Bab 15

Adam genggam tangan Nadhirah erat.
Wajah Si isteri di kerling. Dengan mulut muncung, muka masam.

Mereka sedang berada di Giant Putrajaya.
Lepas selesai 'mengerjakan' Nadhirah tengah hari tadi terus di ajak Nadhirah pergi beli barang.

Mula mula nya Nadhirah menolak. dah lah dia penat layan Adam yang gila itu. Tapi Adam menggunakan kuasa nya sebagai seorang suami.

"Awak nak beli apa ni Adam? penat lah dari tadi berjalan. bukan beli apa pun"

Nadhirah merengut untuk sekian kali nya.
Naik lenguh kaki nya, mana tak nya sudah lebih 30 minit mereka bekalan di dalam Giant tanpa membeli satu barang pun.

"Berani kau merungut depan suami!"

Ujar Adam bernada Tegas. Suka benar dia mengusik Nadhirah. Nadhirah mengeluh.

"Haih yelah yelah maaf"

Nadhirah mengalah. Kalau berdebat dengan Adam dia lah selalu kalah. Adam tersenyum nipis. bertapa mudah nya seorang wanita mengucapkan kata 'Maaf', sedangkan lelaki hanya ego nya saja yang di pertahankan.

Kepala Nadhirah yang berlapik tudung di
gosok kasih. Nadhirah hanya membiarkan perbuatan Adam. Dia suka setiap sentuhan Adam pada diri nya.

Dia merasa di sayangi. Dulu badan nya tempat melempiaskan Marah. di pukul, di dera. namun sekarang badan nya selalu dapat belaian kasih dari insan bergelar 'suami'

"Aku nak beli kemeja dulu"

Nadhirah angguk. Nasib baik nak beli barang.
Kaki di atur kerah pakaian Lelaki. Nadhirah mencapai sehelai kemeja berwarna hijau muda.

Hijau adalah warna kegemaran nya. Di lihat
harga baju tersebut. Mata nya membulat. RM 200! mak aih! mahal nya!

"Kau nak pakai ke?"

Soal Satu suara yang mengejutkan Nadhirah.
Nadhirah toleh belakang. Badan Adam menjadi pandangan suci nya.

"Eh tak lah"

Nadhirah menggeleng. Dia tak gila lagi nak pakai kemeja lelaki. Tapi kemeja hijau itu benar benar mengusik diri nya. Cantik sangat!

"Awak beli kemeja warna Apa?"

Soal Nadhirah. Adam menunjukkan bahagian
kaunter yang terdapat beberapa helai baju kemeja nya.

"Merah dan Hitam lagi?"

Soal Nadhirah tidak percaya. Dalam bilik lelaki
itu, sudah terlalu banyak warna hitam dan merah.

"So?"

Tangan di masukkan kedalam poket seluar.
Pekerja pekerja di situ memasang telinga. mula nak membawang.

"Ambil lah warna lain pulak. Warna biru ke,
kuning ke hah! tak pun hijau ni. cantik lah juga"

Kemeja Hijau di angkat dan di tunjuk betul betuk betul depan muka Adam. Adam menepis kemeja itu. Ingat di buta ke?

"Tak cantik"

Balas Adam. Nadhirah mengeluh. Adakah lelaki itu buta? kemeja yang cantik ini dia kata tak cantik.

"Awak asyik Warna Merah dan hitam je. Ambil lah warna Lain pulak. Macam orang tak ada life! nak kata tak ada life ada, dah ada isteri dah pun. karang kalau isteri awak ni dah tak ada baru tahu, baru lah nak ada life! kalau macam tu lebih baik tak payah ada is-

Ceramah panjang Nadhirah terhenti apabila
Adam merampas kemeja yang di baluti plastik putih lutsinar yang di pegang nya.

"Haih! yelah yelah! aku beli! tak payah membebel panjang sangat, karang aku cium
kau kat sini naya kau"

Adam menjeling Nadhirah. Tali leher nya yang sedikit senget di betulkan. Kenapa dia pakai pakaian formal? Lepas dia selesai membeli barang dia akan pergi ke Syarikat nya.

Adam dan Nadhirah keluar dari kedai tersebut.
Nadhirah membawa bag kertas yang berisi kemeja Adam.

Tiba tiba telefon Adam berbunyi,dengan
segera Adam menjawab panggilan tersebut.

Dia menjauhi Nadhirah sedikit, takut Nadhirah
terdengar perbualan mereka.

"Hmm ada apa?"

"anak buah 'dia' perhatikan kau"

Ujar Harraz di talian.

"belah mana?"

"sebelah kanan Nadhirah belakang kau, jangan
tengok!"

"Ermm k"

panggilan di tamat kan. Adam kembali mendapatkan Nadhirah. bahu Nadhirah di peluk.

"kita pergi makan dulu"

Di tarik tubuh Nadhirah berjalan sebelah nya.
Sempat lagi dia memandang anak buah 'dia'
yang memerhati Nadhirah tadi. Adam tersenyum sinis.

* * * * *

"Hah minum lah fakrul, ini je pakcik
boleh buat. Eycha tak ada kalau tak dia lah
yang buat air"

Fakrul ketawa di ikuti En. Ahmad, Ayah kepada Eycha Eyheyn. Air yang terhidang di atas meja di bawa ke mulut. di hirup air tersebut.

