Bab 5
-
Aku berdiri di jendela bilik sambil melemparkan pandangan ke luar tingkap yang gelap. Mata leka melihat hujan lebat jatuh menimpa bumi.
Cuaca malam ini seperti mengerti kesedihan aku ketika ini.
Aku sedih. Benar-benar sedih. Aku dah tak punya lagi bahu untuk bersandar.
Teringat akan kata-kata Aqram siang tadi, dia kelihatan betul-betul marah dengan aku. Selama kami bersama, kami tak pernah bergaduh apalagi melihat dia meninggikan suara pada aku sebegitu.
Aku harap, kami tak akan seperti musuh saat bertemu lagi suatu hari kelak.
Keluhan berat aku lepaskan. Berat ujianMu Allah. Kau ambil semua orang yang aku sangat sayang sekelip mata. Bagaimana hati ini mampu redha?
Allahu, Fira. Jangan. Jangan salahkan ujian Allah. Semua pasti ada hikmahnya.
Ketika kaki hendak ku tujukan ke arah katil, datang seseorang yang aku memang tunggu tunggu sejak tadi.
Dan sedikit memeranjatkan aku. Berkerut kecil dahiku melihat wajah bengis Tuan Dani.
Don't forget Fira. Panggil Dani sahaja.
Tapi asal dengan dia ni?
"Tak sangka awak datang juga.." sengaja aku berlaku biasa walaupun sebenarnya agak kecut dengan air wajahnya tika ini.
"Kau kenapa degil sangat?" sudah tentu suara dinginnya akan kedengaran.
Asal dia nih? Pelik aku. Salah apa aku buat kat dia? Ada ke?
"Apa awak cakap ni? Degil apa?"
"Nurse bagitahu yang kau langsung tak makan dari siang tadi. Kenapa?"
Ermm. Sebab tu ke kau lain macam ni? Yelah. Selepas kejadian siang tadi, semakin tertutup rapat tekak ni. Hilang habis punah segala selera makan.
Nurse tu pun satu. Asal bagitahu mamat ni. And mamat ni, asal emo semacam? Bukannya kesah sangat pun pasal orang.
"Semua orang ada masalah Fira. Kau tak boleh ikutkan hati kau yang bercelaru tu. Binasa diri kau nanti." nada dingin Dani tadi serta merta hilang.
Kata-katanya membuatkan mata aku sedikit pedih. Asal kau makin kuat cengeng ni Fira?
"Aku tak tahu apa masalah kau dengan tunang kau yang sebenarnya, tapi yang pergi tetap akan pergi Fira. Dah itu lumrah manusia."
Tergamam. Mesti mummy cerita hal sebenar dekat mama dia sebab mummy ada jumpa Doktor Dahlia siang tadi. Then mama dia bagitahu pula pada dia. Kerana itu agaknya dia berkata sebegitu.
"Rezeki, ajal maut, jodoh, di tangan Tuhan. Kalau kau dan dia dah tiada jodoh, kau tak boleh nak buat apa apa lagi Fira."
Aku tersentuh dengan dia ni. Pandai juga berkata-kata ha.
"Ni kalau kau tak makan, ubat yang kau ambil pun lambat berfungsi dalam badan."
"Saya cuma tak ada selera." jawabku perlahan.
"Kalau kau ikutkan selera kau, memang sampai ke minggu depan kau tak akan makan."
Yes betul!
"Aku suruh nurse bawakan makanan untuk kau. Kalau kau tak makan, aku bagitahu mama. Biar nanti dia suntik je kau. Degil."
Eleh main ugut orang pula. Dahlah ugutan macam mengugut budak kecik. Tapi entah kenapa aku rasa dia lain pula malam ni. Mana perginya sikap acuh dia tu?
-
Aku duduk makan di atas katil manakala Dani mengambil tempat di atas kerusi yang terdapat di sisi katil.
Aku menyuapkan nasi bubur yang agak tawar rasanya ke dalam mulut. Dengan perlahan-lahan. Tekak aku memang langsung tak nak beri kerjasama lah. Memang nak suruh aku kebulur ke apa?
Mamat ni pula. Renung orang tengah makan dah pahal? Cubalah buka phone ke, scroll scroll awak punya sosmed sana. Tak senang duduk aku nak makan dibuatnya.
"Awak kenapa?" aku cuba menegur.
"Kenapa dengan aku?" soalnya pula. Halah.
Malas nak membalas, aku teruskan cubaan menghabiskan nasi bubur yang terasa takkan habis.
"Nasib baik kau tak mati."
Uish boleh tercedak aku dibuatnya. Mula lagi lah tu buka mulut tak ada insuran dia.
"Dahlah makin kurus. Nak tunggu jadi tiang lampu jalan dulu ke baru nak makan?"
Memang sah mulut dia tak ada insuran. Ikut kepala hati sendiri nak kutuk aku. Nampak sangat ke aku dah kurus?
Masalah masalah
Kalau tak datangnya masalah yang bertimpa-timpa hempap aku, takkan jadinya aku macam ni.
