Bab 55
-
"Babe?"
Mira mengangkat kepalanya yang tadi tersandar di kepala katil tika melihat kedatanganku. Ruang di sebelahnya aku duduk.
"Nampaknya baju aku muat kat kau.." tadi aku suruh dia bersihkan diri dulu sebelum berehat.
"Muat lah sangat. Ketat tahu tak? Seluar pun singkat nak mati. Saiz kau ni kecik nak mampus lah. Kalau aku tunjukkan diri depan Dani bikin malu aku je."
Mulut tu tak pernah berubah.
"Halah untung lah aku kasi pinjam."
"Itulah Fira." dia lalu menunjal kepalaku.
Ish! Untung lah aku ni faham dengan keadaan dia sekarang. Kalau tak dah lama aku balas balik.
"How? Kau rasa okey tak sekarang?"
"Absolutely okay. Laki kau tak kisah ke aku tidur sini satu malam?"
"Taklah. Dia faham."
"Jantan tak guna macam Kamil tu patut mati terus! Lagi lama dia hidup, selagi tu dia akan susahkan hidup semua orang. Kalau baju aku tak koyak siang tadi, dah lama aku bantai kasi jadi mayat terus!" Mira melepaskan geram di hatinya.
Aku setuju dengan apa yang makcik ni kata. Tak sabar sangat nak tengok Kamil dapat balasan atas perbuatan dia. Kalau aku dapat jerat dia tu, aku kurung dia, seksa dia habis habisan then barulah aku serah dekat polis.
Biar padan sikit dengan apa yang dia buat selama dia hidup!
"Apa yang Kamil nak daripada kau Mira? Dia cakap apa dengan kau?"
Mira mendengus kasar. "Dia nak aku bawa kau pada dia."
See. Dia nak aku. Bila tak dapat, dia gunakan orang sekeliling untuk kasi rancangan dia berjaya. Tak tahu lah apa yang dia nak buat pada aku kalau dia dapat aku.
"Aku cakaplah kat dia yang aku takkan sesekali ikut apa yang dia suruh, tak kisah dia nak paksa macam mana pun. Lepas tu dia mula cengkam bahu aku. Sakit doo. Aku apalagi terus maki hamun lah dia. Cakap yang dia tu kena masuk hospital jiwa. Akal dia dah lama mati!"
"Dia apalagi makin bertambah geramlah. Bila aku rasa cengkaman dia makin kuat aku pun meronta minta untuk dilepaskan. Dahlah bahu aku tengah sakit, dia buat pula macam tu depan budak sekolah. Makin naik darahlah."
"Dan.. " Mira terhenti seketika untuk melepaskan satu keluhan kecil. "..dalam pergelutan tu baju aku terkoyak. Aib aku terbuka depan banyak pelajar Fira. Aku malu."
Aku dapat bayangkan betapa ternodanya rasa tika diri diperlakukan begitu di hadapan khalayak ramai. Mana kita nak letak muka jika perkara sebegitu menimpa diri? Manusia manusia yang menyaksikan pun belum tentu boleh lupa apa yang mereka dah nampak.
Tercalarnya aset seorang wanita.
"Lepas tu dia terus larikan diri macam tu je Fira. Aku yang seakan dah jadi patung cendana kat situ tak tahu nak bertindak apa. Mujurlah guru sama sekolah lekas lekas datang bantu aku bawa aku pergi. Aku cuba nak call kenalan aku tapi tertekan nombor cik Sya. Nasib dia nak juga datang jumpa aku." Mira menyeka jernihan air di tubir matanya.
Aku mengusap-usap lembut bahunya.
"Aku cengeng bukan sebab si Kamil tu tapi aku dimalukan Fira. Kalaulah aku ada kuasa aku sumpah dia jadi batu. Biar padan tak dapat lari. Dan nasib baik juga situasi tu berlaku kat sekolah. Budak-budak tak bawa phone. Misalnya jadi kat tempat lebih umum ha mahu naya aku video aku viral. Pasti sampai dekat tangan family aku."
"Aku minta maaf wei. Disebabkan Kamil berdendam dengan aku, tak pasal pasal kau diheret sekali."
Mira senyum segaris. "Aku tak salahkan kau pun. Tak payah acah bersalah sangat lah."
"Kau cakap apa dengan parents kau sebab kau tak balik ni?"
"Ermm aku bagitahulah yang aku tercicirkan kertas exam pelajar. Alah bab menipu ni mana ada susah."
Kami sama-sama tersengih kambing.
"Oh lupa aku, ustaz Akram kirim salam. Boleh tahan handsome dia.." usikku. Yelah ustaz tu pun memiliki hidung mancung kegilaan minah ni.
"Tak ada apanya lah wei. Dia tu ustaz. Aku dengan dia bagai langit dengan bumi. Jauh sekali bezanya."
"Eleh yelah tu.. " pipi pau Mira aku tarik kuat.
"Sakitlah nenek!" tak semena-mena rambut aku jadi mangsa dia pula. "Rasainn"
Tiba-tiba suasana terus sepi mendengar satu suara melaung memanggil namaku di luar. Diiringi bunyi loceng ditekan.
