Bab 18

"Nadhirah nak makan apa? Order saja nanti saya bayar" Kata Harraz kepada Nadhirah. Nadhirah mengangguk. Dia berfikir seketika, hendak makan apa.

Tiba tiba Harraz rasa perut nya sedikit memulas. Harraz memegang perut nya seketika. "Ermm Nadhirah. Saya pergi tandas kejap. Perut ni tiba-tiba memulas. Nah jaga kejap"

Telefon nya di hulurkan kepada Nadhirah menyuruh gadis itu memegang sementara dia pergi tandas. Nadhirah angguk sebelum mengambil huluran Harraz.

Segera Harraz meninggalkan Nadhirah. Dah tak tahan sangat. Nadhirah hanya memandang sepi pemergian Harraz ke tandas untuk melepaskan hajat. Ceh.

Tiba-tiba telefon milik Harraz berdering menandakan ada panggilan masuk. Nadhirah kalut seketika melihat nama yang tertera di kaca telefon itu.

ADAM TAUFEEQ

Okey. Apa kena mengena Adam dan emoji katak itu? Nadhirah menggeleng. Sempat fikir benda macam tu. Dengan tangan yang agak terketar Nadhirah menjawab panggilan dari suami nya.

"Hello? " Dengan suara yang sedikit perlahan dia memulakan bicara. Adam di talian senyap, tidak menjawab.

Dalam beberapa minit Adam mendiam suara. "Kau di mana? " Soal Adam. Nadhirah mengetap mulut lembut. Suara Adam di talian seakan menahan suara.

"S-saya d-di c-cafe b-bawah P-pejabat a-awak" Tergagap-gagap Nadhirah menutur kata nya. Nadhirah hairan seketika, kenapa Adam diam? Langsung tiada suara mahupun nafas lelaki itu.

Nadhirah melihat skrin telefon itu lalu menepuk dahi nya. Adam sudah menamatkan panggilan beberapa minit tadi. Laki siapa tu?

Harraz muncul dengan muka hairan. "Kenapa awak pegang telefon Saya? " Soal Harraz sedikit Hairan. Nadhirah baru tersedar lalu menyerahkan telefon kepada pemiliknya.

"Tadi Adam call. Saya jawab saja" Jelas Nadhirah. Harraz angguk lalu tersengih sinis. Dia yakin, sekejap lagi mesti Adam akan sampai di cafe ini.

"Ohhh. Okey. Nadhirah dah order? " Harraz menarik kerusi lalu dia duduk di kerusi itu. Nadhirah menggeleng.

"Kenapa bel-

" Jom balik" Entah dari mana Adam muncul tiba-tiba saja dia menarik tangan Nadhirah. Muka nya bukan main ketat lagi.

"Kau kenapa Bro? Kalau jeles sekali pun bagi lah kita orang makan dulu" Harraz menjeling rakan nya itu. Adam meraup muka nya kasar. Mata nya tajam memandang ke satu arah.

Lelaki berpakaian serba hitam memandang Adam dengan senyuman sinis sebelum beredar. Kalau di ikutkan hati Adam, mahu saja dia mengejar dan menembak lelaki itu, tapi niat nya di batalkan kerana Ada Nadhirah dan pelanggan yang ramai. Sudah lah dia tidak membawa apa apa senjata.

"Jumpa aku di markas" Terus dia beredar bersama Nadhirah meninggalkan Harraz yang masih blur. Harraz menggeleng kepala. Haih lah

* * * * *

"Sorry. Nanti Aku bawa kau keluar makan. Duduk rumah elok elok. Jangan keluar! Aku ada kerja kejap. Nanti Aku balik" Nadhirah angguk mendengar Arahan suami. Wajah Adam di pandang.

"Hati hati" Pesan Nadhirah. Adam tersenyum nipis. Pipi Nadhirah di usap lembut. Dahi Nadhirah di cium sebelum dia meninggalkan Nadhirah di hadapan pintu.

Nadhirah melambai tangan kecil nya. Muka nya kelihatan agak sedih sedikit. Belum sempat Adam hendak membuka pintu kereta, ada sebuah kereta lain memasuki kawasan Vila nya.

Seorang lelaki dan seorang gadis keluar dari perut kereta tersebut. Mata Nadhirah agak membulat melihat gadis itu.

"Kau nak pergi mana Adam? " Soal Fakrul memandang Adam. Eyhyen di sebelah nya di kerling.

