Page 7 : Tipu
Dear love,
Tadi awak tanya, sakit tak buat chemo?
Saya cakap, macam semut gigit je kan?
Saya tipu.
Sakit.
Sakit gila!
It feels like, the whole body is burning up with a flame.
Saya ingat, saya akan mati.
Alhamdulillah.
I am still here.
Jihan pegang tangan Qawiy rapat-rapat bila terasa ada tangan lain yang sedang bekerja di bahagian bawah badannya.
"Are you okay?" Qawiy menunduk untuk menyoal bila nampak Jihan macam tak selesa.
"Okay, tapi lama lagi ke? Saya malu lah." Jihan bisik ke telinga Qawiy, tak mahu didengari oleh doktor yang sedang menjalankan tugasnya memasang chemoport di celahan kaki Jihan.
Qawiy tersenyum. Ada je Jihan ni nak komen. "Nak malu buat apa? Kan doktor tu doktor perempuan?"
"Tapi still saya malu jugak. Awak je pasang tak boleh ke sayang? Qawiy kan doktor jugak."
Qawiy tekup mulut tahan gelak. "Mana boleh, ini bukan hospital saya. Lagipun mana boleh sesuka hati, nak pasang-pasang benda ni ingat boleh suka-suki ke sesiapa yang buat? Dia ada specialist dia tau." Qawiy menerangkan.
"Mana lah saya tahu." Jihan mencebir.
"Encik, puan, kami dah siap pasang chemoport, nanti kejap lagi Doktor Irsyad masuk untuk beritahu pasal chemotherapy."
"Okay, terima kasih doktor." Qawiy wakilkan Jihan.
....
"Sayang ready?"
"Don't worry, ini Jihan. I'll be good, I can do it." Jihan bercakap besar, lebih kepada nak sedapkan hati sendiri. Ini pertama kali dia hendak melakukan rawatan kemoterapi.
Qawiy angguk. Ya, Jihan kuat.
Melalui pembacaan Jihan di internet, mereka kata rawatan ini sangat menyakitkan. Tapi, sakit apa yang lagi sakit melainkan sakaratul maut?
Kan?
Haha, itu cara Jihan nak brainwash diri sendiri.
"Boleh kita mulakan?" Doktor Irsyad di hujung kaki Jihan bertanya.
"Boleh."
"Bismillah ..."
...
"Ya Allah, selamatkan Jihanna Ya Allah, make her strong, aku merayu."
Doa Qawiy di luar wad. Dia tak mampu untuk terus berada di dalam.
Masuk sahaja ubat ke dalam badan Jihan, isterinya terus menggeletar. Nafas tercungap-cungap, badan berpeluh.
Seperti terlalu sakit.
Terus Qawiy keluar.
Sekarang sudah 30 minit berlalu, tapi doktor-doktor di dalam masih belum keluar.
"Encik Qawiy." Qawiy mendongak bila namanya dipanggil.
"Ya doktor, macam mana dengan Jihan?"
Doktor Irsyad tepuk bahu Qawiy. "Something happened. Kita terpaksa kuarantin Jihan untuk pemantauan, sebab femoral line dia ada infection."
Sumpah Qawiy pegun. Sepantas kilat dia merenung ke muka pintu wad di mana katil Jihan sedang ditolak oleh petugas hospital.
Jelas Jihan yang sedang berbaring di atas katil itu, lemah, terkulai layu, seperti tidak sedarkan diri langsung.
"She, she, she will be o, okay right?"
"Insya Allah, doa lah banyak-banyak."
Dan Qawiy ditinggalkan bersendirian memerhati lorong koridor yang sudah kosong.
Awak tipu, awak cakap awak akan kuat.
Why did you lie on me Jihanna?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top