Bella

"Adeh, malasnya aku nak buat kerja sekolah matematik hari ini" Gopal terus baringkan kepalanya di atas kaunter meja Tok Aba "Wei Boboiboy, mana si Kapten Kaizo? Kata nak ajar kita orang matematik tapi tak sampai-sampai pun dia"

"Kejap lagi sampailah dia tu" Tok Aba pula yang jawabkan "Nah, ambik air ni untuk bagi kau semangat sikit untuk belajar" Tok Aba letak secawan hot chocolate di tepi kepala Gopal

"Entah-entah, abang Kaizo ada benda lain kena uruskan dulu kot"

"Mungkin juga Boboiboy tapi kalau dia tak nak datang pun takpe. Bolehlah aku order makanan tanpa rasa bersalah! hehehee... Tok Aba, bagi-" Muncul Kaizo di depan mata Gopal "Errrrkkkk! Kapten Kaizo bila sampai?"

"Aku baru sahaja sampai. Kau ingat aku tak kan datang ke sini untuk mengajar kau matematik?"

"Heeheheeheee..." Gopal tersengih "Saya ingat Kapten Kaizo sibuk dengan hal lain sahaja"

"Oh.. aku sibuk sebab aku tengah marah Pang dekat rumah, sehingga aku terlupa untuk datang ke sini. Keluarkan buku latihan matematik kamu sekarang juga" Boboiboy dan Gopal keluarkan buku matematik mereka secara senyap. Boboiboy tidak rasa begitu takut tetapi dia nampak Gopal sudah mula menggigil. Dia gelengkan kepala dan hiraukan sahaja Gopal

"Abang Kaizo, Fang ada dekat rumah ke sekarang ni?"

"Hmm... tadi sebelum aku keluar, Fang sudah pun keluar. Dia pergi keluar bersama dengan si Bella tu. Entah ke mana dia orang pergi, aku sendiri tidak tahu tapi aku marah dia tadi bukan sebab dia keluar dengan Bella. Aku marah dia sebab sup lobak merah yang dia buat hari ini kurang memuaskan" Boboiboy dan Gopal menepuk dahi mereka

"Aduh.. ingatkan abang Kaizo marah dia sebab keluar pergi berdating ke apa"

"Dia dan Bella berdating?" Kaizo angkat kening sebelah "KEGILAAN APAKAH ITU?! SEKOLAH BELUM HABIS LAGI, NAK SURUH DIA BERDATING PULAK DAH!"

"Erkk!" terkejut Boboiboy dengan suara garang Kaizo. Gopal sudah rasa nak pengsan "Habis tu, dia keluar dengan Bella sebab apa?"

"Bukan aku sudah cakap ke tadi. AKU TAK TAHU MEREKA PERGI KE MANA! tapi... INI BUKAN MASANYA UNTUK BERBINCANG TENTANG ADIK AKU! BUKA BUKU KAMU SEKARANG!" Boboiboy dan Gopal cepat buka mukasurat kerja sekolah mereka tanpa berkata apa-apa lagi

"Kaizo, jangan terlampau garang sangat"

"Maaf atuk tapi sikap garang saya memang tidak boleh dipisahkan" Kaizo memandang mereka berdua sedang menjawab soalan matematik. Gopal asyik padam sahaja jalan kerja matematik dia "Kau nak aku ajarkan ke?" Gopal tersengih dan lalu angguk "Baiklah, aku akan ajar sekali sahaja. Kalau tak faham juga.. latihan tempur selama 5 jam. Itu baru hukuman ringan, belum yang berat lagi"

"Heehehehee..." Gopal tersengih sambil dengar apa yang Kaizo ajarkan tetapi kepala dia sudah fikirkan benda lain. Dia dan Boboiboy terbayangkan bagaimana kalau Bella itu adalah gadis misteri Fang tapi mereka rasa tak mungkin Bella adalah gadis misteri itu. Lalu mereka terbayangkan Fang dan Bella bersama, sambil itu mereka separuh dengar separuh tak dengar dengan ajaran Kaizo

------------------------------------

"HAHAHAAHAAAAA! AKU ADALAH PENGAWAS FANG!"

"DAN AKU BUKAN PENGAWAS BELLA!"

