia tergelak sinis kepada Fang dan hati dia terlampau gembira sangat sebab Fang kena marah dengan Kaizo yang garang itu
"Err... gadis tu sebenarnya..." Fang melihat Yaya dan terus tersenyum "AKU LARI DULUUUU!" Fang pegang tangan Yaya dan terus lari dari kedai itu bersama Yaya sebab di dalam buku tersebut, dia ada tulis nama gadis yang dia cintai di mukasurat lain dan gadis itu adalah Yaya. Mata Boboiboy dan Gopal membulat besar melihat mereka berdua lari keluar dari kedai ice cream itu. Ying, Faye dan Bella tergelak di situ. Kaizo hanya angkat kening sebelah dan baru dia faham, selama ini adik dia selalu sangat pergi ke kedai buku ataupun ke perpuskataan Pulau Rintis bersama dengan Yaya semenjak dari darjah 6 lagi. Selama itulah mereka cipta dunia mereka sendiri tanpa disedari oleh kawan-kawan mereka. Bagaimana Kaizo tahu tentang dunia mereka berdua? Itu kerana, Kaizo dan Lynna selalu terserempak dengan mereka berdua di kedai buku ataupun di perpuskataan
"Hmm... dengan Yaya sekali dia nak pergi bawak lari" kata Boboiboy sambil gelengkan kepala
"Biarkan ajelah mereka... dia takut Yaya kena hukumanlah tu, sebab itu dia lari dengan Yaya sekali maaa" Ying tergelak sambil makan ice cream vanilla dia
"Betul kata kau tapi kalau itu sudah menjadi isi hati adik aku. Aku benarkan tapi kalau dia terlampau leka sangat dengan dunia cinta dia tu. Aku akan menghukum dia" kata Kaizo
"Tak mungkinlah abang Kaizo. Yaya tu jenis rajin dan tegas, tak mungkin dia bawa Fang terlalu leka sangat dalam alam percintaan mereka tu tapi.. semenjak bila orang tu bersama?" Boboiboy garu-garu kepala dia. Cuma Ying, Faye dan Bella sahaja yang tahu kisah bagaimana mereka bersama
-------------------------------------
Cerita dia bermula di sini
Kebiasaannya, Fang akan terus pulang ke rumah tetapi pada hari itu, semasa waktu rehat. Dia telah berfikir panjang untuk mengambi risiko dengan memberitahu Yaya tentang cintanya kepada dia. Dia asyik ingatkan diri dianya berulang kali. Kalau cinta dia di tolak, dia akan terima sahaja dan tidak akan mengamuk tak tentu pasal atau jauhkan diri dia daripada Yaya dan mungkin persahabatan mereka akan terjejas tetapi dia perlu lepaskan perasaan dia kepada Yaya. Kalau tidak, mungkin dia akan menyesal nanti. Fang pergi mencari Yaya semasa waktu rehat dan akhirnya dia jumpa gadis bertudung pink itu. Yaya sedang berborak dengan rakan-rakan mereka yang lain di tepi padang sekolah
"YAYA!" panggil Fang dari jauh lagi
"Dia sudah sampai... kau pergilah dekat dia" kata Bella "Mesti dia nak sesuatu tu"
"Macam mana kau tahu dia nak sesuatu" tanya Yaya
"Aku main teka aje tapi kalau dia nak luahkan cinta dia kepada kau, aku ucapkan tahniah. Aku ni, sudah beberapa tahun asyik suka dia aje, akhirnya aku lepaskan sahaja si Pang tu sebab aku tahu, hati dia sudah dimiliki oleh seseorang iaitu kau. Maaflah sebab selama ni aku rahsiakan perkara ini daripada kau. Aku tahu ni pun sebab dia sendiri bagitahu aku dan dia juga yang suruh aku jangan bagitau kau tapi aku bagitau juga.. hehehee" Bella senyum kepada Yaya "Aku tidak kisah kalau kau bersama dia cuma dia sahaja yang tak tahu kau pun suka dekat dia, itu pun sebab aku tidak beritahu dia. Aku nak korang luahkan perasaan korang tanpa dia perlu tahu sendiri daripada aku atau dari orang lain tapi dua-dua macam tak mengaku aje. Baik aku bocorkan rahsia dia kepada kau, senang hidup aku selepas ni... heheheee"
