Page 5 : Diagnosed.

Dear love,

Saya ...

Erm ...

How should I write this?

How should I tell you what is happening inside of me bila muka awak sangat happy sambut saya balik dari kolej?

Tengok awak risau nampak muka saya pucat pun saya dah speechless.

Saya nak bercerita, tapi saya tak sampai hati.

Saya tak nak awak sedih.

Saya tak tahu lah awak perasan ke tak, I'm faking my smile.

Baru hari tu saya tahu, pura-pura ceria bila tengah sedih tu susah, susah gila.

Nak pulak bila depan awak.




"Jihan, kau tak sihat ni." Aimi sentuh dahi Jihan, panas.

"Aku okay- uhuk!" Tak habis lagi bercakap Jihan sudah terbatuk-batuk kuat. Merah muka dia menahan perit yang hadir.

"Weh, muka kau pun teruk sangat ni, pucat. Tak payah datang lah malam ni, duduk je bilik." Aimi mula risau. Sudah seminggu Jihan jadi manusia tak bermaya, muka pucat, bibir kering, batuk dia pun makin teruk.

"Mana boleh, habis siapa nak handle meeting?" Jihan dengan cungapnya cuba untuk bernafas. Lelah terasa walaupun untuk menghirup oksigen.

"Naim kan ada, takkan kau nak pergi jugak. Muka kau pucat sangat ni tahu tak? Bengkak pun iya jugak. Rehat lah weh." Aimi papah Jihan dari tepi bila nampak Jihan seperti terhuyung-hayang berjalan.

Mereka berdua duduk di atas bangku di DC. Jihan pandang muka Aimi. Dalam hati, dia turut mengaku, yang badannya terasa sangat lemah.

Nak buka mata pun terasa berpinar.

"Tak apa ke aku tak datang?"

"Takpe, kita pergi Pusat Kesihatan nak malam ni? Nanti aku cakap dengan Naim, kau tak dapat attend meeting. Takkan lah dia nak marah kau sakit-sakit macam ni. Bukan demam biasa dah ni, macam teruk sangat dah aku tengok."

"Eh, takpe, aku boleh pergi sendiri.Kau attend meeting." Jihan menegah, tak mahu susahkan Aimi.

"Jangan nak mengada lah. Aku bukan orang penting pun, setakat penolong bendahari je buat apa sangat? Duit semua aku dah bagi dekat Hakim. Malam ni aku teman kau." Aimi tetap berkeras mahu menemani Jihan.

Jihan sedaya upaya mengukir senyum walaupun payah, bibirnya pecah, perit walaupun untuk tersenyum.

"Thank you Mi."

"Welcome. By the way, kau beritahu tak Doktor Qawiy yang kau tak sihat ni?" Soalan Aimi yang tiba-tiba berjaya mematikan senyuman tawar Jihan.

Qawiy?

"Tak."

"Ha?" Aimi sudah tercengang. "Kenapa?"

"Aku tak nak susahkan hati dia. Lagipun sekarang dia tengah busy study untuk test doktor dia."

Aimi hanya mampu mengeluh, nak cakap apa lagi kan?

Suami dia, bukan suami Aimi.

...

"Awak nampak tak ketulan-ketulan kecil dekat bahagian sini?" Doktor Masyitah tunjuk bahagian yang dia maksudkan guna pointer.

Jihan pegang kedua-dua tangannya yang sudah sejuk dan menggigil. Rasa takut menghantui diri.

"Nam, nampak."

Doktor Masyitah perhatikan muka Jihan sebentar sebelum sambung bercakap. Dia cuba untuk menyusun kata agar anak muda di depannya ini tidak terlalu terkejut.

"Dari x-ray ni, yang boleh saya simpulkan, Jihan berkemungkinan mengalami antara tiga jenis penyakit, Germ Cell Tumour, TB ataupun Lymphoma."

Dum!

Jihan terasa ada batu besar jatuh menghempap dia.

"A, apa doktor?"

"Be strong dear, ini cuma pemerhatian awal saya melalui x-ray. Jihan bukan ada tiga jenis penyakit ni serentak, awak berkemungkinan menghidap salah satu daripada tiga penyakit tadi. Saya tak boleh nak buat assumption, untuk dapatkan result yang lebih tepat, Jihan kena buat CT scan dulu."

Seperti angin lalu, semua yang Doktor Masyitah cakap seperti tak membawa maksud apa-apa kepada Jihan.

