Bab 57
-
Aqram menanggalkan hoodie di kepalanya. Automatik aku tersentak. Dia bukan Aqram tapi
Kamil.
Badan aku terasa kejung melihat senyuman sinisnya. Apa aku nak buat sekarang? Mata aku pun dah berair. Rasa takut menyelubungi diri.
"Tak sangka kita boleh jumpa macam ni. Duduk sebelah sebelah pula tu. Dah lama abang tunggu saat ni dik."
Dadaku berombak hebat. Seluruh tubuh badan seakan menggeletar.
"Kau tak seronok ke dapat tengok abang kau ni semula Fira? Rasanya dah lama kita tak borak sama sama, ketawa sama sama ha lepastu keluar berdua macam ni." sejurus selepas itu dia tergelak.
Memang serupa habis dengan iblis!
"Apa kau nak daripada aku?" soalku cuba memberanikan diri meskipun jelas suara aku bergetar.
"Eh apa kau aku pula dengan abang ni? Kasarnya? Tak suka abang dengar lah dik. Berdosa kurang ajar dengan orang tua."
Aku memandangnya tajam. "Habis kau bunuh orang tu bukan dosa? Aku jijik lah dengan kau! Tak ada hati perut! Sampaikan abang kandung sendiri pun kau bunuh!" tengkingku.
Rambutku lalu ditarik dan digenggam kuat menggunakan tangan kirinya. "Berani eh tinggikan suara dengan aku? Mentang-mentanglah kahwin dengan polis terus berlagak hebat. Bagus Fira bagus!"
"Lepaslah Kamil!" sakitlah bodoh! Air mata aku apalagi terus mengalir laju.
"Aku akan dengar cakap kau ke hah? Dasar perempuan sial!"
Gigi aku ketap menahan sakit. Aku tak fikir lain lagi dah sekarang ni. Aku perlukan pertolongan. Aku rasa terseksa!
"Apa kau nak buat dengan aku Kamil?"
"Ermm kita mati sama-sama nak? Aku lebih rela mati daripada kena tangkap dengan polis. Nak tak Fira? Ikut aku mati?" sekali lagi dia tergelak.
"Kau gilalah Kamil.." suaraku terus hilang tika rambut semakin ditarik hebat.
"Memang aku gila! Aku gila sebab kau! Kau yang jadikan aku gila! Kau rampas keluarga aku! Kau rampas kasih sayang mereka! Kau rampas kebahagiaan aku! Kalau kau tak datang dalam keluarga aku, takkan jadinya kau macam ni lah sekarang. Dan aku pun takkan gila."
Aku nak keluar dari kereta ni! Aku tak sanggup terperangkap lama lama macam ni. Aku nak selamat.
"Sakitlah Kamil." aduku lagi.
"So what? Eh kau dengar sini, aku dah lama impikan saat ni. Bagi kau satu kejutan dan layanan hebat. Teruja betul aku. Kau tak happy ke Fira?" gengamannya diketatkan.
Ya Allah aku sakit..
"Kita kena berterima kasih pada Dazrin. Dia lah yang jemput aku datang majlis nikah kau dulu. Kalau tak kita takkan mungkin dapat bersua sekarang adikku sayang."
Jadi bayangan dia yang aku nampak tu.. memang real lah!
"Tak sangka rakan kongsi syarikat papa kita rupanya keluarga suami kau. Kecik betul dunia ni kan? Eh tak, rasanya kau takkan dapat lari daripada aku lah Fira. Ajal kau tertulis kat tangan aku."
Otak dia! Memang sah dia dah tak ingat Tuhan lagii
"Mesti kau ada buka kotak merah yang aku bagi tu kan? Kau tertanya-tanya tak siapa pemberinya lepas tengok kotak tu kosong? Ish kau Fira memang bodoh. Takkan kau tak syak apa apa aduhh. Bongok!"
"Lepaslah Kamil!" rambut aku dah rasa nak tercabut tahu tak!
"Argh sial lah!" dia lalu menolak kasar kepalaku dan tak semena-mena terhantuk pula pada tingkap kereta.
Aku tak tahan.
"Diorang memang nak kena dengan aku!" bebel Kamil seorang diri.