"Betul juga kata Bella tadi. Senang hidup kami daripada melihat korang berdua asyik pendamkan perasaan itu sahaja. Kau pergilah luahkan perasaan kau sebenarnya kepada dia maaa... aku mahu kawan aku gembira"
"Terima kasih Ying. Terima kasih Bella" Yaya rasa senang hati dengan semangat yang diberikan oleh kawan-kawan dia. Faye menolak Yaya pergi dari situ dan lalu dia berikan senyuman kepada Yaya
"Semoga berjaya" kata Faye. Yaya terus berjalan sambil menoleh kebelakang. Ying, Bella dan Faye berikan senyuman manis mereka kepada Yaya. Mereka juga ucapkan semoga berjaya kepada Yaya
"Yaya!" Fang memanggil Yaya lagi
"Fang, aku nak cakap dengan kau tentang sesuatu" Lalu Yaya membawa Fang ke tempat lain, tempat yang tidak ramai pelajar lalu lalang di situ. Yaya menarik nafas dan lalu berkata "Fang, lepas sekolah. Aku ada sesuatu nak bagitau kau tapi kita ke tempat lain. Aku tak nak orang lain dengar pulak"
"Ok" kata Fang "Aku pun sebenarnya ada sesuatu nak bagitau kau. Jadi kita berjumpa dekat kedai donut kegemaran aku tu"
"Ok, aku jumpa kau dekat sana nanti"
--------------------------------
Loceng sekolah sudah pun berbunyi, waktu sekolah sudah pun tamat. Fang menjadi orang pertama yang keluar dari kelas. Yaya ketawa sedikit melihat gelagat Fang yang tidak sabar untuk pergi berjumpa dengan dia di kedai donut yang ada di bandar Pulau Rintis. Hati dia berdebar-debar pula untuk pergi bertemu dengan Fang. Selama ini, dia tidak pernah rasa begitu tapi hari ini, dia rasa lain. Dia rasa ada sesuatu perasaan gembira yang timbul dihatinya. Mungkin ini petanda baik bagi dia tetapi dia tidak mahu terlalu gembira sangat kerana takut nanti jadi benda lain pula
"Yaya, semoga berjaya. Nanti cerita dekat kita orang apa yang terjadi" kata Ying kepada kawan baik dia
"Terima kasih Ying"
"Kau sangat bertuah sebab berjaya menawan si panas baran tu. Panas baran macam mana pun dia tu, hati dia tetap akan berlembut juga. Aku juga yang rasa cemburu dekat kau tapi jangan risau, tiada perasaan dendam dekat kau dan dia" Bella sudah lama terima kenyataan itu semenjak Fang beritahu perkara yang sebenarnya. Hati dia pada ketika itu, memang sedih tapi dia tidak mahu berdendam sangat sebab Fang adalah diantara kawan terbaik dia walaupun mereka suka sangat bergaduh "Go get him" kata Bella sebelum Yaya keluar dari kelas mereka. Ying, Bella dan Faye melambai-lambai ke arah Yaya
"Kalau abang Kaizo tahu adik dia sedang bercinta, mesti Fang kena marah punya tapi apa Fang kisah, dia akan tetap teruskan" kata Faye sambil bayangkan wajah Kaizo yang garang itu "Semoga berjaya Fang. Semoga abang kau tak tahu apa yang kau nak buat sekarang ini"