"Jumpa Aku di markas. Suruh girlfriend kau teman bini Aku sekejap" Eyhyen dan Fakrul tercengang. "Ehhh dia bukan girlfriend Aku lah! Adam! Haish! "

Kereta Adam yang sudah meninggal kan kawasan Vila di pandang tajam. Mulut nya mengeluarkan keluhan kasar.

"Kau teman Nadhirah kejap. Nanti Aku jemput. Haish Adam ni" Pintu kereta di buka kasar. Baru balik, tak sempat nak duduk lagi dah kena keluar lagi. Eyhyen memandang pemergian Kereta Fakrul dengan gelengan kecil.

"Cha!!"

"Nadhirah!! "

Eyhyen berlari kecil kearah Nadhirah. Tubuh kecil kawan nya di peluk erat. Rindu sangat. Satu satu kawan yang dia ada.

"Kau apa khabar? " Pelukan di lepaskan. Nadhirah menarik tangan Eyhyen kedalam rumah.

"Baik. Alhamdulillah. Kau? " Pintu di tutup. Mereka berdua melangkah ke arah ruang tamu yang besar ruang nya itu.

"Aku baik je. Betul ke kau sihat? Dia ada pukul kau? Buli kau? Suruh kau buat kerja berat berat? Suruh kau kerja? " Soalan yang di lontarkan oleh Eyhyen kepada Nadhirah mengundang tawa gadis itu. Lengan sahabat nya di tanpar pelahan.

"Kau ni. Dia tak buat apa macam yang Kau cakap tu. Dia baik je dengan Aku. Tapi kadang kadang tu ada lah kasar sikit. Lelaki kan. Kau macam mana? Fakrul tu? " Jelas Nadhirah. Eyhyen menjeling Nadhirah. Tak ada soalan lain ke?

"Macam mana apa? Macam tu lah. Dia tolong hantar Aku saja" Jelas Eyhyen apabila Nadhirah sudah tersengih sengih memandang nya.

"Yelah tu" Nadhirah mengusik lagi.

"Jom ronda rumah Kau. Besar nya. Ada berapa bilik? " Eyhyen segera menukar topik. Malas hendak membahas topik itu lagi.

"Ada empat tiga bilik Kut. Aku pun dah lupa. hehe" Nadhirah tersengih. Eyhyen menggeleng kecil. perangai pelupa Nadhirah masih ada.

"Jom lah pergi dapur. teman aku masak" Tangan eyhyen di Tarik lembut. Eyhyen hanya mengikuti.

mereka bergelak ketawa gembira di dapur tanpa sedar ada yang memerhati dengan senyuman sinis.

* * * * *

Harraz dan Fakrul melihat Adam tanpa suara. Dingin saja wajah itu. Fakrul tidak berani mengeluarkan suara nya.

"Kenapa kau suruh kita orang datang Dam? " Soal Harraz berlagak tenang. Adam mengetap gigi.

"Call Mikael and the geng suruh datang Malaysia. Now" Arah Adam tiba tiba. Fakrul dan Harraz mengerut kan dahi mendengar nama tersebut.

"N.O.W" Tekan Adam lagi. Melihat kawan nya yang masih 'lembab' membuatkan dia geram. Fakrul mengangguk laju lalu keluar dari situ untuk membuat panggilan.

Adam menyandar badan nya. Dia mengeluh. Kepala di picit kasar. Harraz hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu apa masalah kawan baik nya itu jadi lebih baik dia diam. Nanti bila Adam dah reda sikit baru lah dia tanya.

Beberapa Minit selepas itu Fakrul masuk semula bersama Telefon di tangan.

"Projek di kampung itu macam mana? "  Soal Adam. Projek di kampung itu di bawah tanggungjawab nya tapi dia menyerahkan kepada Fakrul.

"Dah. Dah siap dah. Pekerja perkerja pun aku dah bayar semua guna duit Aku"  jelas Fakrul. Adam angguk.

"Nanti aku bayar balik" Fakrul angguk. Adam berdiri secara tiba-tiba.

"Jom lah balik. Bini aku dengan Girlfriend Fakrul ada di rumah" Fakrul mendengus lagi. Tak habis habis kata Eyhyen itu teman wanita nya.

"girlfriend? " Soal Harraz Hairan. tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba Fakrul ada Girlfriend.

"Dia bukan girlfriend Aku lah babi! " Fakrul mengetap gigi geram.

"Whatever" balas Adam tenang. Harraz tersengih sinis melihat wajah geram Fakrul.

Adam keluar dari markas mereka di ikuti Harraz. Fakrul mengeluh. Susah cakap dengan babi ni.

-To be continue-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top