Aku cuba angkatkan kepala dan berpaling ke arah belakang kereta.
Mataku terus membulat saat melihat kelibat Dani dan Aqram mengejar kami. Dani menunggang bigbike-nya dan Aqram aku tak tahu motorsikal siapa dia bawa.
"Jangan harap korang akan hidup lagi lepas ni. Kau takkan selamat, mereka pun akan hilang nyawa."
Hati aku mula rasa tak sedap. Kamil mula memperlahankan kelajuan kereta. Apa dia nak buat nii
"Kamil kau tak boleh larikan diri lagi! Lebih baik kau serahkan diri pada polis."
"Kenapa Fira? Kita kan nak mati sama sama. Jangan risaulah. Kekasih kau dua ekor tu pun akan ikut kita sekali."
"Apa kau nak buat ha?"
"Tengok je lah sendiri."
Sejurus selepas itu Dani dan Aqram berjaya memotong Kamil. Aku perasan Kamil senyum segaris. Jantung aku berdebar kencang nak mampus.
Tadi Kamil cakap dia lebih rela mati daripada ditangkap. Kalau macam tu sah sah lah dia tak takut mati! Kelihatan dia mula menekan minyak.
Tak. Tak boleh!
Aku cuba untuk membuka tingkap tetapi cepat cepat Kamil menahan tanganku. Pergelangan tanganku digenggamnya kuat.
"Kau nak buat apa Fira? Aku nak kau saksikan apa yang aku nak buat ni."
"Jangan Kamil. Tolong. Kau nak bunuh aku bunuh je lah tapi jangan mereka!" pintaku. Wajahku memang dah basah gila sekarang.
Kamil tidak mengendahkan permintaan aku. Jantan iblis ni memang tak boleh bawa bincang! Dia masih menekan minyak. Aqram yang perasan dengan perubahan kelajuan kereta ini memberi isyarat kepada Dani supaya mencipta jarak dari kereta kami.
Kemudian aku perasan Kamil seolah mula menyasarkan Dani.
"Kamil stop lah. Aku merayu dekat kau."
"Selamat berjumpa di alam barzakh!"
Kamil mula menekan minyak ke arah Dani tiba-tiba muncul Aqram melanggar Dani pada masa yang sama dia dirempuh Kamil. Aku menutup laju mataku. Rempuhan tersebut menghasilkan hentakan dan bunyi yang dahsyat. Tingkap hadapan kereta berkecai pecah menimpa kami.
Kamil mula hilang arah. Pemanduannya sudah tak tentu. Kemudian sekelip mata kereta terbabas di tepi jalan merempuh pula sebuah pokok besar. Kami sama sama terhantuk ke hadapan.
Aku cuba mengatur nafas. Dengan kudrat yang berbaki aku cuba untuk membuka pintu kereta. Tali pinggang keledar dilepaskan.
Allah. Dapat aku rasakan banyak darah keluar di kepala. Luka luka di wajah akibat serpihan kaca tadi berdenyut-denyut pedih.
Terkuak saja pintu kereta, aku terus jatuh tertiarap di atas rumput. Anggota badan sudah terlalu lemah.
Gugur semula air mataku saat melihat Dani dan Aqram sedang rebah di atas jalan raya. Mereka sudah dikerumuni orang ramai.
Ya Allah, hanya padaMu aku berserah.
Rintik-rintik hujan mula jatuh mengenai wajah. Tidak lama kemudian, pandanganku mula kabur. Suasana gelap gelita menyeliputi pemandangan. Mataku pun terkatup rapat.
🥀🥀🥀
Aku mengerut hairan tika mama papa menghalang langkahku untuk masuk ke dalam rumah.
"Adik, kenapa guna gaun putih ni sayang?"
Gaun putih? Aku melihat pakaian yang aku pakai sekarang. Memang gaun putih. Mama papa pun pakai baju warna putih. Jadi apa nak dihairankan?
"Adik nak ikut mama papa lah. Kita kan nak pergi sama sama?"
Mama mengusap lembut pipiku. "Adik tak boleh ikut kami. Bukan masanya lagi."