"HAHAHAHAAAAAAA!" Pelajar-pelajar lain hanya gelengkan kepala melihat dua orang yang suka berlagak di mana-mana sahaja, Fang dan Bella berdiri di atas bangku sekolah dengan bersandar antara satu sama lain sambil ketawa besar di situ. Selepas sahaja mereka berdua bersama, terus menjadi menjadi power couple di sekolah. Boleh dikatakan mereka membuat sekolah menjadi huru-hara kerana mereka suka sangat pergi cari pasal dengan orang lain tetapi pelajar lain rasa pelik. Macam mana Fang boleh kekal lagi jadi pengawas walaupun suka sangat buat hal dengan pelajar lain. Hanya Fang dan Bella sahaja yang tahu

"KAMI ADALAH PASUKAN FELLA!"

"Eh kejap" Lalu Fang turun dari bangku sekolah bersama dengan Bella "Apasal Fella pulak?"

"Kan itu nama ship kita orang. F untuk Fang dan ella untuk Bella"

"Tapi.. mana boleh! Apasal aku dapat satu huruf aje, kau dapat 4 huruf. Kita tukar nama ship kita" Bella buat muka masam dekat Fang "Apasal? kau tak puas hati ke kalau aku tukar nama ship kita?"

"Suka hati kau lah Fang. Kau nak tukar jadi Falla pun takpe" Bella duduk di atas bangku sekolah tersebut dan Fang duduk di sebelah Bella

"Falla tak best.. hmmm... kalau Fanella ok juga"

"Fanella? Macam nama budak perempuan aje tapi... kau mesti fikirkan nama masa depan anak perempuan kita. Kau dan aku selamanya!" Mata Bella bersinar-sinar melihat Fang "Tapi.. aku tak sangka pula kau suka dekat aku balik"

"Haahaaahaaa... sebab setiap detik bergaduh dengan kau, setiap tu lah hati aku makin dekat dengan kau. Lagipun kau pun selalu cerita dekat aku tentang hal-hal kau dan aku selalu setia mendengarnya. Pada masa itu sahaja kita tak bergaduh" kata Fang sambil tersenyum

"Betul juga cakap kau tapi rindu pula bergaduh dengan kau selepas sahaja kita bercouple"

"Aku tak nak bergaduh dengan kau lagi sebab aku tak naklah bergaduh dengan orang yang aku sayang" Bella rasa malu pula sebab Fang kata perkataan sayang "Tapi.. kalau kau nak bergaduh, boleh juga sebab style rambut kau hari ini sangat buruk"

"APA KAU CAKAP!" Bella berdiri di situ dan terus memandang Fang dengan muka marah dia "AKU BUAT STYLE RAMBUT NI HAMPIR 1 JAM TAHU TAK! CUMA KAU TU AJE, DARI DULU LAGI ASYIK RAMBUT LANDAK AJE!"

"Suka hati akulah nak buat style landak ke, itik ke, kucing ke... dah aku selesa dengan rambut cacak macam landak. Kau sibuk apasal?" Fang bermasam muka dengan Bella

"Habis tu, yang kau pergi cakap rambut aku buruk hari ini apasal? Kau nak cari pasal dengan aku ke?"

"Dah tu, kau juga yang cakap kau rindu nak bergaduh dengan aku kan. Jadi aku carilah alasan untuk bergaduh dengan kau" balas Fang dengan nada marah dia

"Memang lah rindu tapi tak payahlah nak gaduh pasal style rambut pulak. Kalau pasal benda lain takpe, aku setuju sahaja!"

"Heeheee... sudahlah Bella. Jom kita fikirkan untuk kenakan Boboiboy, sampai dia dapat denda dari cikgu atau pengawas lain" Fang terus tersenyum sinis sambil fikirkan sesuatu. Bella setuju sahaja "Kau ada idea tak?"

