Page 4 : Surprise
Dear love,
Tadi saya kira-kira, tak sangka hari ni rupanya dah dekat setahun kita officially jadi husband and wife.
Happy first year anniversary!
Over kan?
Kisah pulak saya. Haha.
Just nak cakap, setahun berlalu dengan sangat laju sebab ada awak.
Eceh ...
Sweet tak?
Tiba-tiba teringat, pasal dulu saya buat surprise untuk 100 day anniversary, haha
"Asalamualaikum." Qawiy tekan loceng sebelum masuk ke dalam rumah. Dia ada kunci, tapi dalam beg laptop, malas nak bukak beg dan cari.
"Mana Jihan ni." Dia mengomel perlahan bila salam yang ketiga dia beri, tapi pintu tetap juga terkatup rapat, langsung ada tanda untuk dibuka dari dalam.
Tok, tok, tok.
Qawiy ketuk.
Loceng juga ditekan.
"Jihan!"
Qawiy mengeluh. "Tidur lah ni." Malas-malas zip beg dia buka. Kunci dikeluarkan.
Masuk sahaja ke dalam rumah, mata dia terhidang dengan pemandangan ruang tamu yang sudah berubah seratus-peratus dari yang asal.
Segala perabot dan sofa semua habis ditolak ke tepi. Yang ada di tengah-tengah ruang tamu adalah belon-belon helium yang berbentuk hati berterbangan.
Lampu juga tidak dipasang, sebaliknya digantikan dengan nyalaan lilin yang malap mencipta suasana yang romantis.
"Surprise!" Jihan yang bersembunyi di dapur muncul sambil memeluk Qawiy dari belakang.
Terlepas gelak kecil dari bibirnya. Qawiy meraup muka. "Jihanna ..."
"Sayang suka tak?" Jihan menjengket untuk melihat muka Qawiy.
"Patut lah saya ketuk tak bukak-bukak." Qawiy pusingkan badannya dan berdiri berdepan dengan Jihan. Dia lihat isterinya ini dengan hati yang bahagia.
"Saya pulak berdebar tahap apa je bila awak tak habis-habis ketuk." Jihan ambil lengan Qawiy dan dia paut manja.
"Kita celebrate apa ni Jihan? Birthday awak dengan saya lambat lagi kan?"
"Anniversary."
"Anniversary? Lambat lagi kan?"
"Kalau setahun memang lah lambat, hari ni yang ke seratus hari." Jihan angkat tangan tunjuk peace dekat Qawiy yang sudah terlopong mulutnya.
"Awak memang tak ada kerja atau awak memang rajin?"
Mengekek Jihan gelak dengar Qawiy tanya soalan macam tu.
"Dua-dua. Bosan lah duduk rumah sorang-sorang. Doktor Qawiy ni kan busy."
Alahai, serba-salah pulak dia dengar Jihan cakap macam tu. "Alah, esok shift saya lambat, okay malam ni kita celebrate, saya teman awak chit-chat sampai pagi? Cun?"
"Really?"
"Yup!"
"Yeay! Let's celebrate. Saya masak macam-macam ni." Jihan seret Qawiy pergi ke tengah-tengah ruang tamu. Segala beg laptop Jihan ambil dan simpan dalam bilik.
Tali leher yang kemas membelit kolar baju Qawiy Jihan longgarkan dan tanggal, lengan baju Qawiy dia sensing sehingga ke siku. Seronok melayan Qawiy seperti raja.
"Okay, jom duduk." Jihan sudah bersila dulu di atas lantai marmar yang beralas dengan karpet yang sudah siap dia bentang kain saprah sebagai alas.
"Asal tak guna meja?"
"Alah, meja tu jadi typical candle light dinner, tak best, orang selalu buat, kita buat kampong style candle light dinner. Baru rare."
Qawiy mencebir bibir. Ada je benda dia nak jawab kan.
"Suka hati lah sayang." Qawiy sudah bersila. Dia perhatikan semua lauk yang terhidang. "Surely you are 'rare' Nur Jihanna."
"Why is that?" Terhenti tangan dia dari mencedok lauk.
"Kita duduk bersila, tapi makanan western. Awak nak gabungkan dua culture dalam satu celebration eh?"
Jihan terdiam, baru dia perasan, memang betul, semua makanan di atas lantai tu semua nya makanan barat, chicken chop, pasta, mash potato dan mushroom soup.
"Aah la, saya baru perasan."
Qawiy tergelak lagi.
"Aduhai ... ni macam mana nak makan chicken chop atas lantai ni? Nak potong guna pisau?"
"Pakai tangan je lah sayang. Tak yah pakai pisau."
Pulak ...
Sabar lah Qawiy, dapat isteri macam Jihan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top