"Hehehee.. harap-harap begitulah Faye" Bella tergelak bersama Ying dan Faye
Fang sudah pun berada di kedai donut. Dia duduk di hujung kedai sambil menunggu kedatang Yaya. Sambil menunggu itu, dia makan donut lobak merah dia untuk kurangkan kegelisahan dia. Fang asyik melihat jam di dinding kedai itu, dia berharap sangat Yaya sampai cepat tetapi pada masa yang sama, dia takut juga apa yang akan dijawab oleh Yaya nanti. Tidak sampai 10 minit, Yaya sudah pun sampai dengan senyuman gembira dia. Fang terus tersenyum melihat kehadiran Yaya
"Lama tunggu?" tanya Yaya
"Hmm... takdelah lama sangat. Sambil aku tunggu tu, aku makanlah donut kegemaran aku"
"Heheehe... aku pergi beli donut aku sekejap. Kau nak donut lobak merah kau lagi?" Fang angguk dan terus Yaya pergi beli dua donut, satu untuk dia dan satu lagi untuk Fang. Yaya kembali dengan donut mereka "Hari ini aku belanja kau tapi kau kenalah belanja aku selepas ini"
"Aku tak kisah pun Yaya. Janji aku dapat donut kegemaran aku! Terima kasih Yaya"
"Sama-sama Fang tapi kau janganlah makan tahap gelojoh sangat" Muka Fang menjadi merah kerana malu, jadi dia makan donut itu secara sopan "Heeheheee.. pandai pun kau. Oh yea, aku ada jumpa novel baru semalam. Aku ingatkan aku nak pergi dengan kau nanti sebab aku tahu, kau mesti nak beli buku latihan matematik"
"Itu sudah semestinya tapi kita ke sini buku untuk berbincangkan tentang buku latihan ataupun novel" Fang letak donut lobak merah yang di pegang tadi "Aku sebenarnya nak beritau kau tentang sesuatu tapi aku bukannya reti bab-bab ni" Yaya tersenyum melihat Fang yang sudah mulai rasa gelisah
"Kau tidak perlu bercakap apa Fang. Aku tahu apa yang ada dihati kau sebab Bella sendiri yang bagitahu"
"Cheh, tak guna punya Bella" bisik Fang "Jadi kau tahulah aku sebenarnya suka dekat kau" Yaya angguk sambil tersenyum kepada Fang "Aku sebenarnya sudah lama cintai kau, semenjak tahun lepas lagi tapi aku senyap sahaja sebab aku tidak mahu persahabatan kita terjejas"
"Tapi aku pula lain.. aku semenjak dari kita darjah 5 lagi" Fang rasa nak tersedak apabila dia dapat tahu yang Yaya memang sudah berpuluh-puluh tahun suka dekat dia "Tapi aku sedar aku cintakan kau semenjak dari tahun lepas juga"
"Jadi selama ini, kita hanya pendamkan perasaan kita yang sebenarnyalah" Fang ketawa sedikit dan terus diikuti dengan gelakan Yaya "Tapi aku risaukan satu aje.."
"Apa dia?" tanya Yaya
"Abang aku.. aku takut karang dia menjerit dekat aku sebab bercinta pula tapi aku tak kisah pun. Aku bukan macam dia, sampai sekarang dia tak berani nak luahkan cinta dia kepada kak Lynna. Aku cuma takut kak Lynna akan diambil orang dan abang aku juga yang akan kecewa nanti"
"Hmm.. lama-lama nanti dia akan berani juga. Entah-entah bila ada orang nak ambil kak Lynna dari dia, baru dia nak bagitahu. Abang kau tu garang macam mana pun, ada juga lawak dekat diri dia tu. Nampaknya impian kau ingin melihat mereka bersama masih lagi dalam samar-samar"
"Nampaknya begitulah" Fang gigit sedikit donut merah dia "Tapi apa kita nak buat hubungan kita sekarang ini? Rahsiakan?"