Dia masih lagi terkejut.

Jihan ada cancer?

"Jihan belajar lagi kan?" Tanya Doktor Masyitah.

Angguk.

"Sem berapa?"

"Lima."

"Owh, I see ..." Jihan nampak Doktor Masyitah seperti menulis sesuatu di atas borang sebelum dia menghulurkan sekeping kertas pada Jihan. "Here is MC's letter, saya syorkan awak tangguh dulu belajar sebab awak punya result x-ray shows some abnormal behaviour."

Jihan sambut surat pelepasan belajarnya dengan tangan yang terketar-ketar.

Jihan berkemungkinan ada cancer di paru-paru, sekarang doktor nasihatkan dia supaya tangguhkan belajar?

Allah, Allah, Allah ...

Dugaan apakah ini Ya Allah?

...

Mati.

Semua manusia akan mati.

Cepat atau lambat, setiap yang hidup, setiap yang bernyawa tetap akan mati.

It just the matter of time.

Kan Jihan?

Tapi Jihan tak mahu pergi lagi, Jihan masih tidak bersedia untuk meninggalkan dunia ini lagi. Tidak, dia belum bersedia.

Air mata setia menjadi teman pipi.

Dalam lelah, dia teresak. Sedu berlumba dengan air mata, siapa lagi hebat keluar.

Nafasnya mencungap, isyarat mahu Jihan berhenti menangis dan beri ruang kepada diri untuk bertenang, tapi dia pedulikan.

Dia tetap menangis dan menangis.

Jihan tak mahu pergi.

Lagi.

....

"Saya dah masuk Seksyen 7 ni, awak tunggu dekat mana?"

Sambil menyandar ke dinding untuk merehatkan kepalanya, Jihan alihkan telefon ke telinga kiri. "Saya tunggu dekat dataran Mawar. Awak masuk je dalam."

"Okay, see you. Asalammualaikum."

Waalaikumusalam. Jawab Jihan di dalam hati. Telefon yang skrin nya sudah gelap dia letak ke atas riba, mata dipejamkan dengan harapan pening di kepala bakal berkurangan.

Pin!

Jihan membuka mata bila terkejut mendengar bunyi hon, dia bangun dan berpaling. Bibirnya merekah dengan senyum bila kereta Qawiy terparkir betul-betul depan pentas Dataran Mawar.

Qawiy melambai-lambai dari dalam kereta, menggamit Jihan supaya masuk.

Jihan angkat kesemua barangnya dan berjalan perlahan, dia cuba untuk tidak nampak seperti orang yang tidak bermaya, tak mahu Qawiy bimbang.

Bolos sahaja Jihan ke dalam kereta, terus mukanya diperiksa Qawiy.

"Kenapa panas ni sayang? Awak demam ke?"

Jihan menyandar dahulu badannya ke kerusi. Air mata yang mahu mengalir dia tahan. "Aah, demam sikit, sebab tu saya suruh awak jemput balik ni. Dapat MC."

"Lah, kenapa tak cakap, berapa hari dah ni demam?" Qawiy sudah meliar tangannya meraba muka, leher dan tangan Jihan. Semuanya panas.

"Seminggu." Jihan gigit pipi dalam, bimbang tangis terlepas.

"Subhanallah ... Kenapa tak bagi tahu awal?"

"Lupa." Jihan pura-pura comel, konon demam dia tidak serius mana sehingga 'terlupa' memberitahu Qawiy.

"You're impossible." Bisik Qawiy perlahan, geram dengan Jihan.

"Alah, jangan lah marah, kan saya dah balik ni. Doktor Qawiy kan ada? Boleh kan jaga saya?"

Qawiy tarik seatbelt Jihan dan buckle up. Sempat dia tarik hidung Jihan sebelum memandu keluar dari Dataran Mawar.

"Nur Jihanna ni memang suka buat gempak tau." Omel Qawiy.

"Sayang ... jangan lah marah. Tak rindu saya ke?"

"Rindu."

"Habis tu? Macam tak rindu je." Jihan mengiring supaya badannya menghadap Qawiy yang sedang memandu.

"Dah hilang lepas nampak awak." Qawiy cubit pipi Jihan perlahan sebelum kembali fokus memandu.

Bibirnya menguntum senyum mendengar bicara manis sang suami. Tapi itu tidak lama.

Kalau Jihan mati, Qawiy tetap akan rindukan Jihan ke?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top