Page 6 : Lymphoma.

Dear love,

Saya tak nak pergi.



"Sayang, are you sure you are okay?" Sejak tadi Qawiy tak habis-habis bertanyakan tentang kesihatan Jihan.

"Okay, jangan risau." Sedangkan dalam hati, Jihan rasa macam paru-parunya hendak pecah sahaja dari tadi dia batuk-batuk tak berhenti.

"Jom kita pergi hospital lah macam ni, dari petang tadi awak tak berhenti batuk. Teruk sangat." Mahu diberi ubat batuk, Jihan kata dia sudah minum petang tadi. Tapi lihatlah, tidak surut juga.

"Takpe, uhuk!" Jihan sampai tertunduk-tunduk menekup mulut bila terasa perut dan dadanya pedih. Tekak dia terasa terbakar.

"Ya Allah. I don't care, jom kita pergi hospital." Qawiy bangun dari katil, tudung Jihan yang bersangkut pada dinding dia ambil beserta dengan baju sejuk.

"Qawiy, tak payah. Saya okay." Jihan tahan Qawiy dari menyarungkan tudung ke kepalanya.

"Okay apa nya kalau batuk teruk macam ni sekali? I know you are not okay. Ini bukan batuk biasa Jihanna. Look at you, look at your face, pucat, kurus. This is not look okay to me."

Bahu Jihan jatuh. Ya, ini memang bukan batuk biasa-biasa yang boleh hilang bila makan ubat batuk. Bukan.

Dia lupa yang Qawiy itu seorang doktor. Bukan seorang lelaki biasa yang boleh dia tipu dengan kata-kata kosong.

Jihan mendongak, merenung sekujur wajah jernih milik Qawiy. Lelaki ini berhak tahu tentang sakitnya.

"Siang tadi saya pergi hospital." Jihan mulakan ceritanya.

"And then doktor cakap apa?" Qawiy masih lagi berdiri.

Jihan tarik Qawiy supaya duduk dengan dia di atas katil.

"Jihan, cepatlah, doktor cakap apa? Infection ke dekat trachea awak?"

Geleng.

"Habis tu?"

Jihan tak dapat kawal air matanya dari terus membanjiri tubir mata. Dia melutut kemudian terus menyambar badan Qawiy, dipeluk-peluknya Qawiy sekuat hati.

"Jihan, what is wrong? Doktor cakap apa? Jangan lah buat saya takut." Qawiy cuak dengan reaksi Jihan. Mula-mula dia menangis. Sekarang dia peluk Qawiy pulak.

Something is wrong here.

"Doktor kata, Nur Jihanna mungkin ada cancer."

Dapat Jihan rasa badan Qawiy yang mengeras disebalik pelukannya.

"Awak tak main-main kan?"

Geleng.

Terus Qawiy leraikan pelukan Jihan dan pegang kedua-dua bahu isterinya seerat mungkin.

"What kind of cancer? Mana awak punya medical report?" Qawiy bergegas turun dari katil dan pergi ke meja, tempat Jihan tunjuk dia letakkan surat yang Doktor Masyitah berikan kepada dia siang tadi.

Baca sahaja kertas itu, Qawiy terasa kakinya terus tidak berpijak di bumi yang nyata.

"Saya akan okey kan? Saya takkan mati kan?"

Qawiy tergamam bila mendengar bicara halus lagi meruntun jiwa Jihan melihatkan dia yang termanggu.

Laju dia pergi membawa Jihan masuk ke dalam pelukan. Dia hirup haruman rambut Jihan semahunya, mencari ketenangan supaya hatinya yang hebat bergelojak ini bakal pulih seperti biasa.

"Nothing is wrong, you will be okay. Nur Jihanna will be okay."

Jatuh lagi air mata Jihan.

Dia tahu.

Qawiy tipu.

...

Qawiy pandu kereta dengan berhati-hati. Tak mahu menggerrakkan Jihan yang sedang lena diulik mimpi. Kuat bunyi nafas yang keluar dari hidung dan mulut isterinya menandakan tahap kesukaran dia untuk menyedut oksigen.

Nur Jihanna, disahkan menghidap kanser, Hodgkin Lymphoma Stage 3b.

Di saat dia yang mendengar pengesahan itu, Qawiy rasa seperti rohnya diangkat terus dari jasad, sedih, hiba. Itu dia, Jihan?

Jelas tertampal riak sedih di muka Jihan. Air mata memang menjadi teman baik pipi isterinya.

Qawiy sebagai doktor sepatutnya lebih maklum untuk mengawal emosi agar tidak terlalu keterlaluan menunjukkan dia terkesan, tapi tidak boleh.

Entah ke mana semua ilmu psikologi yang dia pelajari selama ini hilang berterbangan bila masuk ke dalam kes kesihatan Jihan.

Di depan doktor juga tadi mereka berdua menangis. Dua minggu sementara menunggu keputusan biopsy keluar, dua minggu juga Qawiy menjadi saksi kesakitan Jihan.

Luruh semua ego dia sebagai seorang lelaki. Menangis dan terus menangis.

Qawiy jadi cengeng.

Tapi bukan depan Jihan. 

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top