"Tak perlu rahsiakan. Buat apa kita nak rahsiakan, kita buat seperti biasa sahaja walaupun hubungan kita sudah berubah"
"Aku setuju" Fang sambung balik makan donut dia bersama dengan Yaya. Selepas itu, mereka tidak rasa begitu janggal. Perbualan mereka bersambung seperti biasa, hanya hubungan mereka sahaja yang berubah. Ying, Bella dan Faye gembira apabila dapat tahu keesokan harinya dan Fang pula, malas nak bagitahu Boboiboy dan Gopal. Jadi, tiada siapa yang bagitahu mereka berdua. Ying, Bella dan Faye tidak tahu tentang itu, jadi mereka buat biasa sahaja seperti tiada apa yang berlaku. Tentang Fang dan Yaya keluar bersama pun, mereka tidak tahu juga sehinggalah Boboiboy tercakap yang dia dan Gopal bayangkan kalau Yaya dan Fang bersama. Dia rasa pelik dengan kelakuan Boboiboy sebab dia sendiri tidak beritahu kawan-kawan perempuan dia yang dia selalu keluar dengan Fang semenjak hari mereka tahu tentang perasaan masing-masing
-------------------------------
"Errr.. Fang, apasal kau bawa aku lari sekali?" tanya Yaya selepas sahaja mereka sudah berhenti berlari. Mereka kini berada di tepi pantai. Fang tercungap-cungap sebab terlampau penat sangat berlari. Dia menarik nafas dan lalu berkata
"Sebab nama kau ada di dalam buku tu. Kalau abang aku nampak, mesti kau akan terkena sekali" kata Fang sambil duduk di atas tembok tepi pantai. Yaya duduk di sebelah dia "Tak sangka pula abang aku pergi periksa semua buku aku, tak guna punya abang"
"Hmmm... dia kan abang kau, sudah tentulah dia nak pergi periksa segala-galanya"
"Aku dah besar pun, masih lagi nak periksa barang-barang aku" Fang bermasam muka kerana geram sangat dekat abang dia
"Kau kan suka sangat buat perkara nakal, mestilah dia nak periksa segala-galanya. Manalah tahu kau sembunyikan sesuatu ke dari dia. Kau dari dulu lagi suka sangat buat nakal dekat abang kau, tak pun dekat Boboiboy ataupun dekat Gopal" Fang tersengih "Dia tak naklah kau terlampau nakal sangat, lagipun kita nak SPM dah. Dia tak nak ada benda menganggu kau nanti"
"Terima kasih Yaya tapi aku pasti, tiada benda yang boleh menganggu aku. AKU JUGA PASTIKAN AKU DAPAT NOMBOR SATU! HAHAHAAAAA!"
"Hmm.. suka hati kau lah Fang, asalkan kau lulus tapi..." Yaya senyap sekejap "Apa akan terjadi nanti selepas sahaja kita tamat sekolah"
"Itu kau tak perlu risau sekarang ini. Bila sudah sampai nanti, kita akan berbincang tentang perkara itu" Fang tersenyum kepada Yaya dan lalu Yaya membalas balik senyuman Yaya. Kaizo pula, dia sedang menghendap adiknya yang ada di tepi pantai. Dia biarkan mereka berdua tapi bila adik dia balik nanti, tahulah apa dia akan buat nanti
"Tapi adik aku juga yang lebih berani daripada aku" Kaizo terus keluar sesuatu dari poket seluar dia. Dia melihat kotak kecil itu dan sudah tiba masanya untuk memberitahu Lynna. Kaizo tersenyum sambil melihat langit yang sudah dihiasi dengan pelbagai bentuk awan. Lalu dia menghubungi Lynna kerana dia mahu Lynna tahu perkara yang sebenarnya pada hari itu juga tapi cerita itu, kemudian hari. Sampai di sini sahajalah kisah gadis misteri Fang
-Tamat-
p/s - fanfic ini sebenarnya kesinambungan dari chapter gadis mister (aku abang, kau adik season 2) Fanfic kawan baik ku tiada kena mengena dengan fanfic aku abang, kau adik dan juga dengan fanfic cinta pertama fang xD sebab kisah kaizo dan lynna adalah lain sebenarnya :P jangan kecam author kalau ini bukan fav. pairing kamu
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top