"Fira penat ma. Fira dah tak mampu. Tolonglah bawa Fira pergi sekali. Pergi jauh dari sini. Fira nak hidup tenang." aku sudah mengenggam tangan mama. "Papa?" wajah papa di sebelah mama aku kerling.
"Tak ada manusia yang tak diuji adik. Allah uji Allah sayang. Ujian itu mampu mendewasakan kita. Mengapa kita perlu mengeluh dan larikan diri dari masalah jika kita punya Tuhan Yang Maha Mengasihani?" papa bertutur perlahan.
Tubir mataku terasa panas.
"Betul cakap papa tu adik. Baliklah ke sana sayang. Masih ramai yang tunggu adik di sana. Kasihankan lah mereka berdua itu yang sedang bertarung nyawa di sana. Hrm?"
"Adik tak kuat.."
"Tak. Anak mama papa ni kental orangnya. Adik kena ingat yang kami tak pernah tinggalkan adik. Kasih sayang kami sentiasa mengiringi langkah adik." perlahan-lahan mama meleraikan genggaman tanganku.
Papa pula mendekatiku dan menghadiakan kucupan lembut di dahiku. "Adik mesti ingat, ujian yang Allah turunkan bukan sekali dua sahaja, tapi selagi kita hidup selagi itu kita akan diuji."
Wajahku memang sudah banjir dengan air mata.
"Jaga diri sayang." seraya itu mama menutup pantas pintu rumah.
Aku mengetuk-ngetuk semula pintu. "Bukalah mama. Papa?? Adik nak ikut." aku jatuh terduduk di atas lantai. Kedua lututku aku peluk.
Perlukah aku kembali?
"Kasihankah lah mereka berdua itu yang sedang bertarung nyawa di sana." ayat mama tergiang-ngiang di telinga.
Aku menyembamkan muka di atas lutut.
***
Pening yang teramat menyengat kepala. Aku sedaya upaya mencelikkan mata yang begitu berat nak dibuka.
"Fira?"
"Babee?"
Suara suara itu mendayu-dayu di telinga. Aku masih dalam keadaan separuh sedar. Yang aku pasti memang aku berada dekat hospital sekarang.
"Alhamdulillah she's going to be okay." ujar mama setelah memeriksa keadaanku.
"Alhamdulillah Fira.. aku happy sangat wei tengok kau dah sedar. " kedengaran Mira menyahut.
Jatuh setitik air mataku. Wajah wajah mereka yang ada di sini belum aku pandang.
"What's wrong dear? Fira ada rasa sakit kat mana mana ke?"
"Kalau ada bagitahulah babe. Jangan buat kami risau."
Peristiwa di atas jalan raya mula terimbas di fikiran. Waktu itu hanya Tuhan yang tahu betapa luluhnya jantung aku mendengar bunyi yang terhasil daripada pelanggaran itu.
"D-dani.. Am.. m-mana?" semakin deras air mataku mengalir.
"Fira kena kuatkan diri. Mereka berdua masih ada dalam unit rawatan rapi. Kita mesti anggap yang mereka berdua akan selamat okey?" mama memujuk.
"S-semua salah F-Fi-ra.."
Lantaran itu Mira segera mencapai tanganku. Dia mengenggam cuba untuk menyalurkan kekuatan kepadaku. "Kau kena fikir perkara yang baik baik je. InshAllah mereka akan selamat. Doktor tengah sedaya upaya selamatkan diorang. Doa banyak banyak."
Aku menggerakkan kepala memandang Mira yang berdiri di samping katil. Dia mengangguk-anggukan kepalanya bersama senyuman pahit di bibir.
Mataku melihat wajah mereka yang ada di sini satu persatu. Bermula dengan mama yang sedang menyeka air matanya. Darwish yang sedang duduk di atas sofa sambil menyandarkan kepalanya. Dan Dazrin yang sedang berdiri termenung di luar jendela.
Sangat jelas masing-masing bersedih atas apa yang berlaku.
Perit.
Hanya itu yang aku dapat simpulkan sekarang.
🎈
Sorry kalau nampak berterabur.
Tekan vote star sebagai penghargaan.♡
Jumpalagi.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top