Nasi bubur yang terlihat masih banyak, aku renung. Asal nasi ni tak sikit sikit eh? Tadi bukan main banyak juga aku sumbat masuk dalam mulut.
Ya Allah.
Aku mula teringatkan mama. Dia tak pernah tinggalkan aku masa aku tengah sakit. Selalu dia datang bilik aku, buatkan aku nasi bubur. Suap aku. Walau aku dah dewasa sekalipun mama akan still suap.
Bahagia kan? Dimanjakan mama. Dia dan papa jaga aku baik sangat. Tak pernah mereka memperlakukan aku seperti orang luar. Mereka curah kasih sayang mereka secukupnya pada aku.
Mungkin sebab tu abang Kamil benci aku sangat. Cemburu katakan.
Tiba-tiba air mataku mula berjujuran keluar dan pantas aku seka. Tak nak dilihat Dani konoknya.
"Aku cakap dah kurus terus nak nangis ke? Hati tisu betul." Dani menegur.
Sudah tentu dia akan perasan Fira kalau kerjanya terus nak merenung kau. Tengok orang nangis memang tak pandai nak pujuk ke apa? Haih. Malang betul perempuan jadi girlfriend kau.
"Saya tak nangis sebab tu lah."
"Habistu? Pasal tunang kau?"
Alahai. BEKAS tunang lah. Asal lah mention dia pulaa
"Tak payah sebut sebut pasal dia lah."
"Move on lah Fira. Percaya yang perancangan Allah sebaik-baik perancangan. Kau tak boleh terus menangisi apa yang dah jadi. Itu tak ada akal namanya."
Walaupun mamat ni fikir yang aku nangis sebab bekas tunang aku tu, tapi apa yang dia cakap ada betul.
Dan ayat yang terakhir tu win erh?
-
Dah hampir sejam aku duduk makan, nasi bubur ni pula bila nak habis? Makin aku makan makin banyak pula dia.
"Kau memang tak reti makan cepat lagi ke?" mamat ni mula menegur.
Siapa suruh paksa orang makan.
Sempat aku mengerling ke arah jam dinding. Dah pukul 10 malam. Dia ni tak reti nak balik lagi eh? Waktu melawat pun dah habis.
"Agaknya awak boleh balik je lah. Dah lewat ni." suruhku. Sengaja. Sebab aku memang tak boleh nak habiskan nasi bubur ni. Muak lah dibuatnya.
"Suka hati aku lah nak balik or stay." jawabnya bersahaja sungguh.
Stay? Biar betul dia nak stay lagi?
"Tapi waktu jam melawat dah habis kan.." ishh. Apa kau cakap ni Fira? Sejujurnya kau lebih suka kan kalau dia stay?
Action je lebihh
"Ada aku kesah?" balasnya selamba.
Jawapan kau kalau tak buat aku menyampah, tak sah arn? Ingat hospital ni engkau punya? Nak sukahati dia jer.
Tiba-tiba dia mula merapatkan sikit badannya ke sisi katil. Aku menelan air liur. Asal aku nervous semacam ni?
Nak apa encik oi??
Aku memandang wajahnya dengan keresahan di hati. Serious lah dia memang handsome! Muka ala mamat Thailand.
"Kenapa dengan kau?"
Ehek. Agaknya dia mesti fikir aku ni perasan lagi.
"Tak. Takda apa apa."
Muncul segaris senyuman sinisnya. Wehh! Ada dimple kat dua dua belah pipi dia lahh. Sies hensem! Boleh cair aku kalau dia terus tersenyum macam tu.
Yelah. Ni lah first time aku tengok dia senyum. Mesti limited edition kau punya senyum kan? Manis gilerr
"Aku takkan lepaskan kau kalau kau tak habiskan makanan tu." ugutnya dengan nada lain daripada yang lain. Seram.
Meremang juga bulu roma aku. Entah entah selama ni aku salah anggap yang dia orang yang baik baik. Dan kot kot dia pembunuh bersiri, takpun perogol bersiri.
Mati akuu
"Woi!" terjahnya saat aku sedang berfikir yang bukan bukan tentang dia. "Kenapa? Fikir aku ni orang jahat ke apa?"
Boleh dengar suara hati orang ke awak?
Aku membatu.
"Baru ugut sikit dah kecut. Hebat kan aku?" ujarnya megah.
Aku mendegus geram. Ada juga mulut tu aku tenyel guna nasi ni nanti.
"Makanlah Fira. Kau jangan memandai suruh aku balik sebab nak buang makanan tu. Jangan jadi syaitan."
Hurm
Aku mula perasan sesuatu lah. Bilamana bersama dia, hilang segala masalah yang membelenggu otak aku.
Allah itu Maha Penyayang. Dia hadirkan insan di sebelahku ini sebagai peneman di kala masa sepiku.
Maafkan aku jikalau sering menyalahkan takdirmu ya Tuhan.
🎈
\(〇_o)/
Jangan lupa tekan cute star kat tepi tu ye😬
Byebye
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top