*
"Eh Am, buat apa sini?"
"Saya cuma nak pastikan awak okey. Mira macam mana sekarang?"
"She's fine. Tunggu dulu lah, saya nak buka pagar kejap." sengaja aku tak buka terlebih dahulu, takut takut si Kamil yang datang.
"No it's okay. Awak tak buka phone ke? Ada terima mesej?"
Dahiku mengerut. "Mesej apa ye?"
"Dani ada mesej awak siap call lagi tadi. Tapi awak tak angkat and reply sebab tu dia call saya. Dia nak bagitahu awak yang dia tak balik malam ni."
Oh tadi aku berbual dengan Mira. Mungkin phone tertinggal dalam bilik. Asal Dani tak balik pula? Cakap nak ambil barang je?
"Dani memang balik rumah mama dia kan?"
Aqram mengangguk. Entah mengapa air mukanya seperti dalam serba salah.
"Dia kata nak ambil barang je. Kenapa sampai tak balik pula?" sanggup dia biarkan isteri dia kat sini sedangkan si Kamil gila tu dah tahu keberadaan aku.
"Dani cakap macam tu ke?"
"Ha yelah. Ke sebenarnya dia tak cakap jujur apa yang dia buat balik sana?"
"Ermm" Aqram teragak-agak untuk menjawab.
"Answer me Am."
"Macam ni Fira, rumah mama awak kena pecah masuk petang tadi. Dani dapat call dari tempat kerja dia dan diberitahu tentang tu."
Huh ?
Dia tipu aku lagi. Patutlah tak nak bawa aku sekali. Alasannya konon Mira ada.
"Entah kenapa saya rasa yang ni rancangan Kamil. Dia upah seseorang untuk buat masalah kat sana supaya awak dibiarkan kat sini. Memang pada mulanya Dani fikir Kamil yang pecah masuk rumah mama awak tapi bila tengok dalam cctv, bentuk tubuh lelaki tu berbeza. Tak sama dengan badan Kamil. Dani bagitahu tadi."
"Dia tahu Dani mungkin tak akan bawa awak sekali ke sana sebab takut awak dalam bahaya. Dia belum cukup bijak. Dia masih kena berdepan dengan saya kalau nak jumpa awak. Dan sekarang Dani tak balik sebab dia akan berjaga kat sana. Saya pula akan awasi kat sini. Kita tengok di mana Kamil akan muncul. Atau dia tak berani muncul lagi." jelas Aqram.
Aku masih menarik muka. Perlu ke Dani nak sorokkan benda ni daripada aku? Kalau dah terdesak sangat nak tangkap Kamil bagi jelah aku dekat lelaki gila tu. Senang cerita. Dia tak susah. Aqram pun tak susah.
Kamil tu selagi tak face to face dengan aku selagi tu dia tak berhenti nak jadi anjing gila!
"Janganlah marahkan Dani lagi Fira. Dia nak lindung awak lah dia cuba berahsia daripada awak. Takkan dia nak biarkan isteri tersayang dia ni dalam bahaya. Tak payah buat muka macam tu. So ugly."
Tak mampu lagi aku nak senyum sekarang.
"Kan saya tak nak awak masuk campur hal saya Am. Apa yang awak tak faham lagi? Serious saya tak suka awak sibuk sibuk nak tolong saya ataupun Dani." frekuensi suaraku naik.
"Maafkan saya Fira. Saya tak boleh paksa diri saya daripada berhenti tolong awak. Selagi Kamil tu tak ditangkap, selagi tu saya pun tak tenteram. Saya risau."
"Risaukan saya? Yang awak patut risau tu keluarga awak. Isteri awak. Anak korang. Saya ada Dani kan? Awak sendiri percaya Dani boleh jaga saya. Jadi apalagi?"
Aqram aku tengok sudah menundukkan wajah. Aku tak bermaksud nak buat dia terasa hati tapi dia kena faham. Bila masanya pula dia nak berikan tumpuan pada keluarga dan rumah tangga dia?
"Am.. saya tak bagi awak masuk campur hal saya bukan sebab saya tak nak kita jadi kawan lagi. Cuma.. kalau ada apa-apa jadi pada awak macam mana Am? Ramai yang masih perlukan awak. So please.. jagalah diri sendiri."
Kalau ada benda buruk jadi pada dia, aku nak jawab apa pada mummy daddy? Dan Sara. Dia kan isteri Aqram. Dia juga punya hati perasaan. Bila tengok suami asyik sibuk hal orang lain dia akan rasa terabai. Dia perlukan Aqram di sisi untuk besarkan anak dia.
Sedangkan aku sendiri juga takut hilang dia.
"I want to be honest with myself. I will do what I want to do and I will love what I want to love. I admit Fira I really can't afford to ignore you." ujar Aqram.
Rasa panas mula menyengat tubir mataku.
🎈
Sorry kalau makin penghujung makin boring😭😭
But please suppot CHMA until the final bab❤❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top