Sudah seminggu kejadian dia menyelamatkan
Eyheyn, sejak itu dia mula rapat dengan keluarga Eyheyn.

Eyheyn tiada ibu, dia hanya mempunyai Ayah.
Ayah nya kacak walaupun sudah berumur.

"Eycha mana pakcik"

Soal Fakrul. biasa nya kalau dia datang minah tu awal awal duduk di ruang tamu itu. En. Ahmad tersenyum.

"Dia pergi Rumah ketua kampung, ada surat
kata nya haha"

Di akhir Kata En. Ahmad dia tergelak kecil.
Fakrul tersenyum. En. Ahmad sangat mengambil berat pasal Eyheyn, bukan macam daddy nya.

Huh

tanpa Fakrul sedar dia mengeluh kecil.
En. Ahmad senyum. belakang badan lelaki
muda itu di gosok. Fakrul tersentak.

"Kenapa kamu mengeluh?"

Soal En Ahmad. Fakrul tersenyum tipis.
Lelaki tua ini sangat prihatin.

"Tak ada apa lah pakcik"

"Panggil Abah aje lah, lagi selesa. Kalau
ada masalah cerita lah pada Abah. Mungkin
abah tak boleh tolong tapi abah boleh jadi pendengar"

Bahu Fakrul di usap. Mereka berdua ketawa
bersama. Fakrul selesa bercakap dengan En Ahmad. kerana En. Ahmad sangat sporting.

"Baik lah Abah"

Mereka ketawa lagi. ketawa mereka terhenti
apabila suara seorang wanita menjerit gembira.

"Abah! abah! Eycha dapat! Abah!"

En Ahmad pandan suara tersebut. Anak dara
nya yang memegang sehelai kertas menjadi pandangan.

Eyheyn terus masuk dan berdiri di tepi
En Ahmad yang sedang duduk. Dia masih
tak perasan kehadiran Fakrul di rumah mereka.

"Abah! Cha Dapat kerja kat KL! jadi cikgu!"

Eyheyn menjerit teruja. Menjadi Guru adalah
cita cita nya dari kecil lagi. Jadi tak payah hairan lah kalau dia teruja bila di terima menjadi guru di sekolah menengah.

"Iye? Alhamdulillah"

En Ahmad bangun lalu memeluk Eyheyn,
Eyheyn dengan gembira nya membalas pelukan
Si Ayah.

Fakrul tersenyum. gembira dia melihat keluarga
Ini. Walaupun hidup serdahana namun mereka tetap gembira.

"Eh, Abah lupa. Ni Fakrul datang"

pelukan di leraikan. En Ahmad kembali
duduk. Eyheyn seakan baru tersedar yang fakrul juga berada di rumah mereka.

"Eh, sorry buat drama tak berbayar"

Eyheyn tersengih malu. Kepala yang tidak gatal di garu. segan kerana dia menjerit tadi.

"Erm tak kisah"

Jawab Fakrul sambil meletakkan cawan
ke atas meja. Dia bangun di ikuti En Ahmad.

"saya balik dulu ye Abah, ada kerja"

Pamit Fakrul sopan. Kalau di KL perangai bukan
main lagi. semua carutan keluar dari mulut lelaki itu.

Eyheyn jadi pelik. Abah? sejak bila abah aku
ada anak lain? eyheyn desis hati Eyhyen.

"hah yelah, hati hati"

Tangan tua itu di cium oleh Fakrul.
En Ahmad menggosok rambut lelaki muda itu.

Setelah Fakrul hilang dari pandangan serta dari rumah mereka Eyheyn membuka mulut bertanya

"kenapa dia panggil abah, abah?"

En Ahmad tidak menjawab sebalik nya dia senyum. En Ahmad berlalu masuk kedalam bilik meninggalkan Eyheyn.

Eyheyn menggaru kening nya, pening lah!

* * * * *

Harraz bersandar pada kereta milik nya.
Kereta milik nya elok terparking di hadapan
restoran yang sudah mahu tutup.

Rokok masih setia di tangan. Asap rokok berkepul kepul keluar dari mulut cantik Harraz.

Seorang wanita cantik ayu bertudung keluar
dari restoran tersebut sambil tersenyum.

senyuman nya mati apabila dia terlihat Harraz di hadapan restoran milik nya.

Wanita itu jalan tanpa menghiraukan Harraz.
Harraz tersenyum sinis. ingat boleh lari? tak akan!

Pantas lengan wanita itu di tarik.

"Apa encik ni! lepas lah!"

Wanita meronta. Haram tangan nya di sentuh oleh lelaki itu. Harraz buat tak kisah.

"Encik ni siapa hah?! dari hari tu lagi encik ikut saya! saya tak ada hutang dengan Encik pun! saya tak kenal encik!"

Wanita itu menjerit marah. Mana tak nya, sudah seminggu Harraz mengekori diri nya, dah lah muka macam psycho!

"Kau tak kenal aku, tapi aku kenal kau"

lengan wanita itu di tarik ke hadapan,
mata nya dan wanita itu bersatu..

apa ni?

-To be continue-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top