"Hmmm... bagi aku fikirkan sesuatu tapi kau dari dulu lagi suka cari pasal dengan kawan-kawan yea. Lepas tu suka bersaing dengan Boboiboy, dengan aku sekali pun kau suka bersaing"

"Itu sebab aku nak tunjuk kehebatan aku kepada dia. Aku tidak mahu kalah dengan kehebatan dia dan aku akan tunjuk yang aku lebih hebat daripada Boboiboy!" kata Fang dengan perasan bangganya "Tapi dengan kau.. pesaing aku paling istimewa"

"Terima kasih Fang" mereka berpegang tangan sambil berikan senyuman antara satu sama lain "Aku rasa, aku sudah ada idea untuk cari pasal dengan Boboiboy"

"Kaulah teman istimewa aku paling dasyat dan paling bijak sekali tapi dalam reality, aku paling bijak daripada kau" Fang tergelak sinis kepada Bella "Kau ada aje idea nakal dan berguna yea" Terus mereka berdua berbincang di atas bangku sekolah sehingga loceng berbunyi. Mereka terpaksa berhenti berbincang untuk masuk ke dalam kelas. Memang nahaslah Boboiboy pada hari itu sebab idea Bella sangat berguna sekali. Pada hari itu juga Boboiboy kena denda kutip sampai selepas habis sekolah nanti

"SIAP KAU PANGGGGGG!"

"WOI! NAMA AKU FANG LAH!"

"Aik, sempat lagi kau" Fang terus larikan diri untuk pergi berjumpa dengan Bella "Jaga dia nanti" bisik Boboiboy

-------------------------------

"Menakutkan" kata Boboiboy dan Gopal serentak. Kaizo rasa pelik dengan mereka berdua

"Apa yang menakutkan? Soalan matematik ni menakutkan sangat ke?" tanya Kaizo. Terus Boboiboy dan Gopal tersedar dari bayangan mereka

"Heeheee.. takde apalah abang Kaizo" Boboiboy tersengih kepada Kaizo "Saya cuma terbayangkan bagaimana kalau kita orang terkena hukuman latihan tempur yang lebih berat dari latihan tempur 5 jam tu"

"Oh... latihan tempur yang kau pergi fikir pula"

"Mestilah Kapten Kaizo. Latihan tempur Kapten Kaizo selalu bagi, mesti selalunya tahap gila, ganas dan sadis. Macam mana tak menakutkan, mesti sentiasa menakutkan. Tak pernah tak menakutkan"

"Betul tu Gopal" kata Boboiboy sambil angguk

"TAPI INI BUKAN MASANYA UNTUK FIKIRKAN LATIHAN TEMPUR 5 JAM ITU! AKU TAMBAH LAGI 10 JAM LATIHAN TEMPUR SEBAB KAMU BERDUA TERLAMPAU LEKA SANGAT SAMPAI TIDAK MENJAWAB SOALAN MATEMATIK KAMU BERDUA!" Boboiboy dan Gopal cepat-cepat menjawab soalan matematik mereka berdua. Kaizo angkat kening sebelah sambil bersilang tangan

"Siapa suruh berangan lagi masa Kaizo mengajar. Memang garang cikgu kamu ni... Gopal pun, siapa suruh tolak tawaran cikgu Papa Zola kamu. Sekarang rasakan denda kamu dari cikgu Papa Zola" kata Tok Aba. Gopal rasa nak menangis sebab menyesal tolak tawaran hari itu

Fang pula, sudah berada di bandar Pulau Rintis tetapi dia bukan berjalan bersama Bella. Dia berjalan bersama dengan gadis yang dia sukai, kedua mereka masuk ke dalam kedai buku yang mereka selalu kunjungi "Terima kasih Fang sebab selalu temankan aku pergi ke kedai buku"

"Sama-sama. Lagipun kedai buku ni kan memang kedai buku kegemaran kau dan aku"

"Betul tu. Jadi, kau nak beli buku apa hari ini?" tanya gadis itu. Fang hanya pergi ke tempat buku latihan matematik dan gadis ikut itu sahaja sambil tergelak sedikit

"Kegilaan kau dengan matematik, memang tak pernah pudar" Gadis itu dan Fang tergelak bersama sambil memilih buku latihan matematik yang ingin dibeli oleh Fang. Semenjak dua tiga hari ini, Fang sentiasa keluar bersama dengan gadis itu tetapi Boboiboy dan Gopal tidak pernah terserempak dengan mereka berdua. Memang nasib malang betul Boboiboy dan Gopal. Takpelah, mungkin esok mereka akan tahu juga siapa gadis